What should i do???

0128 – 09 Oktober 2007

What should i do???

Maaf, blog ini belum bermood raya.

Ada banyak benda yang perlu aku fikirkan sebelum aku bergembira untuk raya.

Lagipun, setelah makin besar ni, raya makin kurang rasanya. Takde lagi kegembiraan. Entah kenapa.

Sekarang ini raya bagiku hanya hari kemenangan menghabiskan puasa, dan juga hari kesedihan bila aktiviti bulan puasa akan sedikit demi sedikit terhakis. Memang akan berlaku pada aku jugalah!

Feeling down

Hari ni aku tertekan. Agak dan amat tertekan.

Ingin meluah kepada seseorang, tapi...

Allop.mlm ni tgk mvie kt blik aku?bwk la mvie pape..

Erm..cm xleh je..ad kije nk bt..pas2 movie pn xe..sori

Urm,xpe la.aku ajk je.tgh bngang psl sumtg.igt nk berhuha sat.cm2,aku tdo ke la..thnx neway.sori ggu

Tapi no one available. Ditambahkan dengan roomate aku yang balik rumah hari ni, aku keseorangan dalam bilik. Biar aku melayan perasaan sesorang. Selamat housemate lain tak kacau bilik ni.

Sebetulnya, bukan nak sangat tengok movie tu, tu alasan je. I want companionship, someone to talk to. A support. Tapi entahlah. Dah dia tak boleh, so aku nak wat cmna.

Aku berharap jugak dia akan datang jugak walau dia cakap dia tak free, bila tau aku tengah down, tapi tak de pun.

Somehow, rasa sedikit terkilan gak la, sebab bila aku tau dia down, punyalah berhenti buat segala kerja, pergi bilik dia untuk menenangkannya. Sedikit marah aku pada dia. Tapi bila fikir balik, i cannot expect him to be near, mungkin dia betul-betul ada kerja.

Jadi solution yang aku buat, seperti biasa, antidepresei terbaik, tidur! Badan bukannya penat sangat, Cuma mental yang tak stabil so tidur pun on and off. Aku paksa diri untuk tidur, walau badan segar bugar. Sebab aku tak tahu nak buat apa lagi.

Bangun pun dekat pukul 3 pagi. Mandi dan sembahyang lewat gila. (syukur gak, sampai sekarang aku tak pernah tinggal terawikh lagi... azam aku di awal puasa dulu masih dipegang)

Bila fikir dalam-dalam balik, kalau kawan aku datang sini teman aku pun, maybe aku tak bisa meluah apa yang aku rasa ketika ini. Susah nak gambar dengan kata-kata kenapa aku tertekan. banyak sangat event yang buat aku tertekan.

Persoalannya, apakah yang membuatkan aku tertekan?

Kisahnya...

Ni bukan kisah emosional. Aku bukan tertekan pasal emosi di yang terdalam aku. Ini adalah tekanan dari profesionalisme.

Petang tadi, setelah je habis kelas pukul 5 petang, aku terpaksa bergegas untuk satu meeting Expoconvo’07 aku tu. Penat jangan cakap la, tapi terpaksa, demi tugas.

Dan seperti biasa, dalam meeting, orang tu cakap ni, orang ni cakap ni, pastu suasana tegang, then pengerusi akan cakap, lepas ni kita bincang balik. Somehow, bila pergi meeting dengan diorang ni, rasa macam bila kita utarakan masalah, then diorang dengar, argue, then akan tergantung jugak, takde penyelesaian. Hampeh je!

Memandangkan, awal-awal ni tugas yang penting ni adalah untuk bahagian aku dan satu lagi bahagian je, kitorang dah lama berhenti berharap dari hasil meeting macam ni. Takde kesudahan. Pergi pun just nak tau update je.

Yang buat aku bengang hari ni, adalah pasal satu bahagian ni. Tiba-tiba je diorang nak tolak satu tugas yang agak besar ke bahagian aku. Dia siap guna nama pihak atasan, justifikasi kenapa bahagian lain kena amik tugas ni, dan kenapa bahagian dia tak leh amik tugas ni.

Aku hanya mampu diam je. Mamat vokal jadi diam. Memang lainlah. Sebenarnya kau menahan marah. Aku takut terhambur segala cacian je dalam meeting tu. Sebab dah lama aku bengang gila dengan bahagian ni.

Aku diam sebab aku takut aku akan salah cakap. Somehow, bila dia justifikasikan tugas tu, adalah bau-bau bacang sikit dengan tugas aku. Dalam meeting tadi pun ramai yang rasa tugas tu patut diberi kepada bahagian aku.

Bila lihatkan aku diam, pengerusi mintak aku respon. Aku respon mengarut je. Aku perlukan masa untuk absorb semua ni. Dan pengerusinya pula, as nature cakap, kita akan bincang balik selepas ni.

Aku bukan bengang apa. Aku bukan nak larikan diri dari tugas. Kalau tugas tu memang tugas aku, aku tak kisah.

Tapi tugas ini diberikan setelah hampir 6 bulan bahagian bangang tu pegang!

Habis selama ni tak pernah fikir ke tugas tu tak sesuai dengan bahagian ko? Selama ni, dalam gan chart korang, dalam bengkel semua tak pernah terlintas ke kenapa korang kena buat semua tu? Kenapa baru sekarang, bila dah nak dekat Expoconvo tu, baru nak main pass pass tugas tu?

Sebenarnya tahun lepas, bahagian dia dan bahagian aku adalah satu bahagian. So tahun ni tiba-tiba pecah. Then dia justifikasikan, mungkin pembahagian tugas bila berpecah tu tak selaras.

Yang bangangnya kenapa baru sekarang? Masa aku diam dalam meeting tu, aku mencarut je keje dalam hati. Abis pahala pose aku. Sebab aku bengang teramat sangat.

Dengar gak cakap-cakap belakang, mamat ni memang suka lari dari tugas. Kalau ada meeting apa pun, dia malas g, dia antar wakil. Macam cuti hari tu, orang lain punyalah korbankan cuti, dia selamba je lepak kaki kat rumah.

Pasal perangai dia ni, aku malas nak ambik kisah. Aku nak jadi profesional, tak nak sebab perangai dia ni, aku marah gila-gila.

So here comes the rational part

So… What should I do???

Setelah aku penat tidur tadi, otak aku kembali ke normal. Dan aku mula berfikir.

Ada dua tiga solution dalam kepala otak aku.

Solution pertama aku mesti fight for my right. Tak adil kan tiba-tiba tugas tu diberikan kepada aku. Sedangkan dia lama pegang. Dan kalau dia pegang pun takde efek sangat, sebab tugas dia sikit berbanding dengan aku

Satu solution nakal, mengatakan kalau dia suruh jugak aku ambik tugas tu, aku akan ugut untuk letak jawatan. Aku dah oenat gila dengan program ni. Banyak sangat efek aku punya studi. Tapi aku tak suka lak ugut-ugut ni, nampak sangat lemah. Aku nak ini dijadikan cabaran. So back off, is not an option.

Aku nak try mintak pandangan macam-macam orang dulu. Tengok apa diorang kata.

What should i do? Dah tak mampu buat semua, hanya mampu tulis kat blog je la kan.

Sori peningkan korang dengan benda ni semua. I just need some place to express what i feel, memandangkan sekarang ni aku sorang.

Mujur ada Yang Terdalam…


:::YTBACK!!!:::

2 comments:

FAIZUL said...

tolak jer awal2..xyah pening kepala...huhuhuhu..senang!! nti kalo bende tu wont work it..kita yang kene...adesss...

btw..bout him...errm...yaaaah rambut sama hitam..hati lain2..per ak ngarot nihhh?? ak x nampak nih..ak main taip..contact lense ak kawan terbawak balik klang..speck mata ak patah tadi kene pijak tak sengaja...adehooooiii!!!

teddybearhijo nanyer duit raye adakah??? said...

uh pakcik, yup2. fight 4 ur right...

kalu me:sesuke ati mak bapak die jak lepas tangan, mane bulih,mmg die da mencabar la tuh, so die akan terima la padahnya... me akan wat jak pape tok kasik die tahu "ako bukan senang2 jak ko mo buli..."

ehehe...

tanak suggest pape, pakcik mikir yg terbaik ya...

gambatte neh...
kalu tapat wat any action, mayb kata2 yg bijak bernas jugak mampu menangkis itu2... *cek, skematik tol...*

papepon, ikot kemampuan gak la, takat me nampak, pakcik mmg tanak, so, tolakla cara baik neh...

dah2, jgn tensi2, depres2, p mlantak tupat rendang...

ehehe...

happy2 eyh pakcik~