Mizunderstood?

0041 – 16 November 2006
Mizunderstood?

Kisahnya…


Aku sedang tidur saat itu. Dalam keadaan yang kurang selesa. Dengan laptop di tepiku, aku hanya mengambil sedikit ruang di tepi katilku. Takut pulak kalau laptop tu terjatuh.

Aku ada plan petang tu, jadi sementara menunggu aku mentransfer beberapa movie ke dalam komputerku, aku mengambil keputusan untuk tidur. Setelah penat menggoreng untuk peperiksaan microb sebelumnya, i really need a solid, nice rest.

Tapi aku terpaksa tidur dalam keadaan yang tidak selesa itu. Walau semengantuk mana pun aku, kalau tak selesa, mesti aku akan sakit badan lepas tu. Tapi nak buat cmna.

Hinggalah...

Tet! Tet!

Hansetku berbunyi. Mengagau tanganku mencari hanset.

Entah kenapa sejak kebelakangan ini jika aku mendapat mesej, itu merupakan saat terindah buatku. Sekarang orang jarang mesej aku. Hanset aku selalu sepi. Kredit pun banyak habis dekat gprs instead of messaging other people. (...)

Bukak kotak mesej.

”Jom kuar. 530 ok...”

Memang agak lambat nak kuar petang tu, sebab kawan aku yang tahun akhir tu ada presentation pukul 4 petang. So, decide keluar lambat sikit walaupun naik bas je.

Bas terakhir yang akan balik ke Kuktem (er.. UMP?) pun pukul 630. balik naik cab lah malam tu. Walau kena bayar banyak. Takpela, hari kemerdekaan aku dari exam plus someone’s birthday.

Dalam mamai, aku menaip,

”K...”

(sekarang ni dah expert main mesej, sambil tutup mata pun boleh menaip. Kadang-kadang tu aku selalu jugak main mesej sambil naik beskal, macam dah hafal keypad tu kat mana – well aku anak dalam dunia teknologi => )

Tiba2...

Tet! Tet!

”Betul nak kuar? Mcm xsemangat je.”

”Umm. Wa tdo r. Baiklah! Yeye! Kta kuar! Muahahahaha (sampai habis msg)”

Niat aku nak puaskan hati dia, supaya aku nampak teruja nak kuar. Lagipun aku tengah mamai, plus i need rest, so aku tulis je mesej tu tanpa fikir panjang.

Tiba2 lagi...

Tet! Tet!

”Ko ni pehal?”

Aku renung skrin tu lama. Cuba tak mamaikan diri. Argh, tersentap pulak minah ni. Period ke apa?

Aku tengok balik mesej yang aku tulis tadi. Baru aku faham yang dia salah faham rupanya. Mesej aku tu mungkin dibacanya sebagai menyindir.

Menyedari bahaya kalau aku kutuk dia tersentap time tu, aku buat-buatlah innocent, tak tahu apa-apa,

”Napa?”

Then,

Tet! Tet!

”Ape2 je la. Tido la. Ok. 530.”

Fuh!~ aku lega.

And this short situation makes me think...

(The thinker is back!) – After all my synapses are conquered by engineering terms.

The thinking side…

Ia buat aku berfikir. Walaupun kecanggihan teknologi sms membantu kita, kadangkala ianya menjerat kita. Let me explain futher more...

Cuba bayangkan lah kalau aku jawab msg, lepas dia tersentap tadi dengan pertanyaan ”Ko ni apahal? Tersentap pulak? Period ke?” dengan nada gurauan, dia mungkin akan baca dengan nada aku mempermainkan dia.

Maybe after that kitorang boleh gaduh besar, then tak jadi kuar.

Get it?

Sms is still sms.

Sometimes I need to write loooooooooooooong sms just to make sure people know what I am thinking at the moment. Aku akan cuba sedetailnya menjelaskan.

Tapi kadangkala penerimaan orang atas penulisan yang dibaca dengan nada yang salah menyekat pemberian maklumat kepada si pembaca (matilah ayat skema!) Betul tak?

Lagi satu yang aku bengang bila aku punyalah menaip pepanjang, tiba-tiba diorang balas balik dengan satu dua ayat je. Mau tak bengang. Lepas aku cuba sejelasnya, itu je aku dapat?

Then at that point pemahaman aku, orang tu nak tak nak je msg ngan aku. Macam tak sudi. Dan aku akan cuba cari jalan untuk hentikan msg tersebut. Walaupun sebenarnya orang tu tak nak berhentikan msg tu, dah memang azali dia tu suka balas msg pendek2.

Nampak tak salah faham yang berlaku? Even aku pun kadang-kadang baca mesej, selalu salah faham. Orang lain pun maybe salah faham dengan msg2 aku.

Sekarang ni fyi, aku selalu ambil masa yang agak lama untuk baca mesej yang diterima, dengan pelbagai tone. Tone sedeh, tone gurau, tone gembira, tone berlagak dan macam-macam lagilah.

Nampak tak ianya dah jadi satu kerja pulak untuk aku mentafsirkan msg yang diberi. Kalau tersalah balas mungkin boleh salah faham. So...

Pernah satu ketika, kiranya this gurl buat salah ngan aku, dia apologies via sms.

Aku balas balik la, indirectly said i accept her apology nut through joke – maybe a little sarcarstic tone, but than she replied me

”jangan la marah aku macam tu, aku tahu aku salah, sori r”

Hurm, sampai tahap ni aku tahu dia dah baca mesej aku dengan tone yang salah, so I replied to her,

“please read my previous msg with chipmunk voice, then u’ll understand my msg”

Sampai macam tu sekali?

One thing aku perasan, kalau perempuan la, mostly, takut gila buat aku marah. Maybe aku jarang marah diorang kot. Kalau aku diam pun, kadang-kadang diorang takut. Heran aku. Pelik perempuan-perempuan ni... Muahaha~

Tapi my point of this entry is the dangerous of technology. Sometimes it is good, sometimes it will bring more harm to us.

Teknologi mesej ni memang bagus, i admit that. Tapi kena hati-hati kan. Kalau salah baca dengan tone yang salah, akan porak poranda la keadaan.

Penutup

Dan untuk sambung balik cerita di atas, lepas aku dapat mesej dia yang suruh aku tido tu, aku sibuk berfikir (my job as a thinker) dan merangka-rangka ayat untuk tulis blog ni (my job as a blogger).

Dan akhirnya aku tak dapat tido... =(

Hampeh tul !

p/s – nak try to constantly update this blog since cuti dah nak start, even though aku tau tak ramai baca blog ni.

Pp/s – entah kenapa aku malas pulak nak cuti – berhadapan dengan dunia yang bosan, so kalau ada masa tu, bawak-bawak lah msg aku. Aku mmg selalu kebosanan bila cuti

Ppp/s – hurm, jelesnye… (sigh)


:::YTBACK!!!:::

0 comments: