Hanya yakin menunggu...... jawab-NYA...

0095 – 25 May 2007

Hanya yakin menunggu...... jawab-NYA...

Aku rasa aku kena update something hari ni. Walau aku tak tau nak update pasal apa.

Current life – bolak balik. Kelas. Meeting. And in addition, bila emosional dan profesional bertemu.

Aku rapuh!

Penat melayan perasaan. Ingin dituju keluar, tak diketahui mana arahnya. Atau pada siapa.

Ingin keluar mencari environment baru, sebab aku sedikit sebanyak bosan dengan rutin aku ketika ini. Kelas, meeting, hiburan n also a spice of emotional that from day to day keep find a way to ruling myself.

Dunno why. Biasa lah kan. Bila cuti, ada masa untuk diri sendiri, ini yang berlaku kan.

Cuba belek Yang Terdalam dari dulu lagi. Aku lebih banyak berbicara soal perasaan bila cuti menjelma. Masa tu mula aku selami diri aku sedalamnya.

Sangka aku, aku mengambil short sem dan sedikit tanggungjawab untuk expoconvo ini dapat membuang rasa itu. Nyata aku silap.

Aku lagi sakit adalah. Nak cuti pun ada.

Rasa ingin terbang, jauh. Ke tempat yang tak pernah dikecapi sebelum ni. Nak rasa pelbagai perkara baru. Nak cuba segalanya. Nak lebarkan sayapku.

Namun rupanya sayapku, sayap kertas. Aku tak berupaya. Banyak yang menghalang.

Nak keluar. Duit. Nak keluar. Aktiviti apa? Semuanya membosankan. Tah la.

Itu sebabnya aku tak nak update buat kebelakangan ni. Kalau update entri depresi macam dah tak best lak. Aku tak suka orang pandang aku mamat depres walaupun ianya betul.

Aku ambil kira sangat pandangan orang kowt.

Apa pun, aku memang ingin tamatkan rasa ini.

Macam mana?

Ada dua tiga solution dalam kepala otak. Nak di execute, susah. Memerlukan keyakinan yang tinggi. Memerlukan kekuatan.

Masa ini aku tiada semua itu. Aku hanya berkhayal dan meluah perasaan di situ. Macam aku katakan dulu, di situ aku adalah aku, di situ aku yang betul, hanya di situ aku rasa tenteram.

Tapi itu dulu. Dulu aku rasa tenteram, kini aku gelisah. Dunia khayalan yang diciptakan itu rupanya sepi. Mungkin juga jalan aku untuk membunuh kesepianku itu.

Entahlah.

Buat masa sekarang, dipersilakan Siti Nurhaliza

”Andaiku bisa merubah semua, hingga tiada orang terluka, tapi tak mungkin, ku tak berdaya, hanya yakin menunggu... jawabNYA”


:::YTBACK!!!:::

0 comments: