A Weekend to Remember

0116 – 31 Julai 2007

Pre entry

Maafkan ke’diam’an aku dari Yang Terdalam. Pertamanya, connection internet di bilikku tiba-tiba tiada. Keduanya, jadual aku sedikit chaos. Plus, there are something deep going on. Di Yang Terdalam bukanlah tempat untuk diluah.

Apa yang boleh dikatakan, ia membuatkan aku gembira, terawangan dan semakin lama, aku rasa semakin celaru! Jadi better tinggalkan dulu soal itu. Mungkin ini masih lagi dalam lag phase – fasa untuk adaptation. Macam biasa, bila dah nyata dan official, aku akan ceritakan di sini.

Let’s talk about something else...

Let’s talk about a weekend to remember…

First of all, warning, this is a loooooooooooooonngg entry!

Choices…

Awalnya, rabu dan khamis minggu lepas, aku celaru dan keliru dalam mebuat tiga pilihan. Semuanya tampak best dan menggiurkan dalam bagaimana aku nak habiskan masa-masa weekend aku minggu ini.

Pilihan pertama, aku duduk saja di UMP, buat assignment yang bertimbun, duduk dan tidur, recharge for a new week. Pilihan kedua, aku ditawarkan untuk ke program anak angkat di Cameron, program yang dah lama aku dalam waiting list nak pergi, last-last aku dapat pergi. Pilihan ketiga pulak, adalah untuk pergi ke showcase Letto di Ruums KL.

Jadi apa pilihan aku? Betul2 keliru.

Awal-awal lagi pilihan pertama aku tolak ke tepi. Aku perlukan rehat minggu ini. Setelah apa yang berlaku, emosi bolak balik, projek Expoconvo tu menemui jalan buntu, studi makin membebankan, jadi aku rasa aku tak mampu lagi untuk habiskan weekend di sini. I just need a break!

Pilihan kedua. Menggiurkan. Terbayangkan ke Cameron, di celah-celah ladang teh, dengan hawa yang segar, bersama kawan-kawan yang amat dekat di hati aku, rakan-rakan dari kelab Taekwon-Do. Hubungan kami yang amat mesra, membuatkan aku ingin pergi ke sana dengan mereka. Mereka memang sengal dan menghiburkan. Masalahnya, ke sana bertolak malam khamis, sampai di sini pagi isnin. Maknanya banyak masa di sana. Mau segala assignment and lab report aku tak siap. Mungkin juga isnin aku tak g kelas!

Pilihan ketiga. Ke showcase Letto. Kumpulan yang makin aku minati kini. Semuanya gara-gara Sebenarnya Cinta mereka. Memang best, tiket free, dan jumpa kawan lama di matriks tu. Somehow ini pilihan yang paling best bagi aku! Masalahnya minyak + tol pergi balik mau dekat rm 110! Pokai deh!

Pikir punya pikir. Aku pilih pilihan ke 3!

Yeaah! Ruums here i come!

Day 1

Malam sebelum bertolak tu, punyalah sedaya upaya menghabiskan buku Harry Potter and the Deathly Hollows sampai pukul 4 pagi. Aku nak tinggalkan dekat rumah, sebab adik aku nak baca. Last-last tak sempat jugak habiskan malam tu. Siri terakhir ni, aku nak baca dengan penuh tumpuan. Jadi tak jadi la tinggalkan buku tu di rumah.

Esoknya bertolak ke KL dengan separa mengantuk. Dengan lagu Letto menemani. Menghafal. Boleh nyanyi malam kang! Hehe. Nyaris dilanggar kereta bangang yang bawak laju gila dekat highway. Mentang-mentang dia nak BMW, aku kelisa, main tibai je dia nak laju. Selamat aku sempat elak. Kalau tak...

Sampai di rumah. Rehat sejam dua. Bertolak jumpa kawan aku. Lepak-lepak dengan dia sekejap.

Pukul 830 dah tercongok depan Ruums. Selalu dengar tempat ni dalm pertandingan So You Think You Can Dance je. Rupanya ala-ala kelab malam. Cuak gak nak masuk. Ye la tak biasa kan. Tapi tengok ramai je masuk. Ala, aku g pon nak tengok Letto, tak minum, makan apa pun. Kalau tak, memang aku nak elak masuk.

Masuk tempat tu. Waa ramainya orang. Nampaknya Letto makin terkenal. Tengokkan showcase pertama diorang pun tau, diorang sudah mula membina asas peminat di Malaysia. Lagu-lagu diorang memikat. Macam manalah penyanyi Malaysia tak bising!

Bagi aku pilihan di tangan aku. Lantaklah dikata tak patriotik ke hapa. Aku suka, aku pergi. Tak suka, tak daya nak pergi.

Persembahannya? Memukau! Pandai interaksi. Somehow, kepuasannya macam aku tengok konsert Siti. Memang aku enjoy gila.

Lagu Sebenarnya Cinta pun best. Cuma lainnya showcase ni dengan album, showcase ni more to pop rock. So berbeza la persembahan live dengan di dalam album. Itulah pointnya pergi show kan. Kalo setakat sama dengan album, baik dengar album je. Macam Siti jugak, konsert dia selalu berbeza dengan album, tu yang aku minat nak pergi.

Kumpulan ni kreatif. Lagu Sandaran Hati dijadikan versi dangdut! Memang kitorang naik gila sikit. Kelakar! Dari 10 lagu di dalam album, diorang nyanyi 9 lagu plus satu lagu yang belum dirakam. Apapun, aku puas tengok.

Sesuatu berlaku! Malas nak cerita. Malu!

Dan aku tak heran jika satu hari Letto ni sebaris dengan Peterpan ke hapa. Dan aku kira beruntung dapat tengok showcase ni masa diorang baru nak naik. Kalau masa diorang dah popular gila, mau susahnya nak dapat tiket!

Apapun thanks to Azly and Daong for the day!

Day 2

Tidur sekadar 3 jam. Memang mengantuk. Tapi untuk tak mensiakan weekend ni, aku bangun jugak untuk ke Shah Alam membaiki laptop aku. Kiranya takdelah aku ulang alik KL-Kuantan banyak kali. Save sikit duit aku.

Baiki laptop. Sekejap je, sebab still ada warranty. Balik.

Jadi gila balik! Tanya Azly ada apa-apa plan tak?

Keluar lagi. Makan Sushi King. Duh! Pokai aku!

Nak g karaoke lagi. Malam sabtu la pulak. Penuh. Ada bilik VIP je. Tak de maknanya nak bayar RM 100 untuk satu jam! Baik tak yah!

Meronda-ronda tanpa arah. Dah decide nak balik dah pon. Last-last tiba idea gila kitorang!

Kitorang pergi ke Bangi untuk menjemput kawan kitorang. Best gak jumpa dia. Pengalaman terindah!

Dari aktiviti yang tak dirancang jadi benda yang best! ”Medley Gila” itulah aktivitinya. Campuran pelbagai aktiviti yang gila-gila.

First, kitorang g gak dekat Times Square tu untuk karaoke. Walau masa tu nak dekat pukul 11 malam! Dapat bilik medium, bahagi 3 orang takdelah terasa sangat.

Yang aku yang tak biasa keluar malam ni punyalah cuak nak dekat pukul 12. last-last aku call umah, cakap aku tido umah kawan aku. Susah jugak bila aku takleh kuar malam-malam. Bagi aku, ni sekali sekala, so aku harap mak bapak aku paham la. So, kiranya aku ada satu malam tu untuk meronggeng!

Lapor. Pergi Mc D dekat kul 1 pagi. Tengok-tengok diorang tapau Mc D tu.

“kitorang nak bawak satu tempat best!”

Cuak jugak aku. Diorang ni gila sikit otaknya! kang dibawaknya aku ke mana-mana, naya aku!

Last-last kitorang sampai dekat Bukit Langat, satu kawasan yang boleh nampak semua kawasan KL. Cantik gila! Lampu-lampu je semua. Kitorang lepak situ lama jugak. Borak-borak sambil makan Mc D tu. Spend some quality time there. Takde satu gangguan pun. Orang pun tak msg2 kitorang. Macam paham-paham je.

Sampai kul 3. Antar balik kawan kitorang tu kat Bangi. Jam dekat kul 330. tiba-tiba kawan aku ingat umah dia penuh sebab abang dia ada umah. Takkan aku nak balik umah lak kul camni. Nanti mak bapak aku tau la aku meronggeng sampai pagi!

Solutionnya, kitorang berhenti tepi highway, tidur dalam kereta sampai subuh! Subuh je terus balik umah! Aku tidur 2 3 jam, pastu aku balik UMP.

Post entry…

The thing is, aku rasa best sangat weekend tu. Mula-mula dapat tengok Letto, lepas tu boleh wat aktiviti “Medley Gila” dengan kawan-kawan yang best tu. Walau semuanya aktiviti tak dirancang, last last jadi best!

Sampai je UMP, duh assignment bertimbun. Malam tu aku cuba selesaikan semua. Syukur, aku masih di dalam laluan yang betul. Pelajaran aku tak terabai sangat pun.

Apapun, i’m glad that aku buat pilihan balik KL untuk weekend baru ni. Pengalaman baru untuk semua benda!

Mengharapkan ia berulang kembali. Tapi sekarang masa untuk studi.

So fokus-fokus!

”Medley Gila” leh wat nanti!


:::YTBACK!!!:::

8 comments:

FAIZUL said...

letto?
errm...sama la dapat tiket free..tp x gi sebab last minit change..
cam haram jer..kalo x bole ak tgk2 kmal secara live kat sna..

btw..g bngi yer..x mo pon jumpa hamba..sedih..sob..sob..sob...hehehe

Irina said...

Salam..

Walaa.. Hebatnye weekend! Hehe.. Gi showcase kt Ruums --> baiki laptop --> Sushi King --> Bangi --> Times Square --> McD --> Bukit Langat..
Hehe.. Ada tertinggal ke? Hee..

Neway, camne buku Harry Potter ke-7? Good? Ok? Ataupun x abis bc lg? Hehe..

Me? Blum baca lg.. Tp dah di'spoiler'kan oleh sumbody. Haih, sabo je la.. Hee..

Kla, fokus-fokus study k.. Jgn lag phase lama2, nanti lambat sampai exponential phase.. ;-)

Haha..
Take care!
=)

papik said...

kamal...bestnya hari2 ko.

zura lias said...

pergh..gie letto rupenye si kamal ni...erkk...nk tanye...harry mati ke utk final citer ni?*malehnye nk beli*..ahaahhahaha....

teddybearhijo~ said...

wah2 pakcik!
sonoknya!
huhuu...
tanak tanye my weekend kah? ngahaha...
*xpayah~ ughuu~*

papepon, jia you pak cik!
study rerajin...
hohoo...
happy2 slalu eyh...

(^^)"
death note:updet! ngahaha... *jgn anti relpy ke me balek, mmg xla... tggu la mase elok sikit, bau me nak updet... sat noo... hohoo...*

aria ayumi said...

3 kali bace br habeh satu entry... ngeee

huhu kamal cannot amek m/c blog. gado ngan diri sndiri kene setelkan cepat2 okies :)

Hilman Nordin said...

slm. yo! finish!
hm.. "medley gile" bole wat nnt~ syok nye ko nih.. still have time for yourself. huhu.. aku nk jln2 stakat melawat2 blog2 nih je... hehehe..

hope everything okay dude!

aria ayumi said...

uhu... masih setia menanti... kui3.. hope sume under control... :)