Kenangan yang membunuh!

0050 – 08 November 2006
Kenangan yang membunuh!

Why does it really hurt to letting go?

Yeah, di Yang Terdalam, anda mengetahui, aku amatlah rapuh ketika ini.

Membayangkan kenangan lalu yang takkan kembali lagi, yang telah pergi

Merasakan setiap detik yang berlalu bagai wayang gambar yang berulang-ulang ceritanya.

Waktu seakan terhenti, dan aku di sini memerhati berhentinya masa itu.

Aku rapat dengan seseorang. Awalnya ianya sungguh baik. Memang rapat. Dan kongsi pelbagai.

Sampai satu tahap aku percaya padanya. Kerana dia terlalu baik. Dan walau kini dia telah berlalu, aku masih mengakui dia memang baik.

Bila aku percaya dengannya, aku mula memberitahu rahsiaku, yang selama ini memang tak pernah diberitahu, walaupun di Yang Terdalam! Dan dia pun berkongsi rahsia denganku, yang dia takuti orang akan tahu, dan amat penting baginya.

Kami sama-sama berkongsi sesuatu. Menjaga keduanya supaya tak terjejas.

Tiba saat dugaan dating, aku membuat silap. Ya, aku akui aku memang silap. Tapi bukanlah silapku itu dengan membocorkan rahsianya. Rahsianya akan aku pegang sampai bila-bila.

Kerana kesilapan kecil itu dia berlalu. Seakan dia hilang begitu sahaja. Tanpa khabar berita.

Setiap cara untuk menghubunginya tidak dibalas. Aku bagaikan meminta. Merayu-rayu untuk dimaafi, walaupun aku tahu kesilapanku amat kecil.

Sampai satu tahap, aku rasakan bagaikan aku tak punya harga diri. Merayu sebolehnya agar yang dulu kembali semula. Walau ianya sukar.

Sampai satu tahap juga, aku marah. Apakah layak harga diriku dimainkan sebegitu rupa? Aku bengang. Aku mula berfikir, mungkin ini terjadi ada sebabnya. Dan dia harus aku lepaskan, dan aku harus meneruskan jalan.

Aku ketahui itu semua. Tapi kini aku mendambakannya. Aku ingin bersamanya. Kerana kenangan lalu yang indah itu amat mengusik jiwa. Aku adalah manusia yang berperasaan!

Entahlah, aku buntu. Aku tak tahu apa akan aku lakukan untuk menghadapi semua ini.

Mungkin dengan meluah di sini aku lebih tenang. Mungkin…
Apapun, kenangan lalu tetap mengusik!

U’ll go on, n meet someone else…
I’ll just be a chapter in your tale…
But for me…
U were, u are and u always be…
The whole story!

Aku meminta pada yang ada, merayu pada yang sudi

Merisik khabar… bertanyakan berita… mendengar cerita… melaluinya kau ku hampiri tiap hari…

Harap ianya kembali normal…


:::YTBACK!!!:::

0 comments: