Ini Satu Kisah...

0169
10 February 2008

Ini satu kisah, bukan cerita dongeng dulukala…
Ini kisah nyata, tentang pertemuan aku dan si dia...

Tiba-tiba nak menulis kisah atau hikayat plak. Mungkin ini pengaruh Green dan Mr Final yang kerap menulis mengenai kisah dalam bentuk metafor. Saja je nak try nih, tatau jadi best ke tidak.

Apa pun, layan kan aja!

*****

Di dalam sebuah taman, terdapatlah berbagai-bagai rupa serangga dan haiwan layaknya. Semuanya duduk aman damai, mencari dan mencari makna hidup yang ditetapkan azali. Masing-masing berusaha memajukan diri, tak kurang juga yang menjadi leka dan lalai sehingga memakan diri.


Secara kesimpulannya, setiap jenis serangga dan haiwan di situ, mempunyai tujuan dan hala tuju masing-masing.


Dihikayatkan, terdapatlah seekor kumbang negara Parsi yang suka melepak di satu taman bunga orkid di situ. Orkid-orkid itu amat menawan dan menyenangkan hati kumbang Parsi tersebut, sehingga dia merasakan damai di hati, bila di kelilingi orkid begitu. Dalam banyak-banyak orkid yang ada, si kumbang Parsi ini amat berminat untuk hinggap dan berlegar-legar di sekeliling dua kuntum orkid, Orkid Merah dan Orked Abdullah (sekali dia masuk watak dalam ini hikayat daa...)


Sang kumbang tak dapat menafsirkan apa yang dirasa di hati. Baginya, dia merasa senang dan tenang bersama kedua orkid tersebut. Bila makin senang, dia kerapkali juga berlegar di sekeliling mereka.


Padanya diceritakan apa yang berlaku di dunia ini, sekadar apa yang dia mampu. Dia bukankah mampu berlegar sekitar alam yang minima, tapi itu lebih beruntung dari kedua orkid tersebut yang hanya statik di tempat tersebut. Namun, sang kumbang Parsi tak merasa lelah dan penat, dia sedia dan rela untuk menceritakan dan berkongsi pengalaman bersama kedua orkid tersebut.


Sampai satu ketika, tibalah satu rasa terdetik dalam jiwa sanubari sang kumbang Parsi yang kecil itu. Perasaan sayang. Dia sayangkan orkid Merah. Orkid Merah baginya kini bukanlah tempat untuk berlegar, tapi dia ingin menjadikan si orkid satu tempat untuknya berpaut. Tempatnya untuk menghabiskan sisa hidup.


Orked Abdullah pula bagi si kumbang Parsi cuma teman tapi mesra.


Masalahnya, pada masa yang sama, bukan kumbang Parsi je yang suka berlegar di taman itu. Terdapat juga kumbang Poland yang amat kacak paras rupanya, yang lebih gagah dari si kumbang Parsi. Si kumbang Poland dengan mudah memikat hati si Orkid Merah dengan aset yang dia ada. Si Orkid Merah terbuai, si kumbang Parsi terabai.


Si Orked Abdullah pulak buat-buat tak gheti, terus pergi merakamkan album dan menjadi penyanyi veteran!


Si kumbang Parsi merasakan sedikit kecewa dengan apa yang berlaku. Namun untuk membiarkan satu rasa itu berkubur dengan sekelip mata bukannya mudah. Jadi, si kumbang Parsi terus berlegar di situ, membantu si Orkid Merah waktu diperlukan, walau selalunya perhatian Orkid Merah adalah kepada si kumbang Poland.


Si Orked Abdullah pulak sibuk dengan isu royalti lagu yang telah dirakamkan, sehingga dia kurang ambil port dalam apa yang berlaku.


Tiba-tiba, taman itu dilanda gelora.
Si kumbang Poland terpaksa dimatikan wataknya, kerana ceritanya dah habis. So, lepas ni watak si kumbang Poland dah takde! (aku punya suka la! Aku yang ceghita!)


Dengan ketiadaan watak kumbang Poland setelah dimatikan oleh tukang ceghita yang dengki dan tatau nak kembangkan watak itu bagaimana, si Orkid Merah merasa sepi. Ketiadaannya membuatkan dia sedar kehadiran watak kumbang Parsi yang tak dimati-matikan lagi oleh si tukang ceghita. Namun, hatinya menolak untuk kumbang Parsi. Lantas dia berusaha menjauhkan diri dari si kumbang Parsi. Dia tak mengendahkan, walau si kumbang Parsi mencuba juga mencuri perhatian. Dia hanya buat tak peduli.


Si Orked Abdullah pulak ketika itu sibuk melancarkan kelab peminat dan merancang mambuat konsert mega setanding dengan konsert Siti di Bukit Jalil!


Si kumbang Parsi merasa kecewa teramat sangat diperlakukan begitu oleh si Orkid Merah. Dirinya bagaikan tak berharga. Dicari bila perlu, dibiar bila tidak. Macam habis madu sepah dibuang. Cuma bezanya, si kumbang Parsi sedar dia tak mempunyai madu, dan dia bukanlah sepah untuk dibuang-buang.


Kekecewaannya membuatkan dia kuat. Sampailah satu ketika, dia sudah tegar dan membiarkan semuanya berlalu. Dia terus meneruskan hidup. Dia terus melangkah.


Sampai saat metamorfosis, dia menjadi seorang yang hebat dari dirinya yang dulu. Lantas, dia menukar namanya menjadi kumbang Paris!!! Baginya, Paris lagi best dan umph dari Parsi. Ada ke patut...


Bila si kumbang Parsi menjadi kumbang Paris, maka terjadilah satu evolusi dalam hidup si kumbang Paris. Mungkin kerana tempias kontroversi Paris Hilton, si kumbang Paris menjadi popular di kalangan penghuni taman itu. Makin banyak orkid yang datang mendekat. Makin banyak orkid yang cuba memikat.


Tapi bagi si kumbang Paris, dia malas fikir semuanya. Dia hanya menumpukan kepada usahanya membangunkan diri. Dia perlu bersedia untuk dunia luar yang lebih mencabar.


Setelah si kumbang Paris menjadi hebat, setelah dia menjadi kesukaan penghuni taman, setelah semuanya terjadi, setelah Orkid Merah sedar dirinya kesepian, dan setelah semuanya berlaku, maka sedarlah Orkid Merah kehadiran kumbang Parsi @ Paris dalam hidupnya dulu. Dek kerana dirinya terleka dengan kumbang Poland, dia tak mengendahkan kumbang Parsi @ Paris.


Dia cuba menarik kembali perhatian si kumbang Paris. Dia berusaha dan berusaha. Namur tidak diendahkan kumbang Paris.


Hala tuju kumbang Paris bukan statik di Orkid Merah. Setelah hikmah tidak dihiraukan Orkid Merah, si kumbang Paris lebih fokus dan mencari orkid yang lebih sesuai untuk di hinggap.


Yang penting, di akhir ceghita ini, sebab tukang ceghita malas nak menaip betul-betul, si kumbang Paris hidup ala-ala bahagia, tapi si Orkid Merah masih statik di takuk lama, dan meratap pemergian si kumbang Paris.


Kumbang Paris Rock!

*****

Moral of the story

  • Hargai setiap yang hadir dalam hidup kita. Apa yang kita rasa sekarang mungkin takkan sama dengan apa yang dirasa kelak. Orang kata, we dont miss the water until it’s gone. So just be nice to all.
  • Setiap benda buruk yang menghalang, yang berlaku bukan lah penghalang azali. Itu adalah pemangkin atau katalis untuk benda yang lebih baik. Teruslah melangkan seperti si kumbang Parsi @ Paris
  • Bila alami kekecewaan, metamorfosis perlu dilakukan. Supaya jalan makin ke depan bukan ke belakang!

Ok chaw cin cau!

p/s – beta penat lak menaip pnjg2... banyak entri tertrangguh! Alahai!!~


:::YTBACK!!!:::

16 comments:

Hilman Nordin said...

hurmm... from the start bace dlm taman n serangge2.. aku da agak da.. ni musti kisah menyunting bunga d taman ni

betul rupanye...

ces.. adakah tuanku membahasakan diri sebagai kumbang Parsi@Paris pula?

hehehe

Chef of February nk enter x? hehe..

Wandai dalam mode jiwang, konon said...

Hahaaaaaa
adakah kumbang Parsi@Paris itu simbolik pada diri tuan pencherita hikayat?
benar kata2 tuan hamba itu~
hamba bersetuju yang amat sangat

dan akulah perempuan separa muda itu. said...

ntah apa lah yang budak ni merepek...
alahai...
budak budak katakan...
tak apa....

@LiENZ said...

Hahahahaha.....kikikiki..lawak ke senandung nih??

Hei ape la kene ngan orkid abdullah tu..watak die kalu takde pun takpe kan..

Add on moral of the story:
Serangga juge mahu idup..maka idupkanlah watak serangga dan binatang2 yang lain dalam idup kite.Watak kite dan watak binatang pasti ade persamaan n tersiratnye.

Alin said...

tu la alienz tibe2 cam blur ade orked abdullah tibe2 haha.

'jln msti ke depan' - iklan petronas

Noushy Syah said...

Thanks for the inspiring and motivational posting...you actually have skill of good writing.Congratz for that.

Good moral value.Every great leap forward in your life
comes after you have made
a clear decision of some kind!

Have a gr8 day and wishing you all the best in your undertakings.ake care.

Rina said...

salam..

hehe.. wah, kamal nak menulis hikayat pulak eh? =) bagus2, teruskan usaha anda! lol..

papepun, tergelak2 jugak ble bc ni.. bukannya apa, ble bc pasal orked abdullah, teringat n terbayangkan pulak 'orked abdullah' yg lg satu. den gandingkan pula ngan kumbang Paris yg sorg tu, hehehe..

neway, walau ape pun yg terjadi, wish u all d best, k. good luck!

FAIZUL said...

x boleh blah...orked abdullah pon masok....ak dah pening baca post ko nih...dah la cari bilik lecturer ak x jumpa!!

Joey said...

motif ko nak jadi kumbang Paris???

ko hengat ko diva...hehehehe


yelah...gi la menjauhkan diri


sapalah aku ni kan.....

ahmadkamal said...

HILMAN
oho... dalam prediction tuan hamba la ni??? biasala... entri beta kan universal... boleh diagak...
rasa kumbang tu beta ke??? hehehe terpulang pada pandangan tuan hamba... beta tak cakap ya, tak cakap tidak...
chef tu... akan menyusul... idea dah ada... nak taip je... sabor! kata dalam bulan feb kan... hehehe

WANDAI
beta tak ngaku.. tak menidakkan... terpulang pada penilaian...

NOTAKEMATIAN
cis cis dan cis! memang nak kena!

@LIENZ
watak orked abdullah perlu ada sebagai pelengkap cerita... takde dia, sush la... cuma beta tatau kembangkan je...
oho ada tambahan moral of the story! thanks!

JAZLIN
dak utp... tak lekang ngn iklan petronas dia... hehehe

NOUSHY SYAH
you're greater writer than me... post2 kat blog dia inspire je... sush nak buat... neway thanks!

IRINA
hehe.. glad to make u happy! tgklah pasni leh wat hikayat len lak.. huhuhu

TRUANTA
bagosnya ko.. mencari bilik lecturer melalui blog aku... heroes gak blog aku ni, bleh mencari bilik kuliah orang!
dah tau tak dapat jumpa, cari kat blog aku wat pe! hehehe

JOEY
well, aku tak ckp... ko yg ckp...
tu nak majuk la tu! bla la! huhuhuhu

:: cheezzy cheese :: said...

kannnn? akak trgelak bab Orked Abdullah yg tak brsalah pon awk cite kat sini.. mmg tak bleh blah! tp part nk jd kumbang Paris tu over la dik non..

dan akulah perempuan separa muda itu. said...

budjet rock lah si kumbang paris tu!

meh akk sambung creta, sebabnya tak ada creta yang happy ever after, okey?

ini satu kisah : season 2

Kumbang paris rock yang kunun kununnya rock itu telah merayap ke rumah mak bedah dengan harapan kononnya nak lebih fokus dan mencari orkid yanglebih sesuai.
sebabnya? kat rumah mak bedah itu ada ditanam pelbagai jenis orkid.
tapi malangnya, (eh, ke bernasib baiknya?) kumbang paris ni kena pijak oleh mak bedah masa tengah menyiram orkid orkid itu.
maka mati kepenyekanlah kumbang paris dengan segala isi perut berhamburan di tanah. hahahaha....

si orkid merah yang melihat kejadian, ketawa terbahak bahak dan berasa amat suka pula. oleh kerana kumbang paris dan mati, jadi takad benda yang perlu diratap lagi, maka si orkid merah pun sambung study kat oversealah, ambik master ngan PHd skali. nanti kehidupannya di oversea dan mungkinkah si orkid merah berjumpa kumbang idaman akan diceritakan di season 3.

tidak dilupakan orked abdullah, dia dah join AF6 dan diterima masuk sebagai pelajarnya pun. wow! jadi saksikanlah kehebatan orked abdullah dalam AF6, undi jangan tak undi... hahahaha...
ni akan ada di season 3 nanti.

ok... habis dah...
eh..tak..

to be continued....

zura lias said...

kenape kumbang?kenape bukan kucing...beruang ke..comel sikit...kumbang x comel kamal..hahhhahhahaa..

Tapi akak suka kumbang buat camtu kt orked merah..rasakan..dah orang tu success, baru nk himpit..akak memang emo kalo dgn org camnie..ehh,kumbang camnie..:D

kevin christ said...

5 bintang katenyer.. dasat ya amats hikayat u ols niew... sampai we ol pun tersesat sama sekali di taman orkid yang penuh dengan kumbang niew.. kenapa x masuk watak ladybird kamal? hehe

Mr Final said...

ooii2.. jgn arr.. puji aku lebeyh2.. nih... mane ade.. aku tulis hikayat.. bagai.. sume.. huhu.. sekali aku tulih hikayat trus kontroversi.. daaa... pyh jd aku nih.. huhu


CHOI!.... berangan nak jadi paris hilton lak.. APE KO HENGAT KO SEXY CAM DIE!.... hikikiki :D

ahmadkamal said...

KAK YANZ
ini hikayat je la... mana la nak jadi Paris Hilton pown! huhuhu

NOTAKEMATIAN
amboi! lawan tokey nampak! takde2... takde sambungan dah... ini adalah project the one and only! kak bedah? cik notakematian nak jadi cameo untuk watak tu ke??? tapi kami bayar ciput je la! hehe

KAK ZURA
eheh! tu je yang terlintas... kita men2 kat taman je.. tak bisa mendongak melihat 'bulan' atau bintang yang di ats! sakit tengkuk! hehehe...
kak zura memang kan.. time balas dendam ni, kak zura mmg slalu backing... ada pengalaman masa lampau ke??? hehe

MR GREEN
5 bintang? wow! leh dapat box office tak??? hehehe
kalo aku masukkan watak ladybird tak macho la kumbang tu nanti! ape la!

MR FINAL
prasan aku puji ko lebeh2... aku mention je!
oho... pasal tu... howt topic... cannot be discussed... diam2 sudah! hehe