Entri Yang Bosan

0201
01 Mei 2008


Entri ke 201… wow!
Satu pencapaian buat beta…
Yela, kita bukan nya active sangat berblog…
Dan i’m blessed to have created such a lovely group of frens around there…


Di sini nak update. Tapi ‘vibe’ nya kurang sedikit.

Mungkin sebab exam. Entri pun menjadi sedikit bosan.

Sudah lepas fasa pertama. 3 paper killer, 3 kredit hour in 3 days.

Dan kini sedikit lega sebab hanya menanti fasa kedua mulai selasa depan.


Still, dalam penantian dan rehat dari exam ni, beta kena kuatkan diri, studi gak sikit2... kang jadi last minute, saket!


Driving Force

Entri lepas, aku update masa petang jumaat.
Dengan sedaya upaya, dengan sedikit riang di hati.
Tah lah, bukannya cuak nak exam ke hapa kan!
Malam tuh, beta ada meeting IVAC’08.
Macam-macam progress yang dibincangkan.
Dan balik ke bilik dalam keadaan kepenatan.


Bukak STD UMP.
Gatal tangan tengok coursework mark.
Kira nih carry mark aku lah.
So aku leh la bajek apa gred aku masa final nanti.

Aku terkesima.
Muka
kejang.
Sakit
hati.
Sakit otak.
Duh!

Carrymark aku terlalu rendah!
Rendah gila-gila.

Dalam sejarah aku di sini, tak pernah sebegini.
Markah carrymark untuk subjek 3 kredit hour lak tuh!
Mengikut sejarah sem-sem dulu, aku dapat carrymark camnih, gred last aku hanya D.
Dan, sem ni pun nak jadi cmtuh ke???


Aku down giler!

Teramat!
Malam tuh juga, aku down 5 minit.


Skype kawan aku.
Dia konon2 nak naikkan semangat aku la.
Kelakar lak bila fikir, dia cuba naikkan semangat aku dalam keadaan tatau nak cakap pe.
Last-last dia tukar topik.
To that fren, if u read this, thanks!

*****

Malam tuh juga, modus operandi dimulakan.
Satu rancangan perlu dibuat.
Dan aku perlu fokus.


Malam ituh, tah angin kus kus mana datang (bak kata Diya)
Aku studi dengan penuh kusyuk.
Serius, dalam sem nih, tak pernah sebegini.
Mungkin sebab driving force dari carry mark ni kowt.
Dan aku bersyukur dapat driving force camnih.
Malam tuh aku studi sampai kul 330 pagi!


Kadang-kadang terfikir gak, mungkin manusia memerlukan driving foce sebegini untuk ke depan kowt. Kalo tak aku meleweh je…


Hikmah


Esoknya, walaupun tido lambat, aku bangun awal gak.
Studi mula kul 10.
Dengan semangat nya.
Dengan terujanya.
Semua sebab driving force.
Studi studi.


Sampailah di satu ketika. Kul 1130 pagi macam tuh.

Blackout! Takde api!
Duh!
Panasnya!
Memang dugaan untuk studi…

Dalam hati, kuatkan azam
“alah, orang zaman dulu studi tak pakai kipas pown!”
Dan terus studi.
Tiba-tiba tanggalkan walkman hanset ku

”eh, orang dulu mana de studi dengar muzik, dengar sore roomate nyanyi je!”
Ku cabut walkman, ku suruh roomate ku nyanyi!
Huhu

Dan, selepas itu blackout itu, seperti biasa, wireless akan problem.
Sebab dia gunakan elektrik kan.
So aku tunggu la bila dia nak baik balik…
Tunggu, punya tunggu, sekali
wireless takde!
Dari hari tuh, sampai la ke hari nih!
Agaknya diorang tutup kowt.
Ni pown aku menggunakan kabel housemate.


Ada hikmahnya, bila wireless takde.
Aku studi, studi dan studi.
Tak hiraukan semua


Dan bila aku mula online balik semalam, selepas fasa pertama selesai,
Duh! Dalam google reader ada 120 entri dari blog2 aku tak baca lagi!Dan malam semalam dihabiskan dengan membaca entri di samping transfer file2 konsert AF yang aku tertinggal selama 2 minggu.
Thanks cik dewi!


Fasa pertama dan fasa kedua


Selepas fasa pertama itu, aku sedikit lega.
Ramai sedikit lega.
Aku tak kisah apa gred aku nanti.
Aku dah usaha sebaiknya.
Sebab aku kuar dengan puas hati.
Walaupun ada careless mistake.

Ada satu test nih, open book.
Dan boleh la conteng pape dalam tuh, segala assignment or kuiz.
So nanti masa test leh la rujuk kan


Tiba satu soalan, aku sengih.
Ala, skema dia aku ada salin.
So refer balik je la.


Tapi, ada sedikit prob
Aku tak reti abiskan sebab skema yang salin tuh simple sangat.
Lantas aku tibai.


Balik exam, aku tengok apa yang aku confuse tuh!
La!
Aku mengeluh panjang.
Kalaulah aku lukis satu silinder je dalam skema aku dalam buku tuh, sure aku faham!
Rugi 14 markah aku!
Tengok, pasal
satu silinder tak dilukis, aku rugi 14 markah!
Duh!


Ia membawa aku kepada satu keadaan.

SEM DEPAN TAK BOLEH BEGINI LAGI!
Aku perlu lebih tumpu.

Maaf kalau entri makin membosankan.
YT reflects my mood, dan macam setengah orang cakap, ia akan menyebabkan YT ini dipenuhi dengan macam-macam warna!
So faham-faham je la ek!


Ok, beta akan rehat sebentar untuk Fasa ke 2! Harap maklum!

p/s – thanks to new frens n silent reader yang revealkan diri. Anda akan di linkkan di sini! Sapa yang amik final gak, gud luck!


:::YTBACK!!!:::

11 comments:

n0n0i♥a'n'l said...

waa.. hebat da entry ke 201..
*clap2..
kira da lama gak le eyh jd blogger.. =)

Noushy Syah said...

Salamz and greetings...

They say,failure and rejection are only the 1st steps to succeeding...and the only competition you will ever have is the competition between your disciplined and undisciplined mind.Thus,discipline your mind,do what you supposed to do as student,prioritize your time,wallaa..you are there!

Itulah hikmah your result a lil bit down...to make you realize and work more!

Good luck in coming xm yea:)

Congratz for the 201 posting!

zura lias said...

good luck kamal...kamikaze le nie ek..chaiyok..chaiyok..jgn give up sbb markah rendah..:D

arsaili said...

salam ak..u can do it...sure bole punya...get good marks for next sem.

Pasal cikgu tu pun sampai hari ni masih tatau nape, rasanya dia ada problem kot...or else dia tercabar sebab saya buat latihan tu dulu sebelom dia suruh..pride n prejudice..ahaks

ahmadkamal said...

NONOI
*kuat sket... tak dengar tepukannya!*
huhu
ada la dekat 2 thun...
tu tak termasuk masa frenster blog lagi... huhuhu

NOUSH
yeah.. i think failure n rejection are good driving force to ensure us to success.... ada hikmahnya kan...
tq noush!

KAK ZURA
tq kak zura... jagn riso... wa ok je! huhuhu

ARSAILI
tq tq!
pasal cikgu tuh, she should be professional instead of feeling threatened by her own student! huhuhu

aria ayumi said...

huhu. entry diya tak sampai 200 agi. tak aci tol~! tapi, diya nye entries dh 190 lebih ah. so, bile2 masa bleh beat kamal :p

ape yg kamal lalui ni rsnya agak sama ngan diya... bile tgk carry marks slh satu subjek yg diya amek sem nih... huhu. terus jadi 'tak betoi' sket. memang angin kus2 meresap masuk sungguh. tak penah agi seumo idop diya ter-kus2 camnih. hahaha.

btw, kamal... people can change... anytime... anywhere.. benda yg kita rasa mustahil... tak mustahil akan berlaku... entri terbaru diya maybe kena ngan ape yg kamal lalui... ;)

Noushy Syah said...

Have a relaxing weekend and be cool.

Take care.

ahmadkamal said...

DIYA
*quantity tak penting... yang penting quality*
(haha, mula berlagakkan... tiba2 je jadi baik)
beat pown beat la... kita bukan blogger 'hangat' macam dia tuh! =p
tak pernah terkus kus cmnih? kira bagus la tuh... stau pencapaian...
(tiba2 dia pomot blog dia kat sini da... mcm mana la blog dia tak popular!)

NOUSH
you too... =p

khairul najmi yusof said...

pakcik sy pun down khamis lepas. down sebab tak dapat uitm. tapi sib baik ada org2 yg terdekat. family ngan kawan.

Princess Liyana said...

Chayo2!
Good luck ek:)
Paper abes khamis ek?huhu..
Tau takpe. Tengok coursework marks tu buat sakit hati je. Tapi terpaksa tgk jgak. Hm,sabar jelah ek.
Lagi satu internet ni distraction jgak:). Kalau tak dpt connection, bolehla khusyuk study. Samala kita:p. Haha.

ahmadkamal said...

KHAIRNAJ
oho... gitu ke... slamat ada orang di sekeliling kan...
jangn down lama sangat... down lama sngt menjatuhkan... down sekejap je, dan jadikan ia driving force utk bangkit!
wah, beta dah ok, leh lak nak nasihat2 owg kan... huhuhu

PRINCESS LIYANA
yerp... tq2!
btolkan tenet nih distraction kan... huhu