Up & Down

0178
6 Mac 2008


Hello there!

Hidup umpama roda kan. Sekejap atas, sekejap bawah.
Semuanya boleh berubah dalam sekelip mata.

Just want to share, my up and down for current days in my life.


UP!!!

Malam isnin lepas
Ada satu meeting besar-besaran Expoconvo’08.


Aku sebagai mantan untuk SUB Penyelarasan Program menghadirkan diri jugak. Sebagai sokongan aku kepada yang akan datang ni dan juga sebagai ’pencerita’ pengalaman yang telah aku lalui.

Kepada yang blur2, memang masa Expoconvo’07 tuh aku kira besar gak tanggungjawab yang tersandang.
Banyak yang aku kena selaraskan, dan ia memang bukan satu tugas yang mudah.


Beberapa kali aku break down.
Nak berhenti. Nak letak jawatan.

Sebab kadang-kadang apa yang kita nak tak menjadi kenyataan.

Tapi ada sebahagian ’suara’ dalam hati ni mengatakan tidak.
”kalau ko berhenti sekarang, apa ko nak buat? Pengecut! Ada masalah sikit lari!


Dan aku bertahan kerana aku percaya kata hati aku.
Dan dalam susah payah, tensi yang agak menggila, pengimbangan antara studi dan tanggungjawab, aku berjaya jugak laluinya dengan agak berjaya.
Takde lah masalah besar ke hapa.


Dan, malam isnin tu, kedatangan aku ke Dewan Kuliah Utama 2 UMP itu adalah untuk bercerita. Berkongsi pengalaman.
Berkongsi apa yang aku rasa.

Melihat budak2 yang baru nak join program ni, tak ku sangka, dah setahun aku memegang jawatan itu dulu.
Betapa cepat masa beredar, sehinggakan, aku merasakan aku masih lagi memegang jawatan itu!
Dan sedar tak sedar dah 3 bulan aku menjadi mantan untuk jawatan yang akupegang selama hampir 8 bulan itu.


Perasaannya berbeza.
Anda adalah pemerhati.
Anda bisa memberikan pandangan, tapi jangan harap pandangan anda diterima seratus peratus.
Anda hanya mantan!


Pada junior sejawatan denganku, aku ceritakan, jangan terlalu bergantung dengan apa yang kami lalui.
Anda perlu guna adaptasi sendiri untuk mengatasi segala cabaran yang datang.
Apa yang anda semua bakal lalui bukan sama seperti kami.
Hasil kerja anda juga mungkin lebih bagus dari kami.
Jadi gunakan adaptasi sendiri.


Macam-macam juga aku ceritakan.
Dari satu benda ke satu benda.


Sampailah satu ketika, aku melihat semuanya menganga!
Dan aku lantas berkata,

”saya tahu, semua tugas ni nampak berat.
Semuanya memang di luar jangkaan.
Anda tak boleh predict apa yang berlaku.

Saya pun dulu ambik masa 3 hari untuk absorb segalanya dalam kepala otak ni.
Tapi dari masa ke semasa, saya belajar bersama anak-anak buah saya.

Anda lihat tentatif yang tebal ni (menunjukkan tentatif yang tebal itu), saya edit dan buatnya semasa studi week semester lepas.

Kalau anda fikirkan balik, mungkin anda takleh percaya.
Tapi itu kenyataannya.


Semua benda ni nampak susah.
Tapi bila anda bekerjasama, anda akan mengatasinya dengan mudah.
Saya bukan buat kerja ni sorang dulu.
Anak-anak buah saya terlalu banyak membantu, sehingga saya pun jadi kuat dan semangat untuk teruskan segalanya.


Tapi yang penting tahu bila waktu yang sesuai untuk buat kerja.
Tanyalah sapa pown, bahagian PC Expoconvo’07 merupakan bahagian yang paling sengal, poyo dan paling tidak disenangi.
Sebab itu tugas kita, kita kena kawal flow tugas orang lain untuk buat kerja kita.

Dalam bahagian kami bergurau, berjenaka.
Masa 1st day event tuh, bahagian PC je yang gedik2 tangkap2 gambar poyo sebelum event.
Masa buat kerja kami serius balik.
Kita kena pandai kawal semua tuh


Apa pun, guna kan adaptasi sendiri.
Lepas anda habis hadapi semuanya, anda akan rindukan kembali suasana bekerja di dalam expoconvo.

Percayalah”


Tiba-tiba masa tu, aku rasa sayu.

*dah habis semuanya!
Apa yang aku usahakan selama ini, secara officialnya berakhir bila aku menjadi mantan dan memberitahu pengalaman lepada muka-muka baru ini.
Selepas ini, aku hanya pemerhati!*


Balik itu, satu per satu perasaan timbul.

Aku bangga, sebab berjaya melalui semuanya.
Bila ceritakan balik apa yang telah dilakukan kepada orang yang tak tahu apa-apa, memang terasa terlalu banyak benda yang telah berjaya aku dan anak buah aku lakukan.
Sehingga budak-budak tu menjadi pening mendengarkan tanggungjawab yang digalas mereka.


Aku sayu, sebab kenangan itu takkan berulang kembali.


Semangatku kembali meninggi untuk menghadapi cabaran yang seterusnya!
I’m up up to the sky!

*****

DOWN!!!


Seperti yang aku katakan, ada atasa, ada bawah.


NOTICE: SEKARANG NI, SILA JERUTKAN MUKA ANDA.
CENGILKAN MATA.
KERUTKAN SEGALANYA!
BAYANGKAN PERASAAN ANDA KETIKA MARAH!
TERIMA KASIH!


Esoknya, aku dihambat oleh tanggungjawab yang lain.
Yang membuatkan aku teramat bengang!

Teramat-amat!


Sehingga malamnya,
Aku menelan panadol dan cuba untuk lelapkan mata.
Tapi tak boleh.

Sehingga aku buat macam-macam perkara bodoh sebab terlampau bengang!
Sehingga aku terfikir nak dapatkan ubat tidur di pharmacy.
Atau try ’ice’ ke, atau apa2.

Sebab aku terlampau bengang!


Kredibiliti aku dipersoalkan.
Aku digambarkan sebagai tak bertanggungjawab dan tidak melaksanakan tanggungjawab aku!
Sedangkan di sini, aku berusaha sedaya mampu untuk imbangkan antara studi yang membukit untuk budak 3rd year ni, dan benda itu!
Sehingga aku kepenatan, dan kepeningan.
Sehingga aku tak de masa untuk diri sendiri.


Yang berbunyi tak kenal aku siapa.
Dia tak pantau apa yang aku sudah lakukan.
Dia tak tahu apa yang aku usahakan.
Yang dia mahu tahu progress kerja.
Bila aku katakan semuanya dalam proses, dikatakan aku tidak menyumbang apa-apa.

Dikatakan aku begitu, begini.
Aku malas melayan.
Aku anggukkan saja.
Aku beredar.

Aku perlu berfikiran waras.
Aku kenal siapa diri aku.
Aku tahu betapa profesionalnya aku boleh jadi.
Aku tahu, ko tak kenal aku, jadi ko memang tak layak nak judge aku.

Seriusly, semalam aku down yang teramat.
Teramat-amat.
Tak pernah begitu!


Namun, pagi tadi, aku kembali.
Sembahyang, dan dengan semangat yang baru.
Aku laksanakan mana yang mampu.

Kepada yang hanya tahu berbunyi, tapi tak tahu nak menghormati.
Go to hell ku beri!!!



p/s – jangan risau, aku masih waras. Aku takkan cuba perkara yang merosakkan aku seperti dadah etc. even rokok pun aku jauhkan. Cuma waktu bengang, biasala, macam-macam difikirkan!

p/s – hope things will get better now

p/s – I do need a break!


:::YTBACK!!!:::

14 comments:

zura lias said...

wooppss...memule tahniah sbb berjaya handle time expoconvo 07..belia macam nilah yg kita cari..hahahaa...*ayat ala2 YB*...
xyah pedulik ape org kata..kalau kita rase kita dh bg 100% komitmen kat tugas kita n team kita x komplem ape..anggap je org luar yg mengomen tu mcm lalat..kejap lagi die pergi le kalo kita xde respon..:D..gambatte..

khairul najmi yusof said...

Jangan ambil ice k... tak best pun.. tenang dan rilex kan diri..
abg kamal kan kuat [should i call you abg? you older than me]

Hilman Nordin said...

hohoh.. aku pn nk ckp jgn amik ice. huhu.. jgn dol, mule2 ice, lame2 amik melarat amik dadah len plak..

hehe.. aku tau ko xkn nk amik mende2 ru pnye.. ni spanjang ak knal ko le.. huhu.. ko pnye barang tu lambat sket sampai eh? same la.. busy. tp dun wory, aku x send ice. haha

kuatkan semangat ye, biasa la kalau ppl in power, kdg2 salah sket pn nmpk mcm pakai magnifier. yg plik, kadg2 x salah pun jadi salah jgk.. hehe.. sabar ye, kamal?

FAIZUL said...

ak suka ayat " go to hell ku beri "..hahahaha..

btw..encik kamal ooi..dont u ever try to use ice as penenang kaper ker...nak tau rasanya..tanya la org yg dah berpengalaman..x best pon...

dan akulah perempuan separa muda itu. said...

yup. jgn ambil barang2 yg buat kamu rasa ketagih, susah nakbuang.
mcm skrang ni akk kena ambik caffein yang banyak untuk tenang diri.

kalo g program apa2 dgn kak ana, slalu kak ana tau, mesti malam2 buta kena cari kopi o kow kow untuk hilang tension.

skrang ni tak ada sampai tahap ketagih sangat, tapi hari2 perlu kopi o yang kow kow untuk kurangkan tensi dalam diri.

hidup ini macam inilah...
betapa susahnya nak menghadap hidup, susah lagi nak menghadap mati, kecuali kalau amalan memang confirm banyak , tu lain crita.

ahmadkamal said...

KAK ZURA
thnks 4 the compliment...
bout the 'down' - tu bukan org luar, tu org dlam.. biasalah, bila rasa diri dia dah wat banyk sgt keje, there will be a comparison being made... patutnya satu organisasi bergerak seiring dan saling bantu membantu kan... ni masing2 nak lepaskan diri je!


KHAIRNAJ
jgn amik? tak best? penah amik ke? hehe
jgn riso la... tak tergerak pown ke situ... saja je pk bila tensen...
hurm, abang??? hehe panggil kamal je la...
somehow kalo laki panggil abang, there's cold shiver on my neck... kalo pompuan tak pe la! hehe


HILMAN
oho... setau ko aku takkan amik ice ek??? huhu... ice lemon tea dikira tak???
apsal korang riso aku ckp nak amik ice ek...???
tak paham btol la dengn yang memimpin, patutnya, nak mudahkan keje, tegur cara berhemah, bukannya dengan menjatuhkan...
ni nak wat keje pown rasa tak best, sbb kita bagaikan digunakan...
gunalah pendekatan yang buatkan org willing to do the task instead of feeling angry...
(tiba2 terbagi nasihat daa) hehe


TRUANTA
ohohoho.. suka ek aku carut2... sebenarnya byk giler aku carut, tapi sbb ni blog, takut org baca n buat dokumentasi, so aku kaber2 la sket kan...
penah try ice kah???


NOTAKEMATIAN
ketagih caffein??? urm tak penah rasa lagi...
susah sbenarnya bila dah ketagih kan... takpe kak, slow lah kurangkan... mybe akan berjaya tinggalkan...
sebenarnya, hidup tak susah, tapi dealing dengan manusia yang berbagai pesen dan rupa yang susah! semua ada agenda sendiri, semua ada pala hotak sendri...
yang ok, ok lah. yang hampeh, macam cipan!
(tercarut pulak...)

Joey said...

eh...go Kamal,...go..KaMAL..

Alah...ko sebagai ahli bintang terbilang...haruslah menunjukkan kekuatan semangat yang tinggi...wakaka

takpe...nanti aku belanja ko pulak makan kek...OPPSS!!!

@LiENZ said...

Wuit ak...
Menyayat ati btul entry kali ni..
That's right! Idup ade up n down.Lalui sume macam main kat theme park...maybe seronok!

Time happy hargainye..
Time sedih hayatinye..
Time bengang kawalnye..
Time confuse.....???

Anyway,be strong.

ahmadkamal said...

JOEY
eheh! somehow aku bygkan ko pakai skirt ngn pom pom lak! huhu
aku jula juli bintang lapan belas la! huhuhu
jgn riso.. aku ok la!
eheh, ayat provokasi sungguh!


@LIENZ
menyayat hati ek?
tu lah, semuanya kena lalui... kena hadapi... sebagai pengajaran, sebagai pengalaman, sebagai bekalan...
cuma kadang2 masa lalui tuh, sakit...
nak cerita pada org, tkde...
crite pada blog je yang dkt...
so tu yg jd entry tuh,.... huhu
dah ok balik dah
thnx

khairnaj said...

ok nak panggil kamal jer ler. tak pun ikut kak teddi panggil pakcik. PAKCIK KAMAL!!!! cam besh jer panggil org pakcik hahaha

ahmadkamal said...

KHAIRNAJ
haa... bagus2! ikut la cik teddy tuh! tambah lagi sowang anak-sedara-tiba-tiba-
datang-tah-dari-mana-tah beta! hehehe
ok lagi pakcik, dari beta merasa geli geleman bila dipanggil abang! hahaha

p/s - patutnya diya ngn cik teddy kena panggil abang kan... "abang kamal" (smbil kembangkan idong..) hehe

khairnaj said...

kena ubah ni link kat blog. letak nama pakcik kamal~yang terdalam

ahmadkamal said...

hahaha... letak la... tak heran! eheh!

khairnaj said...

panggil tuanku ok kowt??? hahaha...
ampun Tuanku beribu kali ampun sembah patik harap diampun.