Well its new year... lah!~

0060 – 31 Disember 2006
Well its new year…lah!~

Prolog

Finally this year has come to an end. And tomorrow, er… in 5 hours time, we’ll meet the new year. 2007 will arrive, as a new year, maybe a new beginning of life for some people.

New year, what is big deal about that?

For me, the time still flows, I’ll still grew older, my perspectives in seeing things broaden and lots of changes keep changing me day by day. Ala, kalau bukan new year pun, aku masih aku kan. Takkan berubah.

Tapi mungkin people sees this new year thing as a point to start over. Well, maybe its true. Aku pun selalu gak macam tu. Aku selalu anggap new year adalah satu titik permulaan di mana aku perlu berjaga-jaga atas segala yang berlaku supaya aku tidak menyesal suatu hari nanti.

Tapi selalunya, di pertengahan tahun mesti aku lupa jugak! Hidup aku akan kucar kacir. I’m used to it.

Azam??

Dan aku bukannya orang yang selalu ada azam tahun baru. Well, maybe pernah ada. Once, or twice, tu pun masa aku ada peperiksaan major like spm and pmr. But times like this, aku memang tak letak apa-apa sasaran khusus.

Sasaran umum, aku nak jadi better person. It is subjective to be discussed because its conclude lots of things.

Maybe I want someone to have strong relationship with. Most importantly, I want to take care my devotions towards God (I really need to work this on!). I want better grades, I want to know more about myself. I want everything that will help me improve to be a better person.

I believe that me, myself at this point has make a good person. Well, tak salah kan kalau nak puji diri sendiri di akhir tahun ni?

Entah kenapa, aku rasa aku mempunyai kekuatan jugak yang boleh dipergunakan. I have ability, and I have this brain to set my point of view in seeing things. And I’m grateful of that.

Jadi kalau sapa-sapa Tanya apa azam aku – I want to be better person. Azam ini takkan ada due datenya, dan aku akan bawak ke setiap tahun yang berganti, selagi aku tak mati la…

2.0.0.6. – A. F.A.R.E.W.E.L.L.



Who am I?

Walau apa pun 2006 will always be a year that has taught me a lot about life. There are some major things change in this world. Dan aku kini semakin memahami diri.

Proses mengenal diri sendiri lagi sukar dari kenal orang lain. Sebabnya, kita sering berperang dengan perasaan sendiri yang mengatakan kita bukan itu dan ini, sedangkan kita ialah itu! Huhu berbelit ayat.

Tapi 2006 dah mengajar aku siapa Ahmad Kamal bin Hassan sebenarnya. And I want the world to know me and accept me the way I am.





“Taekwon-Do Talk – One Step Closer to the Art of Defense : Knowledge of Taekwon-Do”

2006 juga memberiku pengalaman berharga bila aku berpeluang menguruskan satu projek sebagai projek manager.

“Taekwon-Do Talk – One Step Closer to the Art of Defense : Knowledge of Taekwon-Do” akan menjadi sesuatu untuk dikenang. Di situ aku telah mengerahkan bakat yang aku ada untuk menjayyakan projek itu. Well, for beginner like me, it ran quite well.

Bercakap mengenai projek, banyak juga yang aku terlibat sepanjang 2006 ini. Hampir 5 projek, tapi kebanyakannya mengenai publisiti! Hurm, hampir bosan actually, walau ia dekat di hati.

Aku minat publisiti, tapi kalau asyik benda yang sama je, bila lah aku nak pandai buat kerja lain? So, for 2007 aku harap aku dapat tugas yang lain.





Naib Presiden Kelab Taekwon-Do ITF KUKTEM

2006 turut menyaksikan pergolakan perasaan aku bila aku terpaksa melepaskan jawatan Naib Presiden Kelab Taekwon-Do ITF KUKTEM. Banyak yang aku fikirkan ketika itu – tentang keadaan semasa kelab, kemampuan diri, tanggungjawab dll.

Dan aku sudah berkeputusan untuk meletakkan jawatan. So, here I am without any string attached to me. Kadang-kadang rasa kosong sangat pun ada, tapi keputusan telah aku buat, takkan nak jilat ludah sendiri balik kot. So I guess I’ll move on.





Yang Terdalam

2006 menyaksikan bagaimana aku terlibat secara aktif dalam dunia blog ni. Di akhir 2005 aku mula membuka blog di friendster sehinggalah ianya berpindah ke blog ini., pada mei 2006. Kenapa Yang Terdalam?

Di sini anda dapat menyaksikan the other side of me. Maybe kat luar aku happy go lucky, tapi di sini anda dapat melihat kamal yang lain.

Blog ini dijadikan peneman dan penenang bila aku buntu dan tertekan. Jadi kehadiran blog ini amat bermakna.

Dan jika anda sedang membaca perkataan-perkataan ini ketika ini, aku amat menghargai kunjungan anda ke sini dank omen-komen yang diberikan, terima kasih!





3 Months Holiday and Myspace

2006 juga mencoretkan bagaimana separuh gilanya aku menghabiskan masa cuti 3 bulan yang pertama sejak aku masuk ke kolej. Betapa gilanya aku ketika itu sehingga aku tak tahu apa nak buat.

Dan ia telah mengenalkan aku ke myspace.com, laman di mana telah membuka mata aku dalam pelbagai perkara.

Di situ aku mengenali banyak jenis manusia, dan hidup mereka. Betapa selama ini aku katak bawah tempurung! Rupanya dunia berputar dan banyak yang ku taidak ketahui.

Walau excited di mulanya untuk mengexplore, tapi kini aku semakin penat pula di laman itu. Laman perkenalan yang lebih banyak fantasi dari reality. Well, I guess that is life.

Nak tutup akaun, tapi tak sampai hati. Biar je lah dulu.





Siti Nurhaliza?

2006 – banyak mencatatkan pertemuan aku dengan pujaanku selama ini, Siti Nurhaliza. Setelah bertahun meminati, akhirnya berpeluang bertemu di hadapan mata.

Banyak yang aku pelajari mengenai dunianya – nampak indah di luaran tapi terlalu sukar dilalui. Apapun Siti Nurhaliza akan tetap menjadi seseorang yang membentuk diri aku ketika ini.

Dialah peneman ketika bosan dan tertekan, dan dia akan terus menjadi penemanku, walau kini dia milik orang… huhu.





Relationship

2006 turut mentranskripkan banyaknya perhubunganku kecundang di tengah jalan. Mmm, here come the serious part, tone serious ni! Janganlah gelak oii!

Bermula dengan kawan-kawan. Hilang satu demi satu. Jika anda pembaca blog ini, anda pasti sedar, aku sering menulis tentang ini.

First, masa bulan julai hari tu, aku kehilangan seseorang yang aku ingat akan menjadi kawan terbaik aku di sisi, sampai akhir hayat aku. Tapi dugaan mendatang, dan kami kini menjauh. Nak buat macam mana.

Bulan julai menyaksikan permulaan perkenalan aku dengan seseorang yang amat ku sayangi sebagai kawan. Dia banyak membuka mata aku mengenai banyak perkara dan reality hidup.

Tapi seperti biasa, jika terlalu banyak rahsia dikongsi, dan bila dugaan datang, ia tak kekal. So kami kini agak menjauh. Nak buat macam mana?

Kini aku mengenali seseorang. Aku harap ianya tak kecundang di tengah jalan. Aku amat menghargai kehadiran mereka di sisi aku sebagai teman rapat. Kerana pada mereka aku bisa berkongsi selain blog ini.

Kisah cinta? Huhu, 3 semester, 3 kisah cinta, 3 lagu tema. Aku malas mengulas, jika ada, adalah. Malas mencari lagi. Jika ada kisah baru, lagu tema baru untuk semester 4 ini, aku akan tuliskan. Huhu

Penutup

Apapun, 2006 memang banyak mengajar aku. Siapa aku sebenarnya.

Esok permulaan 2007, mungkinkah ianya lebih baik? I hope so.

To all readers – happy new year! Moga ianya menjadi titik peralihan untuk menjadi lebih baik. Kalau ada azam tu, try lah capai ye.

Azam aku – I want to be a better person!

Adios!~


:::YTBACK!!!:::

4 comments:

papik said...

i love ur conclusion.haha.
too musch drama for someone name kamal.
haha:))

ahmadkamal said...

too much drama??? apakah???

bro said...

well.. hope you have a wonderful 2007 nanti.. not that you had a bad 2006 but lots of challenges..

taekwando huh? bahaya budak ni.. silap sikit nanti kena flying kick pulak

Hilman Nordin said...

eh? naib presiden?
huhu.. orang penting. nnt 2007 jadi presiden la.. huhu.. klu nak pukol orang panggil kamal je lah.. hehe..