0031 – 11 September 2006
Prolog
Dari zon 113.
Aku mencoret kata, menguntai ayat, untuk meluahkan apa yang aku rasa.
Namun, kadangkala kata-kata tak mampu menggambarkan segalanya.
Hasilnya, terbiarlah rasa itu tanpa sebarang penjelasan. Menambahkan kekeliruan.
Sebenarnya, susah untuk menzahirkan yang batin. Sukar juga untuk mensuratkan yang tersirat.
Segala rasa yang dirasa kadangkala hanya mampu disimpan di dalam hati, menjadikan ia sebagai sesuatu untuk diri sendiri.
Aku, manusia. Aku punya perasaan. Perasaan yang bercampur aduk dan berselirat.
Suka, duka silih berganti. Namun yang mana satukah akan terpatri abadi?
Biarkan dulu persoalan itu, kerana aku ingin bercerita.
Cerita yang berlaku kepadaku…
Semangat baru
Entah apa yang menyuntik semangatku ketika cuti pertengahan semester dulu pun aku tidak tahu. Kini, aku lebih bersemangat untuk menjaga pelajaranku.
Ya, aku akui dulu aku sambil lewa. Dengan anggapan aku dah cukup segalanya. Tapi nyata aku silap.
Jadi, langkah terbak adalah untuk meneruskan semangat ini. Harap ia berpanjangan.
Kini aku kurang mencari alas an untuk semua tugasanku. Aku jadikan ia cabaran. Bunyinya cliché, tapi itu kenyataan.
Aku kini semakin tahan untuk belajar hingga larut malam. Walau sepenat mana hari yang aku lalui.
Walaupun mungkin pada sesetengah orang, tiada perubahan yang nyata pada diriku. Tapi aku merasakan perubahannya.
Aku kini tidak lagi terbiar tanpa kefahaman. Kini aku menyertai kefahaman itu.
Juga, seperti yang aku katakana tadi, harap ia berpanjangan. Mohon sangat!
Moga-moga hasilnya nanti tak mengecewakan aku dan orang di sekelilingku.
Doakan aku?
Diam vs Gila-Gila
Sebulan pertama pembukaan semester baru ini aku akui aku agak depresi. Tertekan dengan duniaku.
Aku rasakan terikat, dan aku memilih untuk diam sambil menyalahkan apa yang berlaku ke atasku. Aku mencari alasan.
Tiba saat perubahannya, aku kembali seperti dulu. Ceria dan gila-gila.
Sehinggalah kini.
Namun entah kenapa, aku rasakan gila-gilaku tak kena tempatnya. Aku rasakan ada yang terasa bila aku ceria.
Aku adalah aku. Aku tak suka membiarkan orang terasa denganku. Jauh di sudut hati, aku takut sangat membuatkan orang tidak selesa denganku.
Tapi aku tak dapat mengawal bila aku gila-gila. Dan pada masa yang sama aku tak boleh puaskan hati semua orangkan.
Aku adalah manusia. Kemampuanku terbatas.
Mungkinkah ini masanya untuk aku diam kembali? Entahlah
Aku ingin juga merasai kembali zaman kediaman itu.
Menyusuri setiap detiknya. Kerana kadangkala ia membuatkanku bahagia di dalam.
Penutup
Hurm!~
Aku hentikan dulu post kali ini di sini.
Otak terlalu tepu untuk mengarang ayat dan hati telah letih untuk meluah.
Biarlah aku simpan dulu segalanya.
Kepada yang prihatin, terima kasih kerana meluangkan masa anda ke laman ini, ke dunia aku.
Terima kasih banyak-banyak!
Till next post. Have a nice day!
p/s – hari ni genap 5 tahun WTC runtuh kan. Cepatnya masa berlalu!
Salam Ramadhan
8 years ago
0 comments:
Post a Comment