Another tone in Yang Terdalam

0155 – 01 Januari 2008

Another tone in Yang Terdalam

Salam semua
Dah masuk tahun 2008 ye kita.
Sekejap je rasanya masa berlalu.

2007...
Banyak kenangan tercipta.
Banyak rasa yang dirasa.
Banyak pengalaman yang ditimba.
Dan banyak fakta mengenai diri sendiri kian ditemui.

Apapun, segalanya,
Suka duka,
Pahit maung,
Kecewa,
Marah,
Sedih,
Gembira,
Teruja,
Berlagak,
Dan macam-macam lagi rasa yang ada
Merupakan sebahagian dari himpunan perasaan yang harus dirasa oleh kita manusia.

2008 yang mendatang...
Ku harapkan sinar melimpahi.
Ku harapkan suka melewati.
Ku harapkan cahaya menyinari.

Lupakan segala yang hitam pekat yang pernah dilalui.
Akan ku usaha menjadikannya kelabu, putih dan mungkin akan kembali suci jernih.

Segala yang berlaku ada hikmahnya.
Aku percaya itu.
Itu sahajalah dayaku sebagai hamba.

Setiap saat yang berlalu dalam 2008 ini, ku harap dapat penuhi dengan sebaiknya.
Jadi diri yang lebih baik dari sebelumnya.

Azamku saban tahun.
Perbaiki diri. Kenali diri.

Kerana hanya di situ tersembunyi maknanya hidup ini.
Kerana di situ aku percaya adanya sesuatu yang tersembunyi.
Aku bukan diciptakan atas sekadar suka-suka.
Aku ada fungsi yang perlu dipenuhi.

Pendamping.

Masih mencari yang pasti.
Mungkihkah ketemuinya di tahun ini?
Tak bisa meramal.
Cuma berpijak di bumi yang nyata.
Aku sedar kemampuan diriku di tahap mana.

Apapun, 2008 yang mendatang ini, aku harapkan kenikmatan buat semua.
Biar pahit mana pun hidup, jangan lupa tersenyum.
Senyum itu mendamaikan jiwa.

Selamat Tahun Baru 2008!

- another tone in Yang Terdalam -


:::YTBACK!!!:::

1 comments:

zura lias said...

yg lepas jd cikgu untuk taun yg baru..hehhe...epi new year kamal..hope taun ni tarak sedey2 dh..:D