0059 – 26 Disember 2006
Ku Bermimpi…
Prolog…
Pernah tak dengar kata orang, tak baik tidur petang selepas waktu asar? Well, it is true, memang tak baik. Aku lupa plak sebab apa, tapi pengalaman diri sendiri memang mengatakan ia tak baik.
Salah satunya, aku selalu sakit kepala atau tengkuk lepas bangun dari tidur. Dan yang kelakarnya, ada satu kali tu, aku ingat aku bangun pada waktu subuh, dan aku terkocoh-kocoh pergi bilik air untuk sembahyang subuh, sampai la aku sedar aku tersilap. Dan of course satu lagi, kalau dah tidur lepas asar, waktu asar pun makin lambat la…
Tapi one thing yang aku nak highlightkan kat sini, dalam tidur yang sesingkat itu, tidurku sering dihinggapi mimpi. Mimpi pelik-pelik pulak tu. Memang pelik. Dan kadang-kadang bila bangun aku keliru apa yang dah berlaku.
Maybe ada hikmahnya kenapa orang tak bagi tidur lepas asar. Actually, aku selalu je ambil mudah cakap orang ni, sebab aku terlampau penat. With my funny schedule yang mula pukul 8 hingga 5, Cuma break lunch je, aku memang selalu tidur petang. Dan macam aku cakap tadi, perkara-perkara di atas memnag selalu berlaku.
Kisahnya…
Tak tahu apa kisahnya, yang aku sedar aku sedang menaiki escalator bersama kawan baikku sewaktu di sekolah dulu. (a girl). Kami menuju ke atas, dan perasaanku ketika itu bagaikan kami ingin pergi ke event besar yang telah dirancang. Majlis hari jadi ketua pengawas di sekolah lamaku itu.
What makes it funnier, in the reality world, aku memang selalu kenakan dua orang ni masa kat sekolah dulu. Saja je nak kacau-kacau dan tengok dua2 malu2. sekarang ni si girl dah ada bf, dan si laki macam biasa, still macam dulu. Diorang tak tegur pun walaupun diorang dalam satu kuliah di satu universiti. Huhu
Back to my dream, kami menuju ke atas. Aku tak pasti pulak latarnya macam mana, yang pasti escalatornya macam dekat mid dan bila sampai dekat atas macam kat klia pulak. Mimpi memang hampehkan.
Dan perasaanku ketika itu, tiba-tiba gusar sebab nak bertemu kawan-kawan lama. Best ke tak ni? Sebabnya in the reality world, aku pun sering bertanya perkara yang sama. Masing-masing macam dah tak best untuk berjumpa.
Dan bila sampai tempat yang dijanjikan, memang kami berdua je yang datang. Dalam hati aku berbisik dah agak dah. So I decided to leave. Somehow, suddenly tempat tu dipenuhi oleh macam-macam kawan aku pulak.
First yang aku notice, papik (hehe) yang keep commenting kalau buat reunion macam ni akan jadinya – tak ramai orang. Dan lepas tu aku sedar tiba-toba ramai je yang datang. Dan semua nampak lain dari sekolah dulu. Masing-masing dengan personality memasing. (banyaknya setan yang tolong lakonkan watak-watak tu dalam mimpi aku)
Yang kelakarnya ada pulak kawan yang unrelated pun masuk sekali. Dan aku terfikir kenapa dia dimasukkan ke dalam mimpi ku. Ada sesuatu berlaku pada dia ke?
Selepas suasana agak kecoh, tiba-tiba aku terbangun. Funny eh? Aku macam blur2, dan keliru. Apa yang dah berlaku? Mengarut betul mimpi aku!
Bila kembali sedar, rupanya aku tertidur selepas asar tadi. Dan aku terkocoh menunaikan solat asar. And after that, here am I, writing my confuseness of my dream.
Penutup
Yang buat aku berfikir, kenapa tiba-tiba suasana reunion tu? Apakah kerana aku lari untuk melakukan reunion.
Kenapa eventnya hari jadi ketua pengawasku? Adakah sesuatu berlaku pada dia?
Kenapa semua nya dalam mimpiku. Dan kini aku keliru!
Pengajarannya jangan tidur lepas asar lagi. Ia memang akan membingungkan!
Tapi kadang-kadang kalau nak terlelap aku tak boleh nak haling kan? Tengoklah macam mana.
p/s 1 – semester baru sudah bermula! Aku nak merasa seminggu dulu, baru aku ingin menylis mengenainya. Yang nyata, aku sudah merasa kepayahannya.
p/s 2 – I’m surprised I do got some silent readers yang baca blog ni, tapi aku tak kenal siapa. To the silent readers, thanks for visiting Yang Terdalam. Tinggalkanlah komen anda, aku tak kisah. Cos I built this site for me to tell you my story, and get feedback so I can improve. Semoga kunjungan anda ke blog ini berbaloi!
p/s 3 – to regular readers (u-know-who-u-r) nothing much, just million thanks!
p/s 4 – dengarnya gempa bumi telah mengganggu kabel bawah laut untuk internet… so maybe aku akan kurang update k… (ceh alasan…)
Salam Ramadhan
8 years ago
3 comments:
dammit.im in your dream!!!haha.
what d heck and i knw who's d girl...ssshhh i dun wnt to reveal it to public.i'll make it safe.
haha:))
huhu u will always been the antagonist character if i'm dreaming about the reunion... remember what alan said "some people never change" kuikuikui
bout the gurl... huhu shhhhhhhhyyyyyyy!!!
ces.
yar yar yar.
this all becos of this my fcuking mouth and my innermost intention of nt goin to simpan d rahsie.
haha.
neways urs gonna be safe:)
Post a Comment