Funny funny things!~

0062 – 07 Januari 2007
Funny funny things!~


Life is full of funny ands unexpected things right? When I realized this I can’t keep myself from thinking and yet smiling.

Here is the story.

Prolog

(Sila baca perenggan berikut dalam satu nafas… huhu)
Ingat tak lagi dalam sela waktu ini aku sering menulis mengenai beberapa kehilangan, kecundangnya perhubungan, dan aku sering menulisnya dalam keadaan tertekan dan membuatkan orang yang membacanya merasa amat kesian seterusnya memberi gambaran bahawa aku ini seorang yang mudah terluka dan blog ini adalah blog yang kecewa tonenya?

Ingat tak?

Ya, aku akui itu semua benar. Kerana tiadanya tempat aku meluah, blog inilah jadi mangsa. Dan sesiapa yang membaca akan merasa kesian kat aku dan menganggap aku ni fragile.

Aku sudah katakan, aku amat hargai perhubungan, ukhuwah yang telah terbina. Dan bila ianya pergi, aku mencari-cari ke mana hilangnya, apa salah aku yang membuat semuanya pergi.

Di dalam sela waktu aku mencari itulah aku akan menjadi sarcastic, aku lebih mencari kesalahan diri, dan aku merayu-rayu agar yang di belakang akan kembali lagi.

Dan itulah sebabnya banyak entri di dalam blog ini bertemakan itu – entri depresi melarat!

Tapi hari ini…

Tapi hari ini entah kenapa aku rasakan berlainan. Dan aku sedang menaip dengan keadaan tersenyum. Di hati mungkin sedikit kejam rasanya. Aku tersenyum sinis sebenarnya.

Memanglah di dalam waktu aku berduka cita, aku amat tak betul. I’m dealing with the situation badly in order to find ways to moving on. I have to move on somehow, cos I don’t want to be dying because of the past.

Dan selalunya aku memang dapat move on. It just the matter of time. Sama ada lambat atau cepat. Dan selalunya aku dapat melupakan apa yang terjadi dan somehow hari-hari yang mendatang lebih membawa keceriaan kepadaku.

Itulah aku selalu percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya, dan aku memang merasai hikmah itu. Sekurang-kurangnya aku semakin berpengalaman bila berhadapan dengan benda-benda seperti ini di akan datang.

Jadi, apa yang buat aku tersenyum?

Huhu, setelah panjang lebar berceloteh, aku ingin bercerita.

Semester baru sudah bermula. And thanks for the experiences I had back during the holiday, I somehow managed to face the obstacles this semester more confidently and brightly. Dan aku perasan rakan di sekelilingku juga perasan perubahanku ini.

Aku buat seperti biasa. Dan aku mula jadi jujur pada diri sendiri. Meaning, kalau ada benda aku tak suka, aku akan suarakan, dan kalau aku suka, aku akan cuba dapatkan.

Things went well on the first week of this semester. Until something happened!

Sebenarnya perkara kecik je pun, tapi aku kan memang selalu perasan. Dan orang kata, kadang-kadang perkara kecik la yang akan membawa kepada perkara besar.

Cuti hari tu kan dah mengajarku supaya jangan mengabaikan perkara kecil. Last2, melepas, macam that physics girl masa matriks (masih rasa rugi!). tu lah pasal, semester baru ni, antenna aku macam lebih peka kepada anything peculiar.

I will not mentioning anything, who they are, and what they did. Cos I know somehow, someone related might be reading this.

Hintnya, mereka adalah yang pernah menghiasai hariku dulu, dan kehilangan mereka pernah buat aku merana.

Karma

Tapi yang kelakarnya, ia seakan hukum karma. Dulu aku meminta perhatian dari mereka, kini entah kenapa, mereka seakan-akan meminta-minta perhatian dariku.

Takde la meminta perhatian melampau, tapi setelah mereka mengabaikan aku sebelum ini, seucap kata hi dari mereka sudah memadai. Sebab dulu mereka telah menutup segala pintu untuk aku berhubung, dan kini mereka yang menghubungiku, bukan kah itu sesuatu?

Aku ni jenis I-will-forgive-but-I-will-not-forget. So aku layan mereka macam biasa je, walau di hati ni nak je balas dendam macam apa mereka buat kat aku dulu. Yelah, aku nak jugak tengok macam mana mereka lalui apa yang aku lalui.

Tapi aku kan baik, aku layan je seperti biasa, walau aku pernah terluka dengan mereka. Dan ‘kepulangan’ mereka ke sisiku, membuatkan aku merasa kelakar dan pelik.

Aku akui aku memang menantikan kehadiran mereka kembali di sisiku, tapi rasa itu hanya sedikit. Aku dah teruskan hidup aku.

Tapi, seperti yang aku katakan tadi, kehadiran mereka kembali disisiku membuatku berfikir, pada masa yang sama hati-hati.

Adakah kembalinya mereka untuk menebus kesalahan lalu? Atau adakah mereka juga rindu kepadaku? Adakah kepulangan ini untuk selamanya? Atau adakah ianya sekadar untuk menguji?

Biarkan masa menjawab soalan itu.

Penutup

Tapi di saat ini, aku mengakui – life is full of funny and unexpected things, and what-you-give-you-get-back theory can be applied under some circumstances =)

p/s – kalau tak faham maaflah ye, ini entri yang agak selindung.

p/s – entri ini secara tak langsung menunjukkan aku mengakui apa yang pernah dikomen oleh seseorang, bro. A great comment actually, thanks bro!

Passion is splendid,
but..the small reassuring touch,
the little kiss in passing,
the smile and the wink,
the "hi" in SMS,the daft surprise
- these are what endure and make life a joy..


I agree. We should enjoy life no matter what, and endure every tiny pieces of it!

Adios!~


:::YTBACK!!!:::

Well...its New Year lah! TMM07 and Something to Remember...

0061 – 01 Januari 2006
Well… its New Year lah! TMM07 and Something to Remember…

010107

Well it is New Year, but my day begins as usual, late!

It holiday, so what the fuss to get up so early? Lain lah kalau kuliah ke. Typical kamal right.

Tapi aku bangun gak agak awal sebab aku ada plan untuk berjumpa seseorang pagi ni dekat Mid Valley.

That place again? Huhu, kinda scary at first sebab takut aku crack down at that place. Tapi memikirkan kawan aku tu turun jauh dari Seremban semata-mata nak berjumpa dengan aku, aku pergi je lah Mid Valley – the place of the Maha Karya Cinta.

It good to get up early too actually. Seeing things move on on the beginning of the year is interesting. Well seeing human being is interesting too. Macam-macam ragam.

Dan untuk keluar biasa la, dari Selayang ni aku kena melakukan acara lompat kijang dari satu transport ke satu transport yang lain. Bila lah nak ada transport sendiri… (ada harapan ke?)

It begun with my father took me to the nearest bus stop, yang boleh mengurangkan satu bas perjalanan. Dari situ aku sampai ke monorel di Titiwangsa. Dari situ aku ke KL Sentral dan akhir sekali aku naik Komuter ke Mid Valleyt. Well that scary place.

TMM07

Yang interestingnya, sepanjang acara lompatan itu, aku tak boleh lari dari pandang foreigners yang beramai-ramai melawat KL. Baru teringat it is the started of TMM07. macam-macam gelagat la.

Ada satu keluarga Indonesia ni begitu jakun tengok monorel bergerak. “Eh, tadi dia lalu sebelah kiri, sekarang lalu sebelah kanan pulak”. Aku sengih je. Titiwangsa kan stesen terakhir monorel, so untuk berpatah balik, landasannya akan bergerak ke sebelah satu lagi secara automatic.

Memang aku mula-mula dulu jakun jugak nak tengok benda tu bertukar. Tapi sekarang dah selalu, takdelah rasa sangat. Tapi diorang memang jakun gila!

And one thing I hate about foreigners ni, diorang ni pandai sangat! Ya memang aku bengang sebab diorang pandai. Sebab apa?

Huhu, sejak dari dulu lagi, masa aku naik bas yang selalu ke Batu Caves, aku selalu jumpa foreigners macam ni. Sejak dari itu, aku asyik rasa teruja nak cakap dengan mereka dalam BI. Huhu. Kadang2 tu aku siap praktis di dalam hati macam mana nak terangkan kawasan KL ni kat diorang.

Tapi diorang tak tanya apa-apa pun sebab diorang pandai sangat! So takkan aku nak wat2 baik plak. Kang dia kata aku ni cuba tipu diorang pulak. Kan bagus kalau diorang boleh tanya apa-apa kat aku. Huhu

Something to Remember…

Kawan aku lambat sikit, so aku mula lah explore seorang diri. Dan di mana aku mulakannya? Di mph lagi! Huhu. Memang aku crack down sikit. Tapi yang bagusnya aku rasa dah kurang sikit lah rasa sedih bila lalu kat tempat tu. Maybe, I have move on.

And the day went well, and it is certainly something to remember! Dunno y, but I feel happy inside. Somehow, after we hang out together I feel confident and there are feelings that I can’t picture it out. To my friend, thank you for the day.

Dan sekarang aku hanya nak menulis kisah ini agar aku ingat di masa akan datang. Memang sesuatu untuk dikenang.

New Semester!!

Besok aku akan kembali ke kuktem pukul 10 pagi dari Pekeliling. Rasa best pulak nak mula semester baru ni. Nak usaha lebih-lebih dan nak ada hidup yang lebih best!

Dan hari ini di tahun baru, aku gembira. Ianya memang hari yang teramat gembira buat aku di tahun baru. Dan aku harap sepanjang tahun ini mendatangkan kegembiraan kepadaku.


:::YTBACK!!!:::

Well its new year... lah!~

0060 – 31 Disember 2006
Well its new year…lah!~

Prolog

Finally this year has come to an end. And tomorrow, er… in 5 hours time, we’ll meet the new year. 2007 will arrive, as a new year, maybe a new beginning of life for some people.

New year, what is big deal about that?

For me, the time still flows, I’ll still grew older, my perspectives in seeing things broaden and lots of changes keep changing me day by day. Ala, kalau bukan new year pun, aku masih aku kan. Takkan berubah.

Tapi mungkin people sees this new year thing as a point to start over. Well, maybe its true. Aku pun selalu gak macam tu. Aku selalu anggap new year adalah satu titik permulaan di mana aku perlu berjaga-jaga atas segala yang berlaku supaya aku tidak menyesal suatu hari nanti.

Tapi selalunya, di pertengahan tahun mesti aku lupa jugak! Hidup aku akan kucar kacir. I’m used to it.

Azam??

Dan aku bukannya orang yang selalu ada azam tahun baru. Well, maybe pernah ada. Once, or twice, tu pun masa aku ada peperiksaan major like spm and pmr. But times like this, aku memang tak letak apa-apa sasaran khusus.

Sasaran umum, aku nak jadi better person. It is subjective to be discussed because its conclude lots of things.

Maybe I want someone to have strong relationship with. Most importantly, I want to take care my devotions towards God (I really need to work this on!). I want better grades, I want to know more about myself. I want everything that will help me improve to be a better person.

I believe that me, myself at this point has make a good person. Well, tak salah kan kalau nak puji diri sendiri di akhir tahun ni?

Entah kenapa, aku rasa aku mempunyai kekuatan jugak yang boleh dipergunakan. I have ability, and I have this brain to set my point of view in seeing things. And I’m grateful of that.

Jadi kalau sapa-sapa Tanya apa azam aku – I want to be better person. Azam ini takkan ada due datenya, dan aku akan bawak ke setiap tahun yang berganti, selagi aku tak mati la…

2.0.0.6. – A. F.A.R.E.W.E.L.L.



Who am I?

Walau apa pun 2006 will always be a year that has taught me a lot about life. There are some major things change in this world. Dan aku kini semakin memahami diri.

Proses mengenal diri sendiri lagi sukar dari kenal orang lain. Sebabnya, kita sering berperang dengan perasaan sendiri yang mengatakan kita bukan itu dan ini, sedangkan kita ialah itu! Huhu berbelit ayat.

Tapi 2006 dah mengajar aku siapa Ahmad Kamal bin Hassan sebenarnya. And I want the world to know me and accept me the way I am.





“Taekwon-Do Talk – One Step Closer to the Art of Defense : Knowledge of Taekwon-Do”

2006 juga memberiku pengalaman berharga bila aku berpeluang menguruskan satu projek sebagai projek manager.

“Taekwon-Do Talk – One Step Closer to the Art of Defense : Knowledge of Taekwon-Do” akan menjadi sesuatu untuk dikenang. Di situ aku telah mengerahkan bakat yang aku ada untuk menjayyakan projek itu. Well, for beginner like me, it ran quite well.

Bercakap mengenai projek, banyak juga yang aku terlibat sepanjang 2006 ini. Hampir 5 projek, tapi kebanyakannya mengenai publisiti! Hurm, hampir bosan actually, walau ia dekat di hati.

Aku minat publisiti, tapi kalau asyik benda yang sama je, bila lah aku nak pandai buat kerja lain? So, for 2007 aku harap aku dapat tugas yang lain.





Naib Presiden Kelab Taekwon-Do ITF KUKTEM

2006 turut menyaksikan pergolakan perasaan aku bila aku terpaksa melepaskan jawatan Naib Presiden Kelab Taekwon-Do ITF KUKTEM. Banyak yang aku fikirkan ketika itu – tentang keadaan semasa kelab, kemampuan diri, tanggungjawab dll.

Dan aku sudah berkeputusan untuk meletakkan jawatan. So, here I am without any string attached to me. Kadang-kadang rasa kosong sangat pun ada, tapi keputusan telah aku buat, takkan nak jilat ludah sendiri balik kot. So I guess I’ll move on.





Yang Terdalam

2006 menyaksikan bagaimana aku terlibat secara aktif dalam dunia blog ni. Di akhir 2005 aku mula membuka blog di friendster sehinggalah ianya berpindah ke blog ini., pada mei 2006. Kenapa Yang Terdalam?

Di sini anda dapat menyaksikan the other side of me. Maybe kat luar aku happy go lucky, tapi di sini anda dapat melihat kamal yang lain.

Blog ini dijadikan peneman dan penenang bila aku buntu dan tertekan. Jadi kehadiran blog ini amat bermakna.

Dan jika anda sedang membaca perkataan-perkataan ini ketika ini, aku amat menghargai kunjungan anda ke sini dank omen-komen yang diberikan, terima kasih!





3 Months Holiday and Myspace

2006 juga mencoretkan bagaimana separuh gilanya aku menghabiskan masa cuti 3 bulan yang pertama sejak aku masuk ke kolej. Betapa gilanya aku ketika itu sehingga aku tak tahu apa nak buat.

Dan ia telah mengenalkan aku ke myspace.com, laman di mana telah membuka mata aku dalam pelbagai perkara.

Di situ aku mengenali banyak jenis manusia, dan hidup mereka. Betapa selama ini aku katak bawah tempurung! Rupanya dunia berputar dan banyak yang ku taidak ketahui.

Walau excited di mulanya untuk mengexplore, tapi kini aku semakin penat pula di laman itu. Laman perkenalan yang lebih banyak fantasi dari reality. Well, I guess that is life.

Nak tutup akaun, tapi tak sampai hati. Biar je lah dulu.





Siti Nurhaliza?

2006 – banyak mencatatkan pertemuan aku dengan pujaanku selama ini, Siti Nurhaliza. Setelah bertahun meminati, akhirnya berpeluang bertemu di hadapan mata.

Banyak yang aku pelajari mengenai dunianya – nampak indah di luaran tapi terlalu sukar dilalui. Apapun Siti Nurhaliza akan tetap menjadi seseorang yang membentuk diri aku ketika ini.

Dialah peneman ketika bosan dan tertekan, dan dia akan terus menjadi penemanku, walau kini dia milik orang… huhu.





Relationship

2006 turut mentranskripkan banyaknya perhubunganku kecundang di tengah jalan. Mmm, here come the serious part, tone serious ni! Janganlah gelak oii!

Bermula dengan kawan-kawan. Hilang satu demi satu. Jika anda pembaca blog ini, anda pasti sedar, aku sering menulis tentang ini.

First, masa bulan julai hari tu, aku kehilangan seseorang yang aku ingat akan menjadi kawan terbaik aku di sisi, sampai akhir hayat aku. Tapi dugaan mendatang, dan kami kini menjauh. Nak buat macam mana.

Bulan julai menyaksikan permulaan perkenalan aku dengan seseorang yang amat ku sayangi sebagai kawan. Dia banyak membuka mata aku mengenai banyak perkara dan reality hidup.

Tapi seperti biasa, jika terlalu banyak rahsia dikongsi, dan bila dugaan datang, ia tak kekal. So kami kini agak menjauh. Nak buat macam mana?

Kini aku mengenali seseorang. Aku harap ianya tak kecundang di tengah jalan. Aku amat menghargai kehadiran mereka di sisi aku sebagai teman rapat. Kerana pada mereka aku bisa berkongsi selain blog ini.

Kisah cinta? Huhu, 3 semester, 3 kisah cinta, 3 lagu tema. Aku malas mengulas, jika ada, adalah. Malas mencari lagi. Jika ada kisah baru, lagu tema baru untuk semester 4 ini, aku akan tuliskan. Huhu

Penutup

Apapun, 2006 memang banyak mengajar aku. Siapa aku sebenarnya.

Esok permulaan 2007, mungkinkah ianya lebih baik? I hope so.

To all readers – happy new year! Moga ianya menjadi titik peralihan untuk menjadi lebih baik. Kalau ada azam tu, try lah capai ye.

Azam aku – I want to be a better person!

Adios!~


:::YTBACK!!!:::

Ku Bermimpi...

0059 – 26 Disember 2006
Ku Bermimpi…

Prolog…

Pernah tak dengar kata orang, tak baik tidur petang selepas waktu asar? Well, it is true, memang tak baik. Aku lupa plak sebab apa, tapi pengalaman diri sendiri memang mengatakan ia tak baik.

Salah satunya, aku selalu sakit kepala atau tengkuk lepas bangun dari tidur. Dan yang kelakarnya, ada satu kali tu, aku ingat aku bangun pada waktu subuh, dan aku terkocoh-kocoh pergi bilik air untuk sembahyang subuh, sampai la aku sedar aku tersilap. Dan of course satu lagi, kalau dah tidur lepas asar, waktu asar pun makin lambat la…

Tapi one thing yang aku nak highlightkan kat sini, dalam tidur yang sesingkat itu, tidurku sering dihinggapi mimpi. Mimpi pelik-pelik pulak tu. Memang pelik. Dan kadang-kadang bila bangun aku keliru apa yang dah berlaku.

Maybe ada hikmahnya kenapa orang tak bagi tidur lepas asar. Actually, aku selalu je ambil mudah cakap orang ni, sebab aku terlampau penat. With my funny schedule yang mula pukul 8 hingga 5, Cuma break lunch je, aku memang selalu tidur petang. Dan macam aku cakap tadi, perkara-perkara di atas memnag selalu berlaku.

Kisahnya…

Tak tahu apa kisahnya, yang aku sedar aku sedang menaiki escalator bersama kawan baikku sewaktu di sekolah dulu. (a girl). Kami menuju ke atas, dan perasaanku ketika itu bagaikan kami ingin pergi ke event besar yang telah dirancang. Majlis hari jadi ketua pengawas di sekolah lamaku itu.

What makes it funnier, in the reality world, aku memang selalu kenakan dua orang ni masa kat sekolah dulu. Saja je nak kacau-kacau dan tengok dua2 malu2. sekarang ni si girl dah ada bf, dan si laki macam biasa, still macam dulu. Diorang tak tegur pun walaupun diorang dalam satu kuliah di satu universiti. Huhu

Back to my dream, kami menuju ke atas. Aku tak pasti pulak latarnya macam mana, yang pasti escalatornya macam dekat mid dan bila sampai dekat atas macam kat klia pulak. Mimpi memang hampehkan.

Dan perasaanku ketika itu, tiba-tiba gusar sebab nak bertemu kawan-kawan lama. Best ke tak ni? Sebabnya in the reality world, aku pun sering bertanya perkara yang sama. Masing-masing macam dah tak best untuk berjumpa.

Dan bila sampai tempat yang dijanjikan, memang kami berdua je yang datang. Dalam hati aku berbisik dah agak dah. So I decided to leave. Somehow, suddenly tempat tu dipenuhi oleh macam-macam kawan aku pulak.

First yang aku notice, papik (hehe) yang keep commenting kalau buat reunion macam ni akan jadinya – tak ramai orang. Dan lepas tu aku sedar tiba-toba ramai je yang datang. Dan semua nampak lain dari sekolah dulu. Masing-masing dengan personality memasing. (banyaknya setan yang tolong lakonkan watak-watak tu dalam mimpi aku)

Yang kelakarnya ada pulak kawan yang unrelated pun masuk sekali. Dan aku terfikir kenapa dia dimasukkan ke dalam mimpi ku. Ada sesuatu berlaku pada dia ke?

Selepas suasana agak kecoh, tiba-tiba aku terbangun. Funny eh? Aku macam blur2, dan keliru. Apa yang dah berlaku? Mengarut betul mimpi aku!

Bila kembali sedar, rupanya aku tertidur selepas asar tadi. Dan aku terkocoh menunaikan solat asar. And after that, here am I, writing my confuseness of my dream.

Penutup

Yang buat aku berfikir, kenapa tiba-tiba suasana reunion tu? Apakah kerana aku lari untuk melakukan reunion.

Kenapa eventnya hari jadi ketua pengawasku? Adakah sesuatu berlaku pada dia?

Kenapa semua nya dalam mimpiku. Dan kini aku keliru!

Pengajarannya jangan tidur lepas asar lagi. Ia memang akan membingungkan!

Tapi kadang-kadang kalau nak terlelap aku tak boleh nak haling kan? Tengoklah macam mana.

p/s 1 – semester baru sudah bermula! Aku nak merasa seminggu dulu, baru aku ingin menylis mengenainya. Yang nyata, aku sudah merasa kepayahannya.

p/s 2 – I’m surprised I do got some silent readers yang baca blog ni, tapi aku tak kenal siapa. To the silent readers, thanks for visiting Yang Terdalam. Tinggalkanlah komen anda, aku tak kisah. Cos I built this site for me to tell you my story, and get feedback so I can improve. Semoga kunjungan anda ke blog ini berbaloi!

p/s 3 – to regular readers (u-know-who-u-r) nothing much, just million thanks!

p/s 4 – dengarnya gempa bumi telah mengganggu kabel bawah laut untuk internet… so maybe aku akan kurang update k… (ceh alasan…)


:::YTBACK!!!:::

Farewell friends!

0058 – 24 Disember 2006
Farewell friends!

Tika dan saat ini, sudah terlalu hampir untuk aku kembali ke kolej ku. Hanya tingfgal kurang dari 8 jam!

So di kesempatan ini aku nak mintak maaf la kalau aku ada salah silap sepanjang cuti ni.

Cuti ini memberi makna kepada aku dalam pelbagai hal. Ada yang baik ada yang buruk. Cuti ini juga telah mengubah aku dalam pelbagai perkara. Banyak yang berlaku di dalam cuti ini.

Mulanya kebosanan melanda. Syukur dunia internet tidak jauh dariku. Darinya pelbagai kisah tercipta.

Bagaikan reunion, aku kembal berhubung dengan 2 ,3 orang kawan lama yang selama ini memang kami jarang berhubung. Hanya melalui blog. Caranya, aku melawat blog mereka dan meninggalkan komen dan mereka pun berbuart demikian. Ala-ala dah datang rumah orang kena bayar balik la.

So, dari situ kami sudah mulai rapat dan mengetahui bagaimana kehidupan masing-masing. Untuk pertalian yang baru disegarkan melalui internet aku bersyukur.

Internet juga menghubungkan aku dengan kawan yang baru aku kenal di cuti yang lepas dan membuatkan aku lebih mengenali mereka. Ada pengalaman manis dan pahit di sini. Yang nyata, kini aku sudah mula berpespektif dengan mereka dan aku akan mula berhati-hati di lain masa.

Ada yang menggembirakan bila kita bebas bertukar cerita dan rahsia diri. Ada yang menyedihkan bila ianya pergi tanpa khabar berita.

Cuti ini juga membawa aku mengenali dan meminati seorang lagi artis yang dulu aku seakan tak nampak kewujudannya. Faizal tahir!

Keluar bersama rakan-rakan ke pelancaran kelab peminatnya benar-benar membuka mata aku kerana persembahannya sungguh bertenaga! Andai tak lihat anda tak rasa.

Dan anda sedang mendengar peminat no 1 siti berkata-kata! Selepas siti, aku tak pernah rasa teruja untuk meminati yang lain. Jadi ini memnag benar-benar sesuatu!

Cuti ini juga telah membawa aku keluar bersama rakan-rakan lama. Shamena? Familiar with this!? 3 kali keluar bersama meninggalkan memori yang best untuk cuti ini. Mungkin akan diteruskan di cuti yang akan datang.

Banyak tempat dan makanan juga dirasa sepanjang cuti ini. Semuanya kerana shamena… pewot besaw!

Apa pun, semester yang mendatang ini bukanlah bermakna aku takkan update blog langsung. Cuma bezanya tone aku di sana (di zon 113) berlainan dengan yang di sini. Aku akan terus menulis, aku tak kisah ada orang membaca ke tidak, sebab blog ini hanya untuk melepaskan apa yang terdalam.

Semester yang mendatang ini memang mencabar. Dengan jadual yang separuh gila aku tengok, ditambah dengan subjek-subjek killer yang membunuh, aku sudah terasa bahangnya. Doakan aku untuk semester depan ek. Semoga pointerku kian menaik!

Aku nak jadi rajin semester depan. Kurangkan masa bersuka ria? Perlu ke? Kalau perlu, maybe aku akan lakukan!

Kepada yang telah menyeri cutiku ini terima kasih. Kepada yang telah memberi sesuatu untuk aku fikirkan terima kasih. Kepada yang telah menukar perspektifku terhadap pelbagai perkara, terima kasih!

Farewell friends…


:::YTBACK!!!:::

Lagu tema

0057 - 24 Disember 2006
Lagu tema

Prolog

Kali ini aku ingin berkongsi mengenai aku dan lagu.

Aku memang meminati muzik sejak dulu lagi. Banyak lagu datang dan pergi sepanjang hidupku ini, banyak juga yang meninggalkan kesan kepada aku.

Lagu adalah medium untuk aku membawa diri aku berkhayal kea lam fantasi. Aku akan cuba menyelami perspektif pencipta lagu dan penulis liriknya yang ingin disampaikan.

Bagiku lagu yang aku suka perlulah mempunyai lirik yang bermakna. Juga penyampaian yang memberi kesan kepada aku. Asalkan lagunya sesuai dengan liriknya, aku tak kisah. Bagiku lirik memang penting!

Dan cara penyampaian yang memukau aku kebanyakkanny datang dari siti. Dah terminat kat dia nak buat macam mana. Sebab aku boleh merasa apa ynag ingin disampaikan. Sampai aku pun berjiwa-jiwa. Artis lain ada juga satu dua, tapi tak banyak.

Dan kini aku ingin berkongsi

Ingat tak aku pernah cakap dulu, aku telah menjalani 3 semester di kuktem, bersama 3 kisah dan 3 lagu tema?

3 semester, 3 kisah, 3 lagu tema. Semester yang mendatang ni akan adakah kisah lain? Huhu

Semester pertama - Dealova


Dealova
by Once

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

reff: kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

repeat reff [2x]

selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada


Pertama kali mendengar lagu ini, aku sudah terbuai dengan lirik yang disampaikan. Cukup puitis. Tambahan pula saat itu aku meminati A.

Banyak yang telah tercipta antara kami. Aku memang cuba merapatinya. Mengenali isi hatinya. Sampailah saat lagu ini muncul, dan lagu ini seakan menjadi lagu tema ketika itu.

Namun ianya dah berakhir. Aku tak mahu lagi berharap. Tapi lagu ini akan tetap kekal sebagai lagu tema aku dan A.

Paling mensayukan aku bila siti menyanyikan lagu ini ketika aku tengok rearhsel zoom in ct julai lepas. Memang aku teringatkan A!

Semester kedua – My Heart

My Heart
by Irwansyah & Acha Septriasa

disini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia kudenganmu

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bilakah kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bilakah kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

bilakah kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang


Percaya tak aku mula mendengar lagu ini sekitar bulan April 2006. ketika itu memang lagu ini memang tak popular lagi. Aku tertawan sebab tengah-tengah lagu ini ada bahasa inggeris. Aku mula mencari-cari siapa penyanyinya. Tak pernah dengar pun.

Tengok lirik dia. Memang kena aku dengan B. Kisahnya B ni memang kawan rapat aku. Dan aku macam senang dengannya. Mungkin juga aku saying perhubungan yang dibina. Bila lagu ini mulai aku dengar, aku mula menyukainya. Kerana kena pada masa dan tempat yang sesuai!

Menjelang bulan ogos lagu ini meletup-letup. Aku pula semakin bosan dengar lagu ini asyik berulang-ulang je. Sebab aku dah rasa macam lagu ini milik public. I’m kinda of person yang meminati lagu bila orang lain tak tahu.

Bila orang dah tahu, aku mulalah malas. Macam bukan cinta biasa dan biarlah rahsia. Jadi aku cari lah lagu lain yang orang lain tahu. Contohnya, beradu di khayalan, ku menunggu dan cuba untuk mengerti. Tak pernah dengarkan?
Huhu.

Semester ketiga – Maha Karya Cinta

Maha Karya Cinta
By Faizal OIAM

Begitu berat melangkah
Melihat kau bersamanya
Adakah aku yg salah
Atau hanya helah saja

Ku masih mencintai diri kamu
Bila kau menjauh
Ku rindu

Kau bagaikan udara
Yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
Tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna kau maha karya cinta ...

Biarpun kau tidak mahu
Menerima kasih daku
Ku kan setia bersama mu
Sehingga ke akhir waktu

Ku masih menyayangi diri kamu
Bila kau berlalu
Ku rindu ..

Kau bagaikan udara
Yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
Tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna kau maha karya cinta

Kau takkan dapat aku lupakan
Kerna kau lah punca cinta kita
Mengajar aku erti bahagia
Kembalilah ..

Terimalah pesan daku
Yang akan terus menunggu ...


Mula dengar lagu ni kat kmc kuktem. Aku sibuk mendownload lagu baru. Cuma dengar rakaman live oiam grand finale tu je. Lirik dia memang best. Aku suka. Dan lagu dia pun kena je. Cuma mungkin sebab live, macam takde feel lak lagu ni.

Dan semester 3 memang banyak kisah aku dengan C. Memang kami rapat. Kerap bersms dan bertukar cerita. Bila bosan sedikit, dialah yang aku mesej.

Sampai saat rasa percaya wujud. Dia menyimpan rahsianya denganku dan aku pun sama. Ah, sakitnya cerita ni. Dah banyak entri yang lepas aku tulis pasal dia. Baca balik je lah!

To C, kalau lah kau baca semua ini aku memang hargai pertalian kita. Walaupun kau dah menjauh, aku masih berharap kita macam dulu lagi.

Perasan tak antara 3 semester ni, lagu ni yang macam paling kecewa melarat? Sebab ini yang paling baru dan paling meninggalkan kesan.

Penutup

Apapun aku dan lagu memang tak boleh dipisahkan. Banyak lagu silih berganti. Tu belum aku kongsi apa perspektif aku dalam setiap lagu!

Nanti kang blog ni jadi blog lagu plak, sama macam blog friendster aku.

Tak pela I better stop now!~


:::YTBACK!!!:::

Exam Results

0056 – 21 Disember 2006
Exam Results

Huhu. Got my exam result today. Rupanya dah lama kuar. Juat aku salah klik je dekat laman web kuktem tu.

Tatau kenapa susah betul nak tengok laman web tu. Kurang maintenance ke. Orang ict tak buat keje? Lepas install mozilla baru laju sikit.

Saja je menempekkan result aku. Aku malas nak jawab lagi bila orang Tanya. Sebab yang slalu aku jawab adalah “oklah, aku puas hati, still atas 3…”

So lets check it out!




Hehe, rupanya dah 3 sem dekat sana. Mulanya tak suka kuktem and cos aku, tapi lepas berapa lama aku mula menyukainya. Tak kenal maka tak cinta kan.

Neway, here is the story behind the result…

BKB2112 BIOCHEMISTRY B+ 3.33 PASS 2

Biochem. Aku bajek a- atau a. tapi dapat b+ je. Considering carry mark pun tak tinggi kira ok la. Just puas hati. Selamat baik ngan lecturer!

BKB2122 MICROBIOLOGY A 4 PASS 2

Microb la yang telah menaikkan saham aku sem ni! Muahaha. Baru diorang tahu kamal ni tak la bodoh sangat. Ye la asyik aku tensen je aku tak dapat highest, sekali dapa highest dalam test, bangga gila. Siap dapat hadiah lagi!

Well, dapat a pun sbb aku punya carry mark tinggi la gak. So ni mmg aku aim a. Tambahan pula aku baik ngan lecturer ni, n dia sibuk nak wat preparation wedding dia seminggu lepas kitorang test! Agaknya tanda test masa honeymoon kowt! Ampun miss nina! Ops puan nina!

Huhu!

BKB2731 BIOPROCESS ENGINEERING LAB A 4 PASS 1

Ni pun satu yang membanggakan. Ini membuktikan tak sia2 aku edit lab report tiap minggu kul 3 pagi. Sebab aku memang suka mengedit!

And plus, 2 orang je a! Sorang lagi tu pun kwan rapat aku. Bangga gila! Huhu

BKC 2821 COMPUTER AIDED DESIGN LAB KY PASS 1

Ni subjek hampeh. Penat je habiskan masa 3 jam kat lab tiap minggu. Ada ke patut KY je (KY tu kira ya la, satu lagi KT maksud tidak). Kira takde ponter pun. Sama macam analytical lab sem lepas!

Penat je. Tapi ok la a. Kalau tak…

BKC2133 FLUID MECHANICS B- 2.67 PASS 3

Huh, finally! Ni lah subjek yang aku suspend gila. Ni yang paling last kuar. Aku bajek c je. Tapi kalau dah b- ok la.

Carry mark tak tinggi pun. Aku tak tahu aku ok buat masa final ataupun prof banyak tolong?

Tah la… tapi ok la. Puas hati. Tak macam Mechanic sem lepas, dapat c-! (nak repeat paper ni!)

BKC2323 THERMODYNAMICS B- 2.67 PASS 3

Ni aku kecewa lor! Nampak sangat aku tak buat bagus masa final.

Carry mark tinggi 45/60. kiranya masa final aku dapat 17/40 je.

Aku semangat gila studi subjek ni. Tapi tak dapat tinggi. Lebih menyakitkan ada yang dapat full mark masa final (ish budak tu lagi, takde orang lain ke?)

Takpe, jeles tu bagus kan?

Lepas ni thermo utk chemical lak. Diorang kata lagi susah, sampai pat nak repeat. Tgk la. Nak usaha baik-baik.

UHL2112 ENGLISH FOR BUSINESS COMMUNICATION A 4 PASS 2

English. Ok la a. Yang paling susah task masa tu mock job interview ler. Selamat group kitorang antara yang terbaik.

Enjoy sir ajar.

UHR2012 ISLAMIC INSTITUTIONS A 4 PASS 2

Ni satu lagi subjek yang bagus diadakan. At least dapat gak ingatan2 dalam kelas, sekarang kan hidup makin kucar kacir!

Task yang paling erm… apa ek, yang paling tensen ialah kene g mahkamah syariah kuantan tu. Bukan sahaja masalah grup aku yang hampeh pengurusannya, tambah lagi ada sesuatu berlaku lak tu masa g wat projek. Ish2.

UQS2071 KRIKET B- 2.67 PASS 1

Ni yang paling aku banyak nak cakap. Hampeh je. Ingat tak dulu aku pernah tulis kelas ni memang hampeh.

Ala yang pasal mula-mula sesi kriket, lepastu sesi perkenal diri, ni aku boleh tahan lagi. Lepas tu sesi mengenali Malaysia dan sejarah-sejarah di dalamnya pula! Hampeh tul. Bosan je semua budak2.

Dia bagi aku b- je? Bukannya dia kenal aku sangat pun. Tah macam mana dia buat evaluation tah. Tensen je. Kawan2 aku banyak dapat a untuk koko, sbb ini yang boleh bantu naikkan pointer, tapi aku drop!

Maybe ada hikmahnya. Tak pe la.. takkan nak repeat koko lak? Tak rock la! Huhu

Neway apa pun. Below are subjects that I will take in the coming sem. Nampak tough. Jadual waktu pun macam nak membunuh aku!

So kalau aku tak banyak update blog tu, paham2 je lah. Memang tension nanti. Semester baru memang selalu ada semangat baru, nak baiki mana yang tak patut dan mesti ada sesuatu yang berlaku la!

BKF2731 - BASIC ENGINEERING LAB
BKF2413 - CHEMICAL ENGINEERING
THERMODYNAMICS
BKF2422 - HEAT TRANSFER
UHM2012 - ISLAMIC AND ASIAN
CIVILISATIONS 2
UHF1011 - MANDARIN FOR BEGINNERS
BKF2432 - MASS
TRANSFER
BKF2343 - MATERIAL & ENERGY BALANCE
BKU2032 - PROBABILITY
& STATISTICS
UHS1011 - SOFT SKILLS 1

Ada subjek yang dengar macam best. Ada yang macam tough. Yeye nak blaja mandarin sem depan! Kenapa takde jepun ek? Boleh ngorat awek jepun yang kawai!~

Neway, aku tempek result kat atas tu bukan nak bangga2 ok. Memang bangga pun, walau aku tak tinggi macam kawan2 yang lain, tapi aku bangga atas usaha aku. Aku memang banyak berusaha sem lepas.

Apapun sem yang mendatang aku kene hati2. Banyak subjek pre-equisite tu. Kalau kantoi sem depan lagi satu sem tak leh amik subjek yang lain. Takkan nak duk kuktem sampai tua!

Tapi utk mechanic yang hampeh sem depan tu aku nak repeat masa short sem nanti. So maybe aku tak cuti la masa 3 bulan nanti.

Apapun tu semua utk masa depan kan. So, tak kisah la…


:::YTBACK!!!:::