Keberadaanku...

11 Julai 2006
Keberadaanku...

Julai datang lagi. Ya, itulah kataku bila di awal julai dulu. Kedatangan julai selalu ku nantikan. Tapi entah kenapa kali ini tidak.

11 Julai 20006, menambahkan lagi keberadaanku di dunia ini. Jika dulu masih belasan, kiniku menanjak puluhan. Adakah aku sudah bangun setaraf dengan usiaku?

Sebenarnya, aku tidak mengingatinya hari ini. Semalam sesuatu telah berlaku, dan ia menuntut kesabaran yang tinggi.

Lantas, segala perhubunganku dari dunia luar aku putuskan. Telefon bimbitku, ku ‘silent mode’ kan. Sehingga ‘vibrate’ pun ku tutup. Aku duduk di atas katilku, di dalam bilikku. Mataku mendongak ke atas, memikirkan segalanya. Kukurangkan pergaulanku dengan orang lain malam semalam. Entah mengapa, tiada mood mungkin.

Permasalahan yang ada bersilih ganti. Tenggelam satu, timbul yang baru. Bagaikan satu acara balapan. Berganti-ganti. Dan ternyata semalam aku termenung memikirkan masalahku yang satu ini. Yang tak tenggelam-tenggelam sejak dari dulu.

Ada 365 hari dalam setahun. Mengapa baru semalam ia patut muncul?

Entahlah. Aku sering percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin...

Apapun kepada yang mengingati dan telah mengingatkan betapa semakin bertambahnya usiaku hari ini, terima kasih. Sedangkan aku sendiri tidak ingat!

Ramai rupanya yang masih ingatkan diriku. Terima kasih atas ingatan itu. Amat menghargainya!!!

Aku sering meminta rakan pedamping. Dan aku selalu memikirkan apa pandangan aku di mata orang. Ini aku memang tak boleh ubah lagi.

Tapi ternyata, ‘don’t take things for granted’ kata orang. Sebenarnya yang dicari yang mencari.

Untuk itu terima kasih atas tanda ingatan.

Terima kasih.


:::YTBACK!!!:::

Konflik...

10 Julai 2006
Konflik...

Di sini aku menulis lagi kisah hidupku. Agar semua rasa terluah dan aku kembali tenang.

Hari ini entah kenapa, di sebalik tawaku, aku rasakan aku tertekan dengan permasalahan yang aku tanggung selama ini. Yang aku simpan dari mata orang lain.

Baru mendapat panggilan dari rumah sebentar tadi. Bertanyakan bagaimana suasanaku di hari pertama pengkuliahan di semester baru ini.

Apa lagi perlu dikatakan? Mereka tahu aku dalam kesusahan di sini. Dan mereka seolah-olah mengelak dari membantuku menyelesaikan masalah itu.

Pertanyaan tidak memberi sebarang kesan. Hanya menambahkan luka yang terpendam. Untuk apa ditanya perkara yang sudah jelas nampak dan diketahui?

3 bulan, satu tempoh yang lama untukku bertahan. Satu tempohyang agak lama untuk orang yang panas baran sepertiku.

Kadangkala aku sendiri terkejut kemampuan diri untuk bersabar. Sabarkah itu? Atau takut?

Ya, memang aku takut. Aku takut untuk mengambil langkah untuk mengikut kata hatiku. Aku takut ia akan melukakan hati mereka.

Sepanjang ini, banyak telah ku korbankan, perasaanku, siapa aku. Aku takut mereka terluka. Bagiku pengorbananku apalah sangat dibandingkan dengan mereka.

Tapi bagaimana akan kulalui semua ini. Persoalan ini semakin menyesakkan fikiran. Tanpaku sedar, aku termenung memikirkannya, dan akhirnya aku kembali menyalahkan diri sendiri.

Aku rasakan diri terlampau bodoh. Tidak ada daya upaya untuk bertindak atau sekurang-kurangnya, menyesuaikan diri dengan keadaan. Kelemahankah itu?

Aku sedar, aku yang tertua. Dan banyak perlu ku korbankan.

Kadang-kadang bila sampai ke satu tahap, mereka bagaikan tidak tahu berbuat apa-apa. Kerana aku yang tertua, dan aku yang selalu menghadapinya dahulu.

Dan aku selalu menjadi mangsa atas tindakan mereka yang tidak peka dengan keperluan untuk terus hidup.

Aku selalu membandingkan diriku dengan kawan-kawan seusia, yang rata-ratanya bukanlah sepertiku, mereka yang tengah atau yang termuda. Segalanya mereka cepat kecapi, kerana mereka ada yang lebih tua untuk membantu. Siapa yang ada untukku?

Semakin hari mereka semakin tua. Semakin mereka berasa puas dengan hidup mereka. Sedangkan hidup aku baru nak bermula!

Mungkin ini adalah cabaran yang harus dan perlu aku hadapi. Aku sering berfikir begini, mungkin yang lain pun ada mengalami keadaan sepertiku. Entahkan betul entah tidak.

Aku di sini kerana mereka. Jika turutkan kata hatiku, aku tiada di sini. Telah banyak usahaku lakukan untuk bertahan. Tapi kadangkala aku merasa tiada daya. Bagaikan tiada hidup.

Selama ini aku menurut kata. Menurut sahaja tanpa banyak soal. Walaupun pada zahirnya mereka mengatakan aku bebas untuk membuat pilihan, tapi dalam diam mereka menyelitkan pilihan mereka.

Mereka mendominasi hidupku. Mereka memilih jalan hidupku. Siapakah aku? Boneka? Pelengkap cita-cita mereka?

Secara zahirnya akulah kebanggaan. Segala kejayaanku dicanangkan. Juga diperbandingkan. Tapi di dalam, aku terkurung. Aku tak bebas. Aku tak merdeka.

Kata-kata ini ku tulis dengan airmata mula berkaca. Aku sebak sebenarnya bila mengatakan soal ini.

Aku selayaknya tidak layak untuk menyoal. Juga tidak layak untuk berkata-kata mengajar mereka. Mereka lebih dulu makan garamnya.

Tapi dunia berubah dan kian mencabar. Situasi mereka dulu tidak sepertiku. Untuk bertahan aku banyak membuang hatiku sendiri. Bilakah akan ku turutkan kata hati?

Tulisanku ini bukan berniat mempersoal atau memperkecil. Di satu sudut hatiku, mereka masih ku kenang sebagai yang banyak berjasa dalam hidupku. Aku seringkali mengelak untuk berkata-kata soal mereka kepada orang lain. Rahsia permasalah mereka ku simpan di hati

Tapi ini adalah luahanku di kala aku tidak tahan. Dan di sini sahajalah tempatku meluah.

Mungkin anda akan bertemu denganku di luar. Ketahuillah senyumanku kadangkala bukan seikhlasnya. Hanya topeng untuk mengaburi dunia. Aku rasa ramai orang begini bukan?

Dan ketahuilah, di muka yang teraut indah ini, banyak permasalahan yang ditanggung. Bezanya tersirat atau tidak, tergambar atau tak ternampak.

Sejauh manakah aku akan bertahan dengan semuanya?


:::YTBACK!!!:::

Permulaan...

09 Julai 2006
Permulaan...

Semester baru membuka tirai. Penulisan bermula. Mungkinkah aku akan tegar menulis dan menaip kisah-kisah jejakku???

Di sini, di permulaan yang baru, harapnya ia berakhir dengan gembira. Aku ketahui, di tengahnya mungkin penuh liku, dan aku berharap aku tak lagi perlu berpura-pura menjadi orang lain. Aku perlu menjadi diri sendiri.

Ini permulaannya. Aku tak mahu di kemudian hari aku menyesali segalanya. Harap semuanya berjalan lancar.


:::YTBACK!!!:::

Akhirnya...

Cuti semesterku selama 3 bulan sudah hampir ke akhirnya.

Dan aku akan kembali ke sana, dengan membawa semangat baru untuk meneruskan perjuangan (harapnya).

3 bulan mungkin satu tempoh yang agak lama dan panjang. Ya, aku akui. 3 bulan ini macam-macam boleh berlaku, macam-macam boleh dibangunkan dan dimajukan.

Namun aku masih di takuk lama. Jika ada kemajuan pun hanyalah sedikit cuma.

Macam-macam telah ku lalui sepanjang cuti ini – kesepian yang mencengkam, kebosanan yang mengharukan, kehilangan daya untuk meneruskan hidup, keterujaan menemu ‘dia’, menangani rasa takut, kegembiraan yang tak disangka, menemui orang baru, dan macam-macam lagi.

3 bulan yang amat berharga dan penuh dengan pengalaman baru.

Mungkin bila ditanya “kamal, apa yang ko buat selama ini?”.

Aku akan menjawab “takde apa pun, duk umah je jadi anak dara...”

Tapi ketahuilah, walaupun benar, banyak yang telah ku lalui.

Walau waktu melaluinya aku merasakan “kenapa aku kena melaluinya?”. Dan aku akan menyalahkan diriku kerana tidak dapat mengawal hidupku sendiri.

Tapi, seperti biasa di akhirnya aku dapat melihat hikmah dan pengajaran dari apa yang berlaku.

Di sudut positifnya, aku terus hidup dan telah melalui berbagai pengalaman. Di sudut negatifnya, aku masih lagi kurang untuk berjuang dalam hidup.

Bunyinya pelik bukan? Takpe la, tinggalkan dulu hal itu.

Ini merupakan sasaran-sasaran aku sebelum aku cuti hari tu:

1) nak berehat serehatnya (memang dah terlebih pun)
2) nak keluar ‘hanging out’ kat tempat-tempat yang aku selalu aku pergi (tapi tak tau kenapa cuti ini agak bosan aku nak keluar)
3) nak belajar bahasa asing atau apapun, at least aku belajar something new (tak wat ape2 pun)
4) nak fikirkan pasal keputusan yang mungkin ku ambil dalam kelab (masih di dalam dilema)
5) nak betul-betul master bawak kereta (masih tak berapa pandai, setelah aku malas dan mengharapkan dapat kereta baru)
6) nak main ice skating kat Sunway Piramid, tak tau kenapa teriiiiingiinnnnnn sangat(setelahhampir 3 kali buat plan tak jadi, aku terus give up)
7) nak baiki laptop setelah casing dia pecah, dan jadi fragile macam kapal layar (now dah jadi kapal titanic ok! Baru ganti dengan harga rm200)
8) nak beli printer, susah asyik2 harap belas kasihan orang je (dah beli dah, walaupun tak macam wan punya, 3in1, at least aku boleh wat keje)

Hurm tu je kot, rasanya. Aku pun tak berapa ingat apa yang aku mahukan sebelum cuti dulu. Instead, i’ve got something new.

1) full access to internet setelah ada wi-fi kat rumah (yehaa!!! Gila2 download)
2) exploring something new for me – meeting a strangers! (have write about this)
3) dapat mendownload macam2 – memanglah macam2 hiburan aku lalui cuti ini (charmed, desperate housewives, full house, mp3, yang banyak gila dan memberatkan laptopku)
4) dapat menimbang dengan sewajarnya – tentang dunia hiburan. Melalui pemerhatian dari jauh dan dekat mengeanai ‘dia’ (proses pemikiranku bermula!)
5) dapat...

Apa pun, cuti ini masih juga salah satu pengalamanku.

Perkara-perkara yang akan dirindui

1) internet ni la... kat sana takleh download gila gila
2) makanan mak aku, walau dia jarang masak, itu yang sedap – kurma ayam, sayur campur, gulai nenas, gulai kobis, dan macam2 lagi masakan yang aku tau makan je, tapi tak tau nama.
3) Air – baik mandi ataupun minum. Ar untuk mandi kat umah laju gila, puas mandi. Dan dalam peti sejuk mesti ada air soya yang menyamankan, tak pun air kelapa laut, air oren, laici... oh tidak! (takpe air kak ana menanti di sana!... hehe)
4) Masa rehat – tidur macam takde hari esok
5) Masa boleh dengar lagu tanpa rasa tensen... kalo kat sana dengar lagu masa tensen.
6) Macam-macam lagi...

Tak kisahlah.

Walau betapa aku pernah berputus asa untuk hidup, sekurang-kurangnya aku dah lalui semuanya.

Dan aku akan terus menapak jejakku ke akhirnya.

‘Aku kini perlu berdiri, walau hakikatnya pasti kan melukai...
Aku ingin semua rasai, kerna di akhirnya hidup ku sendiri...”

p/s – aku akan cuba juga update blog ni sekerap mungkin, so lawatlah selalu
p/ss – tgk rancangan live zoom in ct tadi, impaknya tak terasa sangat kat umah, slamat dah tgk rehearsel semalam.
p/sss – akankah ada orang ingat “sesuatu” (julai dah menjelang tiba... hehehe)

(ambil pistol tembak kepala sambil terjun klcc... <- perasan gila!)

Adios!~


:::YTBACK!!!:::

Kepuasan!~

Prolog peristiwa
Cuti ini mungkin cuti yang terbaik pernah aku alami selain dari cuti selepas spm dan matriks. Banyak kenangan dan pengalaman baru telah tercipta.

Walau di awal dan pertengahannya, kebosanan melanda hati, pengakhirannya cukup mendamaikan.

Dan kini aku tersenyum dan gembira. Apa akan berlaku di hari mendatang??? Bring it on!!!

Pelbagai peristiwa berlaku – sedih, gembira, bingun dan mereng berapi. Macam-macam telah cuba kugambarkan di luahan-luahan ang lepas-lepas, adakah tergambar sepenuhnya?

Mungkin tidak. Ternyata, aku yang melaluinya, aku yang merasainya. Pahit, manis, suka, duka silih berganti.

Dia. Dialah salah satu daripadanya. Yang telah menceriakan hari-hari terakhir cutiku. Cuti ini aku telah tiga kali berkesempatan menemui dia. Di KLCC, BTS dan hari ini di Angkasapuri.

Memang tak pernah ku gambarkan bagaimana nak bertemu dia, sedangkan selama hampir 10 tahun aku hanya memerhati dari jauh. Namun, peluang selalu datang bergolek.

Ini kisah mengenai dia. Hentikan pembacaan anda jika anda tahu anda tidak bisa menahan dan memahami apa yang ku rasa. Anda telah di ingatkan!

Selitan - kisah Kelab Sengal Sedunia

Selepas sehari keluar dengan rakan baru, Zul, aku menyertai perjumpaan “Kelab Sengal Sedunia” di Berjaya Times Square. Huh?!

Hehe, itulah kami. Kamal, patrus (orang tua), dan aisyah (little dragon ke?)

Setelah penat dengan aktiviti-aktiviti kelab yang membosankan dan memenatkan serta menyusahkan ditambah pula dengan orang-orang di dalam kelab yang tak bisa memahami apa ertinya masalah yang semakin menimbun, kami mengambil langkah dengan menubuhkan kelab ini. Kelab Sengal!

(aku bila berbicara mengenai kelab, selalu teremo,sebab luka lama Mac dulu dengan projekku).

Urm, mungkin bukan aku la yang memulakan kelab baru tersebut, tapi aku semakin suka dengan idea kelab itu. Memang sengal!

Dua rakanku datang jauh dari Kuantan untuk mengelak minggu orientasi pelajar-palajar baru. Lagipun buat apa nak duduk sana kan?

Siren kejutkan pelajar baru pukul 5 pagi, kafe tutup dan macam-macam lagi lah. Jadi diorang turun KL untuk bergembira.

Kami ke BTS. Ingat nak main Cosmo World, tapi masing-masing ala-ala demam dan pening kepala, jadi perancangan lain dibuat. Jadi tengok wayang je lah. Citer ‘Stay Alive’.

Dah kata dah Kelab Sengal. Memang sengal. Dah la duduk row kedua dari depan, mendongak je tengok. Masing-masing mengadu sakit tengkuk. Pastu takleh duduk diam lak tu.

Citernye menarik. Menakutkan gak la. Kadang-kadang kitorang terjerit bagitau kat watak utama hantu tu ada kat belakang diorang.

Tapi mostly aku abiskan masa predict sapa yang jahat dalam citer ni, tengok-tengok semua baik dan naive rupanya.

Kongsi satu popcorn. Pass sesama sendiri sampai ada masa tu pat curahkan kat aku! Hampeh pat! But, it was enjoyable indeed.

Kuar wayang, kesengalan berterusan...

Pergi kat kedai aksesori, cuba macam-macam pastu tangkap gambar. Aisyah la paling semangat. Try bunga la, spek mata, rambut palsu.

Tangkap gambar kat tempat audition One In A Million. Ala-ala peserta la gambarnya. Ok la tu, kelab sengal.

Tapi tak leh kuar lama. Aisyah ada janji ngan ‘minah hampeh’ tu. So, balik je la. Kalau tak mau runtuh BTS disengalkan. Hehe

Itu baru permulaan untuk hikayat ini. Hikayat ini panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang!

Kisah dia, dia dan dia

Di dalam tren. Check hanfon. Rupanya ada dua missed call. Waktunya semasa aku bersengal tadi. Msg kembali Azly, tanya apa hal. Tiada pula balasan.

Esoknya dia msg aku. Saat aku tengah nak tidur petang sebab pening yang teramat sangat.


Wei, aku dpt tiket g z00m in ngn C.T. Tp, ari jumaat pny kul 9, Fulldress
rehearsel.So, kalu nak g, bgtau aku A.S.A.P.

(matilah copy bulat2 tu...)

Aku terbangun! Darah mengalir ke kepala. Tak jadi tidur.

Lantas teringat, mak bapak aku tak suka aku merayap pergi tempat-tempat camni. Sebab kejadian bertahun lepas. I need plan!!!

Setelah merangka plan yang sesuai, aku telefon Azly. Fikiranku hanya satu, nak pergi ke sana walau apa yang terjadi.

Full dress rehearsel tu! Walau tak setanding live, at least i’m there!

Konflik timbul. Takde transport. Terpaksa mangajak juga rakan kitorang, kerana dia ada kereta sendiri.

Mujur ada 4 tiket! Walau aku kurang selesa, demi dia apalah sangat.

Halangan

Hari yang dinanti tiba. Bangun pagi dalam kedaan lemah dan tak bermaya. Aku selsema dan sakit tekak. Tenat jugak la. Nyaris plan itu ku batalkan.

Sembahyang jumaat pun tak pergi, sebab aku makan ubat selsema yang mengantuk. Uzur la kiranya.

Tidur sejam dua. Bangun. Segar walau tak sepenuhnya. Alhamdulillah! Terus buat keputusan plan ini harus diteruskan! Walau apa terjadi.

Kepada ibuku, ku beritahu nak jumpa kawan tengok wayang, nanti malam diorang hantar.

Rancanganku, bila balik aku cakap la, konon-konon kawanku buat surprise hari jadi, tak beritahu nak g mana, alih-alih g Angkasapuri. I know! I’m a bad son!

Tapi bila ku pulang, ku beritahu seperti rancangaan awalku. Tapi mereka tak marah pun. Mungkin pandangan mereka dah berubah sepanjang tahun-tahun ini. Lagipun anak ini dah besar!

Perjalanan

Jumpa Azly di Ampang. Dia bawak kereta. Semata-mata nak hantarku pulang malam nanti. TQ fren! Terharu beta! (nangis jap, sambil hembus hingus yang berlambak ni.... crooooot croooooot!)

Jalan-jalan ke Angkasapuri. Sesat! Gelabah la jugak. Masuk lebuhraya sprint. Kuar balik.

Akhirnya setelah bertanya kakak tol, kakak jual air tebu, kakak jual buah, sampai la kitorang kat Angkasapuri. Tak lama lepas tu kawan kitorang pun sampai.

Terus ke Auditorium Perdana.

Pergi tandas. Sedia apa yang patut. Kang tak pasal-pasal nak berhajat masa show mula.

Menuju puncak!

Naik tangga. Jumpa Dora – rupanya dia lagi awal!. Teringat cd yang ku burn untuk dia kat kereta. Nanti lepas ni la bagi. Dia tanya kenapa lambat, tempat dah nak penuh dah.

Cepat-cepat kami masuk ke dalam. Cari tempat.

Betul-betul kat tengah auditorium. Memang strategik. Belakang kerusi-kerusi VIP.

Tapi sempitnya tempat! Azly sempat bisik, Datuk K kan gemuk, camna la nak fit kerusi camni. Aku gelak je.

Aku di situ?

Pandang ke pentas. suasana perjumpaan kali ini amat berbeza.

Jika tahun 2002 hanya dari jauh, nun di tingkat 3 Istana Budaya, mengintai dia di bawah mengalunkan lagu Sudirman.

28/05/06 pula, suasana amat sempit dan bersesak, di KLCC.

Di BTS pada 25/06/06, hanya sempat menarik tangannya untuk bersalam, tatkala dia bersesak dihimpit wartawan dan peminat atas konfliknya.

Kali ini amat berbeza!

Di tengah dewan. Lampu-lampu mengelilingi. Satu mic ala-ala Anita Sarawak terletak di tengah.

Pelajar-pelajar praktikal mass comm tengah sibuk adjust mana yang patut. Lantas teringat Hamz, cmna la dia orientasi kat melaka sana.

Musician mengambil tempat. Nampak Aubrey Suwito. Agak hampa Steve Tongtorn (betul ke eja ni?) takde. Intrig cinta tiada malam ni, bisik hatiku.

Pusingkan kepala keliling dewan. Nampak Dora dengan zoners yag lain, yang tak ku kenal. Terus ke depan. Depan sekali pulak tu! Jeles gila!

Dia!!!
Tiba-tiba dia muncul. Dengan baju warna biru hijaunya naik ke atas pentas. Naive sekali raut wajahnya. Tak boleh gambarkan dia sedang alami konflik. Melambai-lambai ke arah kami yang di atas. Tah dia perasan aku ke tak. Hehe.

Tiba-tiba tersentuh. Baiknya dia! Kenapa? Dia tersedar seorang ahli pemuziknya tiada kerusi. Dia dengan pantasnya mengambil sendiri di tepi dewan. Budak-budak mass comm tu pandang je. Ramai gak yang perasan, dan ada gak yang bersorak. Baiknya dia!

Soundcheck
Sound check dimulakan. Nyata telahan awalku tepat. Mic anita tu untuk lagu lama! Malam Pesta Muda Mudi rupanya.

Dengan mic antiknya, dia memulakan. Tapi suara seakan tak keluar. Dah mula ke? Aku kan tak tahu cmna sesuatu show dimulakan. Rupanya baru sound check.

Dia meminta micnya dikuatkan. Nyata dia amat arif dalam semua ini. Yelah dah 11 tahun.

Persembahan
Persembahan dimulakan. Rangkaian medley Malam Pesta Muda Mudi, Bom Cik Bom, Merak Kayangan dan Bunyi Gitar. Kami terkedu melihat permilihan lagu. Aiyooo lagu Datuk K semua. Hehe.

Tapi seperti biasa, dia menabah pesona setiap lagu. Arrangement lagu lama ini berlainan dari yang ku pernah dengar.

MPMM dialunkan, ku teringat Karen AF4, BCB dinyanyikan penuh style, ala-ala nak menari pun ada. MK aku tak berapa minat, hanya suaranya ku dengar dan BG amat stylo. Siap menjadikan stand mic tu ala-ala penyanyi rock! Best!

Teruja untuk yang seterusnya.

Dia & Konflik...
Dia memulakan bicara. Nyata ada yang tersimpan di hatinya. Berhati-hati menutur bicara. Mungkin sedang gundah dilanda konflik itu.

Show kali ini bagaikan ada yang tersirat. Pemilihan lagunya membuatku mengerti dan kasihan padanya. Sudah banyak yang dia lalui.

Sesekali dia menjeling ke arah Dora and the gang. Ces, jeles lagi. Takpe2.

Siti situ sana sini dimulakan. Terlupa sedikit lirik awalnya. Dia pun mengakui kesilapannya. Selamat baru rehearsel.

4S – lagu yang menggambarkan bagaimana kami di situ sana sini untuknya. Dan dia mengatakan kami amat berharga. Mungkin dia merasakan kami dah berubah arah?

Telahanku benar bila lagu seterusnya diperkenalkan. Cuba Untuk Mengerti.

“Saya tahu, ramai peminat minat lagu ni” sambil jeling ke arah Dora.

Ku terfikir, ingatkah dia kepadaku jua? Hehe, mereng mereng.

Suaranya seperti biasa. Lagu kesukaanku ini amat sedap dinyanyikan live. Dia memang versatile. Sama macam album yang sebenar.

“Dah cuba untuk mengerti???”,tanyanya.

There you go girl! Memang dia tengah sedih dilanda konflik itu. Takpe lah, sekurang-kurangnya kehadiranku hari ini menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepadanya.

Medley Bukan Cinta Biasa, Dialah Di Hati dan Seindah Biasa. Tatkala BCB, dia menghulurkan mic, peminat menyanyikan, jawapaaaaannnn~

“Tunggulah jawapan dari siti ye!” dia mencelah. Lagu DDH pun begitu. Arrangement RAH. Penuh penghayatan. Seindah biasa dengan arrangement AE05.


“Seumpama naskhah yang terbuka, sesungguhnya tiada rahsia, bacalah kenalilah
dengan bijaksana, siapa aku yang sebenar~~~”
“Takkan mungkin kita bertahan,
hidup dalam bersendirian~~~”

“Siti selalu ingat ini, walau apa yang terjadi, kita lalui bersama”

Aku terharu. Walau ku tahu ramai yang sudah beralih arah.

Lagu rindu arrangement akustik. Seperti biasa. Menghiburkan. Tiba saat dan ketikanya.

Kejutan dari dia yang mengharukan...
“Siti teringin nak nyanyikan lagu ni, dah meletup meletup kat Malaysia ni. Lagu nyanyian Once, terimalah Dealova!”

Aku tersirap. Pantas teringat kenangan lama. Mulutku terkumat kamit melayan lirik lagu itu. Nyaris airmataku tumpah. Tapi kutahan, kerana aku tahu ianya sudah tamat. Tak guna ku tangisi lagi.

Cerita itu telah lama aku simpan ke tepi. Semester baru yang mendatang ini, adakah sesuatu bakal tercipta? Apakah? Aku biarkan soalan itu berlalu...

Dia menambahkan sedap lagi untuk lagu kesukaanku ini. Teramat sedap. Aku puas. Teramat.

Pastikan menyusul. Seperti biasa. Aku hanya menghayati sahaja.

Kemerengan...
Dia naik ke tempat duduk peminat. Menjerit-jerit memangil namanya. Aku hanya melambai. Entah disedarinya atau tidak.

Orang kata dia pengingat. Mungkin dia ingatkan kulagi??? Mereng mereng.... hehe

Muncul pula Ogy Ahmad Daud. Berduet lagu-lagu lama dari filem Ogy. Tak ku ingat sangat tajuk dia. Di wajah rahsia hati mungkin?

Dia kelihatan takut-takut mengalunkan Bisakah kerana Aubrey turut di situ. Lagu ni pun range vokal memang besar. Rendah teramat, tinggi melangit.

Sedikit terkucil di bahagian ‘bisakah hatiku difahami~~’ tapi boleh dimaafkan. Siapa lagi boleh bawak lagu ini sebaiknya?

Biarlah rahsia. Seperti biasa, mengalunkan. Sedih juga, membayangkan berada di tempatnya. Harap dia terus tabah. Seperti ku katakan tadi, dah banyak yang dia lalui.

Dia mengatakan ini merupakan lagu terakhir. Sedikit kecewa. Cepatnya masa berlalu!

Hidup penuh bicara. Di dalam album, agak janggal mendengarinya. Yela, mood lagu ini bertukar-tukar. Pening sikit. Tapi versi live amat mengujakan! Sedap pula. Menari-nari kepala lututku.

Tamat
Persembahan tamat. Ramai yang masih tercegat. Mengharap dapat bergambar. Atau bersalam. Atau apa sahaja. Kerana dia. Semua kerana dia.

Tapi waktu menghalang. Aku tak kisah. Kerna aku dah puas. Puas sangat.

Sekurang-kurangnya ada juga peneman kenangan di waktu aku tension belajar di kolej nanti. Sekurang-kurangnya cuti ini berakhir dengan kegembiraan di dalam hati. Aku puas!

Balik ke rumah dengan hati yang puas. Sempat menitipkan cd klip2 kepada Azly dan Dora. To azly, tq la, hadiah hari jadi yang bermakna tahun ini. Kalau ada lagi, jangan lupa panggil!

Sampai di rumah, ceritakan cerita sebenar kepada ibubapaku. Tak marah pon. So lain kali boleh la aku buat lagi! Hehehe.

Naik bilik buka laptop. Memikirkan pertemuan yang bagaikan mimpi.

4 jam dulu dia berada di depanku, mengalunkan lagu-lagu. Kini ku seorang di bilik ini menaip kata-kata, agar kenangan ini tak luput di ingatan.

Yang nyata, aku puas. Atas kepuasan itu aku telah menaip terlalu panjang tanpa sedar (matilah korang nak baca!)

Hurm dah penat beta menaip ni, tak reti-reti nak komen? Hehehe

aku yang kepuasan.
ak_0143

p/s – mak kau! 6 page??? Memang aku gila! Dengan tisu2 bertimbun kat sebelah menahan selsema! hehe


:::YTBACK!!!:::

Meeting Strangers

Prolog

Kadang-kadang hidup ni kelakar sangat. Full of surprises.

Setelah rasa terbuang dengan orang-orang yang ku kenal, aku dapat kawan-kawan baru.

Perasaan itu bukan salah mereka yang telah kukenal seratus peratus. Cuma aku yang selalu berperasaan. Ini memang aku tak boleh ubah.

Kawan-kawan baru. Never though about it before cos i always assume that people have to know me first before i know them (silly huh)

Sebab aku memang selalu dipandang sombong, sebab aku takkan mulakan perkenalan. Lainlah kalau dah betul-betul kenal hati budi.

Tapi cuti ni aku telah maju sedikit. Melalui internet aku memulakannya.


Hadiah dari ‘dia’

Cerita bermula apabila aku asyik mengikuti kisah ‘dia’. Di laman web rasminya aku berkenalan dengan manusia-manusia yang mempunyai tahap kemerengan yang berbeza.

Julat dari yang tertinggi hingga yang terendah, hingga tahap yang tak boleh langsung dihinggapi rasa kemerengan terhadap ‘dia’, hanya tahu mengutuk.

Aktiviti di klcc telah menemukan aku dengan sebahagian darinya – cleo, dora, zaffira, kak jamm


Cleo, seorang bakal pensyarah yang memang mereng. Pakar dalam mengejarnya.
Gila-gila. Dan memberiku dorongan untuk meneruskan pelajaran.

Dora
seorang ‘kakak’ yang telah melalui macam-macam perkara. Aku terkejut bila
mengetahui dia mengatakan dia pernah melalui zaman bekerja sambil belajar. Dan
dia telah memberi aku satu perkara ‘nothing is impossible in this
world’

Zaffira – ketua untuk aktiviti perkumpulan. Tapi dia yang
lambat. Tak tahu sangat pasal dia, but i know she’s studies in college
too.

Kak jamm – yang dikatakan ganas. Aku tak tahu sangat, Cuma
bertemu muka sekali dengannya.

Ini bagiku merupakan hadiah dari ‘dia’. Nyata hanya kerana minat yang sama, kami bisa menjadi serumpun dan bersatu. Pengalaman baru...


Penolakan

Dalam pada itu, aku menolak untuk bertemu dengan sebahagian orang baru yang mungkin boleh membahayakan.

Kisah di Times Square bersama dua rakan. Aku telah mengambil langkah berhati-hati dengan menolak pelawaan mereka. Dan aku tepat!

Malam itu mereka telah berbuat sesuatu yang aku cuba elakkan untuk buat. So, my evaluation was right. And luckily i’m safe!


Myspace – taking new step of life

Di dunia myspace, hanya gambar menjadi bicara.

Semuanya bermula di mata, satu pesongan kepada perkenalan hati budi yang tulus murni.

Itulah yang dikatakan dari mata turun ke hati memanglah mata yang menjadi saksi pertama. Apakah peranan hati kalau mata dah mendominasi.

Ku akui di awalnya aku begitu. Tapi bila berfikir sejanak, mengapa perlu semua itu.

Jadi aku tukar pandanganku.

Minta mereka add aku sebagai kawan. Mengenali mereka. Memilih yang kurasakan yang terbaik, melalui kata-kata mereka pasal diri mereka, melalui kata-kata kawan-kawan mereka untuk mereka. I was very particularly selective.

Di saat ini mengenali dua orang baru. Yang ku rasakan telah betul2 mewarnai cutiku, walau di akhirnya cuma. Hamz dan Zul.

Ya kedua-duanya lelaki. Kenapa aku tidak mencari perempuan? Biarkan dulu persoalan itu.

Hanya cuba mengisi hidupku yang sepi tanpa kawan yang memahami. Aku rasakan aku sudah terlalu ramai kawan perempuan. Jadi aku cuba sesuatu baru


Hamzani – seorang kawan nun jauh di Kedah. Terkejut pada mulanya kerana dia amat
mesra. Semua atas nama persahabatan.

Memang dapat kulihat dia amat
menghargai persahabatan. Baca blog dia, untuk mengetahui lebih pasalnya. Juga
mengenai pandangannya mengenai hidup. Dan aku membuat persepsi.

Perkenalan kami mudah. Hanya melalui IM myspace, kami bertukar
nombor telefon.

Mungkin terlalu awal, sedangkan itu pertama kali
kami berchatting. Aku memang selalu megelak untuk meberikan nomborku. Bimbang
sesuatu menyusahkan.

Tapi entah kenapa instinct aku mengatakan ia
tidak akan memberi masalah. Jadi ku teruskan.

Sepanjang
mengenalinya, pelbagai cerita telah kami kongsi. Dari kisah hidup, kepada kisah
kawan2 dan juga dunia komputer. Dia yang mengajarku untuk download charmed
melalui p2p ares!

Memang agak banyak persamaan – kami dulu prs,
meminati charmed, 20 tahun, ambil sains tapi suka sastera dan macam-macam
lagi.

Perkenalan ini amat bermakna


Bertukar pula ke kisah zul.

Mulanya ku takut untuk memulakan.
Kerana usianya yang lebih dariku dan nampak lebih matured. Ku takut akan dilayan
seperti budak kecil lagi, like most of my older frens has done (...).

Melalui hamz, ku tanya sedikit2 pasal zul. Rupa-rupanya kami
mengambil kursus yang sama di universiti.

Atas kesamaan ini, aku
memulakan. Dia melayan. Bertukar nombor telefon. Dan merancang untuk berjumpa!
At the first time i’ve ever chatted with him! Tapi aku
setuju.

Kalau difikirkan aku takkan mengambil langkah sebegitu
kerana takut terjadi apa2. mana tau dia ni ... macam2 la... tapi aku yakin pada
gerak hati. Dan perancangan dibuat untuk bertemu.

Walau hati di
dalam gundah, muka tetap cover. Jumpanya di mid, dia yang banyak memulakan
bicara.

Dan aku mula menjadi diri sendiri. Dan banyak yang kami
bualkan. Dan aku rasakan akan banyak lagi kisah seterusnya. Nyata dia berbeza.
Dia melayanku bagaikan kami sebaya. Aku rasa terharu

Ini juga merupakan pertemuan yang berharga.

Menemui dan mengenali mereka membuatku banyak berfikir. Tentang macam2.


Proses pemikiran melalui pengalaman.

First impression memanglah dikatakan sebagai satu kayu ukuran yang teramat cetek. Kenali dulu isi kulitnya. Dont judge a book by its cover. Aku akui semua itu, but i beg to differ.

Kadang-kadang kita perlukan juga melihat apa yang ditonjolkan, apa yang dizahirkan. Kalau yang ditonjolkan buruk, bagaimana yang di dalam?

First impression is important. Although yang terzahir tak menggambarkan yang di dalam. Kerana yang terzahir juga bisa menipu.

Walau tak semuanya betul, kalau gerak hati mengatakan ia berbaloi untuk dikenali, walaupun kita hanya ada sedikit maklumat mengenainya, ikutlah gerak hati itu. Bagi aku, gerak hatiku mengatakan mereka yang kutemui ini tidak membahayakan, jadi kuteruskan.

Ini berbeza dengan apa yang pernah kukatakan sebelum ini. Mengenai budak perempuan yang hanya mengenaliku melalui internet, tapi sudah mula nak mendominasi hidupku.

First impressionku mengatakan, biarpun mukanya tidak ku kenali, perangainya telah tidakku sukai. Yang di dalam tidak kusuka, biar secantik mana pun, aku tetap tidak terpedaya.

Epilog

Bagiku pertemuan pertama dengan orang yang baru, first impression is very important. Jika di awalnya teruk, bagaimana akhirnya?

Meeting strangers for the first time. Dunno what will come next, cos it is in His hand. Mungkin perkenalan yang sedikit ini akan mengubah hidup aku. Mungkin juga tidak.

Tapi ini pengalamanku. Ini amat berharga. Ini akanku jadikan pedoman di hari muka.

To all new faces i’ve met during this holiday, if you read this, note that our experinces are too valuable to me. Thank you for letting me get into your life. Thank you for giving me new experience. Thank you.

Dan hidup perlu diteruskan. Kembali belajar. Mungkin pengalaman semester ini lebih bermakna dari semester lepas?

Siapa aku untuk menilai. Aku hanya watak picisan yang mengikuti skrip yang tertulis olehNYA.


:::YTBACK!!!:::

Keterujaan

Aku nak sangat update blog... Nak sangat!

Tapi tak berdaya,masa mencemburui...

Tiap detik pelbagai peristiwa berlaku dan berlalu, dan aku ingin menceritakan kesemuanya...

Tapi aku tak terdaya...

Mungkin esok... Ya nantikan esok...

Akanku luahkan rasa hati, dari pandangan mata, dari pertimbangan budi bicara...

Takpelah, kusimpan dulu rasa keterujaan ini...

Esok akan ku lepaskan!


:::YTBACK!!!:::