0177
2 Mac 2008
Tadi, semasa makan.
Aku dan rakan-rakan rancak bersembang.
Berbicara, bercerita.
Mengumpat!
Best jugak bila ada masa begini. Setelah pagi tadi penat berkelah di Bekelah, malamnya hanya duk lepak bersenda gurau.
(eheh, sapa yang doakan hujan tu, tadi cuaca mengizinkan dan baik... terima kasih!)
Tibalah satu topik yang disembangkan.
Dibicarakan, diceritakan.
Diumpatkan!
Topik nicknames.
*****
Nicknames?
Yeah, wuteva you call it, - nama panggilan, nama samaran, nama glamour - it all exclude in the same group.
Tiba-tiba aku teringat beberapa nama pelik, yang telah diberikan kepada kawan-kawan, dan yang kelakarnya melekat sampai sekarang!
Kadang-kadang aku ni jahat gak. Aku suka bagi nama-nama kat kawan. Selalunya adalah cerita yang menyebabkan nama-nama itu diberikan.
Entah kenapa, agaknya aku punya bahasa tinggi sangat kowt, atau menarik perhatin orang, nama yang aku bagi tuh kadang2 melekat, sampailah sekarang!
Takut pon ada sebenarnya. Yelah, macam benda jahat yang kita buat berpanjangan je. Menambahkan dosa aku je!
So, marilah kita tengok beberapa orang yang telah dengan jahatnya aku memberikan nama samaran....
*****
Case studi 1 – Kucik.
Nama dia ni sebenarnya Azri. Dia kawan aku masa matriks dulu. Duk depan bilik aku.
Masa orientasi, semua tak nak lah diam sangat. Masa tu dah rasa diri besar, dan patut bersosial dengan orang.
Sejak hari pertama lagi, bilik aku dengan bilik si Azri ni sering berhubung. Kiranya minggu orientasi, kitorang sama-sama pergi la.
Sampai la satu ketika, masa tu nak pergi bersukan petangnya.
Azri, tiba-tiba berkata,
”eh, jap tunggu. Aku nak betulkan seluar aku nih. KUCIK dia terkeluar lah!”
Aku memandangnya pelik. Bahasa pe ni?
Aku tengok seluarnya.
Ternampak poketnya terkeluar dari seluar!
Lantas aku tergelak!
”woi! Tu KOCEK la.. bukan KUCIK! Kampung giler panggilan... orang sekarang panggil poket la! Hahaha!”
”lantak la aku nak panggil apa pon. Asalkan aku rasa best!”
Dan kami berlalu ke tempat riadah.
From time to time, tiba-tiba hilang nama Azri tuh, jadilah Kucik je.
Sampailah sekarang…
”ni Azri la. Kawan matriks ko!”
”Azri? Hahaha, aku kenal KUCIK je. Aku tak kenal Azri!”
”Hampeh ko Kamal!”
*****
Case studi 2 – Bibik (Ribut-Ribut)
Ni satu lagi budak yang aku jumpa kat matriks. Roomate si Kucik.
Nama sebenarnya pun aku ingat-ingat lupa. Hairul kowt. Hik!
Aku pun terperasan la ada satu rak yang dia bawak dari rumah.
Ala, rak plastik yang selalu kita guna letak bawang, sayur-sayur dekat dapur tu! Yang bertingkat tu!
Aku dengan tak de insurans nya sound la
”apsal ko bawak rak ni? Tak cukup ke loker tuh? Rak macam ni, bibik-bibik je pakai”
Kawan aku yang terdengar terus gelak.
”bibik, sedap gak nama tuh ek. Panggil Hairul ni bibik la lepas ni”
“Oii.. sedap-sedap je!”
Lama gak lah benda ni berlalu. Sampai satu ketika, ada event senamrobik besar-besaran kat matriks tu. Si Bibik ni biasala, dengan tak malunya wat perangai, panggil setiap orang suh g padang awal-awal.
Kitorang bengang la. Aku pun,
”bibik, mengapa ribut-ribut neyh? Enggak usah di ribut-ribut. Masa ada lagi. Koknya ku panggil kamu Ribut-Ribut mahu!”
Dan bila aku cakap camtu je, macam biasa, ada je kawan aku yang approvekan nama tu…
“haha, bibik bernama Ribut-Ribut. Memang sesuai. Dia nih memang kelam kabut pown. Macam Ribut”
Dan... nama tu melekat sampai la sekarang...
”eh, Ribut kat mana sekarang eh?”
”Ribut? Eh, melekat lagi ke nama tu kat dia???”
(konon rasa bersalah la!)
”ha’a la melekat. Aku pun lupa nama asal dia apa sebenarnya. Asik panggil Ribut je. Dia kat mana ha??”
”tah, aku tak tahu. Bersama taufan dan angin kowt!”
Eheh!
*****
Case studi 3 – Pingu
Ni satu lagi mamat yang aku jumpa kat matriks (agaknya memang masa matriks aku jahat kowt!)
Dia nih pe’el nya macam si Ribut gak, perasan bagus, berlagak, tapi tin kosong. Suh wat keje, bukannya reti pown! Pastu masa orientasi ada ke patut nak sangat lantik diri sendiri jadi ketua praktikum!
Kitorang ya kan je la. Sebab masing-masing malas nak jadi ketua.
Sampailah pengurusannnya mamat ni. Dia pandai cakap je. Buatnya tidak! Bengang je kitorang.
Sampailah satu ketika, dia kacau aku. Aku malas layan. Yelah, kang aku sakit hati lak kan.
Tiba-tiba dia sound
”oh, tak nak layan aku ek. Wat tatau. Muka ko nih, sama macam katun kat TV tu – PINGU”
”ek ellen mamat ni. Antara aku ngn ko, ko tu yang lebeh macam PINGU. Cuba tengok betul-betul sket!”
Actually dia memang sedikit pendek, dan gempal pown. So samalah macam PINGU
*****
Apapun, sebenarnya topik malam tu pasal satu nickname yang tersebar di UMP ni. Malas citer lebeh2. kang jadi kontrobersi lak. Sekarang nih ramai dok baca sini.
Aku Cuma nak kongsi je, ke’jahat’an aku bagi nama kat orang, yang melekat lak tu. Sampai semua orang ikut.
Kadang-kadang rasa bersalah pown ada! Ish!
Tu nama yang aku ingat, yang aku tak ingat??? Abes la!
p/s – eh, aku ada teeerrr bagi apa2 nick name kat korang tak??? Eheh!
7 comments:
kuikuikui... nama 'pingu' tu cumil laa.. ada kaa secumil kartun pingu ittew?? kikiki..
erkk..orang panggey kamal ape plak?hikss..ooo..name org len nk mention ek..name die sendiri xnak..malu ar tu..ahhahahahhahaha...nk akak buh kan ke?
Hhehehhe..noti boy.
But I guess nick name always remains, especially the funny and weird ones!
And your nickname?;)
per nickname ko kamal?
encik blues kaa??
nama kucik tu comel la. huhu. memandai je letak nama org bukan2.
erk, sowi. silap2. kita sama2 tak kenal. aisehh. silap masuk blog. sowi yek.
Hi Kamal..
This is for you:
http://noushy-award.blogspot.com/2008/03/fabulous-blog.html
Your cheeky-noti-humour-valuable postings are fabulous.Keep it up, you are a true blogger.I enjoy reading your blog.
Thanks for your time.
KAK YANZ
tak... dia tak comel... gemok pendek je... and sooo busybody... pingu tu nak stresskan ke 'gemuk pendekan' dia je! hehe
KAK ZURA
oranng biasa ckp saya comel, macho,kacak... tapi saya tak nak la wat entry... kang kata angkat bakul lak... hehehe
dia sbenarnya cmni... bila org nak bagi kita nickname...kita ya kan aje... jagn marah.... nanti nickname tu akan berlalu...
sebab dia malas nak guna nickname tu sbb kita tak respon macam yang dia nak (marah2)... so far, wat camtu... byk gak la nickname kat saya yang tak melekat! haha
NOUSHY SYAH
as i said, i dont have particular one... when people say i'm poyo... just accept and said "yes, i'm poyo"... n tak melekat la...
but currently with my project in that expoconvo... they tend to call me "Kamal PC" means Kamal Program Coordinator... so tak lah bunyi kelakar sgt.. buyi so professional! ngeh3!
TRUANTA
encik blues... mamat jiwang.. mat bunga...
wa tak kisah la! amik je! hehe
ARIA AYUMI (who's this??? a stalker???)
kucik tu comel ek??? eh awak ni sapa sebenarnya???? tak kenal lah!!!
stalker! hehehe
NOUSHY SYAH
again, thanks 4 da award! cheeky-noti-humour-valuable postings ek!
well, i guess that what i am... poyo, sengal dan suka kaco org! hehe
Post a Comment