Good vs Evil...

0406
10 Julai 2009

Kita kan, kadangkala, ada berjuta alasan untuk tidak sukakan seseorang
Tapi bagi aku, kadangkala, kita kena bertolak ansur, menerima manusia seadanya
At least, that’s what I learned in PRS during my school days

Aku susah nak benci orang
Aku cuba terima mereka seadanya
Aku yakin, ada sebab mengapa setiap makhluk dicipta pelbagai2 oleh Yang Maha Esa
Kalo semua sepesen je, tak best la kan…

Baikkan aku???
YERP!!! AKU RASA AKU BAIK!!!

But somehow, bila aku dah benci seseorang tuh, aku akan benci sepenuh hati
Tak kira la apa diorang penah buat kat aku, bila aku terasa hati, memang aku menyimpan dendam

Sekali je ko buat aku, aku memang ingat
Memaafkan mungkin, tapi aku akan ingat sampai mati!

Tak kira la, kalo lepas tuh dia buat baik dengan aku ke hapa, aku still ada perasaan insecure bila berdepan dengan orang yang pernah aku dendam
Sebab aku pernah rasa sakitnya atas perbuatan mereka!

Memanglah tak nampak aku berdendam
Depan mereka senyuman senang terukir di bibir aku
Senyuman kosong senang terpakai di situ

Tapi di hati, hanya Tuhan yang tahu betapa aku berdendam...

So sekarang aku keliru...

AKU NI BAIK KE JAHAT NI???


p/s – but i guess, semua orang ada perasaan2 ini kan.. Cuma besar atau kecil je... =p
p/s - happy 46th birthday to my mom!!!



:::YTBACK!!!:::

5 comments:

Diya said...

Memang ada yang tak bagus tentang diri kita. Sebab kita bukan maksum. Tapi sebenarnya banyaaaakkk yang bagus dalam diri kita. Harap Kamal tak benci diya =)

n0n0i♥a'n'l said...

Takde lah jahat, tu kira baiklah tu.
Noi pun sama gak camtu.. HAHHAHA (sebab tu taknak ngaku jahat).

Bukan senang nak berfikiran positif ngan orang ni. Sebab tu once dah tak suka sangat, memang rasa cam insecure dah nak kawan ngan dia. *sigh*

Tapi seboleh-bolehnya buang lah rasa dendam. Be extra careful takpe, tapi dendam tu buang jauh-jauh.

:: Cikgu Wiween :: said...

ehh..sama laa kita. Forgive boleh, forget cannot laa.

Tapi satu jek bezanya..

Budak superman jambu tu jahat. Beta baik!

hakhakhakha hakptuihhh

Joey said...

bak kata dalam citer heroes

"...sometimes heroes turns to evil..."

tak baik simpan dendam...nanti makan hati ....

nanti jadi kurussss sangat..and muka nampak tak ceria...



p/s tolong jangan simpan dendam dengan saya...saya tak bersalah..opsss..hehehe

ahmadkamal said...

DIYA - uh? napa nak benci diya lak ni???

NONOI - yerp... btol kan... kadang2 mmg kita cmtuh
dendam, but still terkawal...

WIWEEN - hahaha hakkppptuihhh la baik!!!

JOEY - haha takde maknanya...