Moh Contaminatekan Sample Dia!!!

0281
23 September 2008

Setelah aku sibuk dengan hari rabu puaka itu, aku sibuk mengambil time off dalam setiap apa yang aku buat, dan aku berehat sepuasnya.

Itu termasuklah tidur macam orang gila, bangun bila hari meninggi, dan melakukan kerja2 tak berfaedah dan tak produktif.
Nama pown cuti dan berehat, jadi itulah jadinya.

Tapi rumate aku???
Dia kene meneruskan jadual yang memenatkan.















Sterilization process dalam laminar flow...
Aku duk jauh2... kang tak pasal2 sample diowang rosak!

Nak tak nak dia kene teruskan juga eksperimen untuk PSM dia dari semester ini.
Semua kerana untuk mengelakkan masa banyak dihabiskan waktu cuti dan juga mengelakkan untuk bersaing alat-alat yang digunakan untuk PSM.

Yelah, kalo semua orang nak guna centrifuge, incubator sume, kena beratur, kena ambik masa kan.
Thus, my rumate and his PSM group ambil langkah proaktif dengan membuat jadual eksperimen PSM diowang sedari semester ini.

Dan ia sedikit sebanyak telah membuatkan rumate aku separuh gila aku lihat.
Hahaha

Aku pulak, masih dalam mode cuti2 Malaysia.















Agar preparation
Eh, Nad - Makhluk Tuhan Paling Sexy pown nyibok kat lab gak...
Dia temankan rumate dia...

Kaedahnya, waktu begini, rumate aku kene buat growth curve untuk bakteria yang dia akan gunakan.
Tah nama apa tah bakteria itu, maleh nak amik tau =p

Buat yang tatau growth curve tuh apa, ia adalah satu graf untuk mengkaji pertumbuhan organisma.
Ia basically terbahagi kepada lag phase, exponential phase, stationary phase and death phase.















Umak aih! Inilah sample2 yang diowang dah buat selama 4 hari ni...
Bila tah nak analyse...

Dalam graf tuh, kita akan tahu la, macam mana organisma tuh bertumbuh, n sekarang ni di mana kadar pertumbuhannya.
Bila dah tau bacteria tuh bertumbuh dengan kadar apa pada masa apa, barulah kita boleh manipulatekan bacteria itu mengikut kesukaan hati kita!

Tapi, nak dapat growth curve tuh amatlah payah.
Rumate aku kena amik sample setiap 3 jam.

Maknanya dalam satu bottle yang dipenuhi oleh bakteria dan makanannya, setiap 3 jam, sedikit bakteria perlu diambil untuk dikaji kadar pertumbuhannya.
Itu belum masuk lagi macam mana cara nak kajinya, OD, CFU or DNS.
(aku dengar je rumate aku cakap, malas nak tau satu2 mende tuh apa.. =p)















Packaging process
Dah banyak sangat sample, nak bawak ke tempat analysis pown paketkan dulu supaya tak bercampur!

Jadi, setiap 3 jam, dia kene g lab la untuk ambik sample
Yang paling crucial ialah bila bakteria tuh dalam exponential phase, memang kene amik setiap 3 jam.
Kalo bakteria tuh dah masuk stationary phase, sample boleh diambil selang 6 jam.

Untuk ke lab setiap 3 jam dalam minggu yang memenatkan amatlah perit.
Kesian aku tengok dia.

Malam pertama dia tidur lab
Aku ingatkan nak join, tapi malam tuh aku dengan mode cuti2 Malaysia sibuk tengok movie, so tak jadi la
Ye la, bila lagi nak merasa kan
Aku punya PSM simple je















Rumate dan packaging process

Indirectly, aku jadi alarm pulak untuk rumate aku ni.
Setiap pukul 8, 11, 2, 5, 8, 11, 2, 5 dan seterusnya, aku akan ingatkan rumate aku supaya g lab.

Yelah, bila dia balik, ada masa senggang je, dia akan tido kepenatan.
Tak pon lepak2 men game.
Tak pon men skype ngn awek dia.
So akulah jadi alarm dia.

Adalah satu hari tuh, aku tersedar pukul 8 pagi.
Aku malas betul nak bangun kejutkan dia.
Dia tidur atas katil aku, so aku lak dengan malasnya just sepak2 je papan atas katil ni sambil jerit, “oi, oi, ko ada tak kat atas... g lab laa!!!”

Tengok2 papan tuh siap nak tercabut aku sepak...
Ooo, dia dah pegi lagi awal rupanya...
Huhuhu
Itulah kisahnya aku menjadi alarm yang pemalas...















Sampai terduduk Nad - MTPS nak tolong paketkan...

Semalam, selepas sahaja test Petroleum Technology, aku pown takde nak buat apa.
Ada je keje actually, tapi aku dah mood raya
Malas gile nak teruskan keje2 len

Thus, dalam separa selsema, aku pown g la lab untuk tengok n usya apa yang diowang buat.
Di samping tuh, aku belajar la jugak macam mana nak guna autoclave dan macam2 alat yang diowang guna.
Kira broaden my perspective gitu.

Aku separa selsema, keep terbersin
Diowang suh aku pakai mask, sebab takut sample diowang tercontaminate.
Ikutkan saja, takkan lah aku nak nyusahkan diowang pulak

So, semalam role aku adalah Possible Pengcontaminate la
Huhuhu

Balik bilik, men skype sebarang dua, aku mula rasa tak selesa
Rupanya selsema aku berubah menjadi demam
Sapa contaminate sapa ni? Adoi la

Selamat hari selasa ni aku tak de kelas langsung
Thus, tadi aku dah tido macam orang mati, n bawu bangun n mandi ni
Dah rasa ok sket, tuh yang ada masa menaip tuk kowang

Cuak gak kan saket2 nak dekat2 raya ni...
Looks like the contaminater have been contaminated!




















Possible contaminator that have been contaminated!!!


p/s - expecting one special entry on 25th October 2008, 12 am!



:::YTBACK!!!:::

5 comments:

Princess Liyana said...

ececece..tgk skali dah mcm dr. la plak..dr. kamal;)hihi..tp bila tgk dua kali emmm mcm....hehe..takmo hbskan..

err..selamat hari raya ok:)

maaf zahir batin dari princess sekeluarga..jemputla braya di rumah!

azie said...

ooooo

aku ingatkan yang gambor first tu rumate ko..terpikir gak,awat pakai tudung?hahahaha

Hilman Nordin said...

aloo.. aiseh ko. aku da mati2 ingat rumate ko pompuan.. saje mengkonfiuskan orang.

hehe.. statement tak boleh blah - "aku maleh nak amik tau"

and i end up getting some perspectives on your rumate's research. LOL!

IamYonna said...

a ah dow..
aku ingat rumet ko pompuan! hahaa.
asek tunjuk gambar pompuan je :p
ngeh2..

susah dpt alarm pemalas ni hahaa.
naseb katil tak runtuh ko sepak2 padahal die dha pegi dah! haha..

oh ya.
demam.
kesian.
utk aku kan.
kalau lelaki demam,
nampak comel.
tp dalam kes ni,
ko dikecualikan la
hahahahha!!

gile la kene buat research betoi2.
mau mati awal aku amek kos ko ni

ahmadkamal said...

PRINCESS
tgk dua kali hensem kan??? hahaha
dr princess skeluarga??? dr princess, suami dan anak2 ek?
huhu
samat hari raya juga!

AZIE
haha tuh mmg saja je tuh...

HILMAN
bukan maleh nak amik tau... dah tau dah pown.. tapi aku lupa... bek aku sibuk2 kat thesis aku...
perspectives???
ko kene bayar la gitu, aku bagi ko perspektif...
ingt free???

YONNA
haha kena2!
sush pe... kira ok alarm pemalas ni berbunyi tau.. dia bukan suruh pown.. aku dengan rela hati jadi...
lelaki demam comel? eh tak la...
grrr
takde la... kalo dah biasa boleh je kowt...
mula2 ingt sush, but along the way, it gets easier...
alah bisa tegal biasa...
(tiba2 kuar peribahasa) =p