0157 – 04 Januari 2008
Memori Polo Blue
Jam yang terpancar kelip kelip di handset Sony Erricsson W850i aku menunjukkan pukul 7.30 malam. Masa untuk mandi ni! Kena cepat. Kang berebut pulak dengan housemate yang lain.
Cepat-cepat bersiap untuk mandi. Masuk ke bilik air. Membuka pili air, menderu airnya membasahi badan. Bagaikan satu terapi setelah seharian melakukan rutin harian.
Rutin harian di awal tahun baru dan di awal semester? Apakah ia? Tidur je lebih. Sebab banyak yang masih bercuti dan banyak kelas yang masih belum dimulakan. Tapi, tidur lewat kebelakangan ini pun sedikit menyakitkan badan.
Mungkin teroverdose, mungkin kerana aku sebat je tidur lepas asar. Memang tak sihat. Will do something about this!
Selesai mandi, mula bersiap untuk memakai pakaian. Sedikit wangian dan semburan di semburkan di badan. Keharuman yang tidak terlalu pekat oleh Polo Blue menyebabkan aku terbuai. Dah lama dah aku pakai wangian ni. Tu pun beli bukan yang original, kalau yang original macam mana pulak rasanya eh?
Tiba-tiba, hati bertanya,
”kenapa, aku menggunakan haruman ini?”
Dan tiba-tiba, aku teringatkan segalanya...
**********
5 tahun dulu. Di tingkatan 4. Sekitar Sogo KL.
Aku bersama dia. Dia yang menyenagkan hati aku ketika itu, dia yang menggembirakan aku. Juga sedikit menggetarkan hati aku.
Sudah lupa bagaimana aku boleh keluar bersama dia. Yang pasti, di waktu itu, aku dan dia ada projek kelas. Jadi kami bersama ke KL untuk menguruskannya. Bayangkan dari SMS Hulu Selangor ke KL. Jauh juga la, walau KL ni kiranya kawasan permainan aku. Sekitar jalan TAR tu kiranya aku familiar la jugak.
Kami berjalan. Menyusuri setiap aras, membelek apa yang patut. Sesekali keluar dari kawasan asrama memang agak mengujakan. Sesekali melihat dunia luar, indah rasanya. Menghirup udara yang tak berapa nak bersih di sekitar KL tu.
But, still, the idea to be with her... gosh, its intriguing!
Aku masih tersenyum memikirkannya.
Sampai satu ketika, kami berpecah. Yelah, dia ada ’barangan wanita’ yang ingin dilihat, aku pulak rasa agak malu untuk bersamanya di bahagian wanita. Lantas aku ke bahagian CD dan yang lain.
Melewati bahagian wangian. Promosi Polo Blue!
Terkedek-kedek promoter tu mempromote barangannya.
Masa tu, aku bukannya suka sangat dengan wangian mahal-mahal macam tu. Yelah, student sangat lagi masa tu. Bukannya mampu. Otak remaja. Masa tu duit lebih banyak dihabiskan untuk CD, dan macam-macam lagi. Wangian bukan priority.
Tapi promoter tu tetap ingin menyembur pergelangan tanganku dengan wangian itu. Aku dengan tak banyak cerita menghulurkan. Selesai disembur, aku berlalu.
Dah jauh sikit, try bau pergelangan tanganku. Wangi juga!
Tiba saat, kami bertemu kembali di tempat yang dijanjikan.
”eh, kamal, bau apa ni?”
”erm, tadi, ada orang sembur aku. Polo Blue ke apa namanya...”
“oh… erm wangi”
“erm… ”
Kami terus berjalan.
”hei, wangi la. Sedap baunya”
”err... ko belikanlah untuk aku” (blushing)
”banyak cantek!”
**********
Tersedar kembali. Boleh pulok mengelamun, sedangkan tak Maghrib lagi!
But, somehow, its interesting to remember all those things after all this years. Surprisingly, how the early days affecting my life now!
11 comments:
eehhehe..memori minyak wangi...lepas ni kalo akak jumpe kamal..akak nk sembur perfume manyak2 ar...biar kamal teringt akak je..ahahahhaha
KAK ZURA
kalu jadi cmtu, bukan memori minyak wangi lagi... tu memori yang akan menyakitkan idong! huhuhu... tapi kalo betol la kak zura nak pakai minyak wangi byk2 masa jumpa kamal, pakai la mahal2 sket... pasar malam tak men la... haha... (ngata org, sendri beli yg tiruan punya) huhu
memori la kkonon...
per motiff?? nak bg tau sal handset lapok ko tu ker...hehehehe..ala skali skala beli ori punya per salah...hahaha..
sik pakai perfume 10 hinggit jerk..hahaha...
salam..
hmm.. tolong aja aku nak tulis blog sambil menggelamun.. senang aku ak updet.
hahaha =)
p/s:adakah... orang itu ialah.... =)
Wuit,
bestnye mengelamon.Minyak wangi tak original pun leh mengingatkan kenangan kan!
Kenangan bukan terletak pd harga kan?
TRUANTA
ko memang ek... jeles kat aku.. slamat aku takde memori ayamas! huhu... ala, aku beli pon tak ori punya la... 18 hengget je, tahan la satu sem! huhu
HILMAN
menggelamun tak perlukan masa yang panjang sebenarnya... banyak yang boleh diperlamunkan dalam masa yang singkat... cuma masalahnya nak mentrasnkripnya yang susah! tu pun, klas aku batal pagi tadi , baru lah boleh menaip
@LIENZ
huhu, kenangan memang tak perlukan harga... kadang2 tempat pun jadi kenangan, situasi, dejavu, ala macam-macam la. kadang2 benda simple pun leh dikenang... persoalannya, adakah kenangan datuk/datin/tuan/puan/encik/cik di planet yang lama dulu??? huhuhu
elo sexy polo boy.. hehe
selamat tahun baru kat ko...
Kuang..kuang..
Kenangan dulu? Kat planet @LiENZ, kenangan bleh diadjust..hm.Dah lama tak pakai machine kenangan tu!
MR GREEN
huhu... ada tokoh jadi model polo blue yang seksi ke??? haha... slamat taun baru gak!
@LIENZ
oho... ada mesin kenangan.. bestnya! pinjam satu boleh? huhu
meh nak shium sket bau minyak wangi polo blue kat tangan kamal. saje nak check bau nye cemane... huhu
DIYA
huhuhu... nak tiru iklan tu ek??? kang terhantuk kepala kat pintu kang susah...
"wangi..."
"er... terima kasih... Polo Blue namanya, mau bau lebih dekat"
"ok"
POK!
(kepala diya tersangkut di pintu...huhuhu)
ke diya nak kejar kamal naik rollerblade? huhu
Post a Comment