0032 – 19 September 2006
Perspektif dan Bloggerz World
Prolog
Dari zon 113.
Ingin update sesuatu, tetapi nampaknya sekian lama aku diam, semakin kurang daya untuk menulis.
Seperti biasa, banyak yang berlaku di sekelilingku. Bila anda jadi blogger, baru anda rasa, bahawa setiap yang berlaku ingin diterjemahkan dan diberitahu kepada orang lain.
Contohnya, jika sesuatu berlaku kepada aku, aku akan mencari jalan termudah untuk menganalisa sesuatu yang berlaku. Dan kadangkala, dengan tak disangka pelbagai masalah selesai, bila aku sendiri mampu untuk bezakan baik buruknya.
Jadi, jadi blogger ni taklah teruk sangat. Taklah buang masa seperti kata kebanyakan orang. Kerana ia melatih diri aku menganalisa, dan juga secara tak langsung membawa aku lebih dekat pada diri sendiri. Aku lebih mengenali diri.
Perspektif
Sebenarnya, pelbagai perkara yang ingin aku bincangkan dalam blog ini. secara keseluruhannya, aku ingin berdiskusi mengenai perbezaan pendapat antara kita. Aku ingin orang tahu apa yang aku rasa, dari perspektifku, dan aku ingin juga tahu apa yang orang lain rasa.
In other way, is a two way communication. Aku belajar dari pengalaman orang, dan mungkin juga orang boleh belajar dari pengalamanku. Itu sebenarnya yang terdalam, yang tersirat di hati bila aku memulakan blog ini.
Aku amat bencikan perbezaan pendapat. Seriously say. Tapi aku tak boleh nafikan, bila kita berbeza pendapat, barulah kita dapat berfikir dan menilai baik buruknya setiap pandangan. Dan akhirnya kita dapat memilih yang terbaik.
Namun, dalam menuju ke arah pemilihan untuk pendapat tersebut, itu yang seksa. Kadangkala aku terpaksa bertegang urat untuk menetapkan pendirianku. Kadangkala, sinaps-sinaps di otakku terpaksa bergerak lebih laju untuk menganalisa masalah. Dan kadangkala juga aku akan kehilangan kata untuk mempertahankan pendirianku.
Aku ni jenis yang argumentative. Mungkin tidak di luaran, namun di dalam. Yang terdalamku seringkali berdebat dengan diri sendiri. Aku sering jadikan diriku sendiri sebagai medan perdebatan.
Mengenai sesuatu perkara, sebelum aku meletakkan perspektif diriku ke atas perkara tersebut, aku akan menilai. Dan aku akan berdebat dengan diri. Kenapa aku memilih ini, kenapa tidak itu. Bagaimana aku nak mempertahankan itu, dan bagaimana aku nak mempertahankan diri jika pilihanku ini salah, dan semua orang menyalahkanku.
Itulah sebabnya, bagi sebilangan rakanku yang amat mengenaliku, mereka memandangku sebagai pemikir. Aku selalu memikirkan sekecil-kecil benda. Mungkin juga mereka tak mahu mengakui aku ini pemikir, tapi mereka tetap memberikan gelaran pengkhayal kepadaku. Berfikir dan berkhayal, dua-dua guna otak kan?
Dan mungkin juga aku ini senget sedikit di luar. Dan mungkin juga sebab itu, rambutku mula ditumbuhi uban (atau salah minyak rambut?)
Itulah sebabnya, bila terdapat perbezaan pendapat, aku sedikit tertekan. Kerana bagiku, aku telah memilih yang terbaik dan menganalisa sebaiknya. Dan bagi aku juga, mereka tidak menganalisa sedalam aku.
Banyak kali aku betul dalam membuat pilihan, tapi kadangkala ada juga tersungkur. Itu bagiku, hanya menunjukkan diriku ini adalah manusia, yang tak lari dari kesilapan.
Tapi, seperti yang ku katakan tadi, aku terseksa bila terdapat perbezaan pendapat. Kerana aku perlu menggunakan tenaga untuk menangkisnya dan menetapkan pendirianku. Aku jenis yang lambat untuk adaptasi diri dalam perubahan, jadi untuk aku mengubah pendiria dan perspektifku terhadap sesuatu perkara amat mengambil masa.
Aku juga seringkali mencari jalan terbaik untuk berfikir lain dari orang lain. Aku memilih perspektif yang unik terhadap sesuatu perkara. Yang hanya aku faham sedalamnya, dan tidak orang lain. Jadi, secara kesimpulannya, cara aku melihat sesuatu benda amat tersendiri, dan jarang sekali aku berjumpa dengan orang sealiran pemikiran denganku. Semua manusia berbeza kan.
Bloggerz World
Enough with that mukadimah. Mukadimah panjang macam tu? Hehe
Pening tak baca sesuatu yang agak formal tonenya. Susah kan.
Aku faham, ada yang ke sini untuk berhibur hati. Itu juga yang sering ku harapkan bila aku melawat ke blog orang lain. Aku ingin ketawa. Aku ingin gembira.
Aku mula didedahkan dengan dunia blog ini kira-kira setahun lalu. Masa tu seorang rakan lama menulis mengenai hari-hari yang dilaluinya. Aku sedikit terpesona kerana dia amat jujur dalam menterjemahkan perasaannya ke dalam ayat.
Saat itu, aku merasakan diriku juga ingin didengari. Lantas, aku putuskan untuk blog juga. Walaupun, di saat itu adalah minggu studi sebelum final di kuktem ini. Hasilnya, lahirlah blogku di friendster.
Setelah hampir setahun di sana, aku mula bosan, apabila seringkali ditertawakan dengan apa yang ku tuliskan. Masalahnya, apabila aku update, mesti ada notification email yang memberitahu bahawa aku sudah mengupdate blog.
Dengan penuh ego, aku tak ingin lagi rasa meminta-minta, dan akhirnya aku bertukar ke laman ini, di bloggers.com
Menyusuri dan melayari laman-laman web blog yang lain, aku terpempan. Rupanya banyak lagi blog yang amat menarik untuk di layari. Tanpaku sedar, rupanya dunia blog ini sudah semakin berkembang dan mencipta sesuatu untuk dunia mereka sendiri.
Nama-nama seperti sultanmuzaffar, joe klubkidd, fiebierossa, badrul after 6, dan lain-lain lagi, kini menjadi favouriteku. Melalui blog sebegini aku belajar dan menyusuri setiap hidup mereka dan perspektif mereka dalam hidup.
Kerapkali juga sebenarnya aku ketawa terbahak-bahak membacakan penulisan mereka. Tak kurang juga aku sedikit sedih bila mereka mengalam kesakitan.
Tanpa sedar, bagaikan aku sudah mengenali mereka. Kerana apa? Kerana mereka menzahirkan yang terdalam secara efektif sekali. Sehingga terasa kesannya kepada diri aku.
Banyak juga ku belajar dari pengalaman mereka. Kerap kali aku membandingkan antara hidup mereka dengan ku. Dan ada juga situasi di mana, pengalaman mereka menjadi azimatku.
Like I said just now, it is two ways communication. Aku yang membaca belajar dan mereka yang menulis mengajar.
Dunia blog sudah berkembang dengan pesatnya. Ada juga blog yang bersifat pelajaran yang berkongsi ilmu pengetahuan. Ada juga blog yang membimbing orang-orang di dalam masalah. Sememangnya kepelbagaian dunia blog memang pelbagai.
Aku sedar, kadangkala kunjungan anda ke laman ini tidak berbaloi, kerana apa yang dapat and abaca di sini adalah kedukaanku, kesdukaran dan macam-macam lagi.
Maafkan aku. Itu sahaja yang ku termampu. Aku tak lagi setanding dengan mereka yang pandai menceritakan.
Penutup
Tiap kali aku menaip, aku kerap kali keputusan idea. Ini berbeza bila aku berfikir. Idea aku sering bertali arus.
Boleh tak kalau diciptakan alat yang boleh update blog dari otak sahaja?
Sebab aku dah keputusan idea, aku berhenti dulu.
Harap anda mengharungi hari yang ceria, seceria aku di sini (agak ceria hari ini)
Bye
Salam Ramadhan
8 years ago
0 comments:
Post a Comment