Sepagi bersama Engineer & Society...

0174
18 February 2008


Awal pagi Isnin.
Pemula setiap minggu.
Kena gak bangun awal, g kuliah.

Diorang ni tak faham maksud Monday Blues ke?
Selamba badak je buat jadual melibatkan Isnin pagi!
Aish!

Subjeknya – engineer & society
Satu subjek yang melibatkan fakta.
Yang lecturernya boleh cakap je berdasarkan pengalaman.
Dan slide power point hanya sebagai pelengkap dan guideline.


Aku tak kisah pon.
Best jugak bila dengar pengalaman orang ni.
Cuma, bila ianya Isnin.
Dan mengetahui banyaknya masa terbuang masa weekend.
Dengan assignment tak siap-siap lagi.
Aku sedikit tension berada dalam kelas tu.

Baik aku tidur lagi baik!

Tapi hari ni berbeza.
Suasananya lain.
Banyak kali gak aku terpanah.
Mungkin apa yang diceritakan mengenai situasiku kini?
Erm...

”whistleblowing is the act by employee of informing the public of higher management of unethical or illegal behavior by an employer or supervisor. It can be done by internally, externally, anonymously, or by acknowledging the faulty is you fault.

Kadang-kadang, kita dapati, kilang kita, atau organisasi kita, buat sesuatu yang tidak beretika, kita ada kesedaran yang benda tu salah, dan kita rasa nak ceritakan dan membetulkan keadaan. Adakah kita perlu bertindak untuk membetulkan keadaan?

Dalam situasi macam ni, banyak jugak yang perlu diambil kira. Adakah kamu mampu untuk menegakkan kebenaran? Apakah efeknya kepada kamu? Atau adakah orang lain yang lebih layak untuk memberikan pandangan mengenai isu tersebut? Semuanya kena diambil kira.

Tapi kita kan, sebagai orang Islam, kenalah fikir baik buruk. Takkanlah kilang awak buang wastewater secara berleluasa ke sungai berhampiran, menyebabkan penduduk sekitar sakit, dapat pulak production tinggi, awak nak diam je. Panggil Karam Singh Walia untuk menyelesaikan keadaan!”

Perlu kah aku meniup wisel yang ada ni? Perlukah aku bertindak? Mampukah aku? Atau aku terus keluar?

Itu profesional ke menyerah kalah? Takkan baru sikit nak menyerah kalah beb... ini cabarannya kan.. ko pown tahu...

”Effective communication will determine the succesful of one organisation. Tanpa komunikasi yang efektif, semua susah menjadi kenyataan. Kadang-kadang ada orang yang cuba mengubah sesuatu keadaan, cuba try tukar pump production pown, orang atasan tak amik kisah.

Tapi bila orang lain berkata-kata, walau sama taraf dengan kita. Orang atasan dengar pula kata-katanya. Inilah dinamakan bakat untuk berkomunikasi secara efektif. Dalam meeting contohnya, anda tak patut diamkan diri.

Ingat tak Prof. XXX? dia tu dalam meeting outspoken, dulu dia tu debater sekolah. Dan dia bila meeting, pandangannya memang orang akan focus, sebab bernas. Walau antara rakan sejawatnya, dia yang paling muda. Itu adalah antara satu contoh effective communication jugak."

Adakah aku dah bertindak sewajarnya dalam mengubah keadaan ini? Kenapa masa meeting dulu aku diam, sedangkan selama ni aku outspoken? Tak selesa maybe.

Camna aku nak ceritakan masalah ini pada pihak atasan aku, tanpa ada judgement yang mengatakan ia adalah untuk kepentingan aku?

Sekarang ni, aku cakap-cakap belakang bersama seorang lagi rakan. Kenapa aku tak luahkan dalam meeting? Kenapa aku tiba-tiba rasa suara aku kecik sangat nih???


”saya nak tanya awak satu benda. Antara kedai Melayu dengan kedai Cina, mana yang awak pergi? Masing-masing ada masalah masing-masing kan. Kalau Melayu, maybe kualiti servisnya kurang. Cina pulak kuat menipu. Ada kawan saya kata, kalau tak menipu tu bukan Chinese la, sampai macam tu sekali!

Tapi kena amik iktibar jugak dekat bangsa Cina ni. Diorang ni bangsa yang tak putus asa!”

Adakah aku nak berputus asa sekarang? Better awal-awal kan, dari last minute. Supaya adalah masanya diorang nak cari strategi bila ketiadaan aku.

Adalah hati aku akan merasa senang bila aku berputus asa? Tak ke nanti, satu ketika, aku lihat kembali ke belakang, dan kata, bodohnya aku untuk lepaskan peluang tu dulu?

”awak kena set mind awak. Dalam U ni, awak buat program, semua masih boleh bagi komitmen. In term of teamwork, dalam U ni, bagus. Sebab masing-masing takde kepentingan lagi.

Tapi bila dah masuk alam pekerjaan, nak dapatkan satu team yang betul-betul kuat adalah sukar. Itulah cabarannya. Masing-masing bergerak untuk kepentingan masing-masing. Ada yang minat tumpukan pada keluarga, hobi, dan macam-macam lagi yang akan mengugat satu teamwork tu.

Ini boleh diatasi dengan melihat kembali objektif utama organisasi tersebut. Jika semua orang bekerja untuk memajukan syarikat, cabaran ini slow2 akan dissolve jugak.”

Sekarang ni, semua bergerak berasingan. Masing-masing bagaikan nak lepaskan diri masing-masing. Penat lah camni.

Aku rasa semua kena fikir balik, apa tujuan kita buat nih. Jangan lari dari matlamat asal. Ini satu amanah. Bila fikir baik, tak beretika bila kita letakkan kepentingan kita dalam ni. Dapat dosa pon ye kan...

”Honestly may be the best policy, but it often come at a price”

Ya, memang.
Aku ingin bersuara. Tapi ini melibatkan banyak benda untuk difikirkan. Jadi jujur sangat pun susah sekali sekala. Aish!

Only random thoughts that i came across during that lecture.
Seriously, in a mode of making wise decision.
Tengah menimbang mana baik, mana buruk.
Dan proses penilaian ini memenatkan!

Sampai petang itu, aku demam ngada-ngada dan ponteng satu kuliah! Aish!

Doakan supaya beta mempunyai akal yang baik untuk buat keputusan yang terbaik ye!


:::YTBACK!!!:::

14 comments:

Mr Final said...

Aih?... ko x amik Engineering Society ker.. dlu??? Pesal.. ketinggalan betul nih..??

Aku nak komen pasal whistleblow... Berapa rmi engineer yg buat perkara ni.. yer?? Melihat pada keadaan atau melihat kepada prinsip atau pun melihat kepada kepentingan masing2..

dan akulah perempuan separa muda itu. said...

hai yo....
apa yang kamu tulis nih, sekali view tengok seimbas lalu sahaja mahu pergi kmc ni...
nanti nanti laa komen...

waaaa......
canselor, ada orang ponteng kelas.

hambik.. ngadu terus kat canselor....
hahaha...

@LiENZ said...

AK,
Ramai orang tak puas ati tak bertempat. Ramai orang nak meluah tak bertempat. Ni lah yang dikatakan orang yang tak bermotif.

Siapkan diri ngan hujah2 bernas.Set dalam kepala ape yang perlu diubah n mengapa. Pastikan ape yang dibuat untuk kepentingan semua orang.

Tapi kalu tak didengari,itu biase.Keberanian kan datang bile ade kebenaran. Yang penting konpiden k!

Same ade bersuare atau mengikut saje..

FAIZUL said...

ala sal whislteblow to memang menjadi isu pon....btw..ko ok gak tuang stu kelas...ak nih..sebab mionday blues..soma kelas ak tuang,..baik ak tido...wahahah!!

zura lias said...

Yang baik-baik je utk kamal..selamat menggunakan akal..jgn gune kepala lutut tau..kecuali kalo dh rase mcm nk menghentak org..kepala siku pun buley..hikss..

ahmadkamal said...

MR FINAL
kan kos kita lain2... ada aku amik awal, ada aku maik lambat... so kena amik E&S sem ni...
thanks 4 da comment... kiranya bagi aku point gak ni... thanks!


NOTAKEMATIAN
hehe, main jeling2 masa nak g kmc ek?
duh! dia balas balik rupanya... hampeh! takpe2... saya tak bgtau dato'NC k.... syhhh!!!~~~


@LIENZ
thanks atas komen yang bernas... really appreciate it!


TRUANTA
kalo tuang smua klas, tu mmg hampeh.. ko takpe... kuliah besar... kalo tak dtg sgt pown tak dinampak... aku nih, kalo tak dtg je kecoh satu klas! hehe


KAK ZURA
hehehe kak zura tak bleh bla!
thanks... akan gunakan pertimbangan yang sewajarnya...
takmo la guna kepala lutut n siku... kpala lutut sakit sbb jogging... siku lak buruk... so takleh guna! hehe
kak zura je lah jadi bonzer.. amacam???

dan akulah perempuan separa muda itu. said...

aiyo !
bilanya bermain jeling jeling ya?
(muka innocent)

kami sedang bersungguh sungguh belajar coding daripada cikgu yang bertauliah lagi berdedikasi.
kepala mahu pecah sudah fikir dan buat PSM2 itu, mana kan sempat mahu jeling jeling lagi.

:: cheezzy cheese :: said...

yg fenting dik non- it's juz ur random tot.. ko mmg monday blueessss! muahahahahaa..

lind said...

monday blues mmg gitu.. ko dimaapkan eheheh

kalau kita neh jenis jujur.. jujur je la..

Noushy Syah said...

What a thought! Gr8 minds discuss ideas...:)Thanks for the mind's provoke entry.

Effective communication is necessary in all aspects,not only in an organisation but also in relationship!Learning to communicate well will boost your confidence and self esteem...come what may!

Come clean, set own principles, boundaries and be firmed,sooner or later people will respect where you stand...be brave enough to take a challenge in life!

ahmadkamal said...

NOTAKEMATIAN
maksud beta... dalam sibuk nak g kmc... g pecah kpala wat coding tu pown... ada masa nak masuk tenet dan menjeleng ke sini! ye la mana tau tekno baru kan... leh bukak blog masa lalu kat koridor... mengalahkan tekno beta yang guna skype masa basuh keta lagi tuh! hehe


KAK YANZ
maybe it was just a random thought... but there is something in that thoughts that can be used...


LINDOSH
jujur... mmg amat jujur.... huhuhu


NOUSHY SYAH
yerp... effective communication is very important in all aspects...
the whistleblowing has been done, and luckily it was ok... they can accept it, and we discussed some more, until both parties satisfied... thus it is not bad after all...

lind said...

sila hapdet :P

Noushy Syah said...

Kudos for you!

That's part of gr8 preparation as you enter the career-wise in future.

All the best to you.Have a good w/end and chill out!

ahmadkamal said...

LINDOSH
yer update dah ni.. been busy la... lain lah owg tuh leh g bcuti! tu pown malas naip... men upload gambar je gamaknya! hehe


NOUSHY SYAH
hurm, guess so... but sini kwn2 je kan... so maybe in the future, it would be more challenging...