Mak Dara vs Kassim Selamat

0370
24 March 2009

Hello there…
Dah berapa hari beta tak ke udara?
Oh, dekat 5 hari...

Ada hari2 yang beta tak update sebab beta busy buat keje...
Ada hari2 yang beta tak update sebab beta busy merambu...
Ada hari2 yang beta tak update sebab beta busy melayan kemalasan dalam diri ini...

Kerja memang banyak
Mungkin kalau nak dihitung, macam takkan habis

Tapi, aku positif dapat habiskannya in time
Cuma antara aku sewel atau senget sikit je
Memang menguji fizikal dan mental

Oh ya,
Esok, aku akan present PSM aku
Dengan tajuk “Effects of Transmembrane Pressure (TMP) on the Performance of Ultrafiltration (UF) Membrane of Soy Protein”

Mengikut jadual, aku akan present pada pukul 320 hingga 340 petang
Dan di YBK10 – Blok Y, Bilik Kuliah 10

Panels?
Will go about that later…

Sebenarnya, dari minggu lepas aku sibuk membuat draf untuk thesisku yang satu ini
Dan juga draf slide untuk present rabu ni
Semuanya telah dihantar ke SV pada sabtu lepas melalui emel
Sebab semuanya perlukan pengesahan dia

Menjelang isnin, aku melawat SV
Dengan harapan nak tengok apa2 komen dari dia
Rupanya dia busy dengan pelbagai kerja dan tak sempat nak usya kerja2 aku

Tadi, aku ke bilik dia, dia sudah approvekan slide presentation aku
Cuma draf2 thesis, hari jumaat ni baru aku dipanggil menghadap sekali lagi di biliknya

Alhamdulillah, takde banyak yang dia komen
Cuma kena betulkan sikit ayat2 untuk presentasi menjadi ok

Korang tau tak, PSM ni ada karma tau tak
Karma, qada’ dan qadar, pembalasan, macam-macam nama la

Sejak dari lab work, sampai la lani, ada je mende2 yang kita patut jaga tingkah laku dan perbuatan
Kalau tak, rasa la ko pembalasannya!
Nangis tak berlagu nanti

Korang pon tau kan, aku ni jenis poyo, suka gelakkan orang dan buat2 lawak
Dan i just being myself

But...
Waa nanges aku!

Mari kita tengok contoh2 kes untuk PSM kali ini:

*****Kes 1*****

Hari tuh, di lab, kawan aku sibuk mengatakan pasal dia tak boleh start eksperimen lagi sebab alatan tak cukup.

Aku lak cakap, ”ala, tipu la tak cukup. Boleh je kan nak buat. Ko tak cukup lampu je, ko boleh beli la UV lamp dekat kedai lampu biasa”

“Ada ke kat kedai lampu?”

”Tah... aku bajek je ada”

“Habis laaa... extend la aku sem ni...”

Dengan riak dan takkabuurrrnya aku bercakap, “takpe2, aku nak habis dah, nanti sem depan aku lawat ko ye kat sini”

DUH!

Esoknya kan.. alat yang aku gunakan rosak!
Sampai aku punya eksperimen takleh jalan seminggu!

Terus aku g jumpa kawan aku tuh, merayu mintak maap
macam Mak Dara dalam filem Ibu Mertuaku!



*****Kes 2*****

Aku cerita la pasal alat aku rosak kat sorang ’kekasih gelap’ di lab tuh
Sebab masa tuh aku dah tensen sangat aku tak leh run dekat seminggu gak

Si KG ni lak, macam biasa, perasan comel, gelakkan aku.
Siap cakap, ”Padan muka! Siapa suh gelakkan orang!”

Esoknya, dia tak leh run eksperimen satu hari sebab ramai orang guna!

Dengan muka yang dah hilang comel dah,
dia datang dan mintak maap kat aku....

Nama pon kekasih gelap, maafkan sajalah...


*****Kes 3*****

Sebab aku dah selesa, eksperimen aku dah boleh jalan, aku macam dah lupa2 kes no 1 tuh

Kawan lain la pulak, sibuk bising pasal SV dia.
Bahan kimia tak sampai, SV tak mahu tolong, last2 dia kene tukar sikit tajuk dia jadi lain

Kawan aku: “Ada ke patut, dia tengok proposal aku, tanda sini sana suh aku tukar dengan mende len. Boleh dia cakap ‘sikit jet uh….’ bengang aku!”

Aku lak, terus amik proposal dia, belek2
Berlagak macam SV dia…
“Alah, awak tukar sini, sini, sini, dan sini... sini juga... ALAH... SIKIT JE TUHHH!”

Kawan aku buat muka bengang ngan aku

Esoknya, alat aku kembali rosak!
Siot je!

Terus aku kembali memakai baju kebaya menjadi Mak Dara,
meminta maaf kepada Kassim Selamat!



*****Kes 4*****

Sejak dah 2 kali jadi kat aku, aku mula berhati2
Jaga tingkah laku
Jaga tutur kata

Sebab kalo tersalah langkah, aku yang kene balik
Saket nanti

Melayu mudah lupa... kan?
Aku mula lupa...

Pagi tadi, kawan2 aku, 2 3 orang la bising, sambil berharap, ”mintak2 aku tak delah present depan prof esok!”

Diowang cuak, sebab sebelum ni diowang present depan seorang prof ni.
Nama pon prof, cepat je la dia tangkap kesalahan kita.

Aku lak, seperti biasa, menjadi poyo sebab slide dah diapprove SV, dan aku rasa macam dah redi, terus menjawab:

”Hahahahaha.... ala... lek la... prof pon manusia biasa gak... tak yah la cuak2… hahahahaha”
sambil gelak dengan nada menjengkelkan.

Diowang buat muka bengang ngn aku.

Tiba masanya, aku check memo tadi, nak tahu siapakah panel aku.

Mataku memandang.
Tertancap di situ.
Terpaku.

PROF???

Argh!!!!
Aku lak dapat kene present depan prof itu
Dari mula2 aku rasa dah redi, terus aku cuak
Malam ni macam2 aku kene prepare, takut sangkut masa nak menjawab!

Dalam hati aku berkata, PADAN MUKA AKU!!!

Persoalannya, perlukah aku kembali menyarungkan
baju kebaya itu untuk menjadi Mak Dara,
meminta maaf kepada Kassimssss (plural) Selamat itu????


Waaa!!!

Doakan aku ek beb!


p.s - bercakap pasal Kassim Selamat, mata aku pon dah macam hampeh je ni... panda, Kassim Selamat... apa lagi adjektif yang boleh menggambarkan mata???


:::YTBACK!!!:::

9 comments:

Alin said...

hehehe tu lah. lenkali jangan gelakkan orang kekeke. anyways, good luck for your presentation. do your best ohkeh!

Joey said...

oooo.dah siap ker thesis? hehehe..aku dulu lagi teruk...

cuba ko bayangkan tiga kali print, thesis yang telah lengkap ..siap bergambar penuh..telah direject oleh supervisor aku...


kena ikut specific range katenyer
abis penuh pen merah..start dari muka depan yang tulis tajuk lagik..hehehe

so kesimpulannya, carila supervisor yang tak cerewet dan tak lokek... :)

and..tak perlu pakai kebaya

soooo not nice on you!!...ahaks

iRa said...

1st Sha bace...erk Sha tak mau gelak laa kat kamoo.. sbab takot anything happen to me kan.... tp apakan daya Sha juga manusia biasa....tak berdaya untuk menahan gelak huhu...

1. 2. 3 hahahahahhahaahahaha.. lawak sungguh entry kamoo huhu..

but gud luck yaa.. with ur presentation.... heh...

Hilman Nordin said...

weh. macam mana nih? aku da tergelak sakan nih.

alamak, mana la pulak kebaya 'spare' yg aku simpan dalam stor tuh..

Anonymous said...

hurm...rasakan la korg apa yg kami dah rasa...mcm2 la jadik kat lab tuh..ingat kan menda ni tak berulang lagi kat dak2 junior...rupanya mmg betol..idop ni karma kan.lebey2 lagi idop ka UMP yg menyeksakan tuh...hihhi..

Cahaya Pembuka Hatiku said...

maaf yer.. saya pun dah tergelak.. suka baca entry ni.. mmg hidup ni adda karma... what u give u get back, right..??

heheh.. so tabahkan hati kuat kan iman.. jalan terus jer..heheh.. gud luck k =)

*ayu the sun* said...

in a way.. tergelak gak arr bc dis entry... cz x terbayang AK pakai kebaya mak dara ittew.. muahahahaa...
anyways, the very best of luck..
lek la.. prof tu pun MANUSIA jugakkk..... (sambil jalan angkat2 kening.hiks!)

Mr Final said...

Giler maen Dragqueen ker.. asyik nak pki kebaye mak dara jek....


hohohoho.. larrrriiikkkk~~~

ahmadkamal said...

JAZLIN
tu lah kan... gatal gelakkan org
tapi dah berlalu dengan agak baik, i guess
thnks for the wish neway!

JOEY
huhu
sv aku edit ikut soft copy
so tak saket hati sangat
cuma dia suke wat comment2 cloud la kat file aku...
sv aku rowk okeh!
ok2, aku tak pakai kebaya...
hanya kau yang mampu memegang takhta itu!
huhu

IRA
huhu
takpe2... entri ni memang dibuat utk org gelak..
harap anda tak terkena la karma psm ek!

HILMAN
ahhahaha
ko? kebaya???
ko tak sedarke pinggang ko dah tak cukup ramping untuk kebaya????
huhuhuhu

ANOYMOUS
hahaha
memang karma berlaku
nak wat cmna...
agaknya pasni junior2 pon kene sama kowt

CAHAYA PEMBUKA HATIKU
tu la kan
semua ada balasannya, cepat ke lambat je...
urm.. dulu penah guna ayat 'what u give u get back'
habis kene marah ngn cikgu bi
rupanya 'what u gave. u get back'
sekadar berkongsi...
jalan terus ek? takde belok? =p

AYU
amboi.. melampau., terus membayangkan...
haha
yerp.. prof pon manusia juga...
*angkat2 pipi, diana k mesti jeles punya!!*

MR FINAL
dragqueen trus...
ekau ni memang nak kene!!!
tau la ko jeles, ko dah gemookk tak leh pakai kebaya sampai krusi patah!!!
hahaha