~Hati Berbisik~

Lewat kebelakangan ni hatiku berbisik. Berbisik lagi. Dan bisikannya sukar diterjemah. Sukar diinterpetasikan. Sukar dinilai.

Semuanya kerana dia. Kerana dia yang telah lama hadir, dan kerana dia yang telah lama mewarnai hari –hariku. Semuanya kerana dia.

Ternyata ia menganggu fikiranku. Mungkin aku bukanlah apa-apa untuk dirinya, tapi permainannya ini membuatku terasa di hati. Terasa yang amat sangat. Tapi siapa aku untuk berperasaan?

Melihatkan seorang demi seorang tumbang tanpa pembelaan di sekelilingku membuatku sedih. Di manakah suasana yang harmoni dulu? Aman damai, makmur tenteram?

“Datang berlindung waktu susah dan senang, tumpang berlindung waktu susah dan senang” itu katanya. Kini yang tinggal hanya kutukan dan celaan.



Di sudut hati, masih mengharapkan keajaiban terjadi. Masih mengharapkan pada akhirnya aku dapat mengatakan bahawa aku dah tahu semuanya dan aku tak goyah dengan permainan ini. Masih berharap!

Tapi makin lama, makin berat beban yang ditanggung. Makin banyak cerita yang angin sampaikan. Makin ia mengoyahkan kewarasan diri. Mungkin benar, mungkin palsu. Aku tak mampu menilai dengan terbuka kali ini.

Apapun, aku akan terus berdiri di sini, tabah! Aku akan cuba menahan segala rasa agar tak membunuh diriku. Mungkin aku akan kembali seperti biasa, antara endah tak endah. Tapi mungkinkah? Bisakah?

Apapun, jauh di sudut hati, aku mengharapkan yang terbaik. Dia mungkin tak bisa merubah yang telah terjadi, tapi aku dambakan yang terbaik darinya. Dan aku tak boleh berbuat apa-apa melainkan itu.

Mungkinkah akan terjadi seperti yang ku harapkan? Mungkinkah suasana aman dikembalikan? Mungkinkah semuanya kembali ceria dan harmoni? Mungkinkah hati ini difahami? Aku sendiri menanti jawapnya.


:::YTBACK!!!:::

2 comments:

Dora said...

Salam sejahtera ak_0143.Bersabar lah.Mmg susah bila org tdk pernah cuma memahami apa yg tersirat di hati,berdiam diri mengundang seribu teka teki,memberi sepatah kata mencetus spekulasi,hanya berdoa pd Tuhan moga dia terus diberkati.

ahmadkamal said...

takpe la dora... tu hanya luahan bila ak rasa tertekan,

tapi bila ak dapat befikir dengan waras, ak tahu semuanya ada hikmahnya...

tak kisah la apapun berlaku, ak akan tetap dengar lagu2 dia, susah nak buang dah jadi habit...

asik headbanging lagu dia je.. hehe