Random Particles

0168 – 01 February 2008
Random Particles

Been busy lately. Trying to balance my professional, emotional and myself.


Dapat rasakan perbezaannya, aku dah menjadi orang lain kini. Pemikiran, pemerhatian, arah tuju hidup. Dunia makin terbuka, dan aku semakin bersedia menghadapinya.


AJL?
Aku tak mahu katakan apa-apa. Sebetulnya, aku buat kerja gila malam tu. Aku sanggup tidur di Pekan, kira-kira 45 dari UMP di rumah seorang staff ni, semata-mata nak menonton sendiri ’malam magik’ yang diperkatakan. Di rumah orang, aku buat biasa je la, tak delah nak menggunakan segala kemudahan yang ada secara melampau. Tak de pown pasang kuat-kuat. Just nice je. So mungkin, sebab itu impak nya tak terasa.


Menunggu balik ke rumah untuk mendownload klip2 berkaitan. Apa pun, keputusannya ku anggap wajar. Jika lagu Mahakarya Cinta menang AJL 22, mungkin akan timbul isu baru pula. Dan pemilihan Estranged memang tepat sekali. Biarlah mereka menjadi ikon music underground masa kini. Aku pun makin terexpose dengan konsep sebegini. Konsep gig. Cuma tak masuk lagu dengan jiwa aku yang tak berapa nak betul ni.


Persembahan CT?
Aku teruja. Persembahan yang baik ku rasakan. Dan gaya-gaya skywalker itu memikat hatiku. Tak tahu la kalo bak kata Mr Final a.k.a Rimau Bintang ni kalerr tak sesuai ke hapa. Yang penting aku terubat nak tengok persembahan Ct yang gempak. Hanya dalam AJL aku kira Ct akan all-out dalam persembahan. Apapun, bagi aku dia kalah bermaruah. Fesyen belakang kira, ku rasakan dia sukar.


Particle 1 – Blogging


Genap seminggu jugak aku tak hapdet. Makin banyak entry yang draf ideanya ada dalam otak, tapi tak dicernakan. Dan aku still ingat aku ada hutang 2 entry - pasal tokoh2 dan pasal lawatan aku kilang kertas tu. Tak tahulah korang nantikan sangat ke tak. Bagi aku, benda tu, worth writing as a journal for me.


Dalam zaman aku sibuk ni, aku sempat je lihat update terkini dalam setiap blog. Aku sekarang gunakan Google Reader. Thanks to Hilman and Irina for introducing this. So kiranya segala update akan diberitahu di sini. Aku sempat lawat je, mana aku letak komen tu kira nasib baik lah. Maaf. Lepas ni, aku akan mula datang kembali sambil mengomen…


Bukak blog kak Kriesz hari tu pasal persepsi kawannya mengenai blogging. Duh, jumudnya pemikiran. Apa pun pandangan dan perspektif, bagi aku blogging atau bloghopping membawa kebaikan kepada aku. Ada blog yang bercerita pasal politik, aku belajar secara tak langsung, ayat blog kan mudah, tak membosankan. So kiranya, well rounded gak la. Cuma kena pandai pilih blog la! Kepada Kak Kriesz, tolong sepak sekali lagi owang itu! Hehe


Particle 2 – Profesionalisme


Duh! Penat aku penat.


Minggu lepas aku in denial. Aku malas buat segala kerja. Assignment pun tiru rumate tercinta. Huhu. Thanks eh! Serius aku takde mood sangat. So much for my previous turning point!


So, aku sedar akhirnya. Kerja gila kau ke Pekan menonton AJL membawa aku kembali kea lam reality. Mulanya isnin aku mula menjadi professional dalam studi dan tanggungjawab.


Isnin dah menjadi pemula aku menelefon orang-orang berkaitan mengenai lawatan kelas aku ke Sarawak. Cadangannya memang ke sana lah, tapi masih dalam perbincangan, melibatkan bajek yang tinggi. Dan program Qatar tu pun malam Isnin itu bermula meeting secara rasmi. Baru aku kenal siapa sekretariat lain. Sebelum ni hanya kenal melalui nama je. Kira ok la.


Dan moving on to next day, kerja makin bertimbun. Jadual kelas makin padat. Macam hampeh! Aku kira yang paling penat sekali adalah hari rabu la. Lab Bioseparation mula pukul 8 pagi hingga 11 pagi. Kemudian rehat, ada lak lab Chemical Engineering Lab pada pukul 6 petang hingga 9 malam. Sembahyang maghrib pun kat lab.


Then dah penat2 wat eksperimen yang memenatkan dengan ’supervisor yang menjadi perbualan ramai’ bali bilik untuk wat lab report yang paginya. Sebab esoknya nak bagi dekat groupmate untuk diedit. Sedangkan kelas mula pukul 8 esoknya. 8 pagi hingga 1 petang, kul 2 hingga 4 petang dan pukul 8 hingga 10 malam. Balik malam hari khamis je aku lunyai. Penat. Tapi kena buat lab report untuk antar hari Jumaatnya pulak!


So secara basicaly nya, memang penat la. Aku kiranya terkejar jugak nak wat macam-macam benda. Mana nak studi lagi?


Tapi still try to cope. Hope it will be ok. Nak dekan. Nak sangat.


Particle 3 – Miracoulous of Internet


Umum dah ketahui, aku kena buat 2 lawatan. Satu lawatan kelas aku ke Sarawak, dan satu lagi ke Qatar.


Keduanya masih di peringkat mencari maklumat.


Aku bukannya ada ’kabel kuat’ macam orang lain. Aku sering tergagap kalau telefon orang yang aku tak kenal.


Cara yang aku guna, aku gunakan internet. Kawan-kawan internet. Kawan-kawan blog.


For Sarawak – aku guna sorang kawan lama aku kat Unimas. Pastu aku mintak gak Joey tolong.


For Qatar – in term of information aku mintak gak kawan sekolah lama aku di tempat tu dan Kuden. Dahlah aku tak kenal sangat, sedap2 je nak mintak tolong kan.


Apapun, the respon is good. Diorang sedia membantu. But for Joey, misi tu terpaksa dihentikan. Ada sebab yang tersirat. Takpelah. Program ke Sarawak diganti dengan program lain.


Thanks la kepada yang membantu. Best lak ada networking macam nih, banyak manfaat. Sapa kata blogging tak bagus???


Particle 4 – UMP oh UMP


Semalam kecoh di memo. Perihal kad matriks.


Sengal tak sengal lah. Malas nak ingat.


Tapi lepas aku balik lab semalam, penat-penat, bukak memo, adalah dekat 50 memo berbicara tentang hal tu. Kiranya benda tu pengubat penat aku gak la. Sebab kelakar.


Isunya – seorang yang nak ke masjid, ditahan pak guard, meminta kad matriks, sehingga dia terpaksa kembali ke rumah mengambilnya.


Tapi responnya sungguh banyak. Dan semakin banyak rahsia dan peritiwa terbongkar bila semua bercerita.


Bila semua bercerita, makin bingit. Aku malas nak cerita sama. Malas nak ambik port. Sebab bila dah bingit, yang kat atas takkan senang duduk, dan akan hentam yang di bawah. Kita ni sapa je, student, bawahan je.


So, aku biarkan je la.


Tapi ia mengubat penat aku semalam. Kelakar2...


Kalo nak tau detail apa kata suh Mr Final wat entry. Aku penat nak ingat. Tapi kelakar.


Particle 5 – Mabok Secret Recipe


Hehe. Tiba-tiba gelak lak.


Jumaat lepas, ada kawan aku keluar. Aku pesan dua slice kek. Sebab nak bagi kat Cinta.


Cinta??? (ala-ala aku perasan aku Rangga la.... kuikuikui)


Ingat nak surprisekan dia. Sebab kitorang selalu men2 mintak belanja secret recipe kalo berskype. Alah, men2 je. Ada gak la, Haagen dasz, Kinder Bueno sume. Tapi Secret Recipe memang terliur gak la. Lama tak makan.


Ingat satu untuk saya, satu untuk awak lah.


Alih-alih, masa nak bagi kat Cinta malam tu, dia pass gak satu kek coklat Secret Recipe. Rupanya dia keluar petang tu, dan teringat nak beli. Kebetulan sungguh!


Malam tu perasaan aku berbunga. Hehe. Aku makan 2 slice – satu dari dia, satu aku beli. Dia pown makan 2 slice – satu dia beli, satu dari aku. Hahaha. Rosak diet dia malam tu katanya.


Aku tulis sebab rasa macam best sangat. Hope this will last. But take it slow, as Noushy Syah said. No rush, still in the phase of knowing each other.


Kalau lah dia baca neyh, “nak kena belasah???”


Hehehe.


Jangan berspekulasi. Korang tak faham. Something cute there...


Particles joined into one!


All that happened to me in one week. Hope it explain my absent from this web.


Good day to all.


P/s – dah penat wat entry prank, ni entry kembali ke bentuk asal lah! hehe


:::YTBACK!!!:::

13 comments:

@LiENZ said...

AK,
Bz ngan PK reason2 nak bagi-nape tak update yek??

Fiuh,syukuri and gunekan masa yang ade untuk terus explore sape diri kite n ape yang kite bleh wat!

FAIZUL said...

haha..sajer jerk..x tau nak comment kaper..btw kalo jadi jumpa joey tu mesej awal2 yerk...beta kan bercuti..hehehe!!

aria ayumi said...

huhu, sanggup tu pegi pekan smata2 nak tgk ajl. diya tak tgk pun... tahu result pun, org lain yg bitau. tapi, tingin nak tgk show ct malam tu. btw, lepas habes ajl, br diya tahu, lagu ct ade yg masuk ajl rupanya... huhu *punyala ketinggalan zaman* :p

wandai said...

menarik~
jangan tanya apa yang menariknya itu, kerana itu adalah impresiku dalam entrimu yang terbaru ini..
oh ya, aku telah melompat2 dan sampai ke blog kau..
untuk memudahkan aku, aku mengelinkkan blog aku ke blog kau~

heheheee

salam perkenalan~

Joey said...

aku pun dah mula jatuh hati ngan secret recipe...baru jer semalam beli kek kat sana...shedap syialll....hehehe

pasal lawatan yang tak jadi tuh....ala...aku cuma tolong jer..tak kisahlah korang buat ke tidak......

bukan ko gi buat persembahan ker masa AJL...motif ko tengok kat Pekan..hehehe..tak sempat beli tiket kah???

anyway...seronok juga bila ada kat other side ini..macam-macam perkara baru aku dapat tengok :)

Noushy Syah said...

That's the thrill and advantages of blogosphere....the world is at your finger tips, trust me it's true...

Whether good or bad, it's up to own choice...

p/s yeyyy..bunga2 cintakah itu? Whatever it is...let it flow yea.All the best my friend.

Have a gr8 w/end and thanks for the generous posting to cover for a week.Well done.:)

Alin said...

i'm a sucker for secret recipe's cakes. eee, nak nak!

eh i tak suke ajl tu. i tak tau mane la magic nye. all songs pon mcm tak powerful. ntah.

i nak gi qatar gak bulih? :D

ahmadkamal said...

@LIENZ
tu dia... komen masihat-like dari alienz lagi... thanks! mmg tgh mengexplore diri... memahami diri sendri lagi penting dr memahami diri org len kan...
bukan pk reason apa tak hapdet la.. mmg busy tahap cipan beranak lapan belas!

TRUANTA
aku tatau lagi la... aku cuti dahla 4 hari je... pack! mana la nak meronggeng, karaoke, tido tanpa sekatan sume! aish!

ARIA
tu nampak sngt tak baca paper samada cara konvensional atau online... at least tau gak la apa yang berlaku kat dunia sikit2... walau tak smua... jgn jdi biri2 bwh pelangi! (redention of katak bwh temprung!) huhuhu

WANDAI
thanks to wandai... datang la lagi... jenguk mana patut... blog ni ditulis secara serius dan sengal, bergantung kepada mood bloggernya yang emosional! huhu

JOEY
secret recipe! jgn ckp lagi! terliur dah!
mmm, aku free satu ari je lagi neyh... kalo smpat aku jumpa ko... byk bnda nak kena setel! aku try

NOUSHY SYAH
yup, it is depend on our own, nak pilih yang baik ke buruk... tak semestinya yang baik tu baik sangat, ada gak buruknya... yang buruk pon tak semua buruk, ada baiknya... kena pandai la kan...

igtkan noushy nyanyi lagu destinasi cinta tadi, siap "yey" tu... let it flow... tgh kwl guna flowmeter, tak nak underflow or overflow... kena kawal production supaya high yield can be achieved! (apa aku merepek daaa) huhu!

JAZLIN
ala... dak yang keje la kena blnja secret recipe.... suka choc cheese dia... meleleh air liur!
ajl - maybe sbb aku tak dgr full volume kowt... impak akan terasa bila full volume aku sumbat di tlinge baru leh head banging! baru leh layan! head banging lagu siti lagi! hahaha
qatar tu tak jadi ler - tukar tmpat len... org len sibuk nak g jejauh, aku nak g indon je, jimat sket kan.. takyah cari sponsor byk2! huhu

zura lias said...

akak x sempat nak sepak lagi itu org sebab akak tgh bercuti..tunggu cuti akak abih ek..hihih..waah, ada munga2 cinta kat sinie...gud lux kamal...

aria ayumi said...

hahaha. kamal dh cipta peribahasa br nih. biri2 di bwh pelangi. best2~ :p

huhu. memang diya kurang baca paper pun kamal. rasanya adelah dlm sebulan skali. huhu. tapi, besenye berita2 terbaru, diya baca melalui blog kwn2 je. mcm blog kamal :)

lind said...

ya amponn!

panjangnya entri dia nehhh

lepas geram ke hah? :P

ajl tahu nneh cam boring je..

tapi besh sebab estranged menang!

Mr Final said...

motif swuh aku tulis pasal tuh???

ahmadkamal said...

KAK ZURA
tak yah la sepak.. bagi tazkirah sket....

DIYA
kena tau gak... mana bleh baca dr blog je... kena various resources

LINDOSH
standard la ini bloig, panjang cmni... hehe

MR FINAL
sbb ko je yang aku kenal ada kat ump ni... hehe