0134 – 25 Oktober 2007
Pre-entry...
Bila dah taip tajuk ni, tiba-tiba otak aku nakal nak wat tajuk pelk yang takde kaitan ngan entry, macam yang mamat mereng, si Joey ni buat. What the fish with Ciara and Hannah Tan, alih-alih, entry nya jauh menyimpang? Mentang-mentang la blog sendiri. (uhu, ada ke blog bukan sendiri punya?) Bila baca I do feel the feeling of the author on how he feel he is a crap! huhuhu
Terfikir gak, ada kawan ni tengah nak main bamboo-bambu orang-orang yang mengganggu hidupnya. Sampai sanggup ke universiti lain, cari orang yang dimaksudkan. But, I must say Tru, u are lucky to have frens that can hold you back when you are down. Erk, down ke? Aku rasa ko ok je kot. Apapun, aku doakan bambuan ko berjaya.
Menyusuri blog encik Hilman, terpempan bila baca pasal unexpected interview yang dia lalui. Well, from my pov, if it is true like you updated, man, ko memang pandai jawab interview tu! At least, banyak gak yang ko cakap, dan bahasanya bombastic. Erm, tapi tatau la kotnya ko edit gila babeng ayat-ayat ko tu. Huhu. Whatever it is, I’m impressed! Btw, thanks wat tag tu. Oho, orang yang buat tag ko panggil ‘that herd’. Macam ganas lak bunyinya. Btw, I get what you mean. So no harm done la.
Irina, waa… gambar kolaj yang ko buat tu. Gambar beta yang besar ko letak di situ. thank you! Thank you! Tapi! Letak gambar beta tu, ada royalti tak? Men sedap je tempek muka orang kat blog sendiri. Tak tau ke beta ni pelaris blog. Erk, ada ek term tu?
Teddybearhijo, wat pertama kali, kunjungan beta ke blognya tak disertai dengan perasaan hampa. Apa mimpi tah dia update, huhuhu. Sori teddy, gurau je. Btw, aiskem ke, duit raya ke, jangan harap nak mintak sini. Sini bukan badan kebajikan untuk beruang-beruang yang sudah berkaler hijo! Hehehe
Kak kriesz, gelak-gelak baca macam mana dia boleh salah wish kat sepupu dia seminggu lebih awal dari tarikh harijadinya. Roomate aku tadi heran kenapa aku gelak-gelak depan komputer. Sampai tertoleh-toleh dia dari game dia tu. Satu pencapaian sebenarya, selama ni, mana dia penah sedar bila men game. Tah apa yang best aku tatau.
Ari lak, perasan jadi budak baik yang buat tag orang. Konon je. Alih-alih banyak rules tak ikut. Lantak la. Tag tu saja je beta buat. Demi tak menjatuhkan perasaan Mr Green tu. So, tak kisahlah ari, at least ari buat sikit kan.
Mr Green, aku terbuai dengan cerita Hikayat Taik Lembunya. Memang hampeh! Macam-macam hikayat telah dibuatnya. Tapi yang bagusnya, ada hikmah di sebalik kata-kata Mr Green. Cuma sedikit pelik, bila sang burung tu mampu hidup dalam taik lembu tu. Ish3. cerita Mr Green ni memang pelik-pelik, tapi kadang-kadang boleh wat kita berfikir. Bagus!
Kak Yanz lak, g blog dia, hujan je. Tengah g Kemamang tu hujan ek. Btw, layout baru. Pelik sikit. Tak tau la, sebab connection sini tak kuat, so macam ada benda yang tak dinampakkan je. Cari jugak entry-entry lama yang tak sempat dibaca, tah mana tah. Sempat baca raya Part 2 je.
Urm, kenapa beta menulis pasal semua ini???
Andalah yang telah mencerikan hari aku. Andalah yang membuatkan aku gelak ketawa. Andalah yang membuatkan aku hilang sebentar dalam dunia maya ini.
At least, i can forget how my week has been going on. What a hectic week, emotions up and down, with lots of pressure and many more. Hard to describe.
1 – U & I, but I’m in seclude area…
Mulanya, sabtu lalu, sekembali di UMP. Aku mengharapkan sesuatu terjadi. Masa aku drive ke kolej pun, aku masih mengharap. Namun, jauh di sudut hati, aku tahu, kalau aku harap lebih-lebih, mesti tak berlaku. Ya, telahan aku tepat, ia tak berlaku.
Sehingga aku mengambil langkah meletakkan diri dalam seclude area. Biar dia tak dapat jangkau ke sini. Dan biarlah aku hilang. Hasilnya, kini dia yang mencari, dia yang mendekati. Aku biasa-biasa sahaja.
Mungkin hati ni dah terlalu tegar untuk berdepan semua ini. Aku takkan biarkan benda yang sama berlaku berulang-ulang kali. Jadi, aku kuatkan hati, lupakan segalanya. Minima kan kehadirannya.
Dan aku tahu, melupakan merupakan satu yang sukar. Aku Cuma buat biasa, dan aku minimakan. Perubahan perlu sedikit demi sedikit. Dan dia pula, yang bangangnya, bila aku mendekati dia menjauh. Bila dia terasa aku menjauh, dia datang dekat pulak. Bangang tak bangang la. Main-main je.
Tapi sekarang, betul, aku tengah kuatkan hati. So biarlah ini berlalu. I keep telling myself, everything that happen is just a phase. Biarkan dulu rasa ini ada.
“U & I, just U & I, there’s never been us…”
2 – Profesional vs Emosional
Profesionalisme. Satu perkataan yang mengujakan. Tapi susah nak apply. Menjadi orang yang selalu terlebih emosi, professional aku selalu berbaur emosi.
Expoconvo’07 makin dekat. Aku makin terbeban. And just want to clarify to Hilman, aku bukan pengarah projek ni. Aku kiranya salah satu kepala dalam projek ni. Dalam projek ni ada 8 bahagian, so aku kepala untuk bahagian Penyelarasan Program.
Kerja aku, nampak mudah. Orang lain memang tak tahu, kerana ianya hanya nampak cantik di atas kertas. Aku kena buat tentatif untuk expoconvo UMP ini. Aku kena tahu setiap program yang berlaku, apa masalahnya, macam mana flownya, dan macam-macam lagi.
Kesimpulannya, aku kena deal dengan macam-macam orang. Dan aku semakin hari, semakin penat melayan kerenah orang. Rabu, semalam, aku mula keluar dari bilik dari pukul 9 pagi, sampai 9 malam, baru tugas aku officially berakhir. Aku memang tengah penat.
Sekarang ni, aku Cuma berharap, apa yang diusahakan tak sia-sia. Tu je
3 – Studies wargh!!!
Memandangkan cuti umum Pahang hari rabu tu aku dah gunakan untuk projek, aku yang balik ke bilik dalam kepenatan, merasakan satu tekanan. Banyak sangat assignment dan tutorial yang aku dah pending dari awal raya dulu.
Unit operation je dah ada 7 soalan. Satu soalannya bukan senang untuk dijawab. Mau sejam setengah untuk fahami dan buat. Aku meminta ehsan kawan aku, konon nak salin, tapi aku berhenti separauh jalan. Kerana ia bukanlah Kamal untuk men salin-salin je. Aku kalau nak salin, biar aku faham.
Chemical Reaction pun sama, ada 3 soalan lagi. Electrikal, slide projek aku tak siap lagi. Yang lain-lain pun ada, Cuma minor sikit.
Aku mula rasakan tekanan. Terus aku masuk bilik, padamkan lampu, terus dengar lagu kuat-kuat. Rasa ok sikit, bangun, dan mulakan sedikit studi. Baru sedikit, ada yang menganggu. Tambah dengan pening kepala lagi. At last, aku putuskan untuk tidur je.
Solution?
Esoknya, atas segala tekanan yang aku alami dalam beberapa hari ni, aku tewas. Aku memerlukan hari keluar. Aku ciptakan Demam Ngada-Ngada ku untuk aku berehat sepuasnya.
Cakap kat roomate, aku tak sihat. Dan suruh pesan kat lecturer kalau dia tanya. Banyak gak kelas aku ponteng.
Tidur sepanjang hari. Bangun. Dan kepala masih pening. Mencari jalan untuk kembali pulih. Mencari blog untuk dibaca.
Syukur ramai dah update. Gelak-gelak. Semangat kembali pulih. Rupanya ada di alam maya sana yang masih ingatkan aku, letak gambar aku dalam entry, buat tag aku, buat ayat sinis dalam entry pasal aku, dan macam-macam lagilah.
Bila aku rasakan, dah takde orang yang memahami aku, tiba-tiba tengok di alam maya, ramai je ingat kat aku. Ditambah pulak, ada mesej yang tak disangka dari orang di sekeliling, ada pemberian yang tak disangka yang diberikan. Dan ia memberi satu perasaan puas, dan aku kini kembali ok.
Bak kata ari, masih ada yang sayang kan.
Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih!
7 comments:
u'll never walk alone kamal. "masih ada yang sayang" tetap akan wujud di mana2 dan ke mana shj kite pergi. cuma kdg2 kite je tak beri peluang pd diri sndiri.
adoiii. kite ukan budak baek ler. saje je nak perli diri sndiri. huhu. sowilah ye. kite mmg tak suka ikut rules. ngehhh :p
adehh kite dulu amek sains fizikal ase mcm nak hantuk pale kat meja je bile kene study chem ngan fizik. sgala formula, electric bagai kene hafal. fuhhh penat otak.
sameer2....heheheh!!!
btw..apsal bila dier mencari ko plak yang berlari x tentu arah? hehehe..just open ut heart...mana tau can work on it once more...who knows...
kalo ak dah kembang2 idung org mengejar ak nih...hehehe...
to incik kamal...
pasal tajuk joey, ciara, and hannah tan
apart from they're gorgeus people...wakaka...ada satu linking yang menghubungkan mereka bertiga ini.....
the clue is simple...check their biodata....kalau rajinlaaa....
hmm... weh, if you want to tag me again, go ahead. I will try to do it. there's nothing wrong to be in the herd anyway. LOL!
I found out that doing the same thing with other bloggers (such as tagging) may result in stronger bonding and lasting friendship.
so, do tag me again. and maybe i will do another picture of 'tagged by ak' LOL!
eh, thanks too, dude! =)
erk..entry tu menceriakan idup kamal?akak terharu dik..mmg ramai yg syg kamal ni...so..sayangilah diri sendiri mcm org sekeliling sayang kamal...whatever happened,life must go on..:D
pakcik! shayang kamo gak! muahaha...
eih, manede mimpi2 updet, ceh, hine lak... ughuu~ nak gak eskim, duit raye, bukan sini badan kebajikan bagi teddybear kaler ijo lidah ungu2 kah?
uuu...
huhuu...
besh bila bace, tahu, pakcik updet2...
how i wish i could do that too... wakaka... tp mmg xla... hee... thanx gak kat pakcik neh~!
(^^)"
Salam..
Hehe.. Dlm hidup nih, mmg cam roda.. Jap kat bwh, jap kat atas.. Ble kat bwh, tentula kte sentiasa mengingat kembali keadaan ble kte kat atas, tp ble kte kat atas, jrg2 kte nak toleh blkg n ingat balik ble kte kat bwh.
Pe yg ak nak ckp kat sini ialah, jgn risau kamal. U'll always have people that will back u up. Ble bc komen2 yg kat atas, le dirumuskan yg sume syg ko. Hehe.. Sume xnak tgk ko jatuh/sedih/tensen, kn?
So, have faith in yourself, do anything that u think is right. Take ur time n let yourself heal. Xsalah kalau kamal teringat 'dia' lg, tp sikit demi sikit, cbe kurangkan lihat dia dalam kelompok 'dia yg ak syg' n tukar pd 'dia yg penah hadir dlm idup ak'..
Alamak, rs jiwang la pulak.. Hehe.. SOwy eh kamal..
Kla, take care n be happy yea..
=)
Post a Comment