3

0437
10 Mac 2010


Tiada apa2 ikatan yang dikenakan dalam program GEMS
Meaning, anda boleh keluar dari program ini dengan notis 5 hari
Dan ia juga menggalakkan pesertanya untuk keluar hadiri temuduga di luar...

Aku pon tak terkecuali
Jika ada peluang untuk ditemuduga aku pergi sahaja
Demi pengalaman...
Satu temuduga yang tak menjadi menjadi bahan untuk aku kaji untuk temuduga akan datang

Satu panggilan aku terima ketika aku di dalam kelas di GEMS
No yang tidak aku kenali
Mengatakan yang aku dipanggil untuk temuduga pada 3hb November 2009

Dari kompeni yang aku tak pernah dengar, dan tak dapat sebut walau berulang kali si pemanggil memberitahu nama kompeni tersebut
Aku yang tak tahu menahu, pergi sahaja!

Yang kelakarnya, dah lah nama kompeni aku tak ketahui
Untuk jawatan apa pun aku tak tahu!
Memang aku redah je pergi interview...
Like i said, maybe sebab aku dah terleka dengan GEMS, sampai aku tak berfikir panjang

Tempat interview juga aku main agak2 je
Dekat je dengan tempat praktikal dulu
Cuma aku tak pernah sampai ke sana

Oleh sebab memikirkan aku dari PD, jadi aku mintak ditemuduga untuk sesi petang
Pukul 230 petang
Konon2 sempat lah untuk aku mencari tempat tersebut

Bertolak dan mencari
Main agak2
Hasilnya, aku sesat!
Hingga aku tiba di tempat interview pada pukul 240 petang
Lambat 10 minit tuh!

Masuk, buat selamba
Memerhatikan sekeliling
Tiba2 terasa tenang dan damai
Entah kenapa

Aku tak tahu, maybe aku ni jenis ada 6th sense
First impression aku selalunya membantu aku
Dan bila aku di situ, suasana pejabatnya aku suka…
Aku tertariklah kiranya

Interview bersama 2 panel
Seorang Head of Technical, seorang Senior Engineer
Rupanya aku ditemuduga untuk jawatan ‘Process Engineer’
Tuh pun sebab aku jelling fail aku yang dibaca oleh panel2 tersebut

Bila fikirkan balik, memang kelakar
Aku rasa aku zero pengalaman pasal benda2 ini
Dan jawatan itu punya spec pon aku tatau
Aku cuma sempat baca sedikit demi sedikit profil kompeni

Yang aku ada, hanyalah diri aku
Dan sedikit sebanyak pengetahuan hasil pembelajaran aku
Relevannya ke jawatan itu, aku pun tak tahu
Sebab memang seriusly aku takde pengalaman!

Waktu itu, memang aku agak buntu sebenarnya
Mau sambung master atau kerja
Ada dua pilihan
Dua pilihan yang aku tak tahu macam mana aku nak nilai

Aku tak tahu bagaimana situasinya master
Dan aku tak tahu bagaimana situasi kerja
Aku hanya mampu ’go with the flow’

Selalunya kalau dalam memilih, aku mampu buat pro n cons
Buat at that time, memang tatau bagaimana aku ingin membuat pilihan…
Mungkin kurang pengetahuan mengenai benda2 yang bakal dipilih…

So, aku ditemuduga
Ulang kembali thesis aku dan Plant Design aku di hadapan panel
Buat mana yang aku mampu
Syukur juga pembelajaran di GEMS mengenai temuduga banyak membantu

Habis temuduga, aku pulang saja
Aku memang takde berharap sangat
Sebab aku rasa aku dah buat mana yang aku mampu

Dalam otak, aku hanya fikirkan bagaimana aku nak kembali ke GEMS di PD
Macam aku cakapkan, aku terleka…

Dan aku meneruskan aktiviti2 aku di GEMS tanpa memikirkan, dan berharap apa2...


To be continued...


:::YTBACK!!!:::

4 comments:

Frodo Baggins said...

hahahahaha ...
jauh berjalan luas pngalaman
sesat tambah pengetahuan

ngahahahahah

p/s: good luck

>>____<<

Rina said...

Haha.. Mr kamal, sesat? Hehe.. Ni mesti sbb fikiran kat PD ni.. =)

Menarik tul cite ni.. Siap da part 3. Cam episod drama lak..

Okeh, sambung cite cepat.. =p

victoire said...

at least ko dah lepas lega sume..
aku ni menunggu result interview kelmarin..
tensen duh.. aku arap dapat laa.
dah letih mencari

ahmadkamal said...

FRODO - yerp... couldnt say more... thx!!!

IRINA - huhu kita on hold dulu!!!

KERI - biasa ah tuh... kene tempuhi jua... huhu