0131 – 14 Oktober 2007
Pre-entri
Di hari yang raya baru ni, aku diSMS oleh seorang kawan dengan SMS ini...
Tebus bonus Hari Raya dgn memaapkn aku xkira zahir@batin!Khas utk ko yg aku pnh wat slh.sms SY MAAF & hantar ke hati sndr sbelum Raya sok.Hepi RAYE!Rm0/sms
Ku sangkakan ada mesej promo macam yang kita selalu dapat dari MAXIs atau apa pun, sekali tengok mesej raya. Kreatif-kreatif...
Tak mensiakan kekreatifan itu, aku pon mengedit mesej tu menjadi mesej ini...
Tebus bonus Hari Raya dgn memaafkn beta xkira zahir@batin!
Khas utk anda!
sms SAYA MAAFKN KAMAL & hantar ke hati sndr sbelum Raya sok.
Hepi RAYE!
Rm0/sms
Dan dengan poyonya aku menghantarkan ke semua orang yang bagi aku sms raya. Kiranya senang kan, copy n paste. Ala, macam banyak2 sms raya yang korang balas tu, guna idea sendiri je! Mesti copy paste gak kan.
Balasannya yang aku dapat, biasalah poyo kembali. Dan ada satu balasan sms dari mamat ni yang kelakar la gak...
Slm. Hm, take pictes and update on raya! You could win a featured blog on my blogsite! Lol! Maaf ye kamal. Byk slap ngn hang. Slamat raye!
So untuk memenangi hadiah itu, barulah beta berminat nak update blog! Hahaha. (tapikan, u should add some more prize la... bercuti ke mana-mana ke, baru orang nak join! huhu)
So, how was my raya?
Raya yang hilang Part 2
Setelah aku merasakan ketiadaan mood untuk raya, petang itu, aku keluar dan drive untuk berbuka puasa bersama seorang rakan. Makan Sushi King! Lama giler mengidam, setalah gatal gila tengok movie Jepun masa bulan puasa. Tak abis-abis diorang makan je dalam citer tu. Terliur gue!
So, dalam masa aku drive ke rumah kawan aku tu, aku dapat tengok la kereta berdoyoooon tiba (bak kata Juliana Banos), dengan orang yang berbondong-bondong, shopping sakan sebelum raya 2 hari selepasnya.
And it Makes Me Wonder like Maroon 5 la jugak, apa yang best sangat raya ni. Aku rasa biasa je.
Mungkin setelah dikomen dalam entri yang lepas, aku tak rasa sangat mood nak raya sebab aku busy masa bulan puasa. Ye la, studi lagi, test, expoconvo hampeh tu lagi, then emotion up and down. Mungkin sebab itu kowt yang buatkan aku tak semangat nak raya.
Plus, mungkin aku just wnat to keep in mind, that is Ramadhan yang sepatutnya dirai, bukan Syawal. Maybe. Tu pun sebab aku dengar ceramah kat mana tah. So, maybe hati aku bukan lagi untuk raya.
Masa aku drive tu, aku punya la berfikir, macam-macam alas an untuk aku tak kembali ke kampong bapak aku untuk beraya.
Bapak aku, being the only son, kampungnya tak meriah. Cuma ada opah and saudara mara tiri, so tak rapat sangat. Complicated sikit bak susur galur belah bapak aku ni.
Belah mak aku tak kisah sangat, sebab memang tiap pagi raya kitorang akan beraya di situ dulu. And amazing race nya, tahun ni, dalam tua-taua bangka aku pun, adalah dapat dekat rm 200 gak duit raya! Hahaha, gelak puas hati sat!
Tapi kena simpan, kewangan beta dalam bank dah nazak gila. Kalau tak simpan sekarang, cmna nak kawin kan... ops!
Cumanya, pasal kampung bapak aku tu, aku tak berapa selesa nak balik. Tak de rasa seronok. So, tiap tahun aku just penuhi impian bapak aku je la untuk bawak kitorang jumpa opah yang tengah terlantar sakit tu.
At that point i realise...
Raya is not for yourself.
It is for others and you to share…
So, aku just berpegang dengan so-called theory yang aku buat tu, untuk aku hadapi raya ini lah. Tak tau menjadi ke tak.
Aidilfitri 2007
Raya disambut macam biasa.
Bangun, pergi solat sunat Aidilifitri, ke kubur datuk aku dan abang aku, dan kami berkumpul ramai-ramai di rumah nenek aku, sebelah mak.
Being the oldest, malu-malu unta gak la nak roaming the room. Sebabnya, masa diorang salam nilah masanya diorang exchange the duit raya. Yang aku pulak, wat tatau je, sampailah diorang panggil. Dengan malu-malu kambing, aku amik je! Hahaha
Susah pulak jadi anak tertua dalam family ni. Anak makcik aku semuanya lagi muda dari aku. Susah tau tak, kena buat muka tebal masa hari raya.
Sampailah satu ketika, ada tetamu datang. Kitorang pun clear the hall, supaya diorang boleh duduk la. Kitorang ramai-ramai g belakang.
Then,
“Ame, tolong antar air ni sat”
Dah biasa buat kerja dan menolong, aku pon amik je la dulang berisi air tiga cawan tu ke depan. Dan aku hidangkan.
“bagusnya Kamal, dah besar pun, boleh pun harap”
Kata tetamu a.k.a jiran nenek aku tu. Dia kenal aku dari kecik lagi. Aku sengih-sengih kerang, pastu aku g belakang balik. Aku jumpa sepupu perempuan aku yang nak ambik SPM tahun ni dan jerit,
”apsal lak aku yang kena antar air, ko la patut antar bengongggg!!!”
”hahahahhahahaha”
Kan tak pasal-pasal malu aku di hari raya. Diorang kat belakang gelak je. Tu la, main pass je kat aku. Then masa nak antar nasi himpit, rendang bagai ke depan, aku buat tatau. Diorang panggil pun bila kena alihkan meja kat depan tu. Malu aku deh!
Tengok gambar lak ek!
Gambar beta di dalam busana baju melayu. (busana sekali... hehe)... dah tiga tahun pakai baju nih! Dengan muka separa mamai, dan lubang hidung yang terletak, beta berposing. (hahaha, ada terasa kerr???)
Gambar beta dengan adik beta. Susah betul nak suh dia bergambar, tengok ada tangan yang terpaksa tetapkan kepala dia supaya hala ke kamera. Comal ke adik beta? Ehem, he resembles me in so many ways when i was at that age... hahaha
Dengan sepupu beta yang lelaki. Beta yang paling tua kat situ, tapi yang agak kecik kan. Diorang besar sangat! Bukan salah beta! Yang sepupu perempuan lak, dalam kamera lagi satu, malas lak nak upload.
Beta pun tak faham motifnya nak potong kek di hari raya ni, so beta malas, beta amik gambar je.
Yang kecik ni sibuk main calit-calit kek! Habis hijau muka.
Raya keduanya aku balik jugak kampong bapak aku tu. Then macam-macam gak berlaku. Nanti ada masa aku cerita ek! Ni pun baru balik, penat.
Apapun, raya is still raya. Ia tak hilang ke mana-mana, it still lingers here.
Perasaan yang hilang tu mungkin kerana aku sendiri yang beremosi.
Setelah habis raya kedua ni, my raya is officially off. Aku kena tumpu kepada macam-macam benda dulu, final, beli barang, medley gila part 3 (maybe), dan macam-macam lagilah.
One thing I realize,
Bermaafan di pagi raya… priceless
Senyuman yang terukir di pagi raya… priceless
Makanan yang sedap-sedap terhidang di meja… priceless
Muka penuh keikhlasan menyambut di muka pintu... priceless
Muka kecuakan, setelah terpaksa habiskan duit bagi duit raya... priceless
Bertukar cerita, suka duka, update setahun... priceless
Mengetahui rahsia yang tak pernah diketahui sebelum ini... priceless
Eh dah la, macam iklan kredit kad lak blog ini!
5 comments:
cumelnye ur lil bro. mcm my lil kazen. tapi, kiut agi my kazen ah. huhu.
besonye kek die. siap potong cam kek ari jadi lak. raya ni kite pun ada uat kek. tapi, kek hancur. hoho. kek tak berapa jadik. hampes tol.
anyway, kamal nak tukar layout ke? kite bleh tlg
Selamat ari raya encik AK... Comelnyer bebaju raya katenyer... hehe
Salam lebaran...
Actually...I must admit that your nose is much BIGGER than I am after seeing those picture...ahahahaha
thanks sebab bagi SMS-SMS raya yang kreatif ni...hehehe
it's been a pleasure to come across knowing you...:)
rAYA yang hilang ......sama...jer.. :)
Salam..
Sorry, da lama x meninggalkan 'tapak kaki'.. Hehe.. Bukannya apa, da baca post ni sebelum ni, tp x dapat comment lg sbb, biasala, tgh rushing.. So, akhirnya, bc dlu, den baru komen. =)
Neway, hehe, da dua orang da membuat entri bergambar. Tiru ak ye.. =p
Xdela, gurau je. Best sbnrny tgk gambar2 ni, n baca post. Psl raya, mmg best, tp tahun ni, kureng sket, sbb x balik kampung.. Biasanya yg meriah masa blk Ipoh.. Hehe.. Tp tahun ni, kitorg balik awal.. Sminggu sblm raya, in fact. Tp masih seronok, sbb 4 drpd 7 adik-beradik mak balik skali.. Hee.. Meriah la jugak..
Hmm, jd anak tertua dlm famili? Hehe.. Ak pun kadang2 rs camtu gak, sbbnya, ak ni kira yg tengah2. Yg atas ak, mmg jarak jauh gle. 10-20 tahun. Den ak tgh2, bwh ak, sumer nye kecik2 lg. Haha.. So, safe to say dat I know how you feel, my friend.
BTW, sblm abiskan komen ni, mmg kreatif gile sms ko arituh. Hehe.. First2 bc, ak nampak perkataan "Bonus" tu dlu, mmg ingatkan Celcom punya bonus/promosi/spam ke.. Rupa2nya kwn ak yg sorg ni.. Hee..
K la, sblm pegi, skali lg nak ucapkan "Selamat Hari Raya". Maaf kalau ada silap @ salah. Dan lg satu, Good Luck tuk pekse final. Take care ait..
Gambatte!
lupa lak xkomen ini, bacenyer sdap~! hee...
duit raye dua ratos owk?
separoh ke me la, pakcik~! xbek kedekot2...
ehehe... bila mo kasik? hee...
uh? kawen??? okkiela, me baek ati sikit konsider pakcik mo kawen, kasik 50 jak la...
ehhee... *da ade ka mak cik ipau me??? huhuu...*
pakcik~!nak adek kamo yg kiut tuh~! wahaha... mau2... *lame xjumpe budak2 kecik, so lame tapat buli dak2... hum2... beshnya ade adek kecik~!*
pakcik sangat kecik ek upenyer...
p la makan manyak2 owk, kasik besaq sikit. me slalu pon ckp kat my bro, tp die kate, talehnya besaq... hum... kalu xtgk gambau full, xkan bajet pon pakcik ni acam kecik jak... p mlantak2~!
besh2...
yela, nampak gayer, acam pakcik jak la menang... owang len, tada urup2 pon nak ngupdet... ehehe...
*lg2 me~!*
huhui...
(==)"
Post a Comment