Fighting for a losing battle...

0044 – 22 November 2006
Fighting for a losing battle…

Saat aku ada masa untuk diri sendiri begini, aku seringkali menilai diri. Apakah ianya cukup bagus atau perlu diperbaiki. Seringkali aku berkeputusan masih banyak perlu diperbaiki.

Banyak juga perlakuan seharianku yang ku sesali saat begini. Kadangkala ianya tak mampu dikawal, jadi ianya memang di luar kemampuan diri.

Tapi saat-saat begini, aku begitulah. Berfikir, menilai dan menyesal. Acapkali juga merancang untuk memperbaiki di masa akan datang, namun kebanyakkannya rancangan tinggal rancangan.

Merancang memang mudah, tapi bila saat melaksanakannya rancangan itu bagaikan tersasar. Akhirnya aku tidak menjadi semakin baik malah makin jauh dari yang dirancang.

Aku adalah aku. Aku tak bisa menjadi orang lain dan aku tak bisa menurut rancangan, walaupun ianya rancangan diriku sendiri. Akhirnya yang terdalam diri ini juga yang kerap ku pertontonkan di khalayak.

Sering ku bertanya adakah ianya tak cukup bagus?

Entahlah.

3 semester telah berlalu, aku rasakan pengalaman makin bertambah, tapi aku masih di takuk lama. Pencarian dan pemburuan untuk mencari seringkali berakhir dengan kebuntuan.

Di tahun pertama, aku meminati seseorang. Banyak yang ku lakukan untuk menarik perhatiannya. Hadiah, siap ada lagu tema lagi. Dealova.

Sudah kuluahkan, namun ianya tidak ke mana. Dia tak mengendah mungkin. Aku tak kisah ditolak begitu, tapi jauh di sudut hati aku bertanya adakah aku ni terlampau teruk.

Tapi aku tidak salahkannya, kerana aku tahu dia pun sudah terikat dengan orang lain. It’s like I was fighting for a losing battle there. So I move on.

Semester 3 bermula, semester baru. Azam baru. Juga entah bagaimana, cerita baru dan rasa baru timbul.

Aku adalah aku. Aku tidak akan terus meluah, aku ingin merapatinya dulu. Dalam proses inilah aku mengenal sama ada dia dapat menerimaku atau tidak.

Banyak masa ku telah habiskan bersamanya. Bukan berdua, dengan yang lain juga. Hadiah dan juga lagu tema. My heart. Hurm, kelakar pulak bila fikir balik.

Sampailah hari terakhir di semester yang lepas, aku berkeputusan untuk menamatkan rasa itu. Kerana bagiku ada orang yang lebih jauh ke hadapan di sisi dia, dan aku takkan mampu mengejar. Again, I was fighting for a losing battle there.

Aku tak mahu meluah saat itu, kerana pedih lama masih menebal. Jadi ku diamkan diri. Aku sekali lagi tidak kisah ianya terjadi, ianya menambah pengalaman dalam hidupku.

Persoalannya kini, adakah semester yang baru ini akan menerbitkan cerita baru? Atau lagu tema baru? Dan hadiah baru? And do I need again fighting for a losing battle?

Kalau ia terbit, ia akan menjadi satu semester, satu cerita, satu rasa. Macam promo filem cinta pulak.

Dan persoalan kedua yang bersarang di fikiranku, adakah aku perlu mengubah diri aku menjadi yang lain? Adakah untuk mencari dan memburu aku perlu menjadi orang lain?

Entahlah. Jauh di sudut hati, aku yakin aku sendiri mempunyai kekuatan dan kelebihan. Jadi aku rasakan tiada gunanya aku berpura-pura menjadi orang lain dalam mencari.

Persoalan ketiga, akan adakah seseorang yang akan mengenal aku sebagai aku? Dan menerima aku sebagai aku?

Aku biarkan persoalan itu kepada Yang Esa. Mungkin dia ada sebab merencanakan begini.

But at this moment, i cant deny that i’m tired of fighting for a losing battle cos it effects me internally. I might be good from the outside, but my emotions runs high and low when I faced this situation.

I’m tired of it!


:::YTBACK!!!:::

2 comments:

Hilman Nordin said...

hmm.. byk pengalaman. satu lg sem baru, satu lagi lagu tema baru. hmm.. lepas makan biskut meri.. aku dah lame da x mkan biskot (paham ker?) hehe.

Fighting for a losing battle…
for me--thers no such thing. i dun noe, its just me i think.

Anonymous said...

hahaha..igt nk bg komen, skali bc hilman pny komen klaka la pulak :D
ok,ok..back to the story. xtau la teknik ko tu btul x, mmg la de 1st person xdpt, de 2nd person plk, ko lpskn cam tu je..ko de ke tny dia? mksd aku bkn r confess kt dia..tny je mn tau dia tgh tgu ko confess tp ko lmbt sgt..las2 ade org len dh confess, dia trime je..xke rugi?ahaks. aku pun xtau la, tp kalu jd mcm ni xbes r,kn? hrp2 ko dpt la org yg ko nak.aku doakan kbhgiaan ko! :)
--->kd