0283
05 Oktober 2008
Lama tak update…
Terlalu panjang sela waktunya
Banyak nak diceritakan
Tak tahu mana nak mula
Jadi biarkan sahaja entri ini menjadi entri repekan, yang aku menulis ikut sedap je tanpa ada motif tertentu...
Kadangkala buat cara YT yang lama boleh menjadi menarik!
Mana nak mula ek?
Hurm, raya?
Aku dah tak de mood beraya sebenarnya
Mungkin sebab umur dah makin bertambah, n aku makin sedar bahawa bukan raya yang patut dinanti
It’s Ramadhan that should be waiting for...
Terpulanglah nak kata aku poyo, berlagak alim ke apa, but after 22 years celebrating Raya, Ramadhan kali ini lebih terkesan di hati
Mungkin sebab sedikit ujian getir yang melanda di tengahnya, dan kesedaran untuk berubah menyumbang kepada rasa itu.
In all, aku pun sudah 22 tahun kan. Bila lagi mau berubah?
Thus, Raya bagi aku masih sama sahaja
Aku masih lagi mendapat duit raya, no big deal.
Pagi raya je dah kumpul ratusan ringgit, so no complaint about that
Tapi mungkin macam entri aku untuk raya tahun lepas, semangat raya makin kurang…
Thus, I should stop bragging about raya…
Current life?
Berkecamuk.
Dengan tugas dan tanggungjawab yang membelenggu, dengan kehidupan seharian, juga perihal hati yang menuntut simpati…
Urgh, saket dibuatnya.
Yang Terdalam turut menerima kesannya.
Banyak dah berubah di sini.
Tone aku dah lain.
I am a better me, maybe?
Blog ini pon seakan berubah hala tujunya.
Dulu ia sekadar meluah tanpa harapkan apa-apa
Namun kini aku perlu kreatif untuk meluah
Yang aku dapat, komen2 dari kalian
Sekali dua, terfikir mau tutup blog ini
Entah mengapa, jangan ditanya, aku tak pasti kenapa aku berperasaan begitu
Mungkin aku semakin merasakan hidup aku di dunia realiti perlu lebih perhatian kot?
Tapi macam biasa, rasa sayang menghalang perbuatan itu.
Entahlah, keliru dengan diri sendiri sekarang ni
Aku bagaikan telah jauh meninggalkan aku yang dulu
Tapi sekali sekala aku bagai disentap ke aku yang dulu
Dunia kini berbeza dengan dunia yang dulu
Tapi kadangkala aku masih dambakan untuk kembali ke dunia dulu
Tak faham?
Aku lagi tak faham.
Biarkan entri ini berlalu
Dan mungkin aku akan kembali dengan entri yang lebih bermakna untuk kalian baca.
Jaga diri, senyum selalu
Jangan risaukan aku, hanya tone entri ini begini.
Tetapi aku masih baik2 sahaja
Mungkinkah ini coretan aku dari yang terdalam setelah sekian lama menaip dari tempat yang tak berapa dalam?
Entahlah...
p/s – aku offkan comment untuk entri ini... maaf!
Salam Ramadhan
8 years ago
0 comments:
Post a Comment