Profesional la sket!

0136 – 30 Oktober 2007

Profesional la sket!

Pre-entry

Selain aku dipertanggungjawabkan menjadi SUB penyelarasan program untuk Expoconvo’07 UMP, aku juga mempunyai satu lagi tugas, iaitu menjadi ketua kuliah.heh?

Kuliah aku bukannya ramai sangat. In fact, kami ni Cuma satu kelas, Cuma 38 orang. So, tugas aku bukannya ’gah’ sangat macam ketua kuliah dekat universiti korang yang lain. Aku kiranya macam ala-ala ketua kelas je la sekarang ni.

Tugas aku pun bukannya berat sangat. Cuma beritahu yang lain bila kelas batal, bila kelas ganti, bila test, dan update-update yang lain. Kiranya aku ni pengantara antara lecturer dengan student la. Ala macam ketua kelas dulu.

Cuma yang bezanya dengan ketua kelas dulu, sekarang ni maklumat lebih banyak official dan confidential. Kiranya segala maklumat yang lecturer aku bagi, perlu sampai cepat kat budak-budak. Being in the technology world, kita guna je lah teknologi yang ada kan.

Sms. Tiap hari, mau satu dua juga aku kena sms dekat kelas aku atas pelbagai. Dan aku pun bukannya antar dekat semua 38 orang. Pandai sikit la beb! Aku bahagikan kelas aku kepada beberapa kumpulan. Kiranya aku Cuma sms ’kepala’ mereka je la.

Tapi kalau dah setiap hari, melayang gak kredit-kredit aku. Tambah lagi sekarang tengah giat dengan Expoconvo tu, lagi laju mengalir kredit aku. Macam air je keluar. Aku makin miskin...

Macam kalau ada benda yang memerlukan wakil kuliah, aku lah pergi. Macam nak buat jamuan berbuka ke, jamuan raya ke, dalam meeting diorang aku wakilkan je la.

Walau nampak banyak, tapi in the big picture, task untuk BKB ni tak lah teruk sangat. Cuma kena pandai distribute tugas je dekat yang lain. Dan budak-budak kelas pun bagi kerjasama ok. Kalau buat program apa pun, boleh jalan...

So, what’s the point aku cerita semua ni?

Today…

Apa yang berlaku hari ini?

Dalam 2 3 hari ni, kitorang tengah busy untuk daftarkan subjek. So macam-macam la cara orang daftar subjek dibuat, ada yang suka daftar awal-awal, ada yang rilek dulu, ada yang suka last-last. Yang aku pulak memang suka daftar subjek last-last.

Sebab aku tahu, kalau daftar awal-awal pun, nanti kena buat balik semula, sebab sistem komputer pendaftaran time awal-awal macam ni, memang selalu bengong. Dah 4 sem kat sini, so dah paham la keadaaanya. Lagipun, sem depan takde subjek yang kena ’rebut’. Meaning, nak tak nak kena ambk jugak semua subjek. So tak kisah la lambat ke cepat kan.

Yang budak-budak kelas aku ni plak, suka dengar cakap budak yang suka daftar awal. So diorang kelam kabut la daftar. Macam-macam la diorang bincang. Sampailah satu keadaan, tiba-tiba ada masalah.

Supposely, kitorang kena ambik subjek bahasa Jerman semester depan. Tapi sebab semua dah rakus nak daftar, dan tak tengok pun ada yang patut daftar ke tak, subjek tu penuh pulak. Kiranya masalah timbul bila ada budak kelas lain yang tak patut ambik subjek tu, daftar subjek tu, hingga menyebabkan kitorang yang patut ambik tak boleh daftar.

Eh, paham ke korang ni? Tah-tah skip bacakan? Lantaklah! Aku nak cerita gak!

So, being a good leader (leader la sangat!), dalam aku sibuk pasal Expoconvo tu, aku uruskan la gak pasal masalah ni. Aku g la jumpa PA (academia adviser actualy, tapi tah pesal diorang panggil PA je), untuk check segalanya.

Dan kitorang jumpa lah punca masalahnya, iaitu budak kelas lain dah gatal daftar subjek tu, hingga subjek tu penuh, dan kitorang tak boleh daftar.

So aku pulak diarahkan bawa masalah ni lepada pihak bertanggungjawab. Staff UMP la. Ada la satu badan ni. Pergilah aku ke sana untuk memberitahu masalah ini ke staff yang berwajib.

Aku sampai. Beri salam. Ceritakan masalahnya.

Tiba-tiba dia menyinga! (menyinga sekali!)

Dia marah-marah aku pulak

”saya bengang betullah dengan fakulti awak ni, hari tu tak apply, sekarang tiba-tiba ada pulak! Bla bla bla bla bla”

Dia bla bla bla sambil pergi ke meja dia, hempas segala benda yang dia jumpa, buka laci, hempas laci, then bukak satu file, then pergi ke komputer dia untuk check apa yang aku cakap.

Aku lak, tak delah takut, Cuma terkejut, senyum sikit, pergi rapat dekat dia.

Muka dia masam gila. Sambil menyumpah seranah inaudiblely.

Aku lak sambil rapat kat dia sound sikit la

”jangan la marah saya, saya penyampai maklumat je”

Think about it, kalau aku tak bagitahu dekat PA, tak pergi menapak ke badan dia, dia pun tak tahu masalah yang timbul kan. So aku dah buat baik la kan.

Dia lak, dah check2 tu, tiba-tiba terdiam. Macam realise somethbing wrong. Then dia kata,

“takpelah, nanti saya update balik dengan fakulti awak”

Kitorang bla lah. Kawan aku diam je sepanjang masa tadi. Aku lak, sengih. Kalau dia marah lebih-lebih memang aku sound je

”lek la kak, orang datang nak bagitahu, profesional la sikit, bukan saya yang patut akak marah”

Tapi aku hold dulu kan. Ye la, dia pun ala-ala dah cool. Kalau dia lebih tadi memang aku sound. Tapi masalahnya kalau sound, nanti kata student kurang ajar pulak. UMP kan. Tak pasal-pasal saman bagai. tapi aku tahu aku di pihak benar. So aku rilek lagi la.

Untuk update kan balik, aku pun pergilah jumpa PA aku balik. Cerita semua perkara. PA aku pulak dengan pantasnya call macam-macam orang, Ketua Jabatan Kimia, Ketua Jabatan Kimia Gas, dan Ketua Jabatan Kimia Bioteknologi. Aku dengar je la dia cakap. Sambil tu, dia repot la aku dengan kawan aku ni kena marah dekat badan tu.

So, bila check balik, memang salah badan tu la. Tu agaknya dia terdiam tadi, bila check file yang ada. Dia yang salah. PA aku lak

”rilek la, diorang memang suka marah-marah macam tu. Kita tak salah, memang salah dia. Kerja bukannya buat sangat. Agaknya dia ada problem kat umah ke”

Betul jugak aku fikir. Tadi, bila aku sampai, diorang tengah lepak, pastu borak-borak. Bila aku sampai, dan dan tu jugak terus menyinga. Marah aku kacau diorang borak-borak kowt.

Kalau ada masalah kat umah ke hapa ke, tak yah la marah aku. Profesional. Aku datang dengan baik. Dengan suara yang slow je. Bukannya marah-marah kat badan tu.

Mana perginya etika mesra, cepat, betul? Eh, itu polis kan. Lantak lah!

But at least, u have the ethics on how to entertain people you work with. Although kita ni student! Layan dengan baik, sebab kita masuk U ni pun bukannya free (walau kerajaan banyak support). Kita bayar kan. Secara tak langsung, duit kitorang bayar gaji diorang ni.

Outcome? Pengajaran dari kisah ini... (macam Hikayat Mr Green lak!)

Aku tak marah. Aku tak sakit hati. Erk, mungkin sikit. Ye la, bukan salah aku kan. Cuma aku persoalkan profesionalisme masa bekerja. Aku tahulah aku ni student, takde pengalaman kerja. Tapi Expoconvo ni dah ajar aku dela dengan macam-macam orang. So, most of the time i try to be as profesional as i can. Why can’t they?

Tah-tah semua orang kerja kerajaan memang camni kowt? Eh, kang ada lak bambu aku. Aku tak nak pasal satu kes cmni perspektif aku layan orang berubah.

Just want to share actually, what happened to me. Bila dah kena macam tu, fakir-fikir, ada idea nak uodate blog. So taip je la.

Nak share, maybe a reminder kepada MPP yang bakal jadi menteri. Bila layan orang, sama rata, tak kira orang atasan, tak kira orang bawahan. Yang penting profesional.

Ops, tiba-tiba nasihat encik MPP lak. Hehe

Sowi, Man, ko je yang kena untuk dinasihat dalam entri ini! Huhu.

Ok la, sign out dulu. Lega jugak bila dah taip panjang-panjang. Macam luah perasaan kan.

(tiba-tiba aku dapat rasa cik teddy minat entry yang aku kutuk-kutuk orang cmni... huhuhu)

Dah, dah, merepek je kalo lagi terus

Adios!


:::YTBACK!!!:::

5 comments:

aria ayumi said...

what the heck le staff tu. tetibe nak marah owang. kite yg baca ni pun terkezut gak. huhu. agaknya dia datang bulan kot. kui3 :p

Joey said...

kitorang pun ada problem yang sama...

cuma lain pulak....

subjek tu sepatutnya our batch jer ambik...aderla pulak junior yang gatal2 gi ambik

sampai kelas kitorang jadik penuh..

pastu tak nak bertolak ansur pulak tuh...

dorang ambik subjek kitorang...kita pulak kena ikut jadual mereka...cesss

Hilman Nordin said...

pergh....

trimas la sbb nasihat aku. hey2.. aku ckp je, there is a possibility of being a menteri. but ne la tau de future kan?

emosi kdg2 menganggu produktiviti. nasib baek la aku mmg da bercadg xnak letak entry yg emosi, kalau x, macam2 da aku merapu. hehe.. situasi ni mmg dialami sme orang. kdg2 aku rase mcm sme orang yg jage kat kaunter macam tu..

jadi, kalau p kaunter, aku redi sket. hehehe..

yes, kamal, kita sme kne profesional! =)

teddybearhijo~ said...

pakcik! kejinye... ne de kite minat entry gini... [sebab kamo xcukop mara... muahaha...] ske tgk owang mara, tp yang xmenyinga la... sebab kalu stakat singe2, kat rumah banyak~ ngee...

hum2...
tol2...
tataula, tp me pn sumhow xrespek ngat owang keje kerajaan... lg2 klinik... bukan nak kate ape... kite saket, time tu lah die nak tanak layan kite, tewok betol... [sebab selalu saket, mmg plg payah nak ke klinik, ni da pegi, die xlayan lak...] pnah pegi klinik awam 2 kali jak, dedua xbesh... huhuu...

naseb owk, owg tu sedau die salah, kalu die ego2... hum, bau la post ni tambah menarik... muahaha... *bapak keji~*

(^^)"

Irina said...

Salam..
Hehe.. Nampakny sume org pun penah mengalami benda yg sm kan? Tp, ak mmg phm apa yg ko lalui.. Sbnrny, org yg keje kerajaan ni, hidup senang-lenang.. Keje xperlu susah2, le sembang2, keluar mkn dr pkul 8pg ke 11pg pun xpe.. Msk petang pkul 3.30 den pkul 5 balik, xyah buat keje, xke bahagia namanya.. Gaji dapat jugak.
Hehe.. Emo pulak.. Xdela, sbnrny ak pun bengang, sbb mak ak mengalami situasi camni kat opis dia. Ada ke patut, dia yg senior, tp dia yg keje paling byk, sbb org lain (especially yg muda2, n keje kontrak dsbgainy) wat opis mcm umah sendiri!
Ugh, dah keluar topik dah ni.. Apa yg ak nak ckp ialah, bila keje dorg sangatlah selesa, mestilah dorg bengang kalau ada org yg mengganggu ketenteraman waktu-keje-yg-xyah-keje-tapi-le-bersembang-n-main-tenet dorg tu. Sbb tu la sumer menyinga je.. Tp ak admit, bukan la semua mcm tu, tp takat ni yg ak perhati, mmg da jd satu trend.. Sbb tu la org ske keje kerajaan, hidup senang. Cuba kalau swasta, curi tulang sket, da le jd basis tuk xdpt promotion/sack trus.
Hmm.. pandai ko pilih tajuk kamal.. hehe.. da byk ak merapu kat sini..
Hehe.. Kla, sblm ak lg byk 'mkn daging', baik ak stop dlu..
Hehe..
Ciao!