Another un-aimed post on Yang Terdalam...

0089 – 7 May 2007

Another un-aimed post on Yang Terdalam…

Pre-entry

Tak tahu nak update ke tak. Bila tak update rasa tak selesa, bila nak update, idea pulak takde.

Macam-macam yang berlaku, ada yang senang digambarkan, ada yang sukar digambarkan. Ada yang aku biarkan je rasa itu berlalu, tanpa aku perlu fikirkan sangat. Jika aku fikirkan sangat, nanti jadi la aku obses kepada perkara itu, dan mangsanya adalah blog ini yang akan dipenuhi oleh entri yang depresi.

Aku tak nak begitu.

Kali ini, aku hanya biarkan tangan dan otakku bermain kata. Biarlah ini entri yang tidak berhaluan lagi di Yang Terdalam. Biarlah ini entri yang para blogger gambarkan ”for the sake of update”. Biarlah.

Yang penting, lepas ni, aku rasa aman dan sedikit damai.

Current life.

Balik je dari Ledang, aku berehat sepuasnya bagaikan tiada hari esok. Aku kan penidur yang setia, so memang aku banyak tidur la. Kumpulkan kembai segala tenaga yang ada untuk kembali normal.

Tapi normal ke aku ni?

Than, aku kena peningkan kepala, check in balik bilik untuk short sem. Pindah barang, angkut sana, angkut sini. Pastikan tiada yang tertinggal, dan bila sampai kat bilik, malas aku nak kemas, aku tidur kembali.

Susahnya hidup di UMP ni. Menyusahkan. Kerenah birokrasi banyak sangat.

Mulanya kena check out bilik satu hari sebelum pergi Ledang. Aku pulak dengan susah payahnya pergi angkut semua barang aku pindah bilik kawan aku, for the sake of check out.

Then bila balik Ledang, bilik kawan aku tu pulak perlu di check out, kerana dia sudah habis program, aku kena angkut pulak semua barang aku ke bilik baru aku. Dan ambik balik semua barang-barang di stor untuk ke bilik baru.

Dan macam-macam lagi lah. Kerenah birokrasi melampau.

Pentadbiran hanya nak memudahkan kerja diorang tanpa fikirkan kebajikan pelajar. Susahnya!

Dan penat-penat kami kembali 2hb mei ke sini untuk short semester, ada yang naik bas bagai, dari seantero Malaya, tiba-tiba dikatakan short sem hanya mula pada 8 mei. Tak ke bengang tu?

Dan budak-budak yang tak leh balik rumah macam aku ni atas dasar kewangan terpaksa la melayan kebosanan yang amat sangat, dari satu movie ke satu movie, dengan internet yang di blok, kononnya atas tujuan penyelengaraan.

Duh tension deh! Rasa macam terbuang di tempat sendiri. Rasa macam hilang semangat nak mulakan short sem.

Short sem?

Well, aku sebenarnya secara volunteer amik short sem ni. Aku kononnya nak baiki subjek Engineering Mechanics yang aku dapat d+ masa sem 2 dulu.

Masa sem 2 dulu, aku masih lagi berotakkan bio. So, susah lagi aku nak adapt dengan dunia engineering ni. Tu yang dapat d tu.

Dan di UMP ni pulak, di bukak peluang kepada student, siapa yang nak baiki subjek, try apply untuk short sem. Jika ramai yang nak baiki, akan diadakanlah course tu untuk short sem. Syaratnya lagi, nak apply kena dapat c- ke bawah.

Untuk tak mensiakan aku apply la. Ada la jugak kawan-kawan aku amik jugak. Tapi taklah seramai subjek lain. Subjek lain tu pulak, aku ok, dapat c- ke atas, so takleh apply. Yang subjek Mechanics je ni, yang d, so boleh la apply.

Ramai tak nak ulang ambik subjek Mechanic ni sebab tak sanggup menanggung hazabnya subjek ni untuk kali kedua. Yang aku pulak, aku tak fikirkan lain, nak baiki pointer je. Aku ambik je la.

So harapnya, aku dapat lah baikinya. Doakan aku ek. Aku pun macam ala-ala mamai ni. Harap semangat aku pulih sebelum mula short sem esok. No, aku HARUS pulihkan semangat aku untuk short sem esok.

Perasaan...

Dan seperti biasa, the nature of Kamal, bila aman damai, dan takde benda nak buat, aku mulalah keep in touch dengan my inner self. Perasaan.

Macam-macam la diulang tayang, sampai kadang-kadang aku depress pulak. Duh, kenapa la aku begini.

Di sudut hati, aku percaya aku ni bagus orangnya. Aku ada kualiti yang aku ketahui dan aku tak ketahui.

Tapi pada masa yang sama, aku asyik meratapi ketidakseimbangan diri aku. Meratap dan terus meratap.

Biasanya ini akan cuba aku saluti dengan topeng gembira di sekelilingku. Di manakah topeng ku kali ini?

I guess this is life, there are times when we feel down, like there is no tomorrow for us, but there are times we feel so high like a mountain top.

Hope this feeling will get away tonight! I want to be prepared for the task ahead in this short sem. Also, the responsibilities, big responsibilities that keep weighing my shoulder.

Post-entry

Better signing out now, before there are more ramble I keep rambling.

Well, leave this post uncomment. I know it is hard to comment when you are reading a depression post.

Till next time, on more cheerful post!


:::YTBACK!!!:::

3 comments:

ADam Dryx said...

Salam pembuka bicara,..

Kamal wrote, ADam quote..
**********************************
So harapnya, aku dapat lah baikinya. Doakan aku ek. Aku pun macam ala-ala mamai ni. Harap semangat aku pulih sebelum mula short sem esok. No, aku HARUS pulihkan semangat aku untuk short sem esok.
**********************************

Insya-allah..
ADam doakan...
All the best, 'break a leg'!
Amin!!

Sebenarnya, ngadu kat blog lagi baik berbanding ngadu ngan kengkawan. Ngadu kat blog, blog tak akan "judge" kita balik. Bila kita baca semula apa yg kita tulis,.. hati puas sebab segala yang terbuku telah diluahkan...

Kalau ada yang kasi komen dan cuba memahami, itu dah cukup baik. Mungkin apa yang kita alami pernah dialami oleh orang lain, so pengalaman yang sama boleh dikongsi untuk meringankan beban yang ditanggung...

:)

teddybearhijo... [letihnya sem khas!] (==)" said...

yay! one post di sem khas...
huh, ingat nak bace ajek, tp, last part tuh, cm mnarik lak...
ahaha...
huh, jia yu! doakan jua kiter...
cam mongok gag la rase keje2 begini! n mmg makan lelemak!
ughuu~ tewok betol...

dah2, better ta ngarot pepanjang,not stable enough...
ughuu~

hum...
*makin wondering...
huhuu...
xpo, keep posting...
*aritu nak soh kamo post, tp... cam keji ja soh owang len ngepost... huhuu...*

till hen,tata... all da best sem khas... *mmg khas sangat lah!*

Joey said...

hahaha...kena komen jugak.....

sapa suruh ....hehehe

anyway..aku ni bukanla orang yang sesuai nak nasihatkan ko....sebab i have been feeling the same way too...

oh ya....aku dah hupdate..mrasa pas ni pegi baca..wakaka...

eh...korang berskype tak ajak aku ek....takpe..takpe....

oh ya....bila nak add aku kat friendster??

ahaks...