Relationship???

0093 – 18 May 2007

Relationship???

Pre-entry

Sebetulnya aku dah nak tido dah tadi. Aku dah tutup laptop aku, n dah pun tarik selimut.

Hujan di luar renyai-renyai, hawa mendamaikan. Memang bagus tido kan.

Its 2 am in the morning. Esok kelas pukul 8. Patutnya aku dah tido kan?

Apa yang buat aku meraban di sini dan still terjaga?

Itu kamu!

Sebab anda semua. Ya, anda semua. Terima kasih.

Memang rutin harian aku, sebelum tido aku akan check e mail aku melalui gprs. Dan tak sangka, malam ni tiba-tiba aku dapat 5 komen yang belum aku baca atas post-post aku yang lalu. Walaupun orang yang sama, but still, aku terharu.

Demi tidak mensiakan keterharuan aku, dan gelombangnya pun dah datang, baik aku menaip kan. Wel,, do something that will make teddybearhijo happy. (duh, this gurl ha... asyik suruh update je)

Pasal shades of happiness tu, rasanya lambat lagi la official. Lama sangat menanti, sampai aku pun dah letih rasa excited. Dah tak rasa excited dah pun. Tapi it still good. Believe me.

Nak try gak buat macam Siti “bila tiba masanya aku akan beritahu”. Biarlah rahsia dulu ek!

Jangan marah pulak.

The entry

But now, dunno what i want to post, tapi maybe aku akan cuba cari balik gelombang dan idea yang aku nak tulis lama dulu.

Hurm, actually sebelum aku nak tido tadi, roommate baru aku untuk short sem ni tengah sibuk bersembang dalam selimut dengan awek dia. Awek yang mana satu pun aku tak tahu la.

It makes me suddenly feel lonely. Aku macam mencari-cari siapa untuk aku hubungi ataupun mesej. Entahlah kenapa rasa itu datang. Tapi sebetulnya memang rasa itu selalu wujud bila aku nak tido. Yelah, masa tu waktu untuk diri sendiri kan.

Selalu juga mereka bertanya, siapa di hatiku. Siapa yang aku tengah minati. Siapa dan siapa. Soalan, sukar dijawab.

Entahlah. Macam mana aku nak meluahkan.

Relationship???

Let put it this way, ramai orang bertanya mengapa aku tidak menjalinkan hubungan dengan sesiapa, memandangkan bagi orang, aku mempunyai pakej la kononnya, (time nak angkat bakul ni), baik, peramah, dan muka pun sedap mata memandang. (hehe, sori)

Atas kelebihan yang sedikit dan tak kekal yang aku miliki itu, aku dijadikan satu alat dan kayu pengukur, atas sangkaan orang. Sangka mereka, orang sepertiku mudah untuk menjalinkan hubungan.

Salah tu. Tak rasa tak tahu.

Kerap kali, aku cuba mencipta rasa untuk didampingi seseorang. Kerap kali juga aku batalkan hasrat aku itu, kerana apa gunanya rasa yang aku cuba buat-buat.

Mengatasi kebosanan dan kesunyian dah menjadi rutin hidup aku sejak dulu lagi. Dulu aku meminta untuk didampingi sebagai kawan. Ingat lagi pelbagai pengalaman menyedihkan di asrama. Menyedihkan tapi mematangkan.

Kini aku meminta untuk didampingi sebagai teman istimewa. Tapi ia lagi sukar rupanya.

Pasal kawan, aku rasa aku sudah sedikit sebanyak mengatasinya. Aku tak hiraukan sangat perkara itu ketika ini.

Tapi pasal yang teristimewa ini, duh sakit jiwa den memikirkannya.

Pernah sekali, bila aku bosan menjawab pertanyaan orang, aku cakapkan saja aku sudah berhubungan dengan seseorang. Kecoh satu UMP. Siap semua bertanya aku siapakah si dia.

Status skype pun ”alamak, Kamal dah couple”. Bagaikan satu gossip. Aku feeling jadi artis sekejap! Hehe.

Tapi itu tidak juga menutup mulut mereka. Mereka ingin tahu siapa pula. Mulalah aku mereka-reka cerita. Personalitinya begini. Dia budak ini dan itu. Aku hidup atas rekaan.

Tapi aku masih sedar, ianya fantasiku.

Apa yang membuatkan aku sukar didampingi?

1 – bagi aku, aku melayan mereka sama rata, laki dan perempuan. Entah kenapa perempuan senang dibawak berbincang, mungkin aku menyenangkan. Dan permulaan untuk aku berkenalan dengan seseorang, aku akan break the ice, telling jokes, n so on.

2 – sampai satu masa, aku sudah mesra dengannya. Aku akan teruskan comfort zone aku, telling jokes, kacau dia, sampai kami betul-betul mesra.

3 – sampai pula satu keadaan bila dia akan counteract balik semua yang aku kenakan dekat dia. Kira dia balas balik semua yang aku lakukan kepadanya.

4 – dan di sinilah harapan aku terus musnah, kerana perempuan ini sudah memandangku rendah, dan menganggap aku senang didampingi. Aku mengambil langkah mudah, menjadikannya kawan sahaja.

Aku bukanlah seperti lelaki lain yang mulanya sukar untuk berbicara dengan perempuan, tetapi aku sebaliknya, aku mudah. Tapi masalahnya bila mudah begini, entah kenapa pandangan perempuan ke atas aku juga berubah. Aku macam tidak berbaloi untuk dicuba, kerana aku mudah didampingi.

Faham tak, kalau tak faham, aku lagi tak faham. Susah la nak luahkan!

Tapi itulah masalahnya, bila orang macam aku yang senang dibawak kawan. Aku tak reti membezakan dia kawan atau lebih dari tu.

Dan perempuan ini pulak, sifatnya, bila rasa boleh pijak kepala kita balik, dia akan hilang hormat kepada laki tu. Kiranya dia dah tak rasa takut seperti kepada lelaki lain, dan dia rasa sama je. Kat point sinilah dia mula pijak kepala dan perlekehkan kita.

Dah banyak kalilah berlaku. Aku dah muak dengan perangai perempuan macam ni. Kalau anda perempuan dan membaca ini, no offense, but walau macam mana pun laki tu layan korang, dia kasar atau lembut dengan korang pun, dia still harapkan respect dari korang. Walaupun dia lembut, mak nyah ke, cuba la ko layan dia macam hampeh, mau dia hamburnya ko!Itu nature.

Macam aku la. Dah banyak kali jugak aku terluka, sebab aku dilayan sama taraf. Maybe salah aku jugak kowt. Tapi aku dah bosan bila ini berlaku.

So, at this point, to kill this loneliness, haruskah aku...

1 – jadi diam, layan perempuan macam laki lain layan?

2 – tak layan sangat diorang, supaya diorang rasa sedikit hormat?

3 – change totally myself, supaya nanti adalah seseorang mendampingi aku?

Semua option hampeh. Dah try dah. Tak jadi. Siapa lah boleh ubah diri sendiri.

Takkan aku nak menipu dengan menjadi bukan aku. Hipokrit!

So, this is uncertain post. Situasi yang memeningkan. Entahlah

Entahlah, entahlah, entahlah

Post –entry

And all these bring back the story of me before I type this entry.

Tadi mendengarkan roommate aku tu berbual di telefon, sedikit sebanyak membangkitkan rasa cemburu. Sekurang-kurangnya dia ada seseorang menemani.

Aku pula? Pergi keluar di shopping mall pun seorang. Mesej hanya untuk kerja, bukan untuk hubungan. Call, hanya dari keluarga. Dan yang aku ada hanya blog ini.

Syukur juga ada Yang Terdalam menemani saat-saat ini.

Sebetulnya, bila aku melihat komen anda di sini melalui gprs tadi, sedikit sebanyak kesunyian aku terisi. Aku membaca komen anda sambil tersenyum. Sedikit tertawa kecil. Hatiku berbunga gembira. Another shades of happiness...

Inilah duniaku. Inilah yang menggembirakanku. Inilah Yang Terdalam

p/s – i still have faith. Like The Corrs said “There will be somebody for someone” I still believe in that.

p/s – suruh lagi beta update, kan dah jadi entry depresi.

p/s – aku tak tahu apa aku akan rasa bila korang komen. Ini betul-betul Yang Terdalam ni. So hati-hati ek bagi komen, aku takut aku sendiri terasa. (ceh boleh pulak mintak macam tu)

p/s – neway, thanks for coming!


:::YTBACK!!!:::

8 comments:

Irina said...

Salam..

First skali, nak mintak maaf sbb x post comment beberapa ari nih.. Hehe.. Smlm bru sempat bc satu, sbb tu la post hang yg lama tu baru dikomen beta semalam.. =) Jgn marah ye.. ;)

Anyway, lumrahlah kite sbgai manusia mahu diteman & menemani.. Cuma kadang2, ble kte asyik mencari, x pulak ketemu.. Tapi ada masanya pulak, ble kte nak sendiri, ada pula yg dtg menagih sesuatu.. Hehe.. Agak mushy lak ayat tuh, ko jgn gelak lak kamal.. =p

Sian ko asyik jumpa perempuan camtu.. Nape ek? Ak sendiri sbgai sbhgn dr kaum hawa, x pulak rs penah wat org camtu. Tp tu la, x sume org sama kn? Masing2 unik dlm caranya t'sendiri..

Pape pun, dun worry too much, kamal. There must be someone out there for you, cme ko mgkn blum jmpe dia lg.. =) Not that I'm an expert or sumthing, just trying to make u feel better.. Hehe..

So, dah senyum lum?? =p

Akhirnye, dpt gak jd first commenter stlh satu jgkamasa yg lm.. Hehe..

PS : Good luck in ur short sem.. Take care aih.. ;)

FAIZUL said...

dont know what to say..
there a lot actualy but don;t know where to start..

loneliness...
we been in the same situation..
what ever t is..rnjoy the loneliness..
i think..

ntah per ak mencarut..
enjoy je la idup okey..

ADam Dryx said...

Hahhaha!!

Alahai,.. ciannya dia...
meh peyuk meh!!!
(Kepada yg membaca,..jgn salah faham.. This is just a nice gesture!)

HmM.. apa kata tengok semula filem P.Ramlee Musang Berjanggut. Tengok semula takrifan yg diberikan kepada Perempuan dan betina.

Maybe sedikit sebanyak dapat membantu. Diharapkan filem tu sendiri akan banyak dapat membantu...

P/s : Lenkali nak kuar bagitau ler... meh ADam temankan...
Hahahah!!

papik said...

kite same la kamal.

aku malas nak citer panjang.
ape yg ko wat sume aku da wat.

ape yg ko duk rungutkan sume da aku rungut before.


pastu tang aktiviti sendirian tuh.
mmg menjadi hobby aku.
apatah mena.
hehe:p

aku skng hidup dlm

hidup segan mati x mau.

Joey said...

nah.....sekarang aku dah tau mengapa aku bleh jadi regular kat sini...hehehehe..

WE HAVE SOMETHING IN COMMON!....
but the worst fact is that I was totally takde idea langsung bila cakap ngan guys plak....

tapi..bila ngan girls.....CEPAT jer mulut ...cam bertih goreng...wakakaka


kesunyian tuh...biasala....aku sama gak..hahaha....tapi....aku tak BUAT SKANDAL ek......

yang penting skarang..nak menikmati masa- masa happy time internship....sebelum semester dibuka and then korang pun boring dengan cerita aku ngan green ......

itu jer....susah lah nak feeling menaip kat cc...hehehehe....

shaye ber-nick-name teddybearhijo~ said...

salam pok cik...!
huh, manyak songeh~ kire okkie la tuh kamo dipakse2 or bahase baik sikit... didorong untuk update...
niyh, tgk, kiter x'pakse', tada pon hapdet... sadis... bajet nak gag bace si shades tuu...

kang maken bz eden ni ha... eden xnentu masanya...
aih...
xpala, kalu eden on9, ade la ngomen2...
uhuhu...

*sumeowang ngumpat shaye... biala~ dulik apo, da terjadik makhlok ske bace blog, nak wat gano... ehehe... cepat hapdet~ wee...*

huhuu... nice post... but me... no komen... relationship=...
malas... hahaa... bagos gag kecewa, anti takan nak lagik... [dats me...] bukan kata ke kamo...

huhuu, kamo... pompouan mandang rendah bila kamo snang didampingi? *pelik* 4 me, its better like dat, dr laki yg hanya wat tatau, or lalaki yg p nyaketkan owang yg die ske! lagi siot... cam keji tol... egonya pasal, ari2 dok kaco gurl tuh sampe gurl tu menci die sangat2, padahal... owang len leyh tangkap, dat guy ade ati kat dat gurl... huhuu... *cam merapu kua tajok aja...*

hey, its okkie la kalu kamo gitu, mayb gurl yg da start pandang rendah tu bajet jak lebey, macam bagus sangat... hahha... *eyh, emo la plak...*

okkie la, kang cakap manyak, ade owang soh p wat kat blog sendirik lak... ughuu~ (==)"

papepon kam0...
sowi kalu de terase pape..
huhuu...
n hey... kalu mmg da tiba masenya, jodoh pasti ada, dat sumone pasti muncul jua... huhuu... yg pntg... apa yg penting dahulukan dulu seperti memasang angan2 menjadi kaya raya, leyh lah pikat another "siti". *kan bagos kalu ade ramai manusia yg seperti siti... natural jak... *

tata kamo...

(^^)"

aisyah said...

allo..
dh lama xbc blog ko.. sorry.. ko tau kan aku sibuk ngan masum..
aku buat ko rasa di pndg rendah ke? klu ye, sori la.. aku mmg ckp kasar pon.. xkira laki atau pompuan.. tmbh2 lg ngan laki..
ade sbb nye aku ckp kasar.. prmpn lain pon maybe ade sbb jga.. tp xsemua mcm yg ko assume, xbrmksud diorang pndg rndah kt ko.. diorang selesa ngan ko.. tp, maybe ko trlmbt sket, to take it the next step.. ko biar diorang tggu lama sampai diorang rasa ko
hny brniat nk kwn ngan diorang.. prmpn bkn ahli nujum.. diorang xtau ape yg ko rasa selagi ko xluah kan..
xtau la ape yg aku ckp ni membantu ke x..
ape2 pon, i wish u all the best.. semoga ko jumpa gadis idaman ko.. for the time being enjoy ur single life..
later..

Hilman Nordin said...

shades of happinasu!! hmm.. hmm... hm.. why i dun feel happy when reading this? hmm.. hmm... i don't know...

pe2 la kamal. jodoh dan pertemuan tu di tangan Allah. stay the same, bina relaitionship dengan Allah, spy hubungan kita dengn manusia pun di jaga oleh-Nya.. hmm.. aku bace post siti n klcc, pastu aku bace this one. i'll say... improvement in the tone of post! congratz!

goodluck jd pngarah konvo.. perghh.. power gle ko jd pengarah.. huhu..