Hadapi Dengan Senyuman... =)

0274
05 September 2008

Monolog hati

**********

Kau percaya tak Allah itu Maha Adil, Maha Saksama dan Maha Penyayang?
Ya.

Kau percaya tak qada’ dan qadar?
Ya, sudah tentu. Aku beriman kepada Islam.

Jadi, terima sajalah.
Aku sedang cuba menerima.


**********

Aku senyum.

Beratnya dugaanMU kini ya Allah namun jauh di sudut hati ku, aku memanjatkan kesyukuran yang teramat sangat.

Bersyukur kerana semuanya berlaku di bulan puasa, di mana kesabaran aku kiranya di tahap yang boleh dibanggakan.

Bersyukur kerana yang berlaku adalah bertepatan dengan minda separa sedar aku, yang menginginkan ianya terjadi, namun, perasaan itu telah aku simpan jauh di dalam hati kerana aku tidak mahu rugi harta duniawi.

Bersyukur kerana aku mampu menahan segalanya, walaupun saat dan tika itu, aku amat sibuk dengan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan.

Aku bersyukur

Senyum lagi.

Aku tahu, Dia takkan menguji hambaNYA kiranya hamba itu tidak mampu.

Aku senyum.

***********

In Occupational, Safety and Health, there is a term, Psychological Hazard

The term identified as moral, psychological, and physical.
A moral hazard exists when the applicant may either want an outright loss to occur or may have a tendency to be less than careful with property.
A psychological hazard exists when an individual unconsciously behaves in such a way as to engender losses.


I guess on recent Tuesday, I just received my psychological hazard.

Why, it is considered to be a hazard?

Because at that time, there are so many things to do, if I crack down, thus all my responsibilities and efforts would go to waste!

**********

Aku ada presentation proposal Projek Sarjana Muda (PSM) pada hari rabu.

Dengan tajuk “Effects of transmembrane pressure (TMP) on the performance of the Ultrafiltration membrane of soy protein” aku teramat la busy pada hari selasanya, mengedit, dan menyediakan slide power point untuk pembentangan hari berikutnya.

Edit di sana, copy di sini.
Tambah gambar di sini, tambah animation di sana.
Tukar kaler di sana, bold di sini.

Macam-macam aku lakukan, agar slide aku tampak menarik dan pada masa yang sama formal.


Di saat itu sms itu muncul.

Aku hanya membaca sepintas lalu, dan terus membuat kerja aku bagaikan tiada apa yang berlaku.
Aku senyum.
Aku tidak boleh jatuh saat ini, aku ada banyak tanggungjawab yang perlu dilunaskan
Presentation ini lebih penting dari segalanya!

SMS:

Salam semua 1st aku nak mintak maaf byk2.
Aku dah uruskan yang terbaik untuk program kita ke Istanbul September ini.
Tai terdapat masalah yang menghalang kita departure Khamis ni.
Masalah datang dari pihak travel agent, bukan dari kita.
Aku just nak inform yang kita tak jadi departure khamis ni.
Sorry
Wassalam.

Ingat lagi program Istanbul Visit & Academic Collaboration 2008 (IVAC’08)?

Yang aku duk canang2 dalam bulan jun dulu tu

  • Yang asalnya memang aku kene pergi bulan Jun, tapi ada masalah sudah ditunda tuh.
  • Yang telah banyak menuntut kesabaran deal dengan pihak universiti, travel agent, kedutaan Malaysia di Turki, kedutaan Turki di Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dll tuh.
  • Yang aku dah buat satu slide movie maker yang boleh dikatakan gempak, sebab aku tak penah sentuh movie maker, tapi aku berjaya membuat satu slide yang menarik tuh.


Kalau anda ingat, terima kasih, anda memang prihatin mengenai hidup aku

Kalau anda tidak ingat, terima kasih juga, kerana membaca sampai perkataan ini untuk mengetahui apa yang berlaku.
In all, terima kasih!

**********

Ya, program itu tak jadi, buat kali kedua.
Tunda?
Tah, aku tak tahu

Malas nak ambik tahu
Terasa bagai membuang masa

Aku represskan perasaan aku pada hari Selasa itu
Aku dominankan perasaan aku untuk buat yang terbaik untuk PSM.

Malam itu, komputer roomateku dimasuki virus.
Aku senyum, dan menyuruh dia bersabar.

Malam itu, mak aku menelefonku
Menasihati aku supaya jaga puasa aku di negeri orang.
Aku senyum, belum sampai masanya mak bapak aku tahu.

Pagi rabu itu, kelas OSH, belajar pasal psychological hazard.
Aku senyum, kerana secara tak langsung aku terasa.

Petang rabu itu, presentation.
Aku berjaya present dengan sepenuh kekuatan yang aku ada
Dan aku sendiri merasa lega, dan berpuas hati
Ada sedikit penambahbaikan yang perlu dibuat, namun aku yakin dapat melakukakannya.

Petang rabu itu, bergurau senda dengan teman2
Dan malam rabu, i let the myself to sink in into the feelings.

Malam rabu itu...
Ah.. aku tewas juga

Malam itu aku terus menjadi tak produktif
Aku tak ke terawikh
Aku tidur
Isya’ dan terawikh pown di saat jam 2 pagi selepas aku bangun

Hati bertanya mengapa?
Apa yang masih kurang setelah hampir setahun usaha dilakukan?
Apa yang tak cukup lagi?
Apa yang ingin diuji?

Minda menjawab, ini dugaan
Sabar!
Ia masih dalam kemampuan kau
Kau kena bangkit dan berjalan semula
Jangan tewas!

Setelah macam2 terjadi, aku rasakan halangan ini hanya untuk memberitahu bahawa takdirnya aku tak pergi ke sana

Walau sebanyak mana aku berusaha, Dia katakan begitu, apalah dayaku
Walau aku sudah berhabis membeli long john, baju sejuk bulu2 yang offer dari RM 250 ke RM 85, kalau dia mengatakan ianya bukan milikku, ia bukan milikku.

Aku percaya pada ketentuanNYA
Aku percaya pada qada’ qadarnya.


Aku tak peduli apa yang berlaku
Berapa banyak duit yang telah aku habiskan untuk program ini
Aku tak peduli
Maybe this is the lesson that i must learn in a hard way.

**********

Malam rabu, menelefon rumah ku
Menceritakan, dan memberitahu tak perlu hantar aku ke KLIA esoknya
Kerana ianya tak jadi

Ibuku tenang menerima
Dia katakan dia risau sebenarnya aku mahu habiskan masa seminggu di sana dalam bulan puasa
Tambahan lagi aku kena tinggalkan kuliah selama seminggu

Dengar suaranya, dia memberi semangat, aku tak sedih mana
Ibuku juga mengatakan duit itu tidak penting, walau mencecah ribuan ringgit juga, yang penting aku tidak tertekan dan mengabaikan tanggungjawab aku yang lain.
Sedikit berbeza dengan bapaku, dia seakan marah, tapi dia hanya mampu mengatakan, jangan masuk lagi program begini

Aku akur
Dan berterima kasih kerana mereka memahami.

**********

Untuk seminggu kuliah yang bakal ditinggalkan juga aku bersyukur.
Jika aku pergi, banyak benda yang aku perlu siapkan terlebih awal

Proposal PSM yang sudah diedit, lab report PCI, Assignment Environment, Assignment Plant Design, Projek Plant Design, dan macam2 lagi la

Bayangkan, semuanya aku kene dan perlu lakukan di malam rabu selepas aku present itu.
Jadi, bila ianya tak jadi, aku sedikit bebas dari belenggu assignment.

Kini, yang berat adalah menjawab kata2 orang
Sudah dua kali tertunda, mana mau diletakkan muka
Satu UMP dah tahu, namun ianya bukan rezeki.

Aku hanya mampu menghadapinya dengan senyuman...

Hadapi Dengan Senyuman
by Dewa

HADAPI DENGAN SENYUMAN
SEMUA YANG TERJADI
BIAR TERJADI
HADAPI DENGAN TENANG JIWA
SEMUA... KAN BAIK BAIK SAJA

BILA KETETAPAN TUHAN

SUDAH DITETAPKAN
TETAPLAH SUDAH
TAK ADA YANG BISA MERUBAH
DAN TAKKAN BISA BERUBAH

REFF

RELAKANLAH SAJA INI
BAHWA SEMUA YANG TERBAIK
TERBAIK UNTUK KITA SEMUA
MENYERAHLAH UNTUK MENANG

Aku menarik diri bukan menyerah kalah
Namun aku perlu menjaga sendiri perasaan ini agar aku tak jatuh dan semuanya jatuh bersamaku...





:::YTBACK!!!:::

10 comments:

:: Cikgu Wiween :: said...

alahai cian la dak kamal..xpe, rezeki di tgn Allah.kalo ade rezeki tu nanti akan pi jugak Istanbul tu bukan? ;)

mcm2 dugaan bln pose nih. hrp2 sentiasa sabar & tabah laa yek dik! ;)

Mr Final said...

jgn komen (kate dlm hati)

but.. hurm.. manusia yang paling kuat manusia yang dapat menahan marah dan mampu bersabar

ahmadkamal said...

WIWEEN
tu la.. rezeki ada dimana2...
beta percaya itu...
cuma menulis di sini utk releasekan sedikit yang terpendam...
thnks neway...
syukur dugaan ini masih mampu ditempuhi....

MR FINAL
aku tau ko ada pandangan tersendiri...
aku masih malas untuk cerita atau argue untuk apa yang terjadi
hati dapat mengenal bila it feels that the this is never meant to be...
btw, fyi, lepas aku tau tu, aku g kafe nak bli makanan berbuka...
jumpa ko, n ko tny pasal mende ni kan..
aku ckp ok je... n akan tolak khamis kan...
i lied
sori.. sbb masa tuh masih lagi dalam perasaan yang bercampur aduk...
=)

attiey said...

ur entry kali ni ni = wow !

5 out of 5..ntah nape tetiba bgi markah lak ni ek...tapi mmg best..

sampai ke tahap tu n u still can smile, itu adalah yg terbaik dri anda...

keep writing ya..

Princess Liyana said...

Alahai..napa ni tuanku?sedih sahaja bunyinye..mmm,mgalah, bukan bererti kita kalah..ingat tu!

Adzrul Ariff said...

Bawak bersabar... insyaallah ada rezeki tu adalah nanti. Aku harap one day ko akan dapat juga pergi sana if that is what you want kan. Apa2 yg jadi ada hikmahnya.

Smiling can be a great way to diffuse your repressed emotions. Tapi jangan pendam semuanya gak. Not healthy.

Best of luck for everything.

Anonymous said...

kamal dah makin matang =)



hana :)

ahmadkamal said...

A To4
tu la... tiba2 nak jadi pengkritik entri kan...
smua yang berlaku ada hikmahnya
sedeh2 pown takde guna
senyum saja!!!

PRINCESS
ye...
igt
mengalah bukan bererti kalah
cuma kena luahkan kesedihan di YT je
lebehnya beta ok
ini cabaran kan.

ADZ
thanks bro..
aku tak ralat tak pegi pown
cuma aku syukur semua yang berlaku buat aku fikir...
thnks again

HANA
*sambel wat muka cool*
matang???
saya ke???
hahaha
ape selama ini tak cukup matang ke???
=p

ChesterChaz said...

huhuhu... sedey gak aku bace entry nih..ko mmg dh tarik diri ke mal? sape lagi ek? huuu

ahmadkamal said...

KAMAL
aku tatau sapa lagi yang trik diri ke hapa...
aku ngn muna mmg tarik diri...
lepas aku trik diri, aku tak jumpa n borak2 sangat pown ngn diowang...
busy sket..
neway, kalo ko still pegi, enjoy ya!