Tag Part 1

0127 – 05 Oktober 2007


Matilah tag pun berpart-part dibuatnya.

Aku kan baru nak warming up balik dalam blogging ni, so endurance taip panjang tu makin kurang la.

Susah plak nak menaip balik ni, sengal je otak!


Mission impossible!

Lama menyepi, bila mula menaip balik, rasa macam pelik sikit. Funny eh!

Apapun, maafkan beta, kunjungan korang semua ke Yang Terdalam kebelakangan ini hanya menerbitkan rasa hampa. Maaf dari sudut hati! Lantaran tugas dan tanggungjawab yang masih banyak untuk didahulukan, Yang Terdalam semakin hilang prioritinya.

Bukan takde cerita untuk dikongsi, banyak je. Nak kena buat list entry yang akan dituliskan macam mamat ni ke? Tak yah la. Aku rasa list entry aku lagi banyak kot. Nanti tak termampu.

So di masa yang ada ni, aku menaip je apa yang aku mampu. Banyaknya idea jangan cakap. Tapi slow-slow dulu lah eh.

Lagipun kalau tulis panjang-panjang, buat sakit mata korang dan peningkan kepala korang je. Korang pastu, skip pulak nak baca kan.

Ala macam aku tak tahu macam mana orang baca blog, nampak panjang sikit dan ayat kureng menarik je, skip. Aku pun pembaca blog la...

Dengan berakhirnya sesi menyapu sawang ini, maka secara rasminya beta membuka kembali Yang Terdalam secara aktif!

Beta akan berusaha untuk update secara aktif!


Tag

Mari kita mulakan hari yang mulia dan indah ini dengan Ummul kitab, Al Fatihah!

Setelah pembukaan majlis tadi, kita beralih kepada entri pertama kita. (sengal deyh lama tak menaip, selalu laju je idea)

Beta akui, dan beta sedar, beta telah di tag oleh orang-orang ini. Bukan single tag, atau dual tag tapi TRIPLE TAG!!! Huhu, nampak sangat lama giler beta tak menulis, sampai kena menggunakan kuasa tiga baru dilayan rupanya.

Orang pertama yang tag beta adalah truanta, yang kedua beta keliru sama ada Mr Green dulu ke atau Joey.

Tak mo cakap lebih, jom terus ke tag tersebut.

Jap, beta copy paste sat

SYARAT-SYARAT PERMAINAN TAG:
1. Setiap blogger haruslah menyiarkan peraturan-peraturan ini terlebih dahulu.
2. Setiap blogger harus memulakan dengan menyatakan 8 fakta mahupun minat diri mereka sendiri secara rawak.
3. Para blogger yang terkena tag perlu menulis pada blog mereka sendiri tentang 8 perkara tersebut dan menyiarkan semula peraturan-peraturan permainan ini. Di akhir penulisan, anda haruslah memilih 8 orang untuk dikenakan tag dan senaraikan nama mereka.
4. Jangan lupa untuk meninggalkan komen yang menyatakan kepada mereka bahawa mereka telah di tag dan harus membaca blog anda. selamat mencuba.
(ehsan daripada Joey)


Hurm, random facts about me???


Number one - Blood

Melalui alam maya ini, melalui gambar-gambar beta di laman web ini, dan juga frenster maupun myspace, beta dapat merasakan yang korang semua pun perasan yang beta ni amatlah kacak bergaya orangnya. (haha, terpuji diri sendiri pulak)

Dengan lubang hidung yang just nice, tak macam orang ini, (huhu) mesti korang perasan beta ni macam nampak kurang melayu la. In fact, pernah banyak kali juga, orang cina datang kepada aku cakap bahasa cina. Diorang ingat aku sebangsa dengan diorang.

Fact number one. Beta berdarah campuran. Dan actually, a very interesting story.

Selama ni aku selalu menganggap aku ni melayu tulen la kononnya. Masa kecik dulu, akulah melayu kan. Tapi setelah aku tengok-tengok balik surat beranak aku, plus macam-macam cerita, aku menyedari hakikat bahawa sebaliknya.

Aku berdarah cina + india sikit + melayu. And that makes me, CINDIAYU. Haha.

Sebenarnya, nenek aku sebelah emak aku, orang cina. Masa perang dulu, keluarga dia bagi dia dekat keluarga melayu untuk dipelihara. So secara tak langsung dia dibesarkan dengan cara Melayu dan Islam. Dan kahwin dengan arwah datuk aku yang sememangnya Melayu. So kiranya darah Cina tu adalah di bawa bersama di dalam darah emak aku.

Bercakap mengenai bapak aku pulak, aku sedikt terkejut bila melihat surat beranak dia yang menyatakan bapanya (datuk aku la tu – aku tak pernah kenal pun, meninggal sebelum aku lahir) adalah seorang India Muslim. Dia berkahwin dengan opah aku yang Melayu, so darah India tu sedikt sebanyak mengalir dalam ayah aku dan aku.

So it makes me campuran pelbagai jenama la. Dan sebab darah cina tu dominant sikit dalam aku, jadilah aku macam ni. Dalam pada masa yang sama, characteristic india tu masih ada sedikit la aku bawak.

And it makes me wonder, senang kan nak jadi melayu. Campur la apa pun, Melayu lah jadinya. IC aku sekarang pun tulis aku ni Melayu.

Persoalannya – siapakah Melayu yang sebenarnya?


Number two – The theory

Lama jugak actually, aku pikir-pikir pasal fakta-fakta pasal diri aku. Semakin dalam aku fikir, semakin ia membawa aku menyelami siapa aku yang sebenarnya.

Like someone said to me, i’m too choosy, not easily to penetrate. Aku sukar didampingi kalau tak rapat. But, at the same time, aku juga sentiasa open myself untuk dikenali orang, and once aku biarkan seseorang masuk dalam hidup aku, aku biarkan dia masuk secara total. Hinggalah satu keadaan di mana, aku terus menaruh harapan padanya dan sampai satu takat, aku akan kecewa sebab dia tidak memenuhi harapanku, dan aku berhenti berharap.

And that makes me not-easily-to-penetrate but-when-some-people-are-given-the-oppurtunity I-will-let-them-in-and-giving-my-hope-until-there-is-nothing-to-be-hope-for.

Panjang tak nama teori aku.

This teory applies banyak kali.

Aku susah nak biarkan orang masuk dalam hidup aku. Aku tak kisah bila ada orang yang nak kenal. Once diorang tunjukkan minat, and aku sendiri pun berminat, aku biarkan diorang masuk dalam hidup aku secara total. Aku ingin berkongsi segalanya dengan mereka.

Bagi orang itu pula, mungkin bila lihatkan aku bertindak agresif begitu, dia semakin takut untuk mendampingi aku. Dan akhirnya aku kurang dilayannya, dan aku sendiri bengang di dalam hati, dan terus berhenti berharap.

Itu je la yang boleh aku tulis pasal teori ni. It applies to love and friends. Mungkin akan ada satu entry pasal ini. Who knows.

Itu membuatkan aku kini tak nak bergantung harap lagi pada orang, aku lebih independant.


Number three – a thinker

Pernah aku hantar mesej kepada kawan-kawan aku (ala dulu men cmani popular la gak)

”Describe me in one word”

Dalam banyak-banyak balasan yang aku terima, ada yang kelakar, ada yang pelik, aku tertarik dengan satu balasan ini.

”Kamal = a thinker”

Yup, i admit maybe tha is true. Aku bukanlah lelaki simple yang terus buat je benda-benda tanpa fakir dulu. In fact, kalau apa pun aku nak buat, aku akan fikir baik buruknya, tengok dari segala perspektif, dan bila aku berkeyakinan baru aku buat keputusan.

Somehow, kadang-kadang aku tengok orang yang simple minded ini best gak, tak yah fikir apa-apa consequences dalam apa yang dibuat. Hidup diorang tampak best dan happy je. Macam aku ni, aku sering membataskan perlakuan aku berdasarkan apa yang aku fikir.

Macam contohnya ponteng kelas la. Bagi diorang ponteng kelas ni ok je. A norm. Keseronokan. Bagi aku pula, kalau aku ponteng kelas, lecturer akn detect aku, aku akan tinggal pelajaran, aku akan lagi tertekan, pointer aku turun, dan macam-macam lagi lah aku fikir.

And that makes me try to attend any class, walau macam mana pun keadaan aku. Banyak kali gak rasa nak ponteng je, tapi sebab otak aku macam ni, so aku gagahkan diri jugak.

Maybe aku jadi macam ni sebab aku anak pertama kot. Sebab banyak benda yang aku kena fikir sendiri dan bukan menonong je. So sekarang ni aku agak susah nak fikir simple.

Sampai nak tulis entry ni pun aku fikir apalah consequencesnya. Hurm better stop!


Number four – an owl

Huhu. Minah tarik tali aku panggil aku burung hantu. Tu sebab dia nampak aku tangkap gambar dengan burung hantu dulu.

Tapi betul jugak. Sebenarnya aku ni kalau malam memang aku suka tidur lambat. Kalaulah malam ni berpanjangan, mau aku tak tidur. Entah kenapa aku rasa best waktu malam.

Waktu malam lah, aku boleh bersendiri, melayan perasaan, suasana tenang je. Tak de tanggungjawab sangat, sebab waktu nilah waktu aku adalah aku. Waktu yang ideal untuk aku studi.

Best je rasanya. Dan bila tiba waktu pagi, aku pulak rasa nak tidur je. Tapi kalau ada kelas atau benda lain, memang aku boleh la bangun. Ni memang aku cuba latih diri aku. Kalau ada kerja, aku akan ketepikan tidur aku.

Tapi, kalau ada je waktu senggang, tidur je la keje aku. Waktu antara kelas ke, atau petang-petang yang aku malas riadah ke, tidur is my job. Aku boleh je tak makan ke apa, yang penting tidur mesti dilakukan.

Macam bulan puasa ni, cabaran utama aku adalah mengantuk, bukan lapar. Patutlah aku kering je kan?

Teringat lagi dulu masa kat semashur, diorang semua petang-petang mangat g men bola, aku lak g tarik katil belakang almari besar, then tidur sebab takut kantoi. huhu


Number five – imaginary world

Hurm, I think I’m alone long enough, that makes me created my imaginary world. Alam khayalan, di mana aku betul dan aku tiada salah. Alam yang percuma untuk diciptakan hanya memerlukan imaginasi tingkat tinggi sahaja.

Selepas SPM, cuti itu amat membosankan. Aku rasa ingin kembali ke sekolah je masa tu, sebab aku terlampau sunyi. Duduk je rumah, malas nak kerja, tidur, and malam aku berjaga. Kadang-kadang nak meluah kepada seseorang, tiada siapa di sisi.

So, aku ciptakan alam imaginasiku. Melalui lagu.

Dulu, aku dengar lagu, aku akan menerawang jauh. Di dalam alunan suara penyanyi, dengan mood lagu tu, muzik dan melodi, aku akan membayangkan segala-galanya mengenai lagu tersebut. Indah. Best.

3 lagu yang paling aku suka menewarang bersama – Ku Menunggu (Siti Nurhaliza), Beradu Di Khayalan (Siti Nurhaliza) dan Taman Langit (Peterpan).

Tah kenapa 3 lagu tu menarik perhatian aku. Best je. Lagu-lagu lain pun aku layan jugak, tapi tak seindah lagu-lagu tu.

As times goes by, bila tanggungjawab dan kerja makin bertambah, ability aku untuk berkhayal makin berkurang.

Sekarang ni, kalau dengar lagu je aku mengantuk. Dulu, kalau dengar lagu, aku terus menerawang. Sekarang terus ke alam mimpi.

Somehow, aku rasa lost pulak. Hilangnya connection aku kepada dunia yang aku ciptakan dulu. Mungkin sebab aku mula berpijak di bumi yang nyata?

Apapun, the fact is, aku pernah ciptakan satu dunia imaginasi yang indah dan best. Di situ, aku adalah aku, di situ aku betul.

Mana hilangnya dunia itu, aku tak tahu.

Dan kadang-kadang aku rasa aku ngan Ally Mc Beal sama je. Alah, minah yang suka berkhayal tu (ada ke lagi ingat citer ni?). Tapi aku realistik sikit la, tak bengong macam dia! Huhu


Post-entry

Cukuplah dulu sampai sini ek. 5 dulu, 3 lagi akan menyusul. Nantikan entry part 2 lak. Nak korek balik fakta-fakta diri ni

Kalau aku malas taip part 2, aku buat macam promo macam dulu-dulu tu. Hahaha. Memang pemalas.

Good day to all!


:::YTBACK!!!:::

5 comments:

Joey said...

selamat hari raya..lepas raya baru aku baca...aku nak balik dulu...wakaka

Hilman Nordin said...

i like the part on you being an owl. I really like it..

sebab bila type comments ni, smbil tgk picture ko, aku terasa "tul jgk, macam owl la..." LOL!

weh pesal plak? asal macam mamat ni plak? hehehe..

rase xkn ada entry sampai raye kan? ape kate wat join venture raye post? mesti cmbest kan? sme letak pictures and 'raye mood'.. Okie?

slamat raye, slamat tinggal ramadan, amik yang baki ni buat bekalan di hari akhirat....

teddybearhijo~duit raye... duit raye... duit raye... said...

huhuu...
updet gak pakcik eyh...
huhuu...

sowila lame xjengah2 kaki teddybear kat sini... huhuu...

uh, besh gak cadangan makhlok atas ini... tp acam keji la plak... letak gambau raye? hum, gambau raye, kat kampong, me pompuan... uh, susah sikit la... hehee...

gud luck tok pakcik, anti nek raye, musti ramai xam owk?
stadi2...

n selamat ari raye tok pakcik gak...

*duit raye???~ ngan muker macam kiut2... hee...*

maaf zahir n batin eyh...

raye leklok...
n mari gemokkan diri balek raye2 niyh...
syurga makanan... huhuu...
me pon da kekurangan lelemak time pose... tade niat nak tuwun berat pon... hum~ sdey~

(^^)"

burung antu=pakcik~ hehee...

aZwaN mUsLiM said...

huargh..

*ngantuk...

hehe...
dunno wat to comment, nk bia setel 10 tag dlu la baru aku komen apape
hehe

slamat ari raya...

=)

aria ayumi said...

huhu kamal ni bile tak ber-update punya la lama. skali update, panjang gedabas :D

menarik fact yang kamal ni CINDIAYU. huhu. mmg dh agak pun u're mixed :)