2

0436
9 Mac 2010

Kalau dulu, aku sengaja biarkan dulu korang komen banyak2 entri sebelumnya, baru aku update yang baru
Tapi mungkin bukan kali ini
Aku hanya ingin berkongsi

Sebagaimana ada di antara korang tahu, aku join program GEMS, seminggu selepas aku konvokesyen
Tempatnya ialah di Port Dickson

GEMS ialah Graduate Employability Management Scheme, satu program lebih kurang macam program siswazah menganggur
Aimnya untuk bagi kursus kepada siswazah2 berdegree untuk melengkapkan diri sebelum menempuh alam pekerjaan

Masa aku terbaca pasal program ini, aku letak ia sebagai back up plan, kalau2 dateline aku iaitu konvokesyen, sampai tanpa aku ada apa2 plan dalam kepala
Kiranya, that was my last resort

Konvokesyen tiba, meninggalkan kenangan2 manis dan pahit
Dan serta merta, aku harus meneruskan apa yang aku rancang
Jadi, aku pon daftarkan diri ke program ini

Senang je nak lepas, asalkan ada degree anda kiranya berjaya
Dengarnya program ini dirancang untuk rekrut 20,000 graduan dalam masa 2 tahun
Jadi, instead of graduan cari program ini, program ini yang sebenarnya mencari orang
Masa aku interview pon disuruhnya cari kawan2 yang berminat

Aku malas nak war2 kan
Cuma beritahu mereka yang rapat
Tapi mereka ada benda lain yang dirancang
So, mereka tak ikut aku

Basically, program ini terbahagi kepada 2
Pertama, 2 bulan setengah di resort, untuk belajar mcm2 skills like communication, problem solving n so on
Kedua, 6 bulan di attach di kompeni2 yang dipilih oleh penganjur

Sepanjang tempoh itu, elaun diberikan

Jadi, kiranya aku bagaikan dibayar untuk bercuti sambil belajar
Sapa tak nak?

Setelah tension mencari kerja, program itu memang macam satu percutian
Dengan kawan2 yang amat menyenangkan, pelbagai program, aku rasa macam aku di U balik
Aku selesa dan gembira

In fact, I met so many colorful people there, from different background, all with one aim – to get a job!
Dan semua macam mesra, bagai tiada beza

Budak engineering leh lepak dengan budak akaun.
Budak finance lepak dengan budak art.
Dan macam2 lagi lah
Bagi aku, ini peluang untuk kenal orang!

Best jangan cakap la
Hingga aku terlupa, terleka
Aku terus lupa menghantar resume ke kompeni2
Aku terus lupa mencari kerja

Bagi aku, aku mau terus dalam program itu
Dan aku akan ikut sahaja ke mana mereka hantar aku
Asalkan performanca aku sepanjang program aku jaga
Aku terleka

Gembira melepak bersama kawan2 setiap masa
Berenang2 di kolam, mendaki rumah api, berpiknik di pantai
Drama, buat maskot, sukan
Macam2 lagi lah!

Aku amat gembira di sana

Hinggalah....

To be continued...


p/s – macam kurang ’kick’ la ini entri... lantak lah! =p


:::YTBACK!!!:::

3 comments:

Nani Othman said...

la. putus lagi. teruk ah kamal ni.

well..it's awesome that you get to mix with colourful people. it's like being in a different world - and it's not bad at all. =)

oh just one more thing, there's no war-war in BM. supposed to wara-wara.

Liza said...

wah, jeng jeng jeng...suspen tu

ahmadkamal said...

KAK NANI - sori kak.. limited time to write... hence part by part... =p

KAK LIZA - suspen ke? hahaha