0171
16 February 2008
Ops! Motif tiba-tiba bernada begini???
Mak aku pernah berpesan
”Ame belajarlah elok-elok. Ni jelah masanya nak belajar. Masalah belajar sekarang ni kiranya paling kurang nak dibandingkan dengan masalah-masalah yang akan datang dalam hidup. Ini je masanya nak belajar. Kalau dah kahwin, ada anak, nak sambung belajar pun banyak benda kena difikirkan”
Begitulah lebih kurang ayatnya. Dah aku compresskan. Kalau tak panjang entri ni.
Yelah mak kan suker membebel. Untuk kebaikan. Tak dinafikan, bila jauh begini, rindu pulak bebelan itu.
Ada benarnya kata-kata itu. Seingat aku, aku sudah dinasihatkan begitu sejak dari sekolah rendah lagi. Masa tu aku tak berapa nak faham, sekarang ni agak terang jugak la maknanya, kata-kata itu.
Apa yang buat aku tiba-tiba terfikir mengenai isu ini?
*****
Menyusuri satu blog. Terbacakan masalah insan ini.
Tak tahu nak komen bagaimana, kerana aku tak berapa rapat dengannya, dan untuk mengelakkannya sakit hati, aku diamkan sahaja.
Tapi dalam hati bergolak untuk membantu. Cuma tak tahu bagaimana.
Hanya menambahkan beban masalah je.
Yang penting, kehadiran kita di sisinya untuk membantu.
Tak tahu bagaimana ia akan menyelesaikan masalah itu, tapi aku di sini.
Harap maklum!
*****
Khutbah Jumaat tadi di masjid UMP.
Bukan isu besar pun. Cuma mengenai cara kita bersyukur ke hadrat ilahi.
Dan diceritakan pelbagai isu dan contoh manusia zaman kini bersyukur.
Ehhh… nak dekat pilihanraya ni, politik ni sensitif sikit untuk dilafazkan.
Lebih lagi bagi kami yang dibawah AUKU.
Khutbah itu bukan berbentuk politik. Diingattkan, bukan! Kang tak pasal-pasal UMP kena saman.
Cuma, fikiran aku yang menerawang jauh bila khutbah dibacakan. Dan empat perkataan menyebabkan aku sakit kepala memikirkannya!
”orang bawahan, orang atasan”
Aku sakit kepala memikirkan isu ini. Politik negara, politik kelas mahupun politik rumah, aku penat memikirkannya. Banyak sangat isu.
Aku tak arif berbicara mengenai politik negara. I better don’t. Bagilah orang yang lebih memahami dan arif.
Cuma politik dalam kelas dan rumah kini.
Duh! Banyak kena difikirkan!
Banyak hati perlu dijaga. Hingga hati aku sendiri terabai.
Apapun, cuba juga berusaha mewujudkan keadaan yang terbaik!
*****
On larger scale.
Isu global warming.
Isu pencemaran.
Isu kesihatan.
Isu sejagat.
Isu kemanusiaan.
Isu perperangan.
On scaller scale.
Isu percintaan.
Isu hati.
Isu peraturan tak masuk dek akal.
Isu wang.
Isu duit biasiswa tak masuk lagi.
Isu masa.
Isu diri sendiri.
Isu orang lain.
Isu kontroversi.
Untuk disenaraikan, terlalu banyak isu untuk difikirkan kita sebagai dewasa. Senarai yang tak berpenghujung!
p/s – miss the innocent of childhood. Dimana hitam putih, tinggi pendek, lawa hodoh tiada perbezaan. Suci seputih kain!
5 comments:
p/s – miss the innocent of childhood. Dimana hitam putih, tinggi pendek, lawa hodoh tiada perbezaan. Suci seputih kain!
adakah kata kata ini boleh digunakan lagi,
rasa rasanya zaman kanak kanak sekarang ini pun tidak sama dan serupa zaman kanak kanak 80 an dan awal 90 an... lain dah sekarang ni...
kau, aku, kami, kita,
aku maju, aku naik, aku berjaya, persetankan yang lain.
kita dididik dengan pemikiran sebegini sejak dari kecil secara langsung mahupun tidak langsung.
masalah itu datang pergi silih berganti. semua ada, semua akan hadapi.
tapi penyelesaian dan cara menghadapi orang masing masing berbeza, mungkin ada yang lebih senang untuk berkongsi dengan teman teman, ada yang sendiri sendiri, tulis blog pun salah satu cara mengurangkan rasa bebanan masalah, seperti mana ada yang gemar berpuisi dan menyanyi untuk meredakan sedikit tekanan masalah.
hahaha...
hidup memang macam ini.
tapi walau apa pun masalah, kita masih boleh senyum dan ketawa.
walau seketika nanti kita menangis dan marah.
semua ini perencah kehidupan.
uniknya dan kreatifnya kejadian kejadian yang dijadikan oleh tuhan kita.
masa kanak2, akak pikir..seronotnye jd org dewasa,xde sape nk marah..masa remaja,akak pikir sonotnye jd org bekerja..ade duit sendiri,leh beli mcm2...masa akak dekat u, akak melonjak-lonjak nk keje..nk rase best leh blanje sakan..bile akak dh keje, akak nk rase balik ke zaman kanak-kanak..xyah pikir ape dah..so..akak setuju le dgn ayat mak kamal tu..sbb nnti akak pun bakal jd mak..kamal pun bakal jd bapak..insyaAllah..:D
[b]NOTAKEMATIAN[b]
uhuk2! terkejut gue, komen llo sungguh panjang sekali.. masuk sejarah kowt ni, komen paling panjang.... hehe
yup, merasakan benda yang sama jugak, kata-kata tu tak boleh digunakan pulak... budak2 skrang tgh melalui zaman tak makan saman... teruk betul!
banyak masalah, banyak yang berlaku, orang kata ada hikmahnya... bagi yang nampak hikmah, ok lah, tapi kalo yang tak nampak hikmah, payah jugak... cume mengharapkan, segalanya yang terbaik je, tanpa mengira zaman kanak-kanak, remaja atau dewasa...
tapi seriously think, zaman dewasa ni banyak gila nak fikir! adeh!
[b]KAK ZURA[b]
huhu, komen dari yang berpengalaman dalam kesemua zaman...
salah tu kak zura...
bila dah keje, akak patut fikir cara camna nak belanja kami smua yang tak keje lagi neyh... baru betul! huhuhu
tapi betul lah... everything has its pro n cons... manusia tak pernah puas kan...
ya ampun...
enggak sedar gue, komentarnya jadi sebegitu panjang ya...
lumrah hidup...
kerna ini yang kita kita semua panggil k.e.h.i.d.u.p.a.n.
wah, bila nota.kematian berkate2 tentang kehidupan, panjang lebar tuu..
nak diikutkan, dlm shari2, mmg byk issues that we hv to deal with. isu dgn diri sndiri, dgn org sekeliling. itu je dah bleh menambah beban di kepale. huhu, itu la ble jd dewase.
realiti hidup memang begitu.
tapi isu-isu ini jugelah yg mematangkan diri kite. makin kite matang, kte makin pandai nak fikir and handle seme ^^V
Post a Comment