0042 – 18 Oktober 2006
Nakal
Kadang- kadang untuk mengetahui mengenai hati dan perasaan kita perlu act beyond imagination untuk mengetahui maklumat yang tidak diketahui selama ini. Walaupun dengan cara yang salah!
Hanya dengan cara itu sedikit sebanyak reality keadaan akan terbuka dan kita lebih mengerti keadaan sebenar keadaan itu dan merancang apa yang boleh dilakukan pada masa akan dating.
Itu yang baru berlaku kepadaku di sini aku di sini. Aku telah buat sesuatu yang salah hanya untuk mengetahui perasaan orang kepada aku. Walau dengan menceroboh sedikit hak peribadi.
Kegiatan ’nakalku’ ini sedikit sebanyak membuka mata aku tentang perkara yang selama ini memang tersurat dan nyata di depan mata, tapi hati ini sering memandangnya sebagai sesuatu yang remeh dan tak penting. Hati ini sering menyangkal perkara yang tersurat!
Hinggalah saat ini baru aku sedar, selama ini yang tersurat dan ternampak di depan mata, yang selama ini aku abaikan itulah adalah realiti yang azali. Juga keadaan yang sebenar.
Ini mengajar aku letak duduk diriku di sisi orang lain. Dan positifnya aku kini dapat merancang apa yang boleh ku lakukan di masa akan datang.
Kamal is being kamal. Walau sedikit sebanyak realiti yang baru ku ketahui ini mengguris rasa, tapi aku sentiasa cuba berfikiran positif. Ya, ini adalah pengalaman hidup terbaru buatku. Yang menambahkan rencah hidupku.
Jangan ditanya apakah peristiwanya, kerana aku tak bisa meluah, kerana ada hati-hati yang perlu ku jaga. Biarlah rahsia...
Tapi, aku bersyukur dalam sela waktu yang telah berlalu ini, aku berpeluang mengecapi kenangan bersama mereka. Tanpa sedikit pun aku rasa terasing sebelum ini. Aku bersyukur kerana mereka masih melayanku seperti teman yang rapat, walau sememangnya aku tak layak berada di situ.
Baru aku mengerti mengapa orang-orang di sekeliling sering memandangku sebagai mengganggu hidup mereka. Betapa butanya aku tak perasan perkara ini sedangkan ianya jelas!
Kesepian aku sebelum ini yang mengawal gerak langkahku. Juga perilakuku. Sehingga aku buta dan tak nampak perkara yang jelas nyata. Sehingga aku sendiri berharap kepada sesuatu yang tak pasti.
Apakah akan terjadi begini di setiap semester? Setiap semester yang berganti akan menambah kenangan pedih dalam hidup? Urm, entahlah...
Biarlah dulu rasa ini berlegar sehingga aku lelah merasainya. Bila aku kembali rasional, akan ku atur kembali hidupku yang sedikit kucar-kacir. Syukur cuti baru bermula untuk aku berehat dari memikirkan masalah yang melanda.
Harap aku bisa mengatasi pedih ini.
Bye
Salam Ramadhan
8 years ago
2 comments:
salam.. huhu.. since blog ni bahasa melayu.. aku cuba yang terbaik. hhuhu.. bukan nak lupakan bahasa ibunda kita, tapi memang nak prektis untuk tulis dalam bahasa English pun kat blog aku tuh... kadg2 dah terbiasa pnye pasal, tulis jgk in english.. and kadg2 tu bhs melayu pun tulis x penuh jgk.. byk sgt shortcut nyer.
hmm.. mmg actually da pernah sampai ke sini. tapi x nak wat panjang cerita, jadi x bg la komen paper. sebab lagipun.. bila bukak blog ni, nmpak luahan rasa.. kdg2 nmpak tensen.. xnak kacau lah.. sebab we both know what happened back then. i totally da x kesah pe yg berlaku.
and because of that history, kita da jadi jauh.. dlu, mse kat semashur, aku x kesah jadi member ko. wlaupun ada bising2 cakap pasal ko. siap ada warning kata jgn rapat sgt ngn kamal tu..
kdg2 teringat dulu.. mse kte layan same M2M. huhu.. suka sgt aku kat merit. and suka sgt aku makan biskut mery. hehe.. boleh plak sebab aku suka tu sebab aku ske kat maree time tuh. huhu.. well, klu xde ko kat situ, aku nk cerita kat spe pasal maree?(ada jgk citer ngn org len.. but u are one of them) thx a lot dude.
actually, mmg aku terlintas, setiap kali ko online kat YM, nk jemput ko ke blog aku.. tp since aku takut lagi.. aku biar dulu. tapi ko da dtg.. thx a lot dude. (again)
and aku rase kalu kita jumpa kat real world... (terserempak kat mid ke, kat stesen bas ke)aku rase, kita akan tegur biase2.. kemesraan dulu dah hilang. M2M ngan biskut mery da xde da. and yg paling best, mse ko prank on me pakai phone tu. ko bg maree bace cerita yg aku reply ntah cmne ngn 'gadis bayangan'.. huhu. thx for such memorable memories.
hmm.. nak tau apa aku rase bile baca blog ni? jeles jgk. sebab ko luahkan segalanya dlm blog ni dgn bebas. tak tau la klu ko msih de yg terpendam ke ape.. tapi klu aku kat blog pun.. bukak topic yg general, yg x kacau dalaman byk sgt.. sikit2 citer. ntah la. huhu.
hey.. aku bukan nka tulis panjag2 sgt. tapi mmg klu dah tulis, da teringt byk perkara, byk la yg kuar. huhu.. thanks for coming to my blog and may this virtual world be the bridge to a better relationship in the real world. thx! (again)
p.s: sowi klu teroffended klu bce. aku bukan nk bukak crite lme, tp tulis from my heart. sowi byk, kayh klu de pape.. salam.
i can't believe it..akhirnya aku dah tau rahsia korg!!!! hahahaha..:D. don't worry i'll keep em safe. klaka la korg ni dlu2..byk betul kisah klasik. betul gak ckp hilman, bila aku try tulis bhs melayu msti nk short form je..kalu tulis elok2, bace balik cm klaka gile. cam wt tesis lak..haha. aku suke r ko tulis dat way, keep the style,k. it's truly yours! n keep on writing..tp jgn tulis pjg sgt2 cm 1 chapter novel..cm yg kt bwh ni..xlrt nk membacanya..sbb 2 aku xkomen. ok, all the best!
--> kd
p.s ko kat mtrx dlu xde suke sp2 ke? aku dgr ade org minat ko dlu, kt situ..;p
Post a Comment