Emosi Maha Karya Cinta...

0055 – 21 Disember 2006
Emosi Maha Karya Cinta…

Prolog…

I did something bad today. Or maybe I just out of my mind. I dunno. It just happened.

It effects me and others. Hurt me mentally and emotionally.

At first I thought it was a perfect plan, and if do not operate this plan, I maybe regret a lot, considering I will faced another new semester,which is just around the corner. Starting new semester means, I have to be bussy and don’t have time for all these craps!

But how I was wrong. And now again, I am here, in depression tone, writing my heart out. (or maybe typing).

Kisahnya…

Ingat tak seseorangyang pernah aku tuliskan di entri yang lepas. Tentang betapa sakitnya aku melepaskan rasa itu pergi, betapa aku rasa aku ternanti-nanti, sehingga aku sendiri kehilangan harga diri, merayu-rayu agar semuanya kembali. Ingat tak?

Today, I went to mid valley, the place where we started to meet. Memang rancangnya nak keluar seorang. Nak menghayati segala rasa seorang. Nak jiwang-jiwang seorang.

Rancangannya, aku nak menghayati setiap kenangan yang pernah tercipta hampir 6 bulan dulu. Or to be exact on 4th July 2006. Aku nak mengingat kembali kesemuanya. Nak merasai kembali rasa yang seronok dan teruja seperti ketika itu.

Awalnya keluar keseorangan. Sengaja tak ajak sesiapa. Di pertengahan jalan, terasa sunyi, ingin memanggil rakan-rakan untuk menemani.

Tetapi hati ini kuatkan diri. Lantas hasrat memanggil mereka ku lewati. Biarlah saat ini ku sendiri dan merasai…

Tapi aku silap. Aku terasa buntu dan tertekan. Tambahan pula terlalu ramai manusia yang bersuka ria di sekeliling sedangkan aku ingin berjiwa-jiwa saat itu. Memang terlalu ramai di mid tadi!

Mengulang kenangan…

Pergi ke tempat pertama bertemu. Mph mid valley. Berhampiran coffee bean. Menyelusuri setiap rak yang ada.

Mengingat kembali, apa yang aku buat saat itu. Yang ku ingat, aku cuak. Kali pertama berjumpa, aku terlewat, masalah tren.

Berulang kali aku bersembunyi di balik rak yang tersusun, mencari-cari figura yang dimaksudkan. Nyaris sahaja saat itu aku batalkan hasrta kerana jantung berdegup terlalu kencang!

Tapi yang ku ingat, ku kuatkan diri mengatur langkah. Ke arah bahagian Asian Dictionary, berhampiran customer service kaunter 3. Langkah yang diatur tak ku toleh lagi.

Dari situ, sapaan ku mulakan. Adakah dia yang dimaksudkan? Dia mengiyakan dan kami berlalu.

Aku tersedar dari lamunan, dan mula mengatur langkah mengikut kenangan yang telah tercipta itu. Bagaikan ada satu wayang gambar di hadapanku yang menyatakan aku ke mana dan buat apa ketika itu.

Naik escalator, menghayati setiap rasanya. Dari satu tingkat ke satu tingkat. Hinggalah ke tingkat teratas.

Mengambil tiket wayang yang ditempah. Aku hayunkan kaki ke situ juga. Mengingati kenangan yang ada.

Ke mc Donald. Berjalan di celah orang ramai ke tingkat atas. Mengimbau memori di kerusi yang pernah diduduki ketika itu. Di kerusi yang pernah menyaksikan aku dan dia bertukar maklumat diri, hidup masing-masing dan berbual.

Banyak yang kami bualkan atas ketersamaan yang ada. Kursus yang sama dan meminati magik. *sengih*

Keluar dari mcd. Biarkan orang ramai berlalu di sekelilingku. Sedangkan aku termangu di situ bagaikan kehilangan arah. Aku bagai terhenti di tengah.

Aku biarkan semua kenangan yang tercipta, tergambar satu persatu. Kenangan yang amat manis itu terpampang di hadapan mataku.

Aku sebak. Nyaris sahaja aku menangis. Tapi yang nyata di yang terdalam hatiku aku sudah lama menangis!

Lantas kewarasan ku menjelma. Tidak boleh jadi ni! Kenangan ini memang pantas akan membunuhku!

Kewarasan…

Jadi aku berkeputusan memanggil rakan-rakanku menemani. Biar terisi sedikit hari ini. Biar aku tidak terus emosi.

Syukur mereka sudi menemani. Walau memang ajakanku terlalu last minute. Mereka sudi berdampingan denganku di situ.

Pada mereka aku memang tak pernah ceritakan kisah ini. Perihal diriku juga tak seratus peratus ku gambarkan kepada mereka.

Tapi kehadiran mereka sudah cukup. Kesudian mereka buat aku terharu.

Terus sahaja hari itu ku lalui dengan kehadiran mereka. Menonton wayang dan bergurau senda. Seakan lupa emosi itu.

Sehinggalah…

Kami kembali lagi ke tingkat terbawah, ke tingkat pemula,…

Mph mid valley. Berhampiran coffee bean.

Aku kembali mengingati emosi itu. Dan ia menyerangku kembali!

Masuk di dalamnya, sekali lagi aku menghayati apa yang telah tercipta.

Pergi ke tempat pertama bertemu. Menyelusuri setiap rak yang ada.

Berjalan lambat-lambat. Berpusing-pusing di tempat yang sama.

Menjauhkan diri sebentar dari rakan-rakanku. Aku perlu bersendirian untuk meneruskan. Agar mereka tidak perasan.

Tapi suasana di dalam kedai itu memang seakan-akan saat itu. Saat pemula. Dan yang terdalamku bergelocak kembali!

Aku tidak dapat menyembunyikannya lagi. Mereka sedarinya. Ku katakana] aku tiada mood. Dan seterusnya yang berlaku, aku tetap tiada mood.

Pulang dalam keadaan yang agak letih. Letih berperasaan! Atau ku letih berperasan? Aku tak pasti, yang nyata aku letih.

Emosi…

Mengapa yang tercipta perlu dimusnah? Mengapa adanya pertemuan jika berakhir dengan perpisahan? Mengapa dulu saling menghubungi kini menyepi?

Mengapa dan mengapa. Soalan bertemu soalan.

Semakin difikir semakin buntu!

Aku memang jenis menghargai perhubungan. Aku tidak suka buat orang tidak selesa denganku. Aku memang amat menjaga semua itu. Tanyalah pada siapa pun, pernahkah aku yang memula sengketa?

Tapi bila keadaan ini berlaku, aku tidak bias bertahan. Di zahirnya aku tabah, di yang terdalamnya, aku amat rapuh.

Adakah kerana kesilapanku itu aku dijauhi? Ataukah kerana dia sudah mempunyai dunia sendiri? Ataukah dia sengaja menguji?

Ku lihat ini ada hikmahnya. Yang terselindung dan tak ternampak di mata ini ketika ini. Mungkin lepas ini aku akan mengerti.

Apa pun perasaan ini aku tuliskan di sini, semoga di satu masa nanti, aku dapat mengingati saat-saat aku amat merindui seorang teman yang menjauhkan diri…

Aku tahu di bahagia kini, di samping seseorang. Aku tidak mahu menggantikan orang itu, cukuplah sekadar teman bicara sahaja.

Janganlah aku terus dbuang begini. Sehingga aku yang merana sendiri…

Maha Karya Cinta

Begitu berat melangkah
Melihat kau bersamanya
Adakah aku yg salah
Atau hanya helah saja

Ku masih menyayangi diri kamu
Biar kau menjauh
Ku rindu ..

Kau bagaikan udara
Yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
Tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna kau maha karya cinta

Biarpun kau tidak mahu
Menerima kasih daku
Ku kan setia bersama mu
Sehingga ke akhir waktu

Kau takkan dapat aku lupakan
Kerna kau lah punca cinta kita
Mengajar aku erti bahagia
Kembalilah ..

Terimalah pesan daku
Yang akan terus menunggu ...


:::YTBACK!!!:::

7 comments:

Hilman Nordin said...

huhu.. Allah lebih tahu ape yg terbaik untuk kita.. Kita merancang. Allah yg akan tentukan.. myb de someone better out there? or that he/she will realise his/her full potential without you? hmm.. sme ada hiknahnyer..

hey.. klu ko kat mid, aku kat klcc plak.. ingt x mse kte jalan tu.. yg aku menyumpah2 klcc? hehe (ader ker?) sebab x dpt utp tu.. huhu.. trus aku benci Petronas dan sekutunyae. skang ni aku wat projek pun die (petronas) xnk bg tajaan.. lg la aku benci.. hehe.. (joking! seriously joking.. im proud of petronas.)

eh.. dlu aku kol biskut kat klcc la. hmm.. mse time nk last2.. uh.. sedey siot. tp, this is the 1st place i have the chance to speak to strawberi! hmm.. 0-0 la balek, eh klcc?

nengok.. da merapu byk da.. huhu.

ahmadkamal said...

kenapa guna he/she n him/her??? huhuhu

Anonymous said...

siapakah orang itu??
kamal,,,hidup kte masih panjang,,,perlu dteruskan..
kuatkan semangat!!

Red Mummy said...

aloo adik salam salam

bukan ko org yg akak mskkan lam entry akak tu dik. thanks ye coz jenguk2 akak...

tp ada makhluk allah yg baling batu sembunyi tangan..akak dah delete msg2 kurang ajar dia from the comments bod, kurang asam tol!!!

anw...panjangnya luahan ati

papik said...

owh2.mereka itu ade shafiq+mena=shamena.
hiks.sgt bngge lak bile aku n mena dpt ceriakan ko blik.
no wonder eah.mse tnggu mena kat delfrnce ko agak sugul.haha.*btol ke ayat aku tuh*
anyway.biarla kenangan tu berlalu.:).harap yg ade sekarang kekal utk slmenyer.insyaAllah:)

bro said...

you know what they say..

if you really love somebody, let him/her go..

if he/she comes back, he/she is yours forever

if not, he/she probably has gone to hell..

hik..hik.. I have let so many people go.. and told them not to come back.. menyemak muka jer..

Irina said...

Well, hidup kat dunia ni mmg banyak dugaan & cubaan.. Tapi yang penting ialah cara kita mengatasinya..

Cheer up, man..

PS:Minat Faizal OIAM gak.. Ni sume gara2 pengaruh si pari pari ngan ko.. =p