Memories of Zone 113

0108 – 27 Jun 2007

Semalam tengok2 gambar lama. Sekali terbuka satu folder ni. Penuh dengan gambar bilik lama, bilik aku kat UMP masa semester 4 yang lepas.

Masa tu konon-kononnya aku nak buat satu post pasal bilik aku ni la. Tu yang gigih semacam kemas sikit bilik (biasa la sedikit sepah… sedikit je!), dan snap snap mana patut.

This entry is dedicated to my previous room, the place where I work to achieve my current achievement that I proud of. Siapa yang tak tahu g baca entry Shades of Happiness. Huhu

Well, jom r tengok bilik kesayangan ku dulu.


Ingat zon 113??? This is it. Zone kedamaian yang aku gambarkan sebagai tempat aku bersendirian, tempat berfikir, tempat melayan perasaan, dan juga tempat untuk menidurkan diri! Huhu.

Masa tu aku rasakan hanya di zon ini aku rasa aman. Aku bebas sebebasnya buat apa sahaja. Inilah zon selesa yang telah aku ciptakan dulu. Nampak ada kertas di situ? Ia tertulis zon 113, tapi aku wat artistik sikit sampai yang membacanya tak dapat tahu apa yang aku tulis. At least aku faham kan.


Di sebelah zon 113 adalah kabinet buku yang aku kurang gunakan sebagai tempat letak buku. Mostly, aku letakkan entertainment aku dekat situ, supaya mudah capai.

Nampak tak ada buku Harry Potter dan DVD-DVD di sebelah katilku itu? Air di bawahnya? Biskut di bawah sekali tu? Itu semua untuk memudahkan aku mencapai di kala aku tengok movie. Memang malas kan.

Er... di drawer kedua tu, sebenarnya buku-buku ’the roomate’. Aku ni baik kan, siap bagi dia kongsi lagi. Tapi apa salahku diperlakukan begitu??? Duh!


Moving on, inilah meja studi aku. Aku jarang sekali studi atas meja ni. Aku ni kiranya reptilia kowt, ada tulang belakang lembut. Aku suka studi atas katil.

So di atas meja ni terdamparlah macam-macam khazanah aku. Belakang tu konon-kononnya gambar kenangan la. Ala bukan selalu tengok pun. Saja je letak.

(tapi bila aku nak keluar, rupanya aku dah rosakkan dinding tu, aku gunakan double tape untuk tampal semuanya, alih2 takleh tanggal, gasaklah sapa yang guna bilikni lepas aku!)


Gambar kenangan. Gambar ngan siti tu wajib letak ok. Print sendiri tu


Ini dedication tipu je ni. Aku suruh kawan aku buatkan. Tapi diorang konon-konon buat senyap-senyap la. Kecoh rumah aku bila aku dapat benda ni. Ala, ada chocholat ferrero rocher je dalamnya.


Stack of books. Inilah subjek-subjek yang aku amik sem lepas. Inilah yang aku usahakan sem lepas. Kenangan tu deh.


Gambar siti. Ala, benda ni dapat percuma dengan kaset dia dulu2. aku memang lama simpan benda ni nak letak atas meja. Atas meja matriks ak leak gak, kat sini aku letak gak. Saja je. Kinda cute.

Notice the aeroplane tu??? Itulah hadiah dari lecturer aku dulu sebab aku dapat markah test paling tinggi dalam kuliah. Huhu. Masa tu main tibai je jawab, ada je salah aku tulis. Tapi dia amik markah yang betul je. So aku dapat la. (tips untuk budak bio, korang tibai je, tulis memacam apa yang korang tau pasal soalan tu, tak dapat banyak, dapat la sikit markah)


Zon 113 at work. Cmni la keadaannya bila aku tengah studi. Aku memang studi atas katil la. Macam best sikit. Gambar aku studi tak de la. Masa studi perlu selesa, so aku pun kiranya ’pakai’ apa yang selesa la. Sensor sket! Huhuhu

Tapi best plak studi situ masa tu. Sebab dah biasa kowt. Begitulah keadaannya bila aku dah suka. Rindu lak tempat tu.


Ni la laptop baru aku. Toshiba. Aku dah lama cakap nak letak gambar kan. So here it is. Boleh la nak guna.

Itulah jelah entry bergambar kita pada kali ini. Beta saja je nak kongsi gambar-gambar bilik beta. Nak kongsi gambar beta tak best lak. Aku baru perasan dowh, aku ni tak lah macam orang tu yang suka snap gambar sendiri tiap masa!

Huhu.

Signing out...


:::YTBACK!!!:::

6 comments:

FAIZUL said...

mak ooi bili lawanya!!!
tp x bole lwana bantak ak der 3 bijik...
hahahaha...
suka ko eyh tampal2 kat dinding..
ak penah gak buat dulu..
tp pastu malas plak nak tanggal balik..arghhh..
tunggu la blik baru nnti..
blik tu sorang jer..
hehehehe....

aria ayumi said...

sejak bile guna ganti nama diri "BETA" nih... hihi tiru kite ek...

p/s-entri awk akan dikomen kemudian... ponat... huhu

aria ayumi said...

muehehe coming back... ni mcm dh kemas bilik dl sblm snap gambo... huhu just guess... klw cenggini le katil n bilik anak bujang... adehh bleh wat menantu nih... hak3...

kamal ni betul kipas susah mati datuk ct ye... kite minat gak die... tapi xle sampai letak gambar... just byk ikuti album2 die... die satu2nya artis yg kite paling byk beli album... so far, she's the best. no doubt.

Irina said...

Salam..

Cewah, gambar bilik ni, kemasnye.. Hehe.. Boleh lwn kekemasan bilik ak.. =p

Hehe.. Tertarik btul ngan gambo buku2 tu.. Ada 3 buku kte yg sm r kamal.. Chem process (alaa, yg kulit tebal tu), statistik n termo.. Haha..

Teringat pulak kat bukuku yg dah lm ditinggalkan..

PS : Thanks 4 ur comment. Really appreciate it.. =)

IDA yu-me said...

kamu dan siti mmg tidak dpt di pisahkan.. =)

p/s : sy pun fans siti gak... dulu kini & selamanya... hihi..

teddybearhijo ughuu2~ said...

pakcik...
musti wendu cop mohor teddy kan???
hehee..

ei, pesal cam kamo ini cam kiter???
ack...
ces, cnap gamba, sebelom tu musti prepare tol2, carik sudut cantek, kemas2, sebelom snap2 kan??? (me camtu... wahaha... kalau bilik la...)

gud, pgemas gak... n hey, cadar marooooon??? wahaha, cam dapat masa kiter kat matrik, wane kolej time tu marooooooon... ades...

tampal2, menarik!
me pon ske...
besh, sedap sikit tgk 'tempat sundiri', hasil dr sendiri punya suka-suki... tp me manyak ske tampal katon2 n of cos my gerard...
hee...

buku tebal2? *teringat kat U Physic shayer... waa... da tada sapa mo guna die...*

katil??? wee... tup, studi situ besh, tp potensi xstudi 4 me lagi tinggi kot... wahaha... tp skang, mmg mimpi2 katil jak...

sminggu nak dapat tilam pon payah tau!!! waa...

wendunya dolu2...

wokehla pakcik...
entri xberat, besh gak layan... yang len2 tu... not sure will comment or not... bace? of cos la... huhuu...

wah, ya ampuuun, da buat blog teddy lak kat siniii...
hee...

(^^)"