Kenangan

Listening to you-know-what. Saja je letak kan semuanya dalam playlist. Ditambah lagi dengan crossfading yang aku set. Semua lagu bagaikan satu medley panjang yang dialunkan. Aku di sini mendengar dan mengimbau kenangan lalu.

Tah kenapa rasa kehilangan. Aku sedih! Bagaikan dia telah tiada! Bagaikan dia telah pergi tinggalkan ku jauh! Bagaikan dia telah...

Tak tahu kenapa. Aku tak nak katakan diri ini fanatik. But, mybe i am. Some people maybe dont know what i’m going through, cos our experiences are differ. Rasa bagaikan ia menjerut diri...

Mungkin juga ada yang tak bisa memahami. Peduli apa! Diorang tak lalui apa yang ku rasa. Diorang tak berperasaan seperti aku. Takkan aku nak buat tak tahu sedangkan aku sedang menjerit kesakitan di dalam?

Hurm~~

Found this note in my boxes, under my bed...

Kenangan. Satu perkataan yang cukup mudah untuk diluahkan. Juga mudah
dituturkan. Juga mudah difahami. Tanyalah kepada siapa sahaja, nescaya
mereka
akan memberitahu.

Namun, jika diteliti
kembali...

- Untuk apa dicipta kenangan? Untuk mengingati masa-masa
lalu? Untuk
apakah ia dikenang?

- - Untuk ingatan masa hadapan. Supaya
satu hari kau
akan gembira bila memikirkannya...

- Yalah, itu kalau
kenangan manis.
Kalau kenangan pahit pula apa gunanya???

- - Kenangan
pahit memberikan
kita panduan dan pedoman agar langkah di masa hadapan lebih
teratur, agar
kita tak tersilap di masa hadapan.

- Tapi apa gunanya
semua itu.
Bukankah lebih baik berpijak di bumi yang nyata, di masa
kini?

- - Memanglah, tapi kenangan ini mudah. Kau pelajari sesuatu
darinya.
Cara mengaksesnya pun mudah, hanya perlu mengingat kembali dan
berangan-angan. Kau tak perlu bayar untuk berangan-angan

- Tapi...
tidak pernahkah kau rasa kenangan lalu membunuh kau?

- - Huh? Kenapa
pula?

- Kerana ia takkan kembali lagi...kerana ia telah pergi.
Sungguhpun ia kenangan manis, ia akan membunuh kau dalam diam. Kerana ia
takkan
kembali...

- - Itu aku tak boleh jawab. Cuba kau cari
sendiri.

- Ya, aku akan mencari. Tapi bagaimana kalau ia kian
menganggu?

- - ....
Ya, itulah yang pernah aku tuliskan dahulu. To be exact, after spm. I admit, masa tu kenangan yang tercipta dan ditangisi bukanlah kenangan yang perlu aku tangisi sekarang. Ia berbeza. Tapi dasarnya tetap sama.

Mungkin kenangan indah di waktu lalu akan menggembirakan. Tapi apa pula maknanya jika kita merasa kehilangan tersebut, lebih dari yang menggembirakan. Itu yang ku rasa sekarang.

Hurm... entahlah, mungkin aku hanya lebih berperasaan di waktu-waktu begini – waktu aku tiada kerja, dan di hening malam. Mungkin bila aku dah sibuk, ia akan berubah?

Entahlah~~~

-aku yang menulis di dalam sebak-

-ak_0143-


:::YTBACK!!!:::

0 comments: