0104 – 22 Jun 2007
Perkara kecil yang ku bengangkan dan saja diperbesarkan…
Pre-entri
Lewat kebelakangan ni, aku semakin banyak
Mungkin juga kerana ketiadaan orang-orang lama yang aku senangi, kalau ada pun mereka sukra dihubungi. Jadi, aku sendiri, mahu tidak mahu terpaksa adapt dengan keadan yang berlaku, dan menjadikan diriku sendiri cuba untuk mengenali muka-muka baru.
Orang kata berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Duh, silap peribahasa pulak. Makan dalam beb. Hehe.
But, one thing, bila aku
Check it out.
Situasi 1
Expoconvo’07 UMP. Tanggungjawab aku. Matlamat aku. Walau kerjanya sdah sedikit berjalan, banyak juga yang perlu masih dilakukan.
Tarikhnya sudah dilambatkan ke bulan 12. banyak juga perubahan kecil yang sedikit mengugat jadual kerja, dan akhirnya profesionalisme aku sendiri. Mungkin juga saat itu aku sudah terlalu penat dengan kerja yang bertimbun, dan aku mula kurang mengawal profesionalisme dan lebih emosional.
Biarkan dulu perkara itu.
One thing is, aku cuba la rapat dengan rakan sejawatan aku. Kiranya dia ni di bawah aku dalam organisasi expoconvo tu. A girl.
Kinda cute. Minat gak la nak kenal rapat. Korek punya korek, dah berpunya rupanya. Duh, why i am always falling for someone else’s girl? Diorang yang couple awal sangat ke, atau aku yang lambat sangat?
Apa pun, aku cuba jugak rapatinya. Nak rapat sangat, kang takut dia yang keliru memilih antara dua. Ceh.
Tapi aku berbaik dengan dia. Dia melayan. Kinda ok la. Best jugak ada yang melayan ni. Aku rasa dia pun tahu niat aku. Tapi aku tahu dia terikat.
Cara untuk aku rapatinya, gunakan aset yang ada. Kereta aku.
Selalu mengajaknya ke pasar malam. Tu pun, dia diescort oleh orang ketiga, keempat dan kelima. So bukan kami berdua je la. Dan di dalam keretalah, bermulanya perbualan yang aku maksudkan.
”Kamal, ko anak ke berapa ek? Ko berapa adik beradik?”
”Er... Kenapa tanya? Ko rasa?”
”Sajalah nak tau. Takkan tak boleh”
”Urm... ko rasa?”
”Tah lah, tapi yang penting ko bukan anak pertama!”
Duh!
”Well, in fact, aku anak pertama la. Aku ada lagi satu adik lelaki belajar kat UTP, satu adik perempuan sekolah menengah and satu lagi lelaki, baru 3 tahun dekat rumah”
“Betul ke ni??? Hahahahaha, muka macam anak last je”
Ceh!
Situasi 2
Plan besar masa cuti yang aku cakapkan dulu. Khamis 21 jun 2007. besar la jugak, banyak yang berlaku.
Perasaan bercambur baur, best, cemas, kaget, takut, best balik, malu. Semua ada la.
Berjumpa kawan lama je sebenarnya. Tak la lama sangat, kenal pun tahun lepas. Cuma sebab dah setahun tak jumpa kowt.
Then, mulalah ’the conversation’
”Hey dude, kat umah ko free tak. Ingat nak lepak sana jap”
”Ala, kat umah aku ada parents la. Lagipun adik aku ada kat umah. Nak lepak pn bilik aku je, mana best”
”Ko berapa adik beradik ek”
”4. tapi sekarang adik perempuan ngan yang kecik je kat umah. Sorang dah balik U dia”
”Heh, ko anak pertama ke? La, ingat kan apa”
”Abis? Aku tak layak jadi anak pertama ke?”
”Takdela, muka ko macam budak-budak!”
”Ala, abes aku nak buat macam mana”
”Betul gak”
Situasi 3
Duduk dia di hadapan komputer. Melayari internet.
Bosan dengan kerja yang dilakukan mungkin. Terus membuka laman web Yang Terdalam.
”Eh ada entri baru lah. Apalah dia ni nak bebelkan” bisik hatinya.
Membacanya. Membaca situasi 1. membaca situasi 2.
“Laa… Kamal ni anak pertama ke. Huhuhuhuhuhahaha”
Ya. Itulah anda yang sedang membaca!
Jalinan situasi
Ya, aku memang anak pertama dari 4 beradik. In fact, aku adalh cucu pertama dalam keluarga aku.
Mengejutkan?
Ada seorang adik muda 2 tahun dari aku. Di UTP sekarang. Adik kedua tengah tingkatan 2, dan yang kecik nak masuk 4 tahun dah.
Dan dalam keluarga besar aku, akulah yang pertama, cucu pertama yang menjadi kesayangan keluarga aku. Kesayangan ke?
Akulah yang dijadikann baha eksperimen. Kalau segala benda yang tak baik, berlaku kat aku dulu, dan yang selepas aku tak yah la ulangi benda yang sama.
Aku lah yang dipertanggungjawabkan dengan macam-macam. Di rumah, di rumah nenek aku. Tension begini kadang-kadang.
Tanggungjawab & expectation
Expectation untuk aku juga amatlah besar. Perkara yang paling aku ingat ialah lepas aku spm dulu.
Masa tu, famili aku berkumpul di rumah nenek aku. Dari 5 keluarga sebelah mak aku, adalah 3 keluarga berkumpul di rumah nenek aku tu.
Yang paling aku bengang, malam tu, diorang semua memberi macam-macam jalan untuk aku ikut, supaya aku kononnya akan berjaya.
Seorang paksu aku ni, maybe tak pernah masuk universiti pun. Dia kerja dekat Mas. Gaji dia besar la jugak jadi technician.
Katanya ”Kamal, ko tak yah masuk universiti pun takpe. Paksu boleh tolong ko masuk MAS. Gaji besar. Ada orang dalam lagi. Senang la ko dapat”
Aku yang masa itu amat tidak meminati kejuruteraan mekanikal diam diri je. Buat-buat dengar.
Satu keluarga mak long akuni. Suaminya ada kelulusan. Taraf hidup diorang pun lagi tinggi dari kitorang yang lain.
Pak longku berkata ”Kamal, dengan result yang macam ni. Ko bagus mintak universitii uar negara. Medic ke. Apa-apa jelah. Masuk universiti dulu”
Aku sengih.
Tiba pulak mak aku.
”Takpe, biarlah dia masuk matriks. Dari situ baru dia mula tahu semuanya”
Dan diorang bertekak dalam nada yang baik tentang MASA DEPAN AKU.
Aku balik tu punyalah bengang. Rasa macam aku ni milik semua orang, kena ikut apa yang diorang nak.
Last-last aku ikut mak aku jugak. Lagipun dia sendiri tahu kewangan aku macam mana, tahu otak aku macam mana, so aku masuk matriks la.
My point is...
My point is, tanggungjawab jadi anak pertama dan cucu pertama ni, aku macam kena jadi contoh dekat yang bawah aku. Walaupun rasanya, aku dah jadikan contoh yang terbaik dah, tapi still, kadang-kadang expextation melampau.
Salah aku ke kalau muka aku macam budak-budak. Maybe perangai aku sedikit manja bila di luar,
Tu semua adalah refleksi kepada apa yang perlu aku lalui. Di rumah, i have to be the toughest, tangunjawab besar, yang boleh dipercayai.
Tu yang di luar, aku sedikit relaks, penat berada dirumah dengan tanggungjawab yang menimbun.
Tak patut pun aku marah bila orang cakap aku anak tu ke ni. Tapi, aku terasa sikit sebab, macam la aku tak layak.
Selama ni, banyak jugak aku perhatikan, jadi anak pertama ni amatlah sukar. Sakitnya. Itu jugak yang anak kedua ketiga akan cakapkan? Semua dengan perspektif masing-masing.
Tak yah la buang masa komen dengan kita bertelagah pendapat mengenai tanggungjawab siapa lebih besar. Semua ada pendapat masing-masing. Perkara ni dah lama dipertelagahkan orang. Lame topic la.
Post-entry
Apapun aku tetap aku. Selama ini walau orang tak memperakuinya, aku masih lagi berdiri sebagai anak pertama di atas kaki aku sendiri.
Aku lalui hidup dengan pilihan aku. Segala expectation mereka tu aku jadikan sebagai maklumat tambahan dalam aku menentukan hidup.
Apa ada pada rupa luaran. Ya, itulah yang senang diperhatikan untuk menilai seseorang kan.
Yang di dalam sukar untuk eklihatan. Jati diri, personaliti, siapa dia sebenarnya. Sukar dilihat.
Itu di Yang Terdalam
p/s – penat lak kena bambu tak update.
p/s – later on masa cuti ni, baru aku sedar ramai gila silent reader, antara kawan-kawan lama yang baca Yang Terdalam. Kira aku tak yah update sangat pasal hidup aku kat diorang. Dorang akan cakap, ”aku dah tau dah, aku baca kat blog ko”. Dah baca tak reti nak komen! huhu
1 comments:
hahaha.
aku cucu pertama gak.
n mmg rmai yg x sngka aku ni anak pertama merangkap cucu pertama belah mak aku.
kawan2 aku ingt aku anak last sbb aku ni gile manja ngan nakal.
x tahan kan?
tpi aku gembira je sbb sekurang2nya aku ni dianggap bukan anak pertama.lol
weyh at least your families bergadoh semate2 future ko.
aku?
ditentukan sndri and mak aku je.
yg lain aku x bg masuk cmpur sbb dorg bukannya sape2 bagi aku.
agagagaga.
best doe.
bile jadi cucu pertama.
slalu je dpt mcm2 from atuk.
agagaggaa:p
yg laen sume jeles wat muke tenuk je.
agaggagaga:p
Post a Comment