75 Points in 3 Parts!!!

0355
05 Februari 2009

AMARAN – entri ini amat panjang.
Terima kasih!

A. Benda yang aku tertekan sudah berlalu pergi. Presentation Plant Design sudah dilakukan dengan jayanya pada petang tadi. Walau ada juga yang patut boleh diperbaiki, tapi itu yang terbaik mampu aku dan kawan2 satu group hidangkan.













Presentation from far away....
Kebosanan menunggu giliran...


B. This entry might be related to the entry of The Convocation Part 1 and Part 2. Aku cadang nak buat part 3, but suddenly this thing came up. Thus, tumpuan aku terarah kepada ini.

C. For simplicity of understanding, meh aku cerita dulu apa yang berlaku selepas konvokesyen UMP kali ke-3 minggu lepas.


*****First Part - The Convocation Part 3*****

1. Seawalnya, aku hanya menyangka akan hang out dengan Azmi dan yang lain sampai tengah hari sahaja.

2. Yelah, dengan dia ada bersama keluarga dia, kawan2 lain pun begitu, so aku faham la. Konvokesyen itu milik mereka dan keluarga mereka (dah lama tak dengar phrase ni kan)




















The Convocation
Kredit to Azmi


3. But it turns out, aku hantar Azmi ke rumah pakcik dia pada pukul 2 pagi!

4. What has happened you may ask.

5. Setelah aktiviti konvokesyen paginya, menjelang tengah hari aku sudah mahu kembali ke UMP. Tiba2, memandangkan si ‘Jejaka Rengek’ mengajak kami keluar bersama, thus, tercetuslah plan baru.

6. Plan untuk mengenakan dan meng’pow’ Amir habis-habisan.

7. Bila Kumpulan Pow bersama, memang inilah aktiviti utama kami.

8. So, petang itu, pukul 5 lebih, aku pon menjemput Azmi untuk keluar.

9. Port pertama, Nasi Lemak Simple di tepi bangunan MPK, sebelah Sungai Pahang, berdekatan dengan Esplanade.

10. Di sini, aku dah mula memancing Amir untuk membelanja. Yelah, bukan selalu dia datang dari Penang, dan bukan selalu kami akan berjumpa lagi. Selepas ini mungkin semua jauh dan jalan hidup berbeza.

11. Berjaya mengpow Amir dengan jayanya!

12. Selepas itu, dia mahu balik. Nak ke rumah pakciknya. Tapi kami tahan dia. Kami kata, kami perlukan dessert!

13. Aku suruh dia ikut kereta aku.

14. Aku terus bawa ke Secret Recipe! Haha















Dessert hasil pow! haha

15. Memang la nasib kami baik, dia belanja lagi. Rela hati pulak tuh. Baru dapat durian runtuh katanya.

16. Layankan aja!















Sesi mengukur lemak di perut Amir! haha


17. Sesekali berkumpul begini, rasa sentimental lak. Lepas ini akan adakah lagi gurau2an sebegitu? Mungkinkah selepas ini kita akan lupa antara satu sama lain.

18. Funny thing is, kami rapat bukan kerana studi. Kami rapat kerana kerja! Sejak Expoconvo’07, kami selalu kuar makan malam bersama.

19. Yelah, Azmi dak Komputer, Amir dak Letrik, ada seorang lagi Aizat pon budak Letrik, aku lak dak Kimia. Bersama seorang staf yang tuanya hanya beberapa tahun dari kami, yang akan kahwin tak lama lagi.

20. Ada ke patut dia mintak aku or Azmi jadi pengapit dia? Haha. Aku akan rindukan saat2 itu.
















Mana boleh gambar diowang je!
Notice the GA Blue?? =p


21. Habis berbelanja, Amir dan si staf pon balik. Rupa2nya Azmi ada rancangan lain!

22. Rupanya ada lagi orang yang ingin dijumpainya sebelum balik ke Kuala Pilah. Tak pasal2 malam itu aku menjadi driver.

23. Aku, Azmi dan 2 orang lagi ke Teruntum menonton Inkheart. Sedikit hampa bila buku yang kit abaca di layer perak. Cerita dia lari banyak!

24. Dalam panggung wayang, satu call dari si staff telah mengubah segalanya.

25. Which bring us to Part 2...


*****Part 2 – Kisah Sedih.*****

1. Satu berita dari UMP memeranjatkan kami yang di dalam panggung.

2. Seorang pelajar perempuan telah meninggal dunia akibat dilanggar dengan laju oleh sebuah kereta yang baru keluar dari Tol Gambang

3. Arwah meninggal dunia di tempat kejadian. Al Fatihah untuk arwah.

4. Guard yang nampak kejadian itu, menelefon si staf untuk pemakluman kepada Dato’ NC.

5. Menyedari kami ada di Kuantan, si staf menelefon kami untuk menemannya ke HTAA.

6. Bila aku mendengar berita, seriously, seram sejuk rasanya.

7. Banyak versi kejadian timbul. Dan ia menimbulkan macam2 spekulasi.

8. Kisah yang aku kira boleh diguna pakai, arwah sudah bersedia ingin pulang ke KL dan sudah tunggu di bus stop depan UMP.

9. Tiba2 arwah tersedar, dia tertinggalkan hadiah untuk adiknya. Lantas dengan tergesa2 dia melintas jalan ingin pulang ke uMP semula untuk mengambil hadiah itu.

10. Dan di situlah kejadian malang itu berlaku.

11. Kebetulan, Presiden MPP baru ingin keluar dari UMP untuk membeli makanan. Dia yang menjaga arwah sementara menunggu polis dan ambulans.

12. Need to be stated. I wasn’t there. Aku dengar ini pon dari sumber2 yang boleh dipercayai. Kalo ada sedikit kesilapan fakta, amat dikesalkan!

13. Setelah menghantar 2 orang itu pulang, aku dan Azmi ke HTAA.

14. Terlihat di situ, staf2 atasan UMP ada. Dato’ NC pon ada di situ.

15. Ibu bapa arwah sudah ditelefon, dan sedang dalam perjalanan dari Klang.

16. Sedikit pelik, paginya, aku sibuk melihat mereka berjubah untuk Konvokesyen. Malamnya, aku lihat staf2 atasan itu datang dengan muka yang muram.

17. Paling terkesan di hati aku ialah raut wajah Dato’ NC. Dia nampak amat tertekan. Seolah2 kejadian itu adalah di bawah tanggungjawab dia. Semua rasa kesal macam tertumpu di bahunya.

18. Raut wajah Dato’ NC memang tak dapat aku gambarkan.

19. Kelihatan ketika itu, dia sibuk menemubual orang2 yang berkaitan. Bertanya apakah silapnya, apakah puncanya. Apa yang boleh dilakukan untuk menghalang ini berlaku lagi.

20. Ketika itu, aku dan Azmi sibuk membincangkan betapa baiknya Dato’ NC ini. Aku nampak kesungguhan dan keikhlasannya menjaga kebajikan pelajar.

21. Setelah puas menunggu, aku dan Azmi pulang sekitar jam 2 pagi. Aku memandu secermat mungkin. Kejadian itu masih terkesan.

22. Balik bilik, the first thing that I thought when I crawled into my bed was, ‘oh, what a day’. Kegembiraan di pagi hari. Kesedihan di penghujungnya. Begitu cepat putaran masa.

23. Dan ketika itu juga, aku sudah mula merangka2 ayat2 untuk The Convocation Part 2. Dan aku memang bercadang membuat kepada 2 bahagian, Satu part gembira, dan satu lagi part sedih.

24. Dalam part sedih, ingin aku ceritakan mengenai betapa bertuahnya UMP memiliki seorang Dato’ NC yang menjada kebajikan pelajarnya.

25. Which bring us to the Part 3….


*****Part 3 – Amanat Tahunan Dato’ NC*****

1. Sejak dari pertengahan Januari lagi, sibuk diwarwarkan di UMP mengenai Majlis Amanat Tahunan Naib Canselor 2009 yang akan diadakan di Kompleks Sukan Universiti pada 2 Februari yang lepas.

2. Semua staff dan pelajar diwajibkan hadir. Kelas pada pukul 10 hingga 1 tengah hari ditangguhkan.










3. Sudah aku katakan, aku amat busy dengan presentation Plant Design Rabu tuh. Dah seminggu aku asyik tidur pukul 4 pagi, dan bangun kembali pukul 630, dan start kembali buat keje seawall jam 8. Memang satu minggu yang memenatkan!

4. Terlalu banyak mende yang perlu dicover untuk presentation ini. Grup aku dah lah 4 orang, jadi beban tugas makin berat. Grup lain semua 5 orang.

5. Rumate aku pulak, ada satu malam tuh tak tidur malam buat kerja. Dia hanya tidur pukul 4 petang esoknya!

6. Aku lak still need my sleep, thus I allow myself to sleep bila aku rasa amat tertekan. Satu escapism kan.

7. Dan itulah sebabnya, entri bawah ni mengarut sket! Ampunkan beta.

8. Bila tertekan, aku menyanyi lagu kuat2, sambil kepala aku hentak2 manja dekat tiang katil aku ini. Kerja gila? Tunggu point yang seterusnya.

9. Di samping itu juga, disebabkan tekanan yang teramat, aku terfikir untuk menyertai AF7 instead of present Plant Design. Nanti mesti dekat paper tertulis “Seorang Pelajar menyertai AF7 kerana tensionkan Plant Design”. Wah, popular aku nanti. Kira pancing undi awal la.

10. Aku siap gatal2 menyudahkan tajuk2 lagu untuk bakal album aku bila aku jadi juara AF7 nanti.

11. Itu termasuklah, ‘Centrifuge oh centrifuge’, ‘Aku Nak Guna Centrifuge, Apsal Ko Rosakkan???’ ‘Podbielniak Centrifugal Extractor, Mana Sizingmu???dan macam2 lagi yang dijangka hits.













Podbielniak Centrifugal Extractor


12. Dan aku sudah memikirkan konsep album aku, dan sudah mula memberi kupon kepada kawan2 aku supaya mereka dapat diskaun bila beli album aku nanti!

13. Begitulah tekanan Plant Design! Which bring us back to the story.

14. Setelah kepenatan tak cukup tidur, aku pon merelakan diri untuk memontengkan diri untuk majlis amanat tersebut. Aku tidak tidur, aku sibuk buat sizing centrifuge aku!

15. Dan menjelang pukul 2, aku pergi ke kelas PME.

16. Dalam kelas, lecturer sibuk menanyakan apa pandangan kami terhadap ucapan Dato’ NC belah paginya. Dah nama tak pergi, buat muka sengih je la.

17. Esoknya, kelas yang sama lagi, dan soalan itu ditanyakan kembali, menuntut perbincangan. Aku heran. Apa yang terjadi semalam?

18. Rupanya dalam Majlis Amanat tersebut Dato’ NC telah menegur staf2 yang suka membuat peraturan membebankan pelajar, dan terikat dengan protocol yang remeh temeh. Dan dengarnya, itu telah disambut dengan tepukan gemuruh 4000 orang di dalam dewan itu, satu perhimpunan paling besar dalam sejarah UMP aku kira.

19. Aku dan kawan2 mula kagum. Rugi rasanya tidak hadirkan diri semalam. Dan aku pulak, sibuk mencari si staf, meminta skrip ucapan Dato’ NC untuk aku baca, nak tengok apa yang aku miss.

20. Dan aku bawak balik teks tersebut, dan kami ramai2 membincangkan betapa bertuahnya UMP mendapay NC baru yang tidak berkompromi terhadap staf dan mementingkan kebajikan student. Dato’ NC menjadi semakin popular!

21. Kami gembira dengan perubahan ini. Harap, kejadian INI takkan berulang lagi.

22. Tapi.. yang dilaporkan di akhbar adalah INI. Aku pelik. Dalam teks ucapan, perkataan yang digunakan adalah ‘hampir terkebawah' Yang dilaporkan 'hampir tercorot'. Perbezaan perkataan yang hampir sama makna, tapi memberi impak yang berbeza. Again, I wasn’t there to make sure which word did the NC uttered.

23. Impaknya? Hari ini, sana sini menyatakan UMP tercorot. Kiranya semalam kami bersuka ria dengan teguran NC kepada staf, hari ini, satu UMP berduka cita kerana dilabelkan corot!

24. Penggunaan perkataan itu mungkin menyebabkan timbul tanggapan negative terhadap UMP. Hurm, aku hanya mampu mengeluh. Again, I wasn’t there.

25. Dan lagi sekali, nampak tak, sekejap bersuka ria, sekejap bermuram durja. Sama macam hari konvokesyen itu!

Banyakkan event di atas. Anda bebas memilih point mana untuk dikomen.

Come onlah, 75 points, takkan no comment kowt!? Haha


p.s – berehat sebentar dari kerja setelah habis Plant Design. Mungkin lusa akan kembali ke PSM!

p.s.s - BEHAVE PEOPLE! Menurut sumber, there might be a chance that dato' n datin nc read about ur post on the tag of 'UMP tercorot'. Waaa!!! Should I remove this??? Or shouldnt I??? =p

p.s.s.s - takpe.. berani kerana benar!

p.s.s.s.s - psm oh psm! soyaku basi!!! =p


:::YTBACK!!!:::

13 comments:

ChesterChaz said...

yaaa.. NC kali ni memang mesra rakyat.. sayangnye aku dh xde kt UMP untuk tgk perubahan yg die buat tuh..

Puas ati bace tegoran die kat staff2 tu.. ko rase la kn.. camne muka diorg time tu ek.. muehehehe..

sumijelly said...

memang sangaaaaaattttttt panjang entry ni..
hehehehe.
jenuh nak habiskan.........

Alin said...

sumpah panjang gila.

huhu takziah untuk keluarga pelajar perempuan tu. huhu, dah ajal kan. sesaat pun Allah tak kan lambatkan. huhu sedihnye.

anyways, sila pergi audition AF (eh ke dah habis? :P) haha. confirm glamour kite. dengan plant design pun glamour sekali hihi.

Azie.Fauzi said...

nak komen part ni je...

' alfatihah...semoga rohnya di cucuri rahmat..insya allah.."

hidup tak sentiasa happy...kdg kala kesedihan datang in between...

Diana-k said...

aku bace 1st paragraph pastuh aku langkau2...bleh?
muakakaa..
keje banyak..
balik umah aku repeat balik...
hohohohohhohh

:: cheezzy cheese :: said...

mak aii pjg giler! tp satu jer menarik p'hatian akak.. "kompleks teruntum" motifff??? ingat tmpt tu dh bungkus..

Joey said...

you eeerily resembles someone...

especially bila part ..rugi rasanya tak pergi..


ko memang set2 bintang terbilang kan.....lalalala...


hahaha..larikkkkkkkkkk

victoire said...

panjang sangat..
aku daa nk tidor.
esok gak baru bace. hahahaha.

amme said...

tuh lah..best tul ukur saiz pert amir...tapi pnjng la ehem2 kat perut2 die tuh...haha...

rugi tul aku xberade di bwh naungn kerajaan nc skang nih...huhuhuhu...


mal...ko ad fff..fff...aaaaaa....uish ssah tul nk sbut..ngan gon eh?...haha...

victoire said...

huh, mmg bley tahan panjang.
x terkire aku ade brape point sume.
kalu kt msia, bkn men kite ade dresscode mase presentation bnda gini.
kene pakai kemeja ngn tie, mcm2.
tp baru ni aku tanye prof aku nak pakai ape untuk presentation psl intern yang penting gile, member2 aku satu kelas sume gelak.
sbb sini xyah pakai smart2 kate diorang. bodo tul

ahmadkamal said...

CHESTERCHAZ
yerp... mmg mesra rakyat..
dgr citer dia siap baca lagi blog2 ini yang cakap pasal dia!
tah la..
mungkin herot2 muka si staff kan...
bukan la smua staff hampeh, tapi ada masa mmg nyakitkan hati je!

SUMIJELLY
takpe2.. skali skala lepaskan rindu berblogging, cmni la!

JAZLIN
mesti glamer plant design kan, kalo aku masuk af!

MUMMYMYRA
yerp.. thats true kak!

DIANA K
alah, ko..
slama ni pown mana ko penah baca penuh2!
haha

KAK YANZ
hidup kembali kak yan...
ada bukak satu sinema baru
tak la best sgt, tapi best sbbb tak ramai org
tgk satu movie 6 org je!
best2!

JOEY
well... apa2 yang aku rasa, aku buat
asal aku hepi and wont regret bout it

KRIEY
ye la tuh.. -p

AMME
mie, aku tak paham ayat last ko tuh..
ko nak carut apa?

KRIEY
ko btol2 datang balik eh...
haha
cmtuh la ek kat sana..
kat sini, jgn harap!
protokol melampau!

arisa said...

alfatihah kepada arwah..
hidup memang camtu rasanya..setiap satu kegembiraan pasti ada sedih yg mengiringi..
emm sy pendatang baru..makin rancak pulak bacaan..leh tawu skit perkembangan ump..

bdw,salam perkenalan n selamat berjuang ya..

ahmadkamal said...

BICARA KALBU SEDINGIN KABUS
nama macam bicara manis menghiris kalbu daa.. huhu
yerp... hidup
happy n sad...
nak wat cmna
putaran kan...
samat dtg ke yt dan salam perkenalan juga!