PRU 12???

0185
17 Mac 2008

Dah lebih dari seminggu PRU 12 berlalu.
Banyak yang berlaku, banyak yang berubah.
Sebetulnya, dah lama nak menulis mengenai perkara ini.
Tapi acapkali ditangguhkan.
Dan aku buat-buat tak tahu.

Lantaran sedar kan diri.

Diri ini tak suka politik!
Diri ini buta politik!

Politik, bukanlah makanan ruji bagiku. It is not my expertise.
Politik ni kotorlah!
Aku sering mengelak.

Tapi, mungkin, itu dulu.
Dulu tak sama dengan kini.
Kini mata aku terbuka, lebih nampak.
Tak katup, tak pejam.
Separa terbuka mungkin.
Akal ni bisa menafsir, tak tertutup, tak beku.

Sudah matangkah aku?

Entri ini ditaip, untuk aku berkongsi apa yang aku rasa.
Apa yang aku nampak.
Aku yang aku tafsir.

Aku sedar ia bukannya di bawah bidang kuasa aku.
Namun, aku rasakan aku mempunyai hak untuk memberikan pendapat.
Ini blog aku, ini tempat aku.

Jangan sampai saman-menyaman sudah!
Yelah AUKU ni kan mengongkong sikit!

Mungkin kah ini sekadar entri untuk bertanding dengan mamat ni, mengenai PRU???
Ah, kata matang tadi! Macam budak2 sungguh! Hehehe

Apapun, bukakan minda.
This is my perspectives.
This is my point of view.

PRU 12

Jujurnya, aku tak balik mengundi waktu tu.
Banyak sangat kerja kena siapkan
Dan aku tak nak keluarkan banyak duit untuk balik.

Duit aku makin sesak weh!

Claim, memang lah boleh claim, tapi banyak cerita nanti.
Lagipun, dahlah balik naik kereta sendiri, so macam banyak je sekali nak claim. So aku batalkan je niat nak balik mengundi.

Memang dah dibrain wash pown kenapa tak balik oleh sesorang di sini.
Korang jangan nak tambah plak!

Malam keputusan PRU 12 tuh, aku kuar dengan kawan-kawan.
G makan luar. Sekali-sekala kan.

Dengar satu berita yang memeranjatkan.
Dato’ Sharizat dikalahkan oleh Nurul Izzah!

Wow!
Masa tu terfikir, mesti Mr Final suker nih...

Then, satu persatu berita kekalahan wakil-wakil rakyat berpengaruh.
Aku teruja.
Lain macam pilihanraya kali nih!
Ada wow!

Malam tuh, duduk melayari internet. Bermain Skype.
Dengan seseorang yang ku kenal.
Kami membaca keputusan pilihanraya bagaikan scoreboard.
Masing-masing updatekan bahagian lain-lain.
Sampailah pukul 2 3 pagi!
Hebat penangan pilihanraya kali nih!

Wow!

Esoknya, keluar. Pergi ke kenduri kahwin abang seorang rakan.
Meninjau sekitar Kuantan untuk membeli akhbar.
Dikhabarkan akhbar habis seawal jam 9!

Wow lagi! Lain macam lagi pilihanraya kali neh.

Mencari dan mencari. Akhirnya ketemu satu dua akhbar.
Tapi sedikit hampa. Mungkin tak cukup update kowt.
Balik bilik, terus mencari blog-blog, laman web untuk dibaca.
Blog yang update cepat dan boleh dipercayai.

Apapun, ku simpulkan PRU 12 nih lain dari yang lain.
Tsunami kecil bak kata akhbar.
Tsunami ek???

*****

Sedari itu,mengikuti setiap perkembangan.
Membaca mana patut, mengikuti mana perlu.
Satu hari aku tinggalkan pembacaan pown, banyak yang aku tertinggal!

Wow!

Busy lah kan ngan rutin harian, mana de masa nak baca paper!
Penah kan dengar satu kajian mahasiswa tak suka baca akhbar.
Memang betul pown!
Waktu terluang, tengok movie legakan tension lagi bagus.

Ingat tak penat ke memerah otak?

Tapi itu membuat aku banyak terfikir...

PRU 12.. PRU 12..

Pedulikan apa keputusannya, semua yang berlaku ada hikmahnya.
Miracle in disguise kata orang putih.
Kurniaan dalam samaran, kata lagu Siti.
Semua yang berlaku adalah qada’ dan qadarNYA.

*****

1

Keputusan PRU 12 yang mengejutkan, seakan kejutan Akademi Fantasia, menyebabkan kesedaran politik di kalangan rakyat muda meningkat.
Semua kian mengikuti apa yang berlaku, dengan penuh minat dan tekun.

Dulu dikatakan, generasi muda tak minat dengan politik. Dan kita pun tahu, untuk melihat nasib negara akan datang, perlulah melihat pada generasi mudanya kini. Kita pun tahu, kesedaran amat kurang di kalangan generasi muda.

Hinggalah timbul macam-macam kempen kesedaran, yang bagi aku, ideanya kuno dan tak menarik langsung! Macam manalah nak jalan kempen-kempen tersebut.
Kami perlukan sesuatu yang menarik!

Sedari PRU 12 hari tuh, tiap waktu di mana kekurangan topik untuk diceritakan, tiba-tiba keluar topik politik.
Masing-masing buat analisa sendiri.
Masing-masing bagi pendapat.
Masing-masing berfikir.
Perkembangan yang sihat.

Blog-blog.
Dulu hanya berkisar hidup, hiburan.
Tiba-tiba bertukat tone.
Tone politik plak. (termasuklah Yang Terdalam!)

Status di skype pown
Dulunya selalu untuk mengenakan orang

”Hahaha, Diya jatuh longkang!”
"Hilman bajek hensem!"
Kak Yanz kertu!”

(sekadar memberikan contoh... ops!)

Semuanya sudah bertukar.
Status semuanya menyatakan pendirian.
Status memberikan link ke laman-laman web berkaitan politik.
Another wow for me!

Kejutan yang berlaku, perkembangannya, menarik minat generasi muda yang dulu buat tak endah je (termasuklah aku!).
Bukankan ini sesuatu yang positif???

*****

2

Bak kata lecturer Engineer & Society aku.
“Kebangkitan Generasi Starbuck”

Starbuck? Eheh! Ada ke patut!
Minum Starbuck pown sekali seumur hidup!

Tapi mungkin itu lah term yang diguna pakai oleh orang-orang berusia.
Ikutkan aja!

Cara PRU kali nih berbeza.
Kebanyakan merupakan pengundi muda, yang baru berdaftar
Dan bukan lagi golongan konvensional seperti waktu-waktu dulu.

Perkembangan teknologi maklumat menyebabkan semuanya dapat diperolehi dengan pantas.
Dan tepat. Dan cepat.
Lantaran masing-masing sedar media massa berat sebelah kepada satu pihak sahaja.
Masing-masing mencari bacaan alternatif.

Aku kira, teknologi memainkan peranan.
Kerana menurut kawan aku, ketika dia pulang ke kampungnya, terdapat perbezaan pendapat antara dia dengan orang tuanya.
Kawan aku yang terdedah dengan dunia Internet, dengan artikel yang boleh diakses dengan mudah, mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza dengan orang tuanya.

Perkembangan teknologi, aku kira telah menyebabkan banyak kebenaran didedah, banyak korupsi diketahui.

Dan mungkin bila semuanya bersatu ’Generasi Starbuck’ ini mula cuba mengubah dunia.

*****

3

Yang tak sedap bagi aku, undi adalah hak kita sebagai rakyat.
Cuma, bila lihat media massa ketika ini, pendapat dan pandangan segelintir ahli politik, mengenai kekalahan sesebuah parti.

Disalahkan pulak rakyat yang mengundi.
Kata minda tak terbuka lah.
Tak mengenang budi lah.

Come on lah!
Itu kan hak rakyat!
Lantak pi lah dia nak dok pangkah mana kan.

*****

4

Macam-macam term politik makin mula difahami kini.
Sistem beraja.
Bagaimana memilih MB.
Konflik2.

Wow lagi!
Banyak yang makin didedahkan. Banyak yang makin diceritakan.

Bak kata kawan aku, dia tak mo hanya satu parti yang memerintah.
Nanti ada korupsi.
Biar ada pembangkang dan pencadang di dalam parlimen.
Baru musyawarah yang berkesan.
Tiada penipuan. Perbincangan bersama.

Betul gak katanya pada pandangan aku.

*****

5

Sedikit kekecohan yang berlaku, aku kira lazim.
Adjusment period kan.
So memang lah macam tuh.

Sedangkan mata kita kalau tiba-tiba beralih dari tempat gelap ke tempat terang pun perlukan masa untuk adjust.
Apatah lagi manusia yang berlainan pendapat, kepala dan ideologi.

Kekecohan dan tak puas hati ini perlu.
Namun, diharapkan tidak berpanjangan hingga mencemarkan keamanan negara. Tak mo aku berperang2 bagai nanti!


*****


Cuma, kalau nak ajak aku berpolitik, maybe bukan masa nya lah kan.
Cuma aku ingin ceritakan, sesedar aku, semana jauh yang aku mampu lihat, setinggi mana yang aku leh fikir, PRU 12 memang ada memberikan positifnya kepada Malaysia.

Moga Malaysia terus maju, cemerlang, gemilang dan terbilang!



p/s – this is merely my perspectives. Some may right, some may not! Maybe this is the last time I will talk about these politics! But who knows kan


:::YTBACK!!!:::

9 comments:

lind said...

politik sux ekceli.. hehe

but who knows.. one day nanti u jadik perdana menteri.. aaa masok politikk laaa :P

Hilman Nordin said...

KAMAL for PM!!

Kroni Aku Mahu Angkut Lesen untuk Pembangunan Masyarakat(K.A.M.A.L.4.P.M)

LOL!

layari kamal4pm.com untuk maklumat lanjut.

hehehe... just kidding. =)
nmpaknye kesedaran politik kat UMP pn memberangsangkan?

fairuspeng said...

wow.. pendapat yang hebat walaupun tak terlalu jelas...
bagasu aklau sudah berubah..
tapi tak guna cakap je kalau tak wat.

zura lias said...

Dulu akak buhsan tgk pilihanraya, asik parti tu je menang..skarang dah ada kemajuan..baru semua menteri bukak mata sikit..cth,menteri-menteri yang tak relevan pun dah xde dlm kabinet..tapi ade lg yang tak relevan tapi duk pegang kementerian tu..hehehhehe...

semoga semuanya baik-baik belaka..:D

ahmadkamal said...

LINDOSH
i think politics is not suck... but the people who handle politics is suck... kan...
tak minat la men2 politik neyh... rasa tak de kemampuan...

HILMAN
wah... komen sengal pertama dari hilman... selalunya komen ala-ala ilmiah sket... hehehe!
gediks r... takde nya aku nak jadi pm...
kalo aku jadi pm, msti abes idop aku... segala macam nak dikoreknya...
abes la aku...
ko boleh r...

FAIRUSPENG
i know smuanya terabur... just tulis tanpa edit... biasalah jadi cmtuh... susah nak interprete cos smuanya masih baru bgi aku....
tak guna ckp tapi tak buat? apa maksudnya? nak suh aku berpolitik kah???

KAK ZURA
erk... smalam kata tak ske yang ilmiah2... dah bajek dah, post ini takkan dikomen oleh kak zura... eheh!
btol lah kan.. dulu biasa sgt... dah tau sapa menang... dah tau apa akan jadi...
sekali ada kejutan 'akademi fantasia' barulah kita minat nak amik tau kan...
i think bagus gak, baru timbul rasa minta sket...

noushy syah said...

Hehehe....politics is not dirty, pretty the same when people labelling Islam as terrorist..the one who makes dirty is the people who involve in politics-taken advantage of the power with corruption, nepotism or chronicism etc..

As a person who don't like to talk about politics, your evaluation and summoned of the whole Msian GE is gr8..

Seasons changing..people do change as well...time will tell,you might be interested in the future:)

Until then, take good care of yourself, be a good citizen!

:: cheezzy cheese :: said...

awk tu bdk2 ape tau psla politik.. piiiirahhhh aritu pon kata tak mgundi, ckp byk daaa.. ekcelli politik ni mmg suxx la kamal.. fening kepala jer dok pikir..

ahmadkamal said...

NOUSHY SYAH
yes, i admit that... politics itself is not suck, but the person who conduct the politics is suck...
well, thanks 4 tha compliment on the messy entry... just want to share what i thought about that...
dan... tak dinafikan, mana tahu terminat lak politik nanti kan!

KAK YANZ
ala! jeles! kita muda belia lagi.. so leh la excuse... len lah dah kertu... hahaha...
btw, kertu tuh pe ek.. tau men sebut je... hahaha
takyah pening2 la kak yanz oii,nanti banyak rambut gugur...
g siap sedia jadi tea lady tuh!
eheh!

aria ayumi said...

dulu, kurang amek tahu psl politik. pastu, start dgn hari pertama pilihanraya, cam dh berminat sket nak tahu. *tapi xdelah sampai nak check keputusan thru internet, just tanya2 org je*. skang, dh muak since pru dh jadik complicated. malas dah ah nak amek tahu. balik pd asal gak yg best :p