Chef of February???

0170
15 February 2008


Entah kenapa aku rasakan ada satu aura memanggil aku untuk buat entry ini.


Walaupun sekarang ni, aku sebenarnya agak sibuk dengan pelbagai benda yang perlu disetelkan – studi, dah macam hampeh... program Qatar tu dah bertukar menjadi program lain... dan lawatan industri kelas aku yang aku bersama rakan-rakan gerakkan untuk kebaikan bersama.

Mungkin, aku mempunyai daya menaip ketika ini, adalah kerana aku sudah lama tak update. Plus, aku memang dah lama nak buat entry ni di samping untuk ’membenarkan’ perasaan iri hati ini ditunjukkan secara terang-terangan di blog.

AKU TAK MAHU KALAH DALAM PERTANDINGAN CHEF OF FEBRUARY NEYH!!!


Jadi, aku perlu melawan.


Nak melawan pon, strategi kena rancang. Lama jugak berfikir tentang tajuk yang diberi ni. Siap kena buat draf lagi. Memang berbanggalah ko Man, sebab mampu buat aku membuat draf untuk blog. Selama ni mana pernah pown! Kalo tak menang tak tahu la.. (rayuan plus ugutan.. hehe)


Oh? Pertandingan apa?


Pertandingan ini namanya Chef of February. Adalah pulak mamat ni, yang bukak blog, tatau nak update apa, pastu malas update, dan dan tu gak wat pertandingan. Ingat taktau taktik ko tak nak update blog tu! Hehe. Tapi takpe, just for fun. And dia ada gak jemput mana2 yang nak masuk, sapa2 je... dia ni open nak kenal kawan baru. So, kalo nak join gak, sila klik link ini. Blognya di yahoo.


mmm... macam mana nak mula ek?


Chef of February


Menurut kamus yang aku dapat melalui wikipedia, chef bermaksud...


“A chef is a person who cooks professionally. In a professional kitchen setting, the term is used only for the one person in charge of everyone else in the kitchen, the executive chef”


Sebenarnya tak tahu nak godek apa pun mengenai topic ni. Apa nak gebang pown aku tak tahu.


Namun, di sebalik kebosanan hawa subjek Engineer & Society, dengan suasana yang dingin separa di dalam air cond, aku mula brainstorming. Siap buat draf yang tak tahan tu. Lantaklah.


Aku suka kaitan segala benda dengan diri aku sendiri. Memang aku macam tu. Kalau orang cerita pengalaman hidup ke, apa-apa, aku akan bertanya pada diri, apa perspektif aku mengenai perkara tersebut. Apa yang aku rasa, apa interpretasi aku.


Jadi, apa yang aku rasa mengenai chef???


Kata kawan aku...

Menurut kawan aku, Azly, abangnya yang berkerja sebagai chef, aku tahu la serba sedikit apa yang patut mengenai kerja chef ni.

Dia kata, abang dia masak sedap. Tapi dia malas nak masak kat rumah. Sebabnya, dekat restoran, segala bahan masakan telah disiapkan. Segala rempah ratus, perasa, semua dah ada di tepi kuali.

Tugas chef adalah untuk mengadunkan segala yang ada di sekeliling kuali itu, ke dalam kuali, dan menggodek apa yang patut, dan menyiapkan masakan yang sedap.

Itu kata kawan aku la…


Apa pulak kata aku?
Aku mula kaitkan dengan diri...

Chef ni boleh dianalogikan sebagai student hari ini.


Segala kelengkapan dah disiapkan – facilities, duit pinjaman, biasiswa sama ada badan kerajaan atau pa&ma, ilmu yang mencurah dari lecturer-lecturer, environment, dan macam-macam lagi dah disiapkan.

Sama macam perencah, rempah ratus dan bahan masakan tadi.


Tugas kita – mengolah, mengadun, menginterpretasikan apa yang ada, menjadi satu kejayaan atau tidak. Semuanya di tangan kita, kita yang mengacau sudip atau senduk, kita yang mencorakkan apa hasilnya kelak

Sama macam masakan yang dihasilkan chef


Cabaran utama – adakah olahan, adunan, interpretasi kita menepati apa yang diperlukan dalam dunia luar, dalam alam pekerjaan? Adakah sesuai persediaan kita dalam menghadapi cabaran dunia tanpa sempadan itu? Adakah?

Sama macam situasi chef, sama ada masakannya digemari pelanggan atau tidak.


Hasilnya – sama ada kita beroleh kejayaan dalam hidup atau tidak. Adakah kita akan mengecapi bahagia yang dicari dalam hidup. Sebarang penghargaan, award, atau pun anugerah dari Yang Maha Esa? A nice family perhaps. A better life. A better future?

Sama macam chef, adakah dia akan mendapat penghargaan pelanggannya dengan bentuk pujian?


Cabarannya lagi – adakah kita sendiri akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Atau ada pihak yang dalam masa yang sama ingin menjatuhkan kita sejatuh-jatuhnya? Iri hati, hasad dengki, adakah kita akan terkecuali atau dalam linkungan yang terkena?

Sama macam chef, bila mendapat kritikan dari pengkritik makanan (ala macam citer Ratatouille tu!)


Perbezaan facilities – mempengaruhikah kejayaan kita di masa hadapan? Dengan universiti sekecil UMP, adakah setanding dengan yang sebesar UM? (sekadar menyebut beberapa nama). Adakah facilities mempengaruhi kejayaan yang dicipta?

Sama macam chef, ada yang dekat hotel tak berapa sedap pown! Tepi jalan jugak yang dicari! Mee goreng mamak? Sedap di hotel atau tepi jalan?


Kekeringan idea – adakah kekeringan idea akan mempengaruhi entry ini ditulis? Mempengaruhi kemenangan beta dalam pertandingan ini?

Sama macam chef – kadang-kadang tak tahu nak masak apa! Hehe


*********

Apapun analoginya, itu saja yang terlintas di fikiran aku mengenai Chef of February nih.


Walau aku tahu, sebenarnya pertandingan ini nak diadakan secara besar-besaran untuk 17th Feb kan. Memang provokasi sungguh! Macam lah aku tak tahu Man oiii! Hehe


Apapun, kalah menang belakang kira. Kalau menang dengan tak menghampakan cik teddy dan menjatuhkan kebanggaan Peng tu pown bagus jugak!


Hahahahahahahahahahahahahahahahhahaha! (gelak sekejamnya!)


:::YTBACK!!!:::

7 comments:

:: cheezzy cheese :: said...

wehhhh ni xleh jd ni!!! tak nk kalah gak ni... bleh kah akak ko ni brtanding jugekss!

fairuspeng said...

wahhhh.. ada da... saat akhir ni...
esok hilman balik dan ahad diumumkan kot..
tak sabar nak jadi pemenang ni...
hehe...

ahmadkamal said...

KAK YANZ
boleh2... masuk je... ni program open... nih syarat2 dia...
Okay.. Here's the competition rule:
1. Produce something that can be related to being awarded the title "the Chef of February"!
2. It may not be food, seriously, the chef thingy is related to my previous post
3. After producing, do not send it physically for me. It is not for me, obviously, it for yourself!
4. But please do publish it in your blog (pictures for example or poems maybe?)
5. and, tell me about it. I will put a link to you, OK?
6. Do tell others as well. Maybe we can see a big talent in the making from one of your friends out there?


PENG
uish... komen tuh... ala... menang kalah blakang kira... at least masuk kan... (apsal apa aku taip tak sama apa yang aku rasa kat hati neyh eh! hehehe)

aria ayumi said...

huhu. ingatkan kamal nak tunjuk resipi2 masak kari ke, gulai ke, ape ke... hihi... btw, nice entry kamal... byk info yg diya tak tahu psl chef sblm ni... :) thanks 4 the entry yek :)

dan akulah perempuan separa muda itu. said...

macam macam laaa....
ish ish ish... (geleng geleng kepala)

Alin said...

heuheuheu. chef of february tu.. good luck good luck. semoge menang! hehe.

ahmadkamal said...

DIYA
erk... banyak ke info pasal chef tu??? bukan tu info biasa2 je ke?? ke diya ni masih jadi 'biri-biri bawah pelangi'? hehehe
tapi kan, nak admit ni, resipi masak ke hapa takkan ada... tak reti langsung la!!! haha


NOTAKEMATIAN
memang... memang... macam-macam ada... (angguk-angguk kepala!)


JAZLIN
huhuhu... mintak2 menang la ek! g tolong wat smyng hajat tuh! hehehe