0030 – 09 September 2006
Sepi…
Prolog
Dari zon 113
Ya, aku di sini. Sudah kembali ke kolejku.
Sedikit cuak bila melihat tak ramai orang di sini. Mula terbayang macam-macam.
Berkeinginan menulis lantaran kesepian mula mencengkam. Walaupun pelbagai tanggungjawab mula mendesakku.
Bagus juga ku kembali ke sini awal. Barulah diriku merasa ada tanggungjawab untuk dibuat. Jika di rumah, aku rasakan tiada apa-apa. Kosong!
Tanggungjawab
Tanggungjawab yang mendesak –
Test Thermodynamics, Fluid Mechanics dan Microbiology.
Assignment
Microbiology yang berlambak
Mini Project Islamic Institutions
Tanggungjawab yang aku saja yang mendesak –
Publisiti untuk program Free Style Breaking Techniques Competition (decided to
stay put and not involve in that) – event malam tu pun maybe aku tak
pergi
Publisiti untuk Knight’s Night – lambat sikit baru mulakan. Maybe
minggu kedua September ini. Got some marvelous idea to be executed.
Aku tahu aku perlu mendahulukan tanggungjawab yang mendesak sebelum yang lain. Tapi kamal is kamal, when it comes to publicity and art work, I cannot resist the temptation to do work and to explore new worled of art. Thought I am an art type.
Tapi sekarang yang utama, kembali ke jalan yang benar. So, aku akan mulakan dengan yang mendesak terlebih dahulu.
Doakan aku berjaya ye!
Sepi
Apa orang akan buat bila bosan dan sepi?
Ada yang makan banyak-banyak, tidur cukup-cukup, menghiburkan hati dengan perkara bodoh.
Apa yang dilakukan bila semuanya dah di explore?
Aku dah makan banyak-banyak (tapi still sikit dari kawan aku), dah tidur macam orang gila, dah cari benda-benda bodoh untuk menghiburkan hati.
Semuanya tak jalan. Cuma yang rasa ialah sepi!
Waa! I hate life like this.
Dulu, aku bijak mengawal rasa sepi ini. Aku akan tengok segala klip lagu-lagu yang ada untuk menghilangkannya. Mostly, of course la Ct’s clips.
Tapi sekarang aku dah lain! Aku dah berubah. Dan cara itu tak dapat mengubat.
I think I need a company. Who will help me through all these ways.
Tapi siapa?
Asyik mencari je. Dah bosan dan letih.
Bila sepi, aku mencari-cari nama untuk di sms. Ada satu dua nama yang aku kenal pasti boleh melayan.
Tapi takde yang betul-betul terasa untuk di sms. Kalau ada pun, lepas satu dua msg, aku berhenti. Aku terasa bosan.
Entahlah.
Perlu ke aku ciptakan rasa yang tiada kepada sesiapa sahaja?
Entahlah. Aku pun tak tahu.
Hurm!
Penutup
Aku nak tutup entri ni di sini la.
Tiba-tiba otak tepu dan tiada idea.
Maybe mood jiwang meraban tu dah hilang. Nama pun meraban, mesti dah meraban la tu! (huh!)
To all yang baca, thanks.
And sorry, kebelakangan ni entri2 aku kureng sikit.
Itu menandakan penulis amat sewel dan tak betul!
Lalalalala!~~
0 comments:
Post a Comment