0206
16 Mei 2008
*Hari apakah? Hari Guru?*
Bukan!
Hari ini merupakan
HARI ULANGTAHUN YANG TERDALAM YANG KE-2!!!
(tepuk tepuk)
Mengimbau kenangan 2 tahun dahulu!
”I write in order to discover what i think”
English novelist, Rebecca West
Di waktu begini, aku gemar mengimbau sejarah-sejarah yang telah tercipta.
Awalnya, aku mungkin seperti Rebecca West, aku menulis adalah untuk mengetahui apa yang aku fikirkan.
Ingat lagi, saat itu, aku keliru dengan diri sendiri.
Kiranya, aku mencari-cari identiti diri sendiri.
Hidup dalam kebosanan, kesepian, tanpa ada insan istimewaa di sisi.
Ya, itulah aku ketika itu!
Segala benda, aku pendamkan.
Pahit, manis, suka, duka.
Semuanya tersimpan di dalam sekeping hati ini.
Aku tak bisa meluah, tak bisa bercarita.
Dunia aku, aku-aku sahaja.
*Ya, aku ingat lagi Irina!*
Di sana, aku cemburu akan dia.
Rakan sekolah yang aku kenal hanya pada nama ketika itu
Bebas bercerita tentang hidup.
Bebas bercerita apa yang dia rasa.
Bebas melahirkan perspektif.
Dalam hati aku terdetik
INI YANG AKU MAHUKAN!!!

Yang Terdalam di Friendster
Bermulanya kisah, aku membuka blog di Friendster.
Tarikhnya, aku malas nak semak balik, tapi yang pasti, waktu itu adalah studi week untuk final exam sem 2 aku.
Orang lain studi, aku sibuk ingin membuka blog!
Dan bermulalah siri kisah yang panjang, di mana aku berbicara mengenai apa yang aku rasa.
Bagaimana aku melihat sesuatu, apa tafsiran aku.
33 entri di blog lama menampakkan siapa aku sebenarnya.
Cuma, ketika itu, aku kurang selesa.
Setiap kali aku update, akan ada satu notification emel kepada rakan-rakan aku mengenai blog aku yang sudah diupdate.
Jelas aku tak selesa.
Bagiku, aku bagaikan meminta-minta untuk blog aku dibaca.
“If you ask me why I came into this world, I, an artist, will answer you: I am here to live out loud”
Emile Zola

Permulaan Yang Terdalam di blogspot
Satu lembaran baru dibuka.
Aku berpindah ke blogspot.
Tanpa aku sedari, ia merupakan hari guru, 16 Mei 2006
Aku pula, sibuk menggodek blog.
Kenapa Yang Terdalam?
Ini merupakan salah satu tajuk lagu kumpulan Peterpan, yang aku gunakan sebagai tajuk blog ini.
Mungkin sedikit kelakar bagi sesetengah orang, tetapi blog ini memang menggambarkan diri aku, jauh dari apa yang mereka lihat di alam realiti.
Ini adalah refleksi kepada siapa aku sebenarnya.
Maka nama Yang Terdalam menjadi pilihan.
Di awalnya di sini, blog ini dipenuhi dengan kisah ’dia’
Dia yang ku kenali, dia yang menemani sejak 10 tahun dulu.
Bagi aku yang agak anti-sosial ketika itu, dialah peneman segala-galanya.
Namun dia terpaksa pergi.
Sehingga aku sedar dia akan dan harus pergi, maka corak penulisan aku di blog ini pun berubah.
Blog ini dipenuhi dengan kisah-kisah harianku.

Atas nama anonymous, blog ini tidak dikenali oleh rakan-rakanku.
Jadi aku bebas bercerita mengenai mereka di sini.
Apa yang aku tak puas hati, apa yang aku benci.
Semuanya ditulis di sini.
Sejak dari itu mereka kerap datang ke sini dan menceriakan hari-hari aku.
Teddybearhijo, Hilman, Joey, Truanta, merupakan antara yang terawal.
Dan aku bersyukur, ia masih berkekalan hingga kini.
“ I write because I hate. A lot. Hard”
William Gass

Salah satu template yang pernah digunakan Yang Terdalam
Sejak dari itu, Yang Terdalam mengalami perubahan warna yang ketara.
Di kala aku muram, Yang Terdalam turur muram bersama.
Di kala aku sedih, Yang Terdalam turut sedih bersama.
Di kala aku gembira, Yang Terdalam turut gembira bersama.
Segala rasa, Yang Terdalam ada bersama.
Ada yang sengal.
Ada yang adventure.
Ada yang mengenakan orang.
Ada yang meraikan orang.
Ada mengenai kejayaanku.
Ada mengenai kegagalanku.
Ada juga mengenai kegilaan kuasa aku.
Semuanya tertanskrip di sini.
Kumpulan kawan-kawan semakin besar.
Dari sedikit, semakin banyak yang bertandang.
Aku terharu, yang bertandang, terus kekal di sini.
Dan semakin menambahkan kumpulan yang ada.
Sejak dari itu, aku dapat merasakan perubahan Yang Terdalam
Jika dulu, aku bebas menulis bila aku rasakan aku mahu.
Kini, aku perlu untuk update sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Jika dulu, aku bebas untuk menggunakan segala bahasa carutan yang terlintas.
Kini, aku dengan sendiri bijak mengawal diri, mengelakkan kata-kata yang pedas.
Jika dulu aku ikut mood sendiri sahaja.
Tapi kini, aku mengambil kira mood orang lain juga.
Cara aku menulis semakin berbeza.
Aku semakin mempunyai keinginan untuk menyuntikkan kekreatifan aku dalam setiap entri yang aku coretkan.
Tapi, masih, ada ketikanya, aku hanya menulis apa yang terlintas.
Namun, kadang-kadang, yang spontan itu juga yang disukai kawan-kawan ku.
Blogging kadang-kadang pelik...
“Writing is a form of theraphy;sometimes I wonder how all those who do not write,compose, or paint can manage to escape the madness, the melancholia, the panic and fear which are inherent in the human situation”
Novelist and screenwriter
Kini.
Yang Terdalam makin berkembang.
Ketakutanku dulu, bila orang di sekelilingku tahu akan kewujudan blog ini sudah berlaku.
Dan aku sudah berjaya menerima keadaan itu seadanya.
Di dalam entri ini, aku pernah bertanya.
Apakah perubahan yang dapat dirasakan di Yang Terdalam.
Kerana aku merasakan perubahannya.
Nafikan bagaimana juga, ia memang salah satu khazanah berharga yang aku punyai.
Melalui blog ini, kehidupan aku semakin berkembang.
Melalui blog ini, aku mula kenal siapa aku.
template Yang Terdalam yang terbaru sempena ulangtahun ke-2
Ini tahun ke 2 Yang Terdalam.
Aku harap ia akan terus kekal di alam siber ini.
SELAMAT ULANGTAHUN KE-2
YANG TERDALAM!!!
p/s – entri ini juga digunakan untuk menjawab tag oleh Noushy Syah ”10 Reasons Why I Blog” (sambil menyelam minum air neyh!)
p/s – layout blog ini tak berubah2 dari zaman dulu sampai sekarang... so untuk ulangtahun kali ini beta ubah layout, akhirnya sempat walaupun perkara ini berlaku
p/s – apa la katakan, korang g la wat celebration besar2an dekat blog korang dalam masa seminggu nih... cepat wat entry celebration 7 hari 7 malam!!! *mode gila kuasa*









