Ini Satu Pengalaman...

0412
26 Julai 2009

Awalnya, untuk entri ke 412 ni, aku ada sesuatu yang lain ingin diceritakan dan diluahkan
Aku sudah buat draf di word untuk disiapkan

Namun, ianya terganggu, sebab masa tuh aku menaip di lab, dan labmate aku telah kembali dari rehat
Jadi, aku biarkan dulu draf itu, dan berhasrat untuk meluahkan apa yang berlaku ketika itu, bila aku ada masa nanti di rumah…

Di rumah pula, lain ceritanya
Aku bagaikan berada di dunia lain, aku sibuk dengan rutin2 ciptaan aku
Dan draf untuk YT itu dipandang sepi…

2, 3 hari juga draf itu tidak disentuh
Aku pun sudah kehilangan ’semangat’ untuk menyambung kembali draf itu
Entah kenapa

Dan seperti biasa, semua ada sebabnya...

Secara umum, draf itu adalah mengenai aku dan seseorang
Ada benda yang berlaku, yang telah menyebabkan aku berfikir

Bila banyak berfikir, mula lah aku mencipta ‘alas-alas’ supaya mudah aku menulis di YT tanpa orang yang dimaksudkan mengesannya
Aku buat begitu pon untuk menjaga hati dan perasaannya

Hati aku akan puas bila aku mampu buat begitu, dengan menulis sesuatu di YT, yang cuma aku yang faham, namun tidak orang sekeliling yang membaca

Mungkin semuanya sebab aku kian merasakan YT makin terbuka...


Semua yang berlaku ada sebabnya
Kehilangan ’semangat’ aku menulis mengenai kisah aku dan seseorang itu dengan beralas, ada sebabnya

Hari ini, aku mendapat perspektif berbeza
Betullah orang kata, apa yang tersurat tak semestinya yang tersirat
There is always another side of the story

Hari ini, aku mendapat cerita dari sudut berbeza
Dan ia membuatkan aku faham semua yang berlaku antara aku dan seseorang itu

Rupanya kisah dari sebelahnya lagi berbelit2 dan mengelirukan
Sedangkan, aku hanya sibuk memikirkan kisah dari sebelah aku!

Dalam pada aku mula absorb dengan kisah dari sebelahnya, ayat2 dari Allahyarham Sudirman yang pernah aku dengar dulu, terngiang2 di telinga...

Perpisahan adalah pahit…
Dan ini adalah satu pengalaman..

Kita tidak akan merasa bertuahnya hidup dibumi ini…
Jika kita tidak membuka mata...
Dan melihat malang yang bertimpa timpa ditempat orang...

Setiap seorang dari kita...
Mempunyai tujuan dan cita cita yang berbeza...

Tujuan untuk mengecap kebahagian,kesenangan dan ketenangan

Memanglah, ini satu pengalaman...


p/s – maaf. YT tak seceria dulu dan semakin sukar difahami. Ada kisah boleh dikongsi secara terbuka, namun banyak kisah yang perlu disimpan sahaja!


:::YTBACK!!!:::

6 comments:

Tulisan Dari Manjung said...

Seorang pakar dalam bidang pemikiran manusia yang sangat terkenal di amerika suatu ketika dahulu yang dikenali sebagai Dale Carnagie...pernah menulis didalam bukunya....bahawa..sekiranya kamu terlalu marah dengan seseorang...maka tulislah satu surat kepadanya....katakan padanya betapa teruk perangai si dia dan betapa kamu tidak suka padanya...tetapi jangan kamu pos surat itu kepadanya...simpankan ia didalam laci....dan selepas 2 hari pasti kamu tidak akan terasa untuk mengirim surat itu lagi kerana kemarahan kamu sudah reda....

untuk pengalaman tuan punya blog nie...TDM tak sure sangat...tapi mungkin apa yang dikatakan oleh Dale Carnegie ni boleh dijadikan panduan yang berguna.....

salam perkenalan.....

http://tercipta.blogspot.com/

n0n0i♥a'n'l said...

Takpe la..
Sukar difaham tu yang seronok.. buatkan pembaca YT jadi cam tertanya-tanya what is really happen actually~ :P

At least Kamal reti lah berkias-kias camni, Noi tak reti.
Banyak benda nak diluahkan dalam blog.. tapi dah jadi malas nak luah bila fikir nanti family baca, kawan-kawan pun baca.

Anyway,
All the best in everything. Cheer up!

zura lias said...

setuju dgn TDM tu..tp akak x tulih le dlm surat..akak letak kt blog private..bile marah kite ilang..kite bace balik entry tu..kite rase kelakar..kat blog yg public...die jadi ayat tersirat...

ahmadkamal said...

TDM - wah! siap ada refernce lagi.. thx 4 sharing...
yerp, in all these years, YT banyak membantu mereleasekan tensen...
ini zaman blog kowt... surat2 kuno sket! huhu
slamat dtg ke YT!!!

NONOI - suke yerk berteka teki???
tuh la... kias2..
sampai kadang2, bila dah baca blik, lupa apa maksud kiasan yang dibuat sndri tuh!

KAK ZURA - maleh la plak nak bukak blog pvt...
oho... akak ada blog pvt...
nak baca!
huhuhuhu

Cahaya Pembuka Hatiku said...

kalo sy suka jer ngutuk saper2 dalam blogs sendiri.. sbb.. tak btw kawan2 pun kita ada blogs..hahah..
so dorg tak tau kita kutuk dorg..wakakaa

ahmadkamal said...

CPH -dulu YT gitu.. tapi tidak kini...
dulu mmg orang tatau psl YT
skrg diorg dah tau
so mmg cover2 sket laa