Dunia Khayalan - akankah kekal?

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh dan salam sejahtera

Hi semua, apa khabar? Camna cuti? (lol) Hurm tah r, buhsan je duk umah tak wat pape. Macam anak dara. Tak kuar tengok2 dunia dan rasanya dalam seminggu aku hanya kuar sekali sahaja dari pintu besar rumah aku, hari jumaat, sebab kene g semayang jumaat. Rasa terasing. Tah la, ni la masalahnya bila cuti menjelma, aku akan mula kembali ke dunia asal aku – dunia khayalan.

Bukannya takde kawan nak dibawa keluar – ramai je. Tapi aku lebih senang sendiri. Tak pening. Yer la, kalo keluar ngan kawan, kene plan macam2 - kat mana, kul brapa, naik apa. Tambah2 bila aku rasa aku sorang je yang sekarang ni naik public transport cos ramai dah ada kenderaan sendiri. Ish bila nak dapat keta ni??? (tunggu my dad dapat kerja baru dulu-wish me luck kay!) lagi satu kalo keluar ngan kawan rasa tak bebas. Kadang2 aku rasa macam ikut sahaja. Tah la. Apa yang aku inginkan?

Merancang jugak nak kuar sorang2 macam selalu. Ala macam tak biasa. Memang slama ni keluar sorang2 pon, tapi cuba bayangkan dari 2 minggu lepas aku merancang.

1st, it is Monday, yerla hari tu tak ramai orang kan, tapi rasa masih terlalu awal untuk keluar, baru mula minggu. Bila selasa, takpe ada rabu n khamis lagi. Rabu menjelma, alih2 aku penat sebab malam sebelumnya main internet tak ingat dunia sampai kul 5 pagi!~

Khamis rasa malas sebab, nak dekat sangat ngan jumaat, rasa nanti malam penat, esoknye susah nak g semayang. Jumaat pulak dah semayang, susah r keluar. Sabtu dan ahad memang bukan pilihan kalo nak jalan2. akhirnya duduk la aku menambahkah berat perut dan kepala (sebab rambut dah afro) alahai!~

Bila lama cuti macam ni rasa nak balik kolej pon ada. Sekurang2 nya masa tersusun di situ. Kat umah ni apa aku buat? Mak aku bagi aku kebebasan sepenuhnya, so memang aku takde apa2 tekanan. Aku bleh bangun sesuka hati pukul brapa pon, pastu terus main internet (wireless streamyx tu)... turun hanya untuk makan.

Tv hanya malam2 tertentu, ada cerita2 yang aku akan tgk (aku tkde astro, so kureng skit cerita). Bila fikir balik, jahatnya aku, jumpa mak aku hanya untuk makan je. Dan bila aku rasa bersalah mula la aku wat baik – basuh bilik air la, jaga adik aku la, hurm klaka betul!

Cuti ini tak menjana produktiviti. Hanya menjana aku melalui minda. Internet adalah punca... ehm bukan punca, internet give me everythg! Aku suka sekali membaca kisah orang.

Tatau dari mana mulanya, rasanya dari kawan aku masa darjah 2 yang mula mengajar aku baca novel penyiasat (siri salma, siri hadi... hehe), sampai sekarang aku masih lagi minat membaca novel dan komik. Dan internet telah menghubungkan aku lebih kepada semua itu. Melalui blog. Ya, blog yang mana selama ini dianggap diari manusia – apa yang dilalui semua dicoretkan melalui hati, tanpa sekatan. Kalo ada yang nak marah, marah la, sebab ia tempat kita, blog kita! Itu yang aku baca dari kebyakan laman blog.

Dah banyak aku jelajahi. Pelbagai cerita aku selami. Pelbagai karakter diri aku kenal – lelaki, perempuan, ayah orang, mak orang, pelakon, pelawak, pekerja belakang tabir even gay n mak nyah sekalipun. Dari mereka aku mengenal dunia mereka. Ada yang menyukainya, ada yang cuba menyukainya, ada yang masih ragu2 tentang hidup, ada yang menzahirkan kemarahan melalui perkataan, ada yang memulakan bicara melalui kisah masing2 dan tak kurang juga yang hanya menceritakan apa sahaja. Aku hadam kesemuanya dan prosesnya di dalam otakku.

Dan aku rasanya bagaikan telah melihat dunia luar. Baru faham maksudnya – dunia tanpa sempadan. Hanya dengan internet aku memasuki dunia semua orang tanpa mereka sedari. Dan aku kadangkala bersyukur, sebab aku dapat rasakan apa yang aku baca adalah luahan hati mereka yang jujur. Persoalannya, aku bagaikan dah tahu apa yang berlaku di dunia luar, tapi bila aku akan keluar dan menghadapinya? Aku kini memang terasing. Terasing dalam dunia ciptaan ku sendiri.

Memang dulu dunia ini aku ciptakan untuk aku – kerana di dalamnya hanya ada aku dan tiada siapa melainkan aku. Hanya di sini aku amat betul dan tiada siapa dapat mempersoalkan tindakanku. Aku hidup tanpa arah, tanpa tujuan. Memang itu semua aku ciptakan! Melalui lagu2 yang ada aku berkhayal dan berkhayal. Khayalan tingkat tinggi. Tapi itu dulu.

Semakin lama aku dalam dunia ini aku sedar aku hanya memperbodohkan diri sendiri. Ya, mungkin dunia ini memang diperlukan, tapi bukan sepanjang masa seperti ini! Mybe for some time, we need time for ourself but not all the time. (otak aku tiba2 terlintas – takkan mungkin kita bertahan , hidup dalam bersendirian...)

Semakin aku di sini, semakin aku mengerti. Aku hanya mencari jalan untuk menyorokkan kesepian yang aku alami. Tanpa apa2 daya usaha untuk keluar darinya. Mengapa aku begitu?

Aku peratap setia. Semakin aku berfikir, aku sedar, aku selalu meratap perkara yang terjadi. Even benda kecil pun. Tah r, kesedaran untuk berubah dah ada, but i need something to lift me up. Di manakah ia?

Persoalan demi persoalan. Tiadaku temu jawapan. Mungkin masa akan memberitahuku tanpa sedar. Entahlah

Entri ini aku habiskan di sini. Teruskan mengunjung ke sini. I really appreciate your time!

Walaupun aku sedar, tindakan ku mengubah ke laman ini dari friendster blog, mungkin silap, kerana mungkin tiada siapa akan membaca. Aku sudah membuat keputusan itu, dan aku takkan menoleh lagi.

Harap2 adalah pengunjung2 di blog ini.. (perasan di penjuru kanan, ada hits count – aku akan tahu di situ)

Ishh.. macam mengaharap sangat la plak. Ok la bye. Enjoy your life!!!

Wassalam


:::YTBACK!!!:::

0 comments: