Farewell friends!

0058 – 24 Disember 2006
Farewell friends!

Tika dan saat ini, sudah terlalu hampir untuk aku kembali ke kolej ku. Hanya tingfgal kurang dari 8 jam!

So di kesempatan ini aku nak mintak maaf la kalau aku ada salah silap sepanjang cuti ni.

Cuti ini memberi makna kepada aku dalam pelbagai hal. Ada yang baik ada yang buruk. Cuti ini juga telah mengubah aku dalam pelbagai perkara. Banyak yang berlaku di dalam cuti ini.

Mulanya kebosanan melanda. Syukur dunia internet tidak jauh dariku. Darinya pelbagai kisah tercipta.

Bagaikan reunion, aku kembal berhubung dengan 2 ,3 orang kawan lama yang selama ini memang kami jarang berhubung. Hanya melalui blog. Caranya, aku melawat blog mereka dan meninggalkan komen dan mereka pun berbuart demikian. Ala-ala dah datang rumah orang kena bayar balik la.

So, dari situ kami sudah mulai rapat dan mengetahui bagaimana kehidupan masing-masing. Untuk pertalian yang baru disegarkan melalui internet aku bersyukur.

Internet juga menghubungkan aku dengan kawan yang baru aku kenal di cuti yang lepas dan membuatkan aku lebih mengenali mereka. Ada pengalaman manis dan pahit di sini. Yang nyata, kini aku sudah mula berpespektif dengan mereka dan aku akan mula berhati-hati di lain masa.

Ada yang menggembirakan bila kita bebas bertukar cerita dan rahsia diri. Ada yang menyedihkan bila ianya pergi tanpa khabar berita.

Cuti ini juga membawa aku mengenali dan meminati seorang lagi artis yang dulu aku seakan tak nampak kewujudannya. Faizal tahir!

Keluar bersama rakan-rakan ke pelancaran kelab peminatnya benar-benar membuka mata aku kerana persembahannya sungguh bertenaga! Andai tak lihat anda tak rasa.

Dan anda sedang mendengar peminat no 1 siti berkata-kata! Selepas siti, aku tak pernah rasa teruja untuk meminati yang lain. Jadi ini memnag benar-benar sesuatu!

Cuti ini juga telah membawa aku keluar bersama rakan-rakan lama. Shamena? Familiar with this!? 3 kali keluar bersama meninggalkan memori yang best untuk cuti ini. Mungkin akan diteruskan di cuti yang akan datang.

Banyak tempat dan makanan juga dirasa sepanjang cuti ini. Semuanya kerana shamena… pewot besaw!

Apa pun, semester yang mendatang ini bukanlah bermakna aku takkan update blog langsung. Cuma bezanya tone aku di sana (di zon 113) berlainan dengan yang di sini. Aku akan terus menulis, aku tak kisah ada orang membaca ke tidak, sebab blog ini hanya untuk melepaskan apa yang terdalam.

Semester yang mendatang ini memang mencabar. Dengan jadual yang separuh gila aku tengok, ditambah dengan subjek-subjek killer yang membunuh, aku sudah terasa bahangnya. Doakan aku untuk semester depan ek. Semoga pointerku kian menaik!

Aku nak jadi rajin semester depan. Kurangkan masa bersuka ria? Perlu ke? Kalau perlu, maybe aku akan lakukan!

Kepada yang telah menyeri cutiku ini terima kasih. Kepada yang telah memberi sesuatu untuk aku fikirkan terima kasih. Kepada yang telah menukar perspektifku terhadap pelbagai perkara, terima kasih!

Farewell friends…


:::YTBACK!!!:::

2 comments:

Irina said...

Wargh!! Subjek2 killer yang membunuh?? Haha.. Macam serupa je.. =)
Neway, good luck in your new semester.. Ak blum start lagi, well, ada la seminggu tuk melepak.. Pastu back to the workload! Hehe..

Jgn lupa update blog ye.. X kisah r, cite merapu ke, depressed ke, angkat bakul ke.. =p

Keep on writing, man.
Wish us ALL the best of luck..
=)

bro said...

Wish you best of luck.. semoga menjadi cendekiawan melayu yg unggul..

pardon for intruding into your blog.. well I love to go into everyone's blog yg linked here n there.. especially from Fiebie's blog..

nope, you will not recognise me from the nick.. isnt that the beauty of internet.. or maybe the setback.. depends on how u see it..

anyway.. study hard..