Raya yang hilang...

0130 – 11 Oktober 2007

Raya yang hilang...

Sana sini orang bermood raya... sana sini orang antar ecard, ataupun my banner sebagai pengganti kad raya... sana sini orang pasang lagu raya...

Aku?

Hurm... ke mana hilangnya mood raya bagi aku entahlah...


Duit raya???

Adakah kerana sudah semakin besar, dan aku dah tak dapat duit raya? Sapa cakap aku tak dapat, in fact, being the first child in the family, aku masih dapat duit raya.

Jumpa and salam pak cik aku,


“ni tahun terakhir ye bagi duit raya kat Ame (my nickname), tahun depan takde ek”


Makcik aku juga begitu, tapi tidak pak long and mak long aku, diorang memang akan sentiasa bagi.

Tapi itu hanya sekadar dialog, tiap tahun ulang dialog yang sama, konon-kononnya ini raya terakhir aku dapat duit raya, tapi tak de pun! Tiap tahn dapat jugak.


Baju raya???

Jadi lelaki, tak kisah sangat pasal baju raya. In fact kalo mak aku tak sibuk-sibuk, takde lah beli. Dia yang selalu call aku dekat kolej atau asrama tanya nak beli warna apa.

Sebulan sebelum raya...


”ame, ma nak beli baju raya ni, ko nak warna apa”

”urm, ma beli sekarang? Raya lambat lagi r..”

”nanti kalo beli lambat-lambat, ramai orang. Baik beli sekarang, tak daya nak tengok orang nanti”

”ma beli je la warna apa pun. Ame tak kisah”

“hijau ok, ke nak biru?”

”ma call lah wan, tanya dia nak warna apa.ame amik je warna apa pun”


Macam tu je lah. Tapi baju raya yang mak aku beli kiranya mahal la jugak. Satu pasang rm 180 termasuk samping. Sekali dengan adik aku punya (wan), nak dekat rm 400 la abis.

Campur adik aku yang perempuan tu lagi. Banyak jugak berhabis. Tapi tu bukanlah tiap tahun. Baju raya tahun ni pun, baju tiga tahun lepas punya. Bukannya nak melaram Sangay. Asal ada cukup.

Tapi yang pasti, di pagi raya aku maíz kayak bergaya!


Lagu raya???

Pernah obses gila dengan lagu raya. Beli kaset n cd semua. Of course la lagu siti. Suara dia memukau bila nyanyi lagu raya. Walau betapa bosan pon lagu raya tersebut.

Sekarang? Tak de lagu atau alunan irama. Hatiku bagai mati nak menikmati lagu raya. Walaupun, mas tu aku keluar ke pasaraya, lagu raya berkumandang, hatiku berlagu riang.

Tapi untuk melakukan seperti dulu, copy paste semua lagu raya kawan-kawan. Buat satu folder, pasang je tiap-tiap malam. Takde lagi rasa itu.

Entah kenapa.


Ramadhan???

Di awal ramadhan, pernah berazam, nak melakukan yang sebaiknya. Puasa penuh. Semayang terawikh tak nak tinggal.

Puasa penuh ke sekarang ni? Entah kenapa, in term of quantity maybe it is enough, but quality?

Berapa hari yang aku bengang dan termencarut je kat semua orang? Berapa hari yang aku terumpat sana sini? Berapa hari aku pergi bazaar yang abiskan pahala dekat cuci mata je tengok manusia?

Urm, entahlah. Jumpakah lagi Ramadhan yang depan?

Sembahyang terawikh? Selama ini tiap malam penuh. Aku buat 8 + 3 witir. + sembahyang hajat kalau esoknya aku test.

It went well, until yesterday. Aku kepenatan yang amat setelah drive dari UMP ke KL. Sampai pukul 1230, tapi tido macam nak mati. Sedar-sedar dah nak berbuka.

Lepas berbuka tidur balik. Sedar-sedar adik aku panggil tengok lintas langsung penghantaran angkasawan ke ISS. Bangga sekejap dengan mata separa buka. Tidur balik. Sedar-sedar dah sahur.

Aturan hidup kat rumah ni tak terarur sebab tilam yang empuk ini! Hurm. Dan kerana tilam ini, semalam aku tak terawikh pun!

There go my azam from the beginning of Ramadhan.


Kad raya???

Dulu semangat gila time raya macam ni. Menghantar sana sini. Mendapatkan maklumat sana sini.

Sekarang? E card pun malas antar sebab connection cipan. Nak buat my banner untuk jadikan e card pun malas sebab, aku malas. Hahaha.

Abis kuat ada la 2 3 orang aku antar mms gambar aku dengan ucapan raya.

MMS? Urm hahaha, lepas raya la citer.

Malas nak balas semua. So ucap kat sini je la ek…


SALAM AIDILFITRI

“kata maaf dilafaz sejuta keikhlasan,

di atas segala salah silap

dalam kisah kita”


Jaga diri sepanjang cuti ni! aku nak mencari kembali di mana hilangnya raya aku!


:::YTBACK!!!:::

3 comments:

aria ayumi said...

kite paling malas nak membalas kad raya owang. tp, still mengharap ade yg kasik kad raya tiap2 thn... :p

ramadhan thn ni mcm tak terasa sgt, disbbkan keje yg terlalu byk, sampai kan tak sedar dh nak raya. ase mcm bape hari je pose...

zura lias said...

hehehe..akak pun malas balas kad raya so taun ni dpt le 1 kad raya pun,itu pun malas gak nk balas..hahahaha..sms pun akak balas arie raya 1st tu..selamat hari raya kamal..maap zahir n batin ek..

teddybearhijo nanyer duit raye adakah??? said...

kekee...
cam serupa jak...
but me tanak wat post takbermudraye itu...

huhuu...

selamat ari raye pakcik...
sekali sekala cuti, renggang2 kan diri tuh...
huhuu...

pahtu pulang kembali ngan diri yg baru sikit...

papepon, fighto~0wh neh, pahni exam2 sokmo, gud luck, wat sehabes baik...

wahaha...