Syukur

0054 – 17 Disember 2006
Syukur

Prolog

Badan aku penat ni, tapi aku rasa aku nak menulis jugak. Sebab aku rasa nak sangat meluah…

There you go again, making this blog like your own. Well, it’s mine right?

Tah kenapa, dua tiga hari ni perasaan tak menentu. Banyak yang aku fikirkan. Berselirat. Bercelaru. Dan ini adalah sesi luahan.

Recap…

Selepas peristiwa entri yang lepas, paginya aku berjumpa dengan dua kawan lama yang telah memberikan aku satu kenangan manis cuti ini. Aku tak tahu mengapa tetapi pertemuan kali ini terlalu istimewa. Mungkin kerana kami semakin matang dan bebas bercerita.

Makan dan bermain ice skating. The thing that aku dah lama idamkan since last time aku main masa f4. got some nice memory though.

To tell you the truth, peristiwa malanya telah menaikkan semangat aku. Aku macam nak mengecapi hari itu sebolehnya, seyakinnya. Tanpa rasa ragu lagi pada diri.

Tapi, seperti biasa ada yang membatasi…

Esoknya, aku bercadang untuk rehat sahaja dirumah. Tambahan pula sakitnya kaki bermain ice skating. Dah lama tak main kot. Online saja di rumah.

Again, ada sesuatu yang membatasi…

Hari khamis menjelang. Kawanku dari perlis turun ke kl untuk menghabiskan masa di kl sebelum pergi ke kem persatuannya.

Mulanya ingin turut serta, tapi malamnya aku telah cuba menghabiskan 1 Litre of Tears – cerita yang aku kiv kan di episode kedua. Menelusuri kisahnya, sedikit sebak di dada bila sampai tahapnya.

Cerita itu amat berguna. Mengubah perspektif aku mengenai hidup dan membuatkan aku tambah bersyukur. Sekurang-kurangnya aku cukup sifat. Maybe, korang pun patut tengok cerita ni.

Again, ada sesuatu yang membatasi…

Jumaat, seperti biasa. Rehat. Online dirumah. Menghabiskan siri tersebut. Mengubah lagi perspektif. Menjadi semakin jitu.

Sabtu menjelma, terkocoh bersiap untuk menurut program yang telah dijanjikan bersama kawan sejak dua minggu lalu. – Pelancaran Rockenstein di UM

A great experience indeed. Walaupun crowd kurang dan ianya kurang happening, I’m kinda satisfied.

Faizal is a superman! Dia pandai mengambil hati dan membawa lagu. Aku kagum cara dia project dirinya, dan also performance dia. Semakin menyukai Mahakarya Cinta dan The Medley.

Satu perspektif lagi terbentuk, setelah asyik mengejar siti di cuti yang lepas. Artis memang kena jadi muka tak malu. Dan kena yakin pada diri.

Aku bandingkan dengan diri. Maybe I still need to learn more. Maybe after this, kalau orang confess apa-apa, aku takkan lari lagi! =)

Again, sesuatu datang membataskan…

The point is…

Kadang-kadang citaku setinggi langit. Tinggi. Tak tercapai.

Ku yakin kalau ku berusaha akan tercapai. Ku yakin kalau aku diberi peluang aku akan menikmatinya.

Tapi aku adalah aku. Aku masih di sini.

Aku ada kekuatan, aku ada kelemahan. Tapi aku sering menyalahkan kelemahan sehingga menutup kekuatan.

Melihat 1 litre of tears, aku kagum dengan ketabahannya untuk meneruskan hidup walau dalam keadaan tak sempurna. Sabar dan menghayati apa yang ada tanpa ada rasa sesal!

Melihat persembahan Faizal, membuat aku kagum dengan keyakinan yang ditinjolkan. Walaupun majlis tersebut serba kekurangan. Walau tak ramai yang datang.

Melihat kawan-kawan dan perkara yang berlalu di sekelilingku. Apakah aku harus terus menyerah kalah?

Aku selalu yakin, apa yang berlaku ada hikmahnya…

And for me, as a blogger and a thinker, I will always look for the rainbow in every storm, I will try to forget how harsh the storm can be, and I will always enjoy the colour of the rainbow, although in the hard way.

Aku bersyukur aku masih di sini. Aku bersyukur aku adalah aku. Aku bersyukur au seperti ini. Aku bersyukur aku diuji.

Dan yang paling penting aku bersyukur aku dapat melihat hikmah di sebalik ujian-ujian tersebut!

Syukur.


:::YTBACK!!!:::

1 comments:

papik said...

memule ajak aku.tpi aku bgn da lewat gel.hahaha.